Monday, February 16, 2015

* Bukan Mudah *

Bukan mudah nak mudah, bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.
Sekarang bila jadi penganggur terhormat untuk beberapa minggu pun dah banyak aku fikir. Pagi tadi pergi jumpa cousin aku untuk pengesahan salinan sijil bagai, sebab aku malas nak fikir minta cop pengesahan pada orang lain. Minta pada cousin aku je kot simple. Dia pun tahu result aku teruk ke buruk ke elok ke tak elok sebab dari aku sekolah rendah banyak dia ada nasihat bab-bab belajar. Dia Nampak tak garang tapi kalau bekas student dia masa dia jadi guru disiplin tengok dia seram kot. Hahaha... Sebelum jumpa cousin aku tu, sempat jugalah termenung beberapa kali dekat rumah. Betul ke tindakan yang aku buat ni. Dah buat semua baru terfikir banyak-banyak. Apa punya manusialah kan. Berhenti kerja tetap than sambung belajar lepas tu kerja dengan family yang sememangnya pulangan tak macam kerja sebelum ni tetapi another advantage ialah aku dapat duduk dengan family dan kerja taklah gila macam dulu.
Mungkin bila ditilik satu persatu banyak pro and cons. yang dapat dilihat. Entahlah, apa yang aku cuak sekarang ni, mampu ke aku? Orang lain mungkin ok kot, aku ni pakai redah je. Ala-ala bantai confident macam tu. Dalam umur aku sekarang, untuk orang lain mungkin ada yang further study tapi ada sokongan en suami ke family ke apa tapi aku? Diri sendiri bagi semangat. Family? Ayat paling best " Nak sambung belajar ye sambung. Kalau tak nak ye sudah"
Kadang-kadang nak menangis juga ni. Tapi tak apa, dah biasa dari dulu buat semua benda sendiri kan. Ingat dulu masa aku lepas SPM, nak sambung belajar, orang lain sibuk family tak kira parents atau adik beradik carikan borang, aku pulak terkial-kial cari sendiri tapi part paling best bila aku nak ambil kos yang aku nak ada yang tak setuju. "Seronok" sangat jadi aku masa tu kan. Zaman belajar dulu nasiblah kos sara diri tak tinggi macam sekarang tambah-tambah aku dapat duduk hostel dari 1st semester sampai final semester. Aku banyak sara diri sendiri dengan duit loan than dapat duit bayar yuran dan awal semester je. Aku ingat lagi saving dari kecil habis guna ngam-ngam masa aku habis belajar. Waktu sesak tak berani nak minta pada parents. So sekarang aku just yakinkan diri, aci redah je.
Boleh buat punya!

0 comments: