Wednesday, December 16, 2015

* Hola! *

Assalammualaikum, lamanya tak membebel dekat sini.

Kalau aku buka ke tak buka bukan ada orang yang nak baca kot. Hahaha.
Banyak benda jadi tapi aku malas nak update. Banyak aku simpan dan aku update di FB, insta, twiter atau wechat je. Malas nak karang ayat panjang. Jom aku kumpul sekali apa yang dah terjadi this few month. Last pasal aku exam bagai so exam dah lega dan dapat result kira oklah untuk makhluk PJJ yang pemalas nak study ni. Dapatlah CGPA atas 3. Sekarang ni siap tunggu nak exam lagi. Paper aku start awal tahun nanti. Orang huha-huha bercuti aku huhuhu menghadap buku nak exam. Hari ni ada masa sikit aku nak membebel. Tak ada kerja sangat. Ada tak ada standby benda nak kena kerja luar esok je.

 Aku rasa aku tak pernah cerita yang aku ada seekor kucing calico yang aku adopt dalam bulan 5 hari tu yang aku angkut dari rumah Selangor. Kakak umah sebelah yang jumpa pada awalnya dan dia sempat jaga beberapa hari sebelum aku datang sana dan sambil-sambil tunggu kot ada yang update di FB page community tempat kitarang tinggal, ana tahu ada orang hilang kucing. Baby lagi, sesat ke mana tahu. Sebab selalu je ada orang update missing cat. Last-last tak ada, Zorro ni pulak aktif dan ccerdik semacam, memang mak pun suka, bawalah balik Johor.  Naik kereta bawa balik Johor meow-meow sepanjang perjalanan tapi last-last senyap bila kena riba. Dah besar dah sekarang siap dah menggatal. Hahaha. Budak manja nama Zorro. Kucing betina tapi perangai macam jantan so bubuh nama tu sebab suka sangat main loncat-loncat tembok masa jumpa dulu dan dekat mata macam ada topeng. Sekarang lagi banyak akalnya. Menggigit dan mengoyak tu sudah menjadi hobi sejal azali. Lepas tu jumpa kucing orang letak depan office. Seekor ibu aku bagi nama Biboo dan dua ekor anak nama Tezs serta Yeyen tapi sedih, yang Tezs lepas rawat ada bisul kat kepala dan kaki luka, dia mati kena langgar lepas 2 minggu bawa balik rumah. Si Yeyen mati 2 minggu lepas sebab sakit. Yang ni aku sedih sebab dah sihat dia sakit semula. Aku ada kelas on Sunday tapi gigih Johor malam tu juga sebab mak kata dia dh nampak sihat dan nak main serta makan. Selang berapa hari Yeyen tak nak makan semula dan tak sempat pergi klinik dia gone. Dah mula boleh berkawan dengan Zorro dan boleh main, tidur sama tiba-tiba jadi macam tu. Zorro ni cuak kalau nampak si Biboo sebab Biboo dok suka gaduh dengan dia. Masa Yeyen mati, adik dia lahir 4 ekor. Tak bubuh nama pun lagi until now. 
* Yeyen dalam kenangan. Waktu ni baru start demam biasa, still layan gak si Zorro yang suka menyakat tu*
Selain anak bulus, aku dapat anak buah last week. Lahir waktu ngam-ngam habis azan subuh. Adik aku whatsapp dekat group pun aku tak sedar lagi. Hahaha. Macam-macam kisah adik dan SIL cerita masa si kenit ni nak keluar. Hari ni genap 8 hari dia menjengah dunia yang fana ni. SIL aku duk forward gambar pada kami. Kaki tidur, malas minum susu. Masa hari 1st dia lahir, kami sampai pun dia tak minum susu sehinggalah malam tu kena jaundice. Tapi kena duk dalam incubator satu malam je. Keesokkan hari baby dah dapat balik after dia start menyusu. Orang paling excited tengok baby of course la my mak. Cucu 1st kot. Dahla suka buat muka anak buah aku sorang ni. Asyik buat mulut duckface. Setiap kali dia buat, kami semua terus terbayang my SIL suka buat macam tu bila selfie. Hahaha. Kenan ke anak dah. Aku dan adik dah dua kali juga menjenguk since weekend semalam aku ada kelas so jenguklah terus. InsyaAllah this weekend pun pergi lagi after kelas dan may be mak join sekali. Rindu Baby Niyaz yang suka buat muka tak puas hati bila dikejut dari tidur. InsyaAllah bila his parent dah share photo, I'll share it too here.
* Muhammad Niyaz Danial *
Anyway, until here. Sat lagi nak kemas-kemas balik rumah buat apa yang patut than malam ni nak cuba tidur awal. esok kena bangun awal kerja luar. Huhu. 

Thursday, September 17, 2015

* Kisah Jodoh & Rezeki *

Hari ni kerja sehari selepas cuti Hari Malaysia dan esok dah cuti hujung minggu. Mesti banyak jemputan kahwin yang akan diadakan walaupun berjerebu. Orang plan kahwin tak tahu pun jerebu tu nak muncul. Minggu lepas mak bagitahu semasa di sebuah kenduri, ada yang bertanya pasal wife adik Ngah aku dah pregnant ke belum. Lepas soalan terjawab, jangkit kepada hal aku. Pasal apa lagi, wajiblah pasal bila nak kahwin. Mak mana yang tak sakit telinga bila soalan yang sama diajukan tentang perihal anaknya. Mula-mula mak aku selamber je tak cerita pada aku tapi lama-lama dia pun buka mulut. Mujur ada juga yang paham dan sefahaman dengan mak memberi jawapan jelas.

Bila aku perhati semula pasal soalan-soalan bab-bab jodoh ni, aku perasan semua soalan tu datang dari mulut-mulut orang yang anak-anak atau yang kahwin awal, ada anak dan cucu awal. Mereka berasa amat secure untuk mempertikaikan tentang orang yang belum ada rezeki. Apa tidaknya, orang lain tak boleh pertikaikan mereka. Bila solo, diutarakan soalan bila nak berdua. Bila dah berdua diutarakan soalan tentang zuriat. Hello! Tak ada sesiapa pun yang nak hidup sendiri walaupun hakikatnya nanti dalam kubur sorang-sorang tetapi andai belum ada jodoh macam mana pula?
Nak disuruh bernikah dengan pokok pisang? Atau kutip je mana-mana yang nampak tu tepi jalan? 
Andai Allah belum berkata temu jodohku, maka belumlah bertemu. Siapa kita untuk lawan takdir? Untuk orang yang sering mengajukan soalan tu, lupa agaknya mereka pada rukun Iman , Qada' dan Qadar. 

Andai kata ada yang menyindir, aku hanya berharap sebelum melempar sindiran itu, biarlah orang itu terlupa membawa otak dan akal beliau sebabnya orang yang tak ada akal je bercakap tanpa memikirkan hati orang lain. Sepupu ku juga ada yang terkena tempias sama dengan aku. Alhamdulillah kami berdua boleh buat muka selamber walau hakikatnya nak meletup macam hari ni. Terluah di blog ini, hahaha. Disebabkan kami masih solo ni juga kami dapat menyambung pengajian masing-masing dengan rileks walaupun sekadar part time. To my cousin, good luck for your Master in Engineering. Katanya mungkin after Master nak ke PHD. Aku dengar lap peluh laju-laju. You go girl! Asyik kena buli saja dengan engineer lelaki saja kan. Prove to those yang suka mengutuk kita, we are better than what they think. 

Tuesday, September 15, 2015

* My Hometown *

Assalamualaikum!

Dah berhabuk lagi blog ni ditinggalkan. Lepas raya tak ada kelas tapi busy dengan kerja dan projek personal baru yang tak berapa nak projek sangatlah. Selain tu busy pulun tengok online Japanese dan Kerean siries. Hahaha. Bab online series tu lain kali kita cerita. Hari ni nak story pasal hometown aku, Batu Pahat. Apa yang ada dekat Batu Pahat selain nasi beriyani gam dan mi racun? Meh aku nak buka kisah. Selepas beberapa bulan duk melangut di kampung halaman ni, baru aku sedar tentang kewujudan kedai-kedai ataupun tempat yang best di sini. Nampak sangat sebelum ni kalau balik kampung duk ulang-ulang pergi tempat yang sama -----> BP Mall tak pun Square One. Hahaha. One stop kot. Berlibur, berhibur dan tempat makan ada sekali.


* Photo taken semasa dah start jerebu *
Macam mana pula tempat lain? Tempat service kereta, aircond dan ect? Early of May air-cond kereta aku buat hal, tiba-tiba angin panas  sehari sebelum aku ada kelas di Shah Alam. Waktu tu aku tergerak nak search air-cond service provider di Batu Pahat ni dan aku tertariklah nak klik satu gambar ni. Tengok-tengok siap ada website. Wahhhh! Besar ke kedai ni sampai ada website bagai? Belek punya belek, tak lah besar mana tapi banyak cawangan di sekitar Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Cawangan pertama adalah di kampung halaman aku ni la. Yang membanggakan aku ialah ianya milik anak bumiputera kita. Semasa aku call tu hari Jumaat dan satu lagi aku puji tentang kedai ni, kerani yang menjawab call tu sangatlah sopan dan sangat detail bagi tunjuk arah kedai diarang. Padahalnya aku dok selalu lalu tapi tak perasan pun tu kedai mereka.



Kedai air-cond ni bernama SNR Car Air-cond Services & Accessories, webiste: http://www.snr.my/ . Berbalik bab aku nak service ni adalah hari Jumaat, aku kena datang semula selepas waktu solat Jumaat. Kenapa? Sebab semua technician pergi sembahyang Jumaat. Selain itu, kedai ni juga sangat menepati masa. Technician kata untuk service ambil masa 3 jam termasuk cari stok tapi hakikatnya dia dapat siapkan lebih awal dari yang dijanjikan. Kereta aku ni al kisah dah lama tak service air-cond so dia punya kesan degil tu tak payah cakaplah. Pening technician yang tengok tu. Huhuhu. Sementara menunggu kalau tiba waktu solat dan nak ke tempat solat berdekatan adalah agak jauh, tak payah gusar sebab di sini disediakan tempat solat sekali dan aku sangat respect staff dia sebab bila masa solat je, mereka akan bergilir pergi solat tapi kereta yang diservice tak akan ditinggalkan begitu saja. Rakan technician lain akan pantau sementara mereka pergi solat. Macam mana aku tahu? Sebab aku dok tercongok dekat situ hampir 3jam. 


* Ada 3 cawangan address SNR Batu Pahat
*
Selain itu, satu benda penting aku nak share pasal air-cond kereta aku ni. Sebelum aku pergi ke kedai tu dan sebelum air-cond kereta aku k-o-j-o-l, aku pernah bertanya dekat satu kedai ni di Shah Alam, kenapa air-cond kereta aku tak berapa sejuk. Technician dia pun dengan gigih periksalah satu persatu memang macam detail sangatlah. Bila selesai cek, dia kata ada part dalam kereta aku nak kena tukar, kalau tidak nanti kereta aku problem. Dan paling hancing sekali dia bagitahu kalau yang original Perodua  harganya dalam RM1k bla3. Kalau bukan original RM700, made in China. Baiklah, mujur aku jenis akal panjang dan kata, nanti aku feedback semula sebab macam tak logik. Aku hantar ke SNR ni service saja kot, tak perlu tukar bagai kecuali filter dan caj RM300 zaman GST ye kawan-kawan. Nampak tak jimat berapa dari kedai pertama dan sorry to say aku nak bagitahu kedai tu is a non-bumi shop. I'm not kinda racist type tapi ini kenyataan yang perlu kita take note dan bukan semua kedai pembohong macam kedai tu. 

* My car being serviced *
Baiklah, selepas dua hari service, something happened. Air-cond kereta jadi ada angin je semula. Aku dah tahap nak marah pun ada. Hari Isnin lepas kerja aku ke SNR semula sebab kalau tak silap, waktu operasi mereka dari pukul 9pagi hingga 9malam. Bila aku tiba, technician yang service kereta aku pun attend aku dan cek balik sambil dengar complaint dari aku. Bila dia cek kejap, rupa-rupanya, ada nut yang longgar so gas air-cond leak keluar. Bab nut tu sebab pakai semula nut lama kereta aku. Bila tukar nut baru, so far alhamdulillah air-cond kereta aku until hari ni sihat walafiat. Lawatan kedua memang tak ada caj apa-apa disebabkan follow up saja.

Oh ye, nak bagitahu ni, ini bukan post berbayar tapi just a sharing post untuk orang macam aku yang tak sedar ada kedai-kedai macam ni di kampung halaman sendiri. Tak lupa juga SNR ni ada perkhidmaan lain tapi aku tak pernah try lagi. Next post insyaAllah aku akan share tempat makan pulak ye. Tapi bila aku tak sure kerana mengikut tahap kerajinan aku menulis. Hahaha.


Monday, August 3, 2015

* My Syawal 1436H- 3 *

Disebabkan Syawal pun dah lebih setengah bulan, nak pendek cerita je kisah beraya aku tahun ni sebab aku beraya untill raya ke 6 je. Hehe...lepas tu tak ada mood dah. Dah terbiasa dari dulu kot sebab dah masuk kerja kan. Tahun ni lagi special sebab rumah tok dan nenek saudara serta sepupu mak aku tak join mak pergi. Dah ada sindrom boleh bau orang tanya bila nak makan nasi minyak sebab Angah pun dah balik JB. Kalau dia ada, orang akan berkisar bila dia nak timang cahaya mata. Nampak tak trick aku kat sini. Hahaha. Sengal!

Tak nak cerita panjang sebab lepas entry ni ada entry aku nak share yang buat aku rasa macam telinga keluar asap. So for this entry, layan gambar je lah:

4th Syawal ke Kluang, Renggam dan Simpang Renggam, rumah pakcik makcik dan sepupu kami. Actually di Renggam ada ambil video pekan dia yang ada pokok hijau yang cantik tapi tak tahu kenapalah tak boleh upload. Pagi tu, aku dan adik gerak lambat sikit sebab budak ni banyak sangat yang tertinggal. Dua kali pusing balik ke rumah dan masa nak balik lepas beraya pun ada drama, dia tinggal beg telekung dan beg make up di rumah cousin. Sudahlah dah jauh, minyak kereta pun nazak, memang kena amukanlah dengan Kak Long dia. Mak ikut kereta Angah, abah tak join sebab ada hal. Terpaksa drive sebab Angah terus nak balik JB. Pagi tu sekali lagi aku jadi tukang alter baju sebab lengan labuh tak ingat dan cutting untuk tangan baju kurung moden. Labuh baju singkat lebih satu inci dari ukuran dan aku rasa baju kurung pahang, pesak besar badan kecik. Ni terbalik. Ambil balik baju contoh yang bagi pada tailor, memang sah. Baju aku dia buat syok sendiri. Mujur ye, mujur baju saja yang tahap hampeh, kain boleh diterima lagi.

* Di Bandar Kluang menuju rumah pakcik kami. Stucked in the jammed *
* Rumah my cousin di Simpang Renggam. Rumah muhibah aku panggil rumah ni sebab anak-anak dia bila bercakap tahap rojak. Cakap dengan ayah dan abang sebapa cakap mandarin. Cakap dengan kami dan mummy dia cakap melayu. Kadang-kadang campur english. Tuan rumah tak nak masuk gambar sebab dia kata tengah busuk. Haha. Actually dia tengah kelam kabut sebab abang ipar dia baru passed away so ulang alik jenguk rumah mertua dia. She's married to a chineseman so still kena hormat family the in laws*
5th Syawal ke Kota Tinggi dan ibu negeri, JB. Rumah pakcik di Kota Tinggi dan selebihnya rumah sepupu dan anak sepupu yang kerja sekali dengan Angah. Aku drive dari rumah than park kereta di rumah Angah, naik satu kereta sudah.

* Sebelum bergerak ke rumah Angah di Kulai *


* Adik dan Tam, si kucing cousin kami yang tak nampak mata lagi malas dan manja*
* My SIL actually ada ailurophobia ( fobia pada kucing) tapi dengan Tam ni boleh pula dia pegang. Sebab Tam ni tak ada perasaan nak gigit atau bermain macam kucing kami si Zorro *

6th Syawal Angah balik kampung semula sebab on 7th Syawal dia nak monitor semua equipment kerja dan transport sebelum staff dia masuk kerja. Malam tu kami sempat beraya ke rumah sepupu kami di Parit Sulong dan rumah Busu (adik bongsu abah di Bandar Muar). 

* Rumah my cousin banyak orkid dan bunga, wife dia pun rajin belek taman. Silau pun silaulah, asalkan orkid tu semua masuk gambar. Masa ni mak dan Angah sibuk borak dengan our cousin, wife dia demam-demam tolong ambil gambar ni..hehe*
* Rumah Busu banyak kucing tapi si Grey ni je yang muncul. Adik pula kan pantang jumpa kucing, mulalah nak ambil gambar sama. *
Habis dah cerita beraya aku. Marhaban perempuan kampung Syawal ke 9 pun aku tak join sebab tak sedap perut. Aku start kerja pada 6 Syawal. Memang tak ada perasaanlah. Open house jauh sekali. Bak kata orang, aku dah ada sindrome menyendiri. Hahaha. Sementara result exam belum keluar dan belum start kelas ni, aku bantai layan diri tengok online movie, korean and Japanese series. Nak baca novel pun ada tapi tahap kerajinan nak menyelak helaian kertas tu sangat rendah buat masa sekarang. Next entry nak cerita kisah orang tak kahwin dah tua dan pasal boleh ke dapat anak! Hangit sikit aku bila teringat....

Wednesday, July 29, 2015

* My Syawal 1436H - 2 *

Hahaha...
Baru nak sambung kisah Syawal. Padahalnya dah nak setengah bulan dah ni. Lagi satu, macamlah ada orang nak baca tapi sekadar cerita aku nak simpan baca sendiri. Dari sini juga aku dapat tengok balik macam mana cara aku menulis berbanding mula-mula aku berbloging dulu. Kalau tengok balik ejaan dulu-dulu, macam apa dah. Itu tak termasuk yang typo. 

Baiklah, kisah 3 Syawal aku di mana complete dah keluarga kecik kami. Pagi 3 Syawal kami duduk dekat rumah je tak ke mana sebab ada marhaban dari kampung luar belum masuk rumah lagi. Dan sibuk-sibuk mak aku buat breakfast, aku jenguk kejap je sebab aku dok sibuk alter baju aku yang paling jahanam yang dah dikerjakan oleh tailor. Gigih nak alter sebab nak pakai sama colour dengan yang lain. Aku terpaksa buka balik tangan dari badan, jahit balik bahagian badan, lengan dan tepi kain. Sepasang dari atas sampai bawah aku alter semula. Bilik aku dari subuh dah terdengar bunyi mesin jahit mini dok "grekkkkk2". Bila dah jahit semula, beza dalam satu inci ye dari ukuran asal. Ini aku tahu sebab aku bandingkan dengan baju lagi satu yang ok dan tak ada dah jahitan kedut-kedut hasil mesin jahit mahal. Bab tangan yang katanya tak cukup kain dan disambung tu malas aku nak komen. Urut dada aku tengok. Mujur sesengal aku ni pun tahu guna jarum, benang dan mesin jahit, walaupun hanya mesin jahit mini yang comel. Nak buat sepasang baju kurung moden bagi aku adalah satu ke"siput"an sebab aku tak tahu jahit zip baju dan tak tahu buat kain separuh getah...huhu...

Dah settle jahit, dekat tengahari kami sekeluarga gerak beraya ke Segamat. Mula-mula Angah suruh aku drive satu lagi kereta sebab dia mungkin kena balik JB terus lepas beraya, tapi abah sibuk nak drive sendiri. Makanya aku dengan gembira duduk belakang membuta dengan adik aku. Ini adalah sangat jarang berlaku sebab selalunya aku ke mana-mana memang kena drive sendiri. Adik menyibuk nak menempel dengan kita orang. Tak nak naik sekereta dengan mak dan abah. Mengada. Tak sampai berapa kilometer dari rumah sensor  kereta Angah dah dok kelip-kelip warning kata ada problem dekat tang tayar. Lepas tu, baru sampai jalan utama arah ke Parit Sulong, dah ternampak deretan kereta memanjang jammed mak ai. Sudahnya ambil jalan potong ikut jalan kampung. Angah pula sibuk cari petrol pump nak cek angin kereta sebelum pergi cari bengkel kalau betul-betul ada problem. Last-last sah tayar kereta dia memang bocor. Bocor dekat sebelah tempat aku duduk pula tu, cis hampagas betul. Mujur ada kedai tayar yang buka dan menampallah tayar sekejap. Ni nak buka kisah pasal tampal tayar kereta ni. Orang kedai tayar tu offer nak tampal biasa atau tampal special. Tampal biasa RM6 dan tampal special, tahan lama RM40. Itu harga sebelum GST ye. Nampak tak perbezaan perkataan special tu di sini? Tapi Angah prefer tampal special sebab malas fikir nanti problem balik dan tayar dia masih tayar baru lagi. Adik aku dok buat jengil biji mata bila Angah dia bagitahu. 

* Mujur ada tempat nak baiki..Huhu*

Lepas settle kami teruskan perjalanan ke Segamat dengan tenang. Actually aku yang tenang lagi aman tidur dekat seat belakang. Hahaha. Sampai rumah pakcik aku no. 7 di Felda Redong, kami dihidangkan dengan lunch lauk asam pedas ikan talapia, sambal cili padi menangis keluar asap telinga aku, sayur goreng, ikan masin dan tongkeng goreng. Semua tu cousin lelaki aku yang masak. Bukan laki cousin aku tapi cousin lelaki yang dah kahwin. Memang sempoi je cousin aku yang sorang tu, dah la handsome. Anak dia comel, bini pun cun dan peramah, selalu kena sakat dengan aku. Pakej semua tu. Bab tongkeng tu ada lawak sikit sebab aku tak perasan tu tongkeng. Aku ingat daging ayam goreng tepung potong kecil. Sekali aku gigit ada part yang aku tengok macam tongkeng, terus aku tak jadi telan. Maaflah, aku tak makan tongkeng. Lagi kesian adik ipar aku, ikan darat pun tak makan. Last-last dia makan sayur, sambal dan ikan masin je. 

Lepas lunch, borak-borak, kedarah kuih raya dan solat Zuhur, kami gerak ke rumah sepupu kami , anak arwah pakcik no. 3 dekat situ juga. Kalau pergi rumah ni confirm kakak sepupu aku suka puji-puji bagai lepas tu hujung-hujung memang sah dia akan bagi soalan cepu emas istimewa. Tak payah cakap soalan apa, sebab soalan ni memang soalan bocor yang normal ditanya tapi tahap tanya dia ni memang upgrade sikit ayatnya. Tahun ni mak aku jawab dengan statement best. Hahaha. Buat teman rapat, depa dah tahu apa statement mak aku bagi. Settle rumah sepupu aku yang seorang ni, pergi rumah sepupu seorang lagi anak arwah pakcik no.2 dekat situ juga. 

* Mak buyung dengan bapak dugong makan tempeyek tak toleh kanan kiri dah *

Rumah banyak bunga, wajib mak aku mengendeng bunga dan bergambar dekat rumah sepupu aku ni. Tahun ni, semua adik beradik dia akan beraya dan buah majlis tahlil keluarga di rumahnya. Dah menjadi amalan bergilir-gilir setiap tahun untuk mereka berkumpul bersama adik beradik serta anak cucu mereka. Sekali lagi disajikan makanan heavy. Sup tulang, nasi, kari bagai. Aku semestinya ta makanlah sup tulang, tak macam Angah. Bini dia pun tak makan. Sama pesen macam aku. 

* Dengan Adam si comei bulu mata lentik, tengok bunga dekat rumah nenek dia. Cucu kepada sepupu aku yang paling kecik. Nenek dah aku wei! *

Lepas settle beraya di Felda Redong, kami terus bergerak ke bandar Segamat untuk ke rumah sepupu-sepupu kami anak pakcik no.7. Mula-mula ke rumah kak Long. Kak Long ni dulu masa kecilnya mak akulah yang bela, dok kelek ke hulu ke hilir so memang mak dan Kak Long ni memang rapat. Anak dia 4 orang tapi 3 darinya lelaki dan badan kusssss semangat sihat-sihat ikut ayah dia orang. Kalau nampak aku bukan nak hulur tangan bersalam tapi dihulur penumbuk dekat lengan. Nak marah anak orang. Huhu. Ada tak ada Kak Long atau laki dia jerit. Hihi. Dulu masa depa belum sekolah, kalau depa nakal sangat, aku suka ugut nak bawa balik kampung ikat dekat pokok, tu yang depa aim je aku kot. Haha. Dekat rumah Kak Long nampak adik-adik dia semua dah tiba termasuk pakcik aku kecuali Kak Ngah sebab lepas settle rumah Kak Long, kami nak gerak pergi rumah Kak Ngah. Kak Ngah masuk rumah baru katanya so tu yang adik-adik pun pakat pergi sekali. Dekat rumah Kak Long kami murah rezeki lagi, ada laksa penang. Mujur aku makan, kalau tak memang rugi sebab sedap gila. Hahaha. 

Settle rumah Kak Long, kami gerak ke rumah Kak Ngah. Memang best ada rumah sendiri, corner lot pula dan yang pasti harganya di Segamat tak terfikir dek akalku. Mula-mula husband dia kata mahal. Aku dan Angah tanya berapa, dijawabnya RM360++K. Aku dan Angah terkedu sebab dengan ruma 20++ X 70++ macam tu boleh kata sangat jauh murah tu. Tepi rumah luas boleh susun lori 3tan 2 biji. Porch pun besar. Tak makan kuih, tengok Soto dari jauh sambil dengar kisah harga rumah. Huhu. Untungnya depa, aku tak tahu lagi bila. Lepak rumah Kak Ngah ni agak lama jugalah sebab settle Asar tunggu Maghrib terus dan boleh lepak layan makan soto lagi. 3 Syawal tu memang murah rezeki kami sampai penuh perut, alhamdulillah. 

* Hopefully satu hari nanti aku mampu ada rumah sendiri. Rumah mampu milik. Bukan rumah mampus milik *

Lepas tu baru kami beransur balik dan singgah di rumah arwah Pak Long kami di Pagoh yang sekarang dijaga oleh anak nya no 3. Kami adik beradik satu kereta je yang singgah sebab mak dengan abah terus balik ada hal. Sempatlah dengar celoteh sepupu aku yang lawak membahan Angah sambil berborak dengan cousin yang lain. Sambil borak sambil layan makan lagi. 

* Rumah Pagoh .... Adik dukung cucu 2nd cousing kami, budak tak takut orang, Nawal Athiya *

Kali ni special sikit, makan lempeng tepung yang lembut cicah sambal tumis marvelous kak sepupu aku. Dia memang berniaga ambil order untuk majlis-majlis tertentu dan boleh ke beberapa negeri sekitar. Rasanya caj pun tak mahal mana, masa kenduri Angah hari tu pun dia ada buat dekat rumah kami, habis licin tepung dia katanya. Lepas siap makan, borak-borak lagi terus minta izin balik. 

* Sesiapa yang nak buat tempahan boleh hubungi Kak Besah @ Mak Besah Lempeng pada nombor yang tertera di banner. boleh buka FB beliau dan pernah masuk paper mana entah. Boleh tengok di FB *
Dah penat gilos dan murah sangat-sangat rezeki kami. Adik ipar aku lagilah, 1st time ikut kami beraya, dia kata kalau ikut family dia beraya memang jauh-jauh dari rumah dia tapi tak sebanyak rumah yang di jengah. Dan setiap rumah kalau ada saji makan, mak suruh jamah, takut karang nanti teringin payah pulak nak cari.

So itulah kisah 3 Syawal kami, balik tak dan isyak, aku terlena dengan baju raya. Bangun jam 4 pagi kucing ku kejut minta makan dan buat kecoh baru mandi dan solat. Huhu. 

#4th Syawal will be continued...

Thursday, July 23, 2015

* My Syawal 1436H *

Assalammualaikum....
Hari ni dah masuk 7 Syawal dah, aku pun dah dua hari start kerja. Tak kisah pun cuti sekejap sebab stay dengan mak ni, malam pun ku balun pergi beraya tapi taklah banyak rumah. Andai dulu raya ke 7 ni masih lagi cuti-cuti Malaysia dan masih liat nak fikir pasal kerja. 

Apa cerita raya? Untuk aku tak ada yang lain pun, hanya tahun ni ada tambah orang baru dalam family masa pergi mengunjungi rumah saudara mara. Aku dah ada adik ipar dan insyaAllah next year ada anak buah. Huhu... Malam raya agak meriah sebab sepupu-sepupu dan anak sepupu dok datang rumah tumpang main bunga api dan mercun. Rumah makcik ada baby, takut terkujat katanya. Yang paling happy adiklah, sebab Abang Ngah dia beraya di Damansara until 2nd Syawal, rumah mertua so tak ada sape nak layan dia main bunga api pada mulanya. Aku? Lebih baik aku kemas rumah atau iron baju. Tahun ni malam raya juga agak syok sebab sepupu-sepupu aku sebelum balik dok pakat tolong isi kuih raya dalam balang sambil anak-anak depa memeriahkan suasana, menyanyi menari. Adik pun dah ambil alih peranan iron baju sendiri, mak dan abah. Hahaha...

* Bunga api sponsored by cousin. Angah tak ada tahun ni.. Hehe *


* Inilah dia si kenit-kenit yang memeriahkan suasana malam raya lepas sepupu-sepupu besar diarang balik lepas main mercun dan bunga api. Si kcik sekali tu tak padan, masa tengok bunga api meraung-raung. *

First day raya macam biasa pergi rumah nenek belah abah dan tahun ni tak terus pergi ke rumah Pak Long sebab Pak Long dah tinggalkan kami semua. Al Fatihah untuk Allahyarham. Lepas pergi rumah nenek singgah rumah Mak Ngah, adik abah jumpa dengan Busu and sepupu, cerita-cerita, gosip-gosip sikit than terus je balik sebab dah ada yang berjanji nak datang rumah. Malam tu bantai tidur  lepas Busu and family mai sebab malam raya dah penat gaban. 

* Kami berempat je di pagi Syawal. Tema tahun ni, warna warni aidilfitri. Hahaha *

2nd Syawal, lepas subuh dengan baju raya tshirt, tracksuit dan apron kuningku, mula memasak. Ketupat, ayam, rendang dan lodeh dah habis. Tahun ni aku cakap pada mak, kita masak benda yang semua ada dalam satu periuk, hahaha. Aku bantai buat tom yam. Betullah kan, seafood, ayam, sayur semua ada dalam satu periuk tapi biasalah mak-mak kan, lagi-lagi kami ni ada darah Jawa so bila tetamu datang of coz la kena bagi makan nasi, kena ada lauk lain, takkan nak bagi benda berkuah je. Orang jauh datang letih drive kena jamu, mujurlah subuh tu, aku ada keluar keliling rumah dok petik kacang panjang yang mak tanam than mak pun ada petik buah peria katak dia dia tanam gak, digoreng bersama dengan telur so jadilah sayur semangkuk besar. Tak sangka, tanam sikit-sikit dekat tepi rumah macam tu bila raya boleh berbuah banyak. Alhamdulillah. Lepas tu, buat asam pedas sikit, goreng ikan and buat telur dadar dekat separuh papan. Senang hidup aku kan, punya pemalas. Aku sedia bahan siap, bancuh telur, goreng beberapa round dan potong siap macam dekat kedai. Senang tetamu datang nak makan.

* Kacang panjang mak tepi rumah di sebening 2nd Syawal. Hahaha*

* Peria katak yang berwarna cantik tapi rasanya yang dibenci oleh adik *

Lepas masak-masak semua, tak sempat siap, cousins dah datang termasuk cousin mak and abah. Aku? Of coz masih duduk ceruk dapur berbau bawang bagai. Mak aku ada tabiat tak suka kalau bumbu untuk memasak di blend, dia prefer guna lesung tapi aku langgar pantang dia. Hahaha. Nak masak banyak oit, request masak cepat and banyak so mak aku no komen. Hehehe. Lepas siap masak, mandi-mandi, aku makan ubat sebab memang malam sebelum tu dah start rasa tak sedap badan. Terlena dengan si Zorro dekat dalam bilik. Si Zorro sepanjang raya memang kena kuarantin duduk dalam bilik sebab sentiasa ada orang, kesian dia kena lambung dek budak-budak lagipun dia ni suka langgar bekas kuih semua, hyper! Entah berapa trip cousin and family pakcik aku yang aku tak jumpa. Depa pun tahu aku tak sihat, yang penting aku dah masak, mak tak payah kelam kabut, adik pun tolong serve je. Jumpa bila aku pergi ziarah rumah dia orang je.

* Budak nakal yang kena kuarantin habis-habisan masa raya. Nasib baiklah buat perangai bila masa tak ada orang je. Dah la masa raya makin gemuk. Huhuhu *
Malam tu adik Ngah aku balik dari Damansara, dok bercerita beraya dekat sebelah sana rata-rata jammed eventhough beraya cuma setakat berapa rumah je tapi dek disebabkan jarak yang jauh. Dia siap bawa balik lemang yang dia 1st time buat, siap pi cari buluh lemang katanya. Hahaha. Malam tu aku mengelat sikit, tidur awal. Ada marhaban lelaki kampung datang pun aku tak sedar. Menantu dengan anak dara kecik mak tolong mengemas. Hahaha. I'm not feeling well. 

# 3rd Syawal will be continued.....

Sunday, July 12, 2015

* Raya Dah Dekat? *

Honestly, aku rasa Ramadhan kali ni aku tak sedar pun hari ke berapa aku dah berpuasa. Hari aku boleh berpuasa, aku puasa. Hari tak boleh, aku stop untill Nuzul Quran untuk tahun ni pun aku hanya sedar on the day. Teruknya aku kan? Kalau dulu-dulu ingat sebab my pass company memang bagi cuti. Ni habis-habis exam baru perasan dah nak raya less than 1 week. Persediaan raya just baju je aku buat, kuih raya mak aku belila sikit. Ekonomi raya aku tahun ni memang limited sikit sebab aku banyak spend pada cost travelling aku ulang alik every week untuk ke kelas. Its ok. Lagipun dah baya-baya aku ni memang tak ada feel sangat nak sambut raya kot. Just yang kesian, anak-anak sepupu, cucu sepupu semua tak akan dapat duit rayalah dari Cik Min tahun ni. Hahaha... Alasan kukuh, I'm a student! 


Baju raya sehelai dah dijahanamkan oleh tailor. Terbaik sangat sebab aku bagi kain 4 meter dia kata tak cukup sampai tak ada kain untuk buat tangan. Bila ditanya salah potong or salah jahit, katanya tidak. Tak apalah, nak sangat cari kain yang sama kan, carilah satu Johor, still tak dapat dan bersambung-sambunglah lengan baju aku jadinya. Aku tak ada hati nak pergi ambil. Biar mak yang tolong ambilkan dan minta kurang harga upah. Aku just cakap, aku speechless sebab buat baju kurung untuk orang size aku sampai tak cukup kain adalah tak boleh diterima. Lagipun berat aku turun merudum masa bulan puasa ni disebabkan puasa sendiri dan juga kurang selera makan. Seluar kerja and jeans yang sempit before this bila pakai kena pakai belt. Rumah mak aku langsung tak sentuh apa lagi. Masih macam tongkang pecah. Bertabahlah! 

Hari ni masuk kerja pun macam blur-blur than internet buat hal. Ni online pun guna mobile hotspot. Satu apa kerja tak boleh nak buat. Termenung aku kejap. Sepatutnya aku kena follow up kes staff ke hospital berdekatan tapi hari Ahad ni, ramai pula yang nak dicari tak ada. Tak apalah, esok aku cuba. Memang macam ikan masin melepek je aku hari ni. Nak kata mengantuk, tidak. Mungkin sebab letih semalam tak habis lagi. 

Semalam balik dari Shah Alam, selepas Zuhur terus bawa mak cari barang di bandar. Sebelah malam dekat pukul 10 tercongok di kedai belanja beli barang belanja untuk masak hari raya dan air botol untuk hari raya. Ramai sungguh orang berbelanja, mujur adik sekarang dah boleh diharap untuk tolong belanja barang kering. Dahlah masa ambik stok air yang dah dibayar si tauke tu nak kelentong. Mujurlah aku ada, dan tahu which distributor for certain brand so lepas make it clear, aku suruh mak ensure yang dibagi adalah betul. Aku pulak, dok punggah semua masuk barang dalam Gajah Putih. Dah macam jantan pula bawa si Gajah Putih tu. Padahal bila aku bawa Cik Lisa, dah macam budak baru dapat lesen..hahaha...Balik malam continue dengan apa yang patut pula. Kadang-kadang terfikir juga, mak aku ni janda ke? Ke hulu ke hilir asyik dengan anak...Hehe... Masa nilah nak berbakti kat parents. Masa mendatang nanti tak tahu lagi macam mana.

Dan sepanjang Ramadhan ni, aku extra sikit berdoa, agar disegerakan bertemu dengan jodoh yang betul, yang tak kedekut dan tak malas selain ..................... Bwahahaha.. Lempang ko nak Long? Berangan lebih kan? Berdoa tu free. Tak kena caj pun. 

Thursday, July 2, 2015

* Malu Bertanya Sesat Jalan *

 *Hahaha... Just Joking! *
I'm so thankful sebab ada kawan-kawan yang masih boleh diusulkan pertanyaan dan mendapat jawapan dari mereka. Kadang-kadang aku ada juga tanya rakan maya iaitu MR GOOGLE. Hahaha...
Macam kes semalam bila seorang teman bertanya tentang satu soalan dalam group whatssapp, aku sendiri tak tahu jawapannya dan syukur dalam group tu yang boleh bagi pencerahan. Bila dah ada pencerahan, maka rasa yakin itu akan muncul. Setiap insan ada kelebihan dan kekurangan, oleh kerana itu kita ni diletakkan di dalam kumpulan bernama masyarakat, komuniti, kumpulan, persahabatan dan kekeluargaan untuk kita share.

Kadang-kadang kita rasa kita dah tahu tentang sesuatu tapi bila ada pertanyaan baru kita tahu, yang apa yang ada tu belum mencukupi. Learning session is never end. Sebab tu kita diingatkan, belajarlah sampai ke Tanah China, belajarlah sampai ke tua. Hahaha... Bab belajar, mengaji ni bukan bermaksud belajar masuk U, sekolah pondok atau pergi segala macam institut. Belajar dalam kehidupan.

* Knowledge is power! *
Owh, sekarang tengah break so kepala aku pun nak break sekejap sebab tu membebel ni. Pagi tadi adalah aku merapu sekejap dengan kawan-kawan di whatssapp lepas tu dapat whatssapp dari bos terus terkedu kejap. Ada tugas yang memeningkan sikit nak disettlekan. Bulan puasa ni banyak dugaan. Dugaan diri sendiri, dugaan dari orang keliling, dugaan dari makhluk tuhan yang lain dan itulah dugaan yang sebenarnya tuhan nak bagi pada kita. Semoga dugaan dan urusan rasmi yang perlu dijalankan ni berjalan lancar selancar-lancarnya dan dipermudahkan. Kesian pada bos aku aka adik aku sendiri.

Apapun yang penting kita tanya, bila tanya insyaAllah ada jawapan. Peace YO! Esok aku cuti. Hahaha, kerja dua hari sibuk cuti. Minggu depan kerja tiga hari cuti semula sebab menghadap paper. Kalau dekat tempat kerja lama ni, mesti ada orang berbulu je dengan aku. Nak raya karang cuti lagi...hahaha....Sekarang tidak lagi! Syukur dengan nikmat yang aku dapat sekarang...Alhamdulillah!

#P.s: Makcik serabai pula dengar corong-corong radio dah duk pusing lagu raya...

Wednesday, July 1, 2015

* Naik Sekupang Dua *

Wooh! Pagi yang nyaman selepas hujan renyai terasa hangat semacam bila perkhabaran semalam yang aku dapat adalah benar belaka. Seorang rakan dilaman sosial bertanya adakah harga petrol akan naik bermula 1 July. Aku terdetik, aku macam tak dengar apa-apa pun. Lagipun aku bukan tauke minyak. Aku sampaikan perkhabaran ke teman tempat bertanya hal-hal semasa, dijawabnya diarang pun tak sure. Nahhhhh, tgh malam tadi keluar dah pernyataan bahawa itu naik sekupang, ini naik dua kupang. Bunyi macam sen-sen je naik, apalah sangat! Tapi hakikat apalah sangat tu akan mengakibat semua benda akan naik sangat-sangat. Sudahlah nilai matawang kita jatuh berdentum-dentum, jatuh lebih rendah dari tahun 1997 kot.

