Friday, February 13, 2015

* Homework *

Aku tak boleh tidur. Baru habis baca novel The Wedding Planner. Tak ingatlah dah bila buku tu aku beli tapi baru 2-3 hari ni sempat baca. Jalan cerita biasa je, pasal dua beradik yang bergaduh dan dah lama tak bercakap sesama sendiri disebabkan kisah silam keluarga mereka dan si adik pula bawa diri backpacking dengan duit peninggalan keluarga. Si adik balik bila mak mereka meninggal dan si ayah memang tak tahu ke mana. Dua beradik ni mula bertemu, bercakap dan akhirnya berbaik semula bila si kakak nak kahwin, si adik perlu jadi bridesmaid dan juga dalam masa yang sama jadi orang suruhan. Dan disitu bermulanya macam-macam hal dan kisah sebenar terbongkar.
Oklah, lari tajuk sekejap. Excited pula nak bercerita. Back to the story, tak boleh tidur mungkin sebab lapar tak dinner so goreng nugget dan bancuh milo untill terpercik minyak panas bawah mata sebab nugget meletup sikit. Best betul dan padan muka aku. Ada nasi gatal nak makan nugget tengah-tengah malam buta. Bawa ke meja depan tv nampak pula buku-buku sekolah adik aku bersepah-sepah. Sahlah budak ni buat homework tak siap lepas tu tinggal je buku-buku tu berterabut. Sebab esok dia tak sekolahkan, weekend so beranilah buat macam tu. Cuba esok sekolah, mahu ada budak buat kerja sambil menangis takut kerja tak siap. Hahahaha...aku pernah alami keadaan tu masa zaman sekolah dulu.  Antara subjek yang memang selalu aku rasa macam tu ialah pendidikan seni dan math. Pendidikan seni sebab aku suka subjek tu dan cikgu Pendidikan Seni aku memang suka sangat tengok hasil seni anak murid dia ni. Kalau dapat pujian mestilah kembang kejap hidung sebab cikgu puji kan, nak-nak cikgu tu jenis laser tapi baik hati kot. Ramai kawan sekelas mengeluh everytime kelas Pendidikan Seni tapi aku happy je sebab mentang-mentanglah jarang-jarang kena laser. Ingat lagi pesan cikgu tu, pegang berus rapat means dekatkan tangan kita ke bawah dekat ke kertas lukisan, lepas tu kalau colour guna water colour atau buat garisan perlahan-lahan macam siput dan last sekali ingat ayat melaser dia kalau nampak lukisan pokok tak ada dahan:

" ni pokok ke rambut baru keluar saloon"

Kalau math mungkin sebab aku fobia sebab aku pernah lupa buat homework cikgu bagitahu. Dulu-dulu cikgu akan bagitahu buat latihan page berapa sampai berapa dan soalan nombor berapa. Kalau dah tak tersusun nombor tu mahu tak menggelupur aku dibuatnya. Tambah-tambah lagi aku pernah nampak kawan sekelas kena lempar buku keluar sebab dia tak siap ke tak buat kerja sekolah, aku tak ingatlah tapi memang depan mata dengan suara garang cikgu tu. Dahla masa tu kelas kami depan pejabat sekolah yang sebelah dengan bilik pengetua tambah pula dekat dengan kelas menengah atas. Mahu tak cuak, tiba-tiba karang jadi glamour tak pasal. Tapi apapun aku rasa masa aku menengah rendah jela ada rasa macam tu. Menengah atas memang dah tak la macam tu. Kerja sekolah settle tapi yang pasti aku punya homework add math dan fizik selalu minta khidmat bantuan membe sekelas untuk bagi hins ataupun fotokopi. Aku memang lembap benda-benda nombor ni. And yes membe-membe yang baik hati tu sekarang dah jadi en engineer dan puan arkitek. Me the one stucked jadi cik i dont know.
Walaupun lama dah tinggalkan zaman persekolahan, tapi rasa takut kerja sekolah tak siap tu masih terbawa-bawa dalam mimpi aku sehingga sekarang. Tak tahulah kenapa. Penatlah kalau dapat mimpi kerja sekolah tak siap. Rasa serba tak kena, risau dan takut kena nag dengan cikgu. Rasa lawak pun ada.

0 comments: