Thursday, February 26, 2015

*Kisah Selepas Register*

Kelmarin selepas pendaftaran di UITM aku duk cabut pergi Putrajaya ambil Cik Kak Puter untuk teman lunch dan pergi bank Islam di Cyberjaya tapi last-last ke laut perginya. HahahaBercerita bagai tak ingat dunia. Kami pergi menjelajah mall baru bersebelahan dengan Tune Hotel Cyberjaya dan berdepan dengan blok bangunan Restoran Nasi Arab Saba'.
Best juga isi dalam dia. Lepas dah pusing-pusing cari tempat makan yang semuanya full house kami pun decidela makan di Chinese restaurant kat ground floor. Homst Kitchen nama dia. MAsuk-masuk je mata nakal ni dah ternampak "Pemandangan Indah". Muka Asia la. Tak tinggi tak rendah, tak putih tak gelap. Specky dan tak adalah bershave licin mana serta santai berjeans dan tshirt, kerja luar la tu kot. Tapi silaplah, makan membelakangkan pula "Pemandangan Indah".
Sambil makan sambil berbrak, makan berjam-jam jugalah lepak sebelum "Pemandangan Indah" tu lepak di luar restoran borak dan berasap di luar cermin tempat kami lepak. Aduh! Indah betul. Terpandang-pandang pula kita yer.
Hahaha. Aku memang suka tengok je, tapi nak menggedik memang bukan akulah kot. Tu yang membe kata, tu yang lambat jodoh. Hahaha, sengal!
Kepada En "Pemandangan Indah" hopefully bolehlah kenal next time yer kalau bertemu lagi dengan syarat awak bukan BF, tunang or laki orang. Hahaha. Mereng!

Habis di Cyberjaya, follow masuk office pula, lepak di office tumpang solat dan landing di sofa empuk bilik makcik kak seorang ni. Sofa favourite wei, pernah aku lena kat sofa tu. Sambung borak lagi sambil tangan dia bergerak di depan screen computer. Diselang seli dengan officemate makcik tu yang masuk bersilih ganti berborak-borak. Mujur semua yang aku kenal, kalau tak, mesti depa fikir siapalah budak sesat seorang ni.
Lepas habis lepak di Putrajaya pergi drive balik ke Bandar Baru Klang pula jumpa ex officemate. Masing-masing bercerita, bergurau dan menyakat. Update pasal kisah tempat kerja , tempat kerja baru dan tak kurang semua kata aku dah tembah. Tak apa, itu tanda aku senang hati dan tak stress.
Alhamdulillah juga, lately aku dah tak kena back pain dan heart burn.
Mungkin sebab aku dah gain weight so aku punya injured nerf yang tak boleh kena sejuk tu tak bengkak dan makan pun teratur so perut aku tak buat hal.
Syukur Alhamdulillah.

Inilah wajah-wajah suka gossip, selalu bergaduh dekat whatssapp je. Semalam si apek tu aku dating-dating je dah ajak gaduh. Nampak sangat dah tak ada membe nak gaduh dan dia makin susut gila, stress katanya. Makcik depan aku tu susut juga tapi sebab dia nak diet katanya. Tempat kerja baru dah boleh melawa. Hahaha.

*Officially I'm A Student Again! *

Ini kisah semalam hari Rabu bersamaan 25 March 2015di mana bangun lebih awal dari biasa untuk pergi ke tempat kerja untuk pergi register sambung belajar.
Pagi sebelum bersiap masih terdetik dalam hati ni, kuat ke aku nak harung semuanya? Terasa diri ini dah berkarat otak untuk belajar tapi masih teringat betapa ilmu itu besar harganya, lalu aku gagahkan jugalah kaki melangkah. Dokumen untuk dibawa aku dah siapkan malam sebelum dan siap ku susun mengikut urutan sama dengan copy document agar mudah proses semakan.
Aku tiba di UITM lebih awal dari masa yang ditetapkan. Mula-mula macam malas nak keluar kereta selepas park elok di blok bangunan INED (NEO) UITM tapi dari jauh aku Nampak dah ada je orang, so duduklah aku. Breakfast dalam kerete on the way dating je. Ada disediakan breakfast dari urusetia tapi aku tak lalu nak makan. Bukannya apa, disebabkan cuak. HAhaha. Tak ada seorang pun coursemate yang aku jumpa. Ada Nampak pun 2 orang dari jauh, Dua-dua memang dari UITM kot. Nampak sangat bawa file dan sijil lama dari UITM. Mata aku Nampak je kan. HAhaha.

Lepas tu sepanjang proses alir pendaftaran dan taklimat tak jumpa seorang pun. Ada tak ada aku duk lepak dengan seorang budak dari Banting. Ex food tech student juga dari UITM Kuala Pilah tapi bila further study boleh ambil Pengurusan Pejabat. Agak lari tu dik. Aku Tanya dah lama ke habis study dan kerja. Dia kata lamalah juga, adalah dalam setahun lebih. Aku terdiam, tenung muka dia dalam-dalam sekejap sambil telan air liur. Dalam hati, dik, kalau kau kata setahun lebih tu lama, apatah lagi akak ni dah 10 tahun tinggal tempat belajar. HUhuhu.
Semasa proses pendaftaran tu nasib baik aku tak ada sangkut apa-apa kecuali yuran aku tak dimaklumkan suruh bayar sebelum pendaftaran, Tak apa, tu bias diatur hari ini sebelum balik Johor.
Dalam masa pendaftaran tu juga aku rasa aku taklah begitu lewat untuk sambung belajar sebab ada je yang lebih berusia dari aku mungkin dah pangkat mak-mak dan bapak-bapak pun ada yang mendaftar. Ini bukan parents yang menghantar, tapi memang students sebab parent ada tempat menunggu di luar.

Lepas siap proses pendaftaran ambil student card bagai, kami kena dengar taklimat. Saat inilahaku terasa lebih keras beku ditambah air cond yang centralize sangat sejuk. Aku dengar taklimat tentang pengajian selepas berjumpa dengan KPP. Makin rasa confident tu lari terang kejap.
Banyak nak kena buat register online lepas ni. Huhuhu.

Selesai semuanya aku up gambar student card aku. Dapatlah wish yang memberangsangkan semangat aku balik, alhamdulillah dan tak lupa juga yang kata aku dah tembam hoi! Baru duduk kampung 2minggu lebih je kot. Tang lain tak naik, yang naik tang pipi je. See, tembam tak makcik? :

 

Tuesday, February 24, 2015

*Teman Lama*

Hari ini aku agak culas nak turun dari katil disebabkan pagi-pagi dah tersedar disebabkan sakit perut. Niat nak keluar untuk ambil gambar urusan esok tergendala. Dalam keadaan malas lepas zuhur ingatkan nak keluar tapi still masih culas sampailah bawa ke petang. Sebelum keluar dapat facebook message dari teman lama masa di Polisas dulu. Dia ambil elektrik dan sekarang tengah further study di Australia. Bulan 7 ni bakal habis. Tak sangka disebabkan status FB ku 2hari lepas dikomennya dan membawa ke mesej yang panjang. Bercerita kisah masing-masing diselitkan gurauan bersilih ganti. Bercerita pasal diri  yang still single dan teman-teman yang sebaya dan lepak sama yang dah beranak pinak. Kata-kata semangat dan menakutkan bercampur-campur. Rasa happy bila lama tak jumpa. Teringin pula nak kumpul ramai-ramai. Sekejap je masa berlalu. Diam tak diam dah dekat 14 tahun kenal. Tak rapat sangat tapi tak jauh mana. Ada yang rapat sekalipun andai bermusim tak guna. Hahaha...mendalam maksud tu. Apapun aku doakan kami berjaya dengan haluan kami masing-masing...Aminnnn

( curi gambar dia kat FB )

* Tak Boleh Lena Lagi *

Bersiaran langsung dari Negeri Selangor. Baru sampai lebih kurang pukul 9 lebih. Jalan clear selepas cuti panjang CNY. Tahun ni tak dapat ang pow la nampaknya kami. Hahaha... Cuti pun tak ada buat apa pun, Tak boleh tidur ni so sajalah nak menaip something. Tak ada benda pun tajuk utama nak cerita. Lately lebih banyak diam, habiskan masa tengok movie online, baca novel, mengemas rumah, masak untuk family dan termenung. Hahaha. As I said before, nak habiskan masa sebelum start kerja semula on March. 25hb nanti nak pergi register nak start belajar. Terdetik sikit dalam hati ni rasa cuak. Almaklumlah, mungkin yang hadir nanti semua lagi muda, otak masih fresh. Tadi sebelum balik sini, semak balik benda yang nak dibawa masa register dan baru terperasan yang gambar ukuran passport mestilah berlatarbelakangkan warna biru. Mine was with white background sebab memang gambar passport. Menggelabah itik dah makcik ni, esok nak kena pergi ambil gambar lain. Start dari situ, hati mula tak tenang jiwa jadi kacau. Share dengan mak rasa tu, mak kata tak ada apa-apa mungkin sebab rasa cuak kot. Semoga semuanya ok-ok saja.
Hari ni badan tak berapa ok lagi, kami tiga beranak dahla kena alergi, habis gatal-gatal sampai melecet macam chicken pok. Mujur aku kena tang kaki je, mak dan adik habis sekujur badan kena. Ku sangka akulah punya kulit paling sensitive sebab aku seorang je ada eczema, rupa-rupanya diarang lagi dahsyat. Sebagai habuan, dapatlah mak dan adik secucuk jarum seorang masa pergi klinik tadi. Sudahlah adik selsema tapi degil tak nak makan ubat dan last-last ni aku pula ada sindrom macam nak demam lagi. Haish!

Monday, February 16, 2015

* Bukan Mudah *

Bukan mudah nak mudah, bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.
Sekarang bila jadi penganggur terhormat untuk beberapa minggu pun dah banyak aku fikir. Pagi tadi pergi jumpa cousin aku untuk pengesahan salinan sijil bagai, sebab aku malas nak fikir minta cop pengesahan pada orang lain. Minta pada cousin aku je kot simple. Dia pun tahu result aku teruk ke buruk ke elok ke tak elok sebab dari aku sekolah rendah banyak dia ada nasihat bab-bab belajar. Dia Nampak tak garang tapi kalau bekas student dia masa dia jadi guru disiplin tengok dia seram kot. Hahaha... Sebelum jumpa cousin aku tu, sempat jugalah termenung beberapa kali dekat rumah. Betul ke tindakan yang aku buat ni. Dah buat semua baru terfikir banyak-banyak. Apa punya manusialah kan. Berhenti kerja tetap than sambung belajar lepas tu kerja dengan family yang sememangnya pulangan tak macam kerja sebelum ni tetapi another advantage ialah aku dapat duduk dengan family dan kerja taklah gila macam dulu.
Mungkin bila ditilik satu persatu banyak pro and cons. yang dapat dilihat. Entahlah, apa yang aku cuak sekarang ni, mampu ke aku? Orang lain mungkin ok kot, aku ni pakai redah je. Ala-ala bantai confident macam tu. Dalam umur aku sekarang, untuk orang lain mungkin ada yang further study tapi ada sokongan en suami ke family ke apa tapi aku? Diri sendiri bagi semangat. Family? Ayat paling best " Nak sambung belajar ye sambung. Kalau tak nak ye sudah"
Kadang-kadang nak menangis juga ni. Tapi tak apa, dah biasa dari dulu buat semua benda sendiri kan. Ingat dulu masa aku lepas SPM, nak sambung belajar, orang lain sibuk family tak kira parents atau adik beradik carikan borang, aku pulak terkial-kial cari sendiri tapi part paling best bila aku nak ambil kos yang aku nak ada yang tak setuju. "Seronok" sangat jadi aku masa tu kan. Zaman belajar dulu nasiblah kos sara diri tak tinggi macam sekarang tambah-tambah aku dapat duduk hostel dari 1st semester sampai final semester. Aku banyak sara diri sendiri dengan duit loan than dapat duit bayar yuran dan awal semester je. Aku ingat lagi saving dari kecil habis guna ngam-ngam masa aku habis belajar. Waktu sesak tak berani nak minta pada parents. So sekarang aku just yakinkan diri, aci redah je.
Boleh buat punya!

Friday, February 13, 2015

* Homework *

Aku tak boleh tidur. Baru habis baca novel The Wedding Planner. Tak ingatlah dah bila buku tu aku beli tapi baru 2-3 hari ni sempat baca. Jalan cerita biasa je, pasal dua beradik yang bergaduh dan dah lama tak bercakap sesama sendiri disebabkan kisah silam keluarga mereka dan si adik pula bawa diri backpacking dengan duit peninggalan keluarga. Si adik balik bila mak mereka meninggal dan si ayah memang tak tahu ke mana. Dua beradik ni mula bertemu, bercakap dan akhirnya berbaik semula bila si kakak nak kahwin, si adik perlu jadi bridesmaid dan juga dalam masa yang sama jadi orang suruhan. Dan disitu bermulanya macam-macam hal dan kisah sebenar terbongkar.
Oklah, lari tajuk sekejap. Excited pula nak bercerita. Back to the story, tak boleh tidur mungkin sebab lapar tak dinner so goreng nugget dan bancuh milo untill terpercik minyak panas bawah mata sebab nugget meletup sikit. Best betul dan padan muka aku. Ada nasi gatal nak makan nugget tengah-tengah malam buta. Bawa ke meja depan tv nampak pula buku-buku sekolah adik aku bersepah-sepah. Sahlah budak ni buat homework tak siap lepas tu tinggal je buku-buku tu berterabut. Sebab esok dia tak sekolahkan, weekend so beranilah buat macam tu. Cuba esok sekolah, mahu ada budak buat kerja sambil menangis takut kerja tak siap. Hahahaha...aku pernah alami keadaan tu masa zaman sekolah dulu.  Antara subjek yang memang selalu aku rasa macam tu ialah pendidikan seni dan math. Pendidikan seni sebab aku suka subjek tu dan cikgu Pendidikan Seni aku memang suka sangat tengok hasil seni anak murid dia ni. Kalau dapat pujian mestilah kembang kejap hidung sebab cikgu puji kan, nak-nak cikgu tu jenis laser tapi baik hati kot. Ramai kawan sekelas mengeluh everytime kelas Pendidikan Seni tapi aku happy je sebab mentang-mentanglah jarang-jarang kena laser. Ingat lagi pesan cikgu tu, pegang berus rapat means dekatkan tangan kita ke bawah dekat ke kertas lukisan, lepas tu kalau colour guna water colour atau buat garisan perlahan-lahan macam siput dan last sekali ingat ayat melaser dia kalau nampak lukisan pokok tak ada dahan:

" ni pokok ke rambut baru keluar saloon"

Kalau math mungkin sebab aku fobia sebab aku pernah lupa buat homework cikgu bagitahu. Dulu-dulu cikgu akan bagitahu buat latihan page berapa sampai berapa dan soalan nombor berapa. Kalau dah tak tersusun nombor tu mahu tak menggelupur aku dibuatnya. Tambah-tambah lagi aku pernah nampak kawan sekelas kena lempar buku keluar sebab dia tak siap ke tak buat kerja sekolah, aku tak ingatlah tapi memang depan mata dengan suara garang cikgu tu. Dahla masa tu kelas kami depan pejabat sekolah yang sebelah dengan bilik pengetua tambah pula dekat dengan kelas menengah atas. Mahu tak cuak, tiba-tiba karang jadi glamour tak pasal. Tapi apapun aku rasa masa aku menengah rendah jela ada rasa macam tu. Menengah atas memang dah tak la macam tu. Kerja sekolah settle tapi yang pasti aku punya homework add math dan fizik selalu minta khidmat bantuan membe sekelas untuk bagi hins ataupun fotokopi. Aku memang lembap benda-benda nombor ni. And yes membe-membe yang baik hati tu sekarang dah jadi en engineer dan puan arkitek. Me the one stucked jadi cik i dont know.
Walaupun lama dah tinggalkan zaman persekolahan, tapi rasa takut kerja sekolah tak siap tu masih terbawa-bawa dalam mimpi aku sehingga sekarang. Tak tahulah kenapa. Penatlah kalau dapat mimpi kerja sekolah tak siap. Rasa serba tak kena, risau dan takut kena nag dengan cikgu. Rasa lawak pun ada.

Thursday, February 12, 2015

* New Start *

Seperti yang aku bebelkan sebelum ni, aku akan mula masuk opis adik Ngah aku on March tapi disebabkan ada problem sikit so hari ni aku dah masuk opis secara tak rasmi.
Dalam erti kata lain aku jadi penunggu opis dia sampai tengahari ni sebab cik secretary dia tak ada, kena attend meeting on behalf of him di Kluang.
Opis sini tak busy mana pun sebab opis cawangan je. Dia base di JB dan staff di kampong just ada cik secratery setia dan on site staff.
Hari ni aku masuk pun sebab nak kena attend orang. Pagi-pagi dapat call suruh masuk. Yer, aku pun dengan selamba masuk opis dia hari ni dengan t-shirt, jeans dan bertudung bawal simpul..Hahahaha...
Ampunlah, baju kerja aku bawa balik kampung tapi seluar kerja lupa nak bawa. Lagipun setengah hari je kot sambil nak print out dokumen nak kena bawa masa registration nanti. Nak fotostat barang pun aku tengk mesin fotostat kat opis ni tengah mereng. Settle semua nak kena balik tolong mak install pipe mesin basuh dia.
Bila kat kampung ni ingat nak bermalas-malasan tapi tak juga. Dekat rumah asyik perang mulut, yup! That's me, sebab tak boleh tahan tengok benda tak kena. Mak kata kalau aku kat rumah lama-lama telinga semua orang jadi pekak.
Well....Sabar sajalah ye..Dulu aku tak ada suruh balik, bila dah balik kata aku bebel..Hahaha..This situation remind to this " Jauh bau bunga, dekat bau ta*i"
Agak kasar bunyi hujung tu tapi itu adalah normal.
Now sebab duduk sesorang kat opis ni dan malas nak balik lagi, marilah kita update blog sambil dengar lagu Min Ho - Painful Love dekat desktop bebudak ni. Layan juga rupanya lagu diarang walaupun aku tak paham sepatah haram.
Lepas tu mari kita tengok file update hard copy and soft copy. Nampak sangat dah berminggu tak bekerja, rindu nak kerja. Tapi kerja kali ni memang kena tahan mental sikit sebab tadi masuk-masuk opis adik aku, rasa macam nak pitam kejap. Diarang dalam proses nak ubah suai so memang akan sakit mata tengok hal keadaan opis ni.
Till here aku nak bebel, as my diary.

Wednesday, February 11, 2015

* My Mother Tongue *

HBahasa ibundaku Bahasa Melayu. Disamping Bahasa Melayu, English adalah bahasa kedua. Selain dua bahasa ni, aku boleh bertutur dalam Bahasa Jawa kasar dan sedikit Bahasa Mandarin. Mak dan abah lebih banyak menggunakan Bahasa Melayu dengan kami adik beradik. Sewaktu zaman belajar hanya rujukan saja adalah English, dalam kelas lecturer masih menggunakan bahasa ibunda. Untuk urusan rasmi sewaktu bekerja sememangnya English adalah bahasa utama yang digunakan disebabkan dulu aku bukannya hanya berurusan dengan Malaysian. HQ di Hong Kong, plant yang lain di Cina dan terdapat di US adakalanya terpaksa berurusan dengan pihak berwajib luar negara. Mana mungkin menggunakan bahasa Ibunda sahaja kecuali sewaktu berkomunikasi dengan pihak berwajib dalam negara ataupun membantu geng marketing buat english-malay translation tanpa menggunakan bahasa google translate.
Aku akui, walaupun boleh dikatakan english digunakan as daily practice namun bahasa yang digunakan internally adalah sangat rojak. Oleh sebab itu, aku akui english aku pun sangatlah hancur.
Ada yang menegur ataupun dengan kata lagi simple, ada yang sound english yang aku guna terutama sewaktu menulis habis jahanam grammar  aku..
Maaflah, seperti yang aku katakan english is not my mother tongue but I'm trying the best to learn and improve. (",)

Friday, February 6, 2015

* Friday Decision *

 
Getting my self into trouble again...
My ex- boss call me to do freelance job untuk company. Baru 2 hari say bye bye than dah receive call offer for a project. Aku dah pesan pada group whatssapp jangan bagitahu yang aku masih di sini stil merewang-rewang membuang masa until ada yang kata "Tak ada sesape pun nak cari ko lagi Min kat opis ni...Tak payah perasan sangat." Thanks for the feedback my friend. You dunno what I'm facing right now.
It's took time for me to make a decision sebab aku memang kalau boleh tak nak stuck dengan tempat kerja lama. Nak free daripada yang aku dah buat selama 7.5 tahun ni.
Setiap hari dia whatssapp dan aku pula dengan sengaja tak nak tengok. Siap aku tinggal handphone atau silent my phone.
So far aku still enjoy my cuti dengan tengok movie online, baca novel dan buku kegemaran aku until aku tak sedar hari ni dah hari Jumaat. Siap kena marah dengan mak.
Tapi mak cakap, kalau rasa projek tu tak heavy ambil jelah sebab date line dia before start class. Aku rasa aku boleh cover and yes, aku demand. Bukan sebab aku tahu mereka terdesak tapi baru aku sedar aku boleh buat benda ni. Aku rasa kalau diarang nak aku buat extra, I should request extra. Just wait for the contract to be send by them.
Dan hari ni, create lagi new account rasmi untuk kerja sahaja. Mungkin bagus juga aku ambil projek ni, may be untuk akan datang kalau perangai malas masuk tempat kerja aku datang balik so aku boleh buat freelance job. Ambil pengalaman. I'm not still young nak main-main. Merewang tetap merewang tapi still kena fikir matang gak walaupun tak lah matang mana.
Kalau dulu orang suka kata aku workaholic, sekarang ada yang kata decision aku berhenti kerja ni macam tak betul, siap sambung belajar even umur dah tua.
Aku buat semua ni sebab aku dah bosan dengan apa yang aku buat hari-hari.
Bila aku kata aku tolong adik aku, tak kurang juga ada yang kata boleh ke.
Entahlah, kalau ikut kata mulut orang memang semua tak betul.
Bagai satu kisah pengembaraan seorang ayah, anak dan kuda tua.

Wednesday, February 4, 2015

*Kembali Membebel*

 
Aku akan kembali membebel dalam blog ni semula...
Aku tak sure apa yang akan aku bebelkan tapi yang pasti sebelum aku busy semula dengan kerja dan study, aku akan tulis sesempat yang mungkin...
Oh ye, aku dapat baby baru warna putih. Nama dia cik Asus...Half of the price covered by duit appreciation dari tempat aku kerja...
 
 
Half lagi sendiri bayar la kan...Sebenarnya kalau tak ada duit appreciation tu pun memang nak beli yang baru sebab cik lappy lama ku dah tercabut button bagai...
Semua masih elok dan cantik tapi everytime buka je semua benda nak didelete...
Pernah nak buat kerja bawa balik sebab tak sempat nak kejar due date, habis terdelete semua...
Menangis makcik dibuatnya...
Tapi aku still simpan elok lagi..
Tabiat aku memang macam tu..Same goes with my handphone yang lama-lama, aku still simpan elok.. Tapi untuk simpan handphone lama-lama, aku suka keluarkan bateri.
Aku pernah cakap pada diri sendiri aku akan cuba update blog ni dengan benda berfaedah. Aku cuba tapi tak naklah janji sangat sebab aku ni kan jenis kuat merapu dan membebel...
Dekat handphone pun dah letak siap-siap app blogger..Dekat I-pad bubuh lama dah tapi disebabkan nama pun I-pad makanya lebih kepada menonton dari menaip...
Tak sesuai..hahaha...ALASANNNNNN...
 
Disebabkan hari ni dah start jadi penganggur, makanya selepas terjaga seperti waktu biasa hari-hari bekerja, aku tak sure nak buat apa...
Tapi yang pasti group whatssapp geng tempat kerja yang juga ada dah jadi ex staff dah start berbunyi-bunyi berketing-keting di awal pagi...
Ada yang birthday hari ni, ada yang sangkut jammed for the 1st time after change to 3rd job dan tak kurang ada yang masuk kerja terus senyap...
Apapun, aku berharap dan berdoa agar hari-hariku yang mendatang lebih tenang, dipermudahkan dan diberkati segalanya.....
 
Aminnnn....


Tuesday, February 3, 2015

*Kononnya*

Aku ni kononnya nak rehat panjanglah, lepas tu baru akan start masuk kerja dekat tempat adik aku si Angah...
Konon awal bulan 3 lepas settle register sambung belajar, lepas rehat puas-puas nak merayap tapi dalam Malaysia jela sebab dahla nak jadi penganggur lepas tu nak membazir...Memang lari konseplah jadinya...
Lagipun bulan 2 ni pendek je berbanding bulan-bulan lain....
Kisahnya pasang impian sepanjang cuti ni juga nak baca semua buku-buku, novel-novel yang dah beli di Popular dan Big Bad Wolf since bila tak payah tanya...hahahaha...
Tapi baru golek-golek sekejap ni dok terfikir, boleh ke aku duduk diam...
Hari ni cukupla, bangun macam biasa waktu hari bekerja tapi bezanya hari ni makan proper breakfast..
Not breakfast while driving...huhuhu...
Lepas tu blurrrr....
Malam tadi lepas handpunch untuk last day aku di LKK (lupa pulak nak snap gambar di mesin handpunch tu for the last day), terus call mak sedih dah berhenti kerja...
Hahahaha....macam lawak...tapi siapalah tak sedih, lama dah kerja situ....
Fikir positif, mak pun cakap yang sama...
Than terus pi dinner dengan ex-team and hubby beliau...
Kejap je dah panggil ex😂....
Thsn gossip....baru sehari tak kerja sebumbung...
Dah macam-macam kisah...
Redha je hubby beliau dengan peel kami...
Beli hadiah utk ex boss dan asst dia yang hmmmm...
Actually aku tak nak bagi tapi be fair....
Lepas tu masa call mak juga, mak cerita si Dik Ngah aku balik kampung pagi semalam uruskan apa entah dekat opis kampung, tanya bila aku nak masuk opis..
Katanya hari ni Along last day kan...
Mak pun sibuk tanya bila nak balik...
Wohooooo....aku konon dengan semangat nak bercuti panjang dah diusulkan dengan soalan pendek tapi padat....
Macam boleh dipertimbangkan tapi tengoklah dulu....hahaha...
My mood cuti dah ON...