* Gambar ehsan Mr. Google *
Aku rasa selama aku berbloging, aku memang tak pernah sebut pasal kenaikkan harga minyak dalam blog rojak aku ni. Tapi hari ni hati aku tertarik-tarik nak membebel mentang-mentang ada gap sebelum next paper dekat seminggu. Luahan yang lama aku simpan setiap kali naik walaupun aku tahu, kita bebel tak puas hati, bagi alasan kukuh macam mana pun, depa nak juga naikkan. Baru saja dua bulan lepas minyak naik, ni dah naik lagi. Dulu alasan disebabkan mengikut harga pasaran minyak dunia. Kali ni alasan untuk kesejahteraan rakyat, apakah? Ini namanya sila berdoa untuk pihak-pihak tertentu yang bakal akan hidup tak sejahtera selamanya sebab disumpah rakyat. Aku bukan pro politik mahupun pandai berdialog tentang isu semasa. Aku hanyalah rakyat marhaen yang kian terasa bahang pemerintahan yang macam cirit birit. Dah salah makan, semua benda dah masuk perut, habis semua nak dicuba untuk hilangkan sakit perut tapi hasilya taka ada. Aku tak nak carut lelebih, bulan puasa ni, tapi cukuplah rasanya gunakan ayat cliche sedemikian rupa. Dah la seminggu lepas dikhabarkan, kalau tak naik tol akan naikkan taxes. Tup-tup naik tang lain pula. Sama macam awal April bila masa orang dah kepoh mungkin minya naik, dinafikan bersungguh than naik on the next month. Permainan apa entah, dalam diam waktu orang tak sedar, dinaikkan segala. Dah diberi itu ini, ditarik balik seperti BURUK SIKU. Namun hakikatnya bukan semua orang dapat pemberian itu.

Kami hanya rakyat marhaen yang rata-rata  tak mampu nak sediakan barang tanpa GST, cucuk tanam semua barang belakang atau tepi rumah. Kami tak dan nak buat semua tu sebab kami kena kerja nak bayar kos sara diri kehidupan yang semakin tinggi dek kerana trend demand yang juga berbeda pada abad ini. Bukan kami tak berjimat cermat ataupun menyimpan. Kami buat tapi bila dah semua naik, nak jimat tang mana? Gaji sama tapi harga barang naik. Jadi tak seimbanglah. Kami bukan dari pihak yang masuk tol ada kad khas, isi minyak ada kad khas yang semua ada perkataan khas.

Mungkin kalau disebut kepada makcik-makcik, nenek-nenek, pakcik-pakcik atau atuk-atuk di kampung yang masih dikaburi mindanya dengan pemberian-pemberian yang tak sampai ke mana tu, mungkin mereka tak rasa apa. Sebab apa? Mereka masih percaya yang disokong tu seperti perwakilan yang disokong saat mereka muda. Padahalnya perwakilan tu dah bertukar konsep dan objektif. Dulu lebih kepada membela bangsa namun sekarang bagai membela poket sendiri.

Aku tak sabar rasanya nak tengok budget untuk 2016, aku percaya, pasti banya projek besar dihentikan. Banyak juga liquidity yang diperlahankan atau tak pun diberhentikan. Sekarang ni pun dah banyak contoh. Oh, kami rakyat marhaen yang bekerja di syarikat swasta ni juga dah terasa bahangnya bila dealing dengan anak syarikat mereka walaupun syarikat tersebut adalah syarikat monopoli. Semua makin bukan-bukan, semua makin slow dan banyak karenah. Bukankah sekiranya syarikat bersifat monopoli takkan menanggung kerugian? Tapi mungkin akan menanggung kerugian syarikat tertentu lain, itu tak tahulah.

Semua nak naik kan bulan puasa ni. Janji ayam dan barang keperluan untuk hari raya akan terkawal tapi ada benda lain tak dapat dikawal semangat membuak-buak nak naik kan. Apa-apapun berdoa agar penindasan ni berakhir dan semoga adalah anak-anak muda engineer kita yang bijak pandai boleh buat enjin guna air atau angin je pada masa akan datang, tapi bila ada nanti, jangan kos air dan angin lagi mahal dari minyak sudahlah...Dulu nak buat berasakan solar kata tak boleh banyak hal kan...Sigh~

Sunday, June 21, 2015

* 4 Ramadhan 1436H*

Salam 4 Ramadhan 1436H. Hari ni baru sempat nak menggodeh website yang tak berkaitan dengan study dan kerja. Hehehe. Diam tak diam dah masuk 4 Ramadhan. Salam Ramadhan buat semua. Tahun ni my Ramadhan di kampung tapi tak sepenuhnya sebab kena harung final exam di Shah Alam dibulan Ramadhan ni. 
Hari ni baru mula bekerja di bulan Ramadhan. Selalunya waktu rehat aku akan balik rumah untuk lunch tapi tidak semasa bulan puasa ni. 1st Ramadhan Johor cuti so that bolehlah rest dekat rumah sempena menyambut Ramadhan. Bagi aku tahun ni, dapatlah memasak untuk juadah berbuka bagi family. Tahun ni berbeza 1st Ramadhan tak cukup sorang makhluk. Adik Ngah aku tak balik, wife dia balik rumah JB depa. So dengar-dengar last day nanti pun nampaknya tak balik sebab dia beraya di Damansara dulu masa 1st Syawal. 
Nak cerita apa aku masak jadi malas sebab nanti kang perut bunyi-bunyi pula. Share gambar pun tak di FB nor instagram atas sebab yang sama. Aku sendiri bila tengok orang post gambar masa bulan puasa ni, rasa macam, HMMMMM...Biarlah orang nak kata iman tak kuat ke apa tapi memang akan ada satu rasa yang nak buat air liur menjejeh bila tengok gambar makanan. Aku tak sure la, aku saja yang rasa macam tu atau ada orang lain yang ada rasa macam tu. Haha...
Apapun, aku rasa letih gila tahap gaban tapi tak boleh berfikir tapi tak boleh tidur. Semalam punya kes kot, malam semalam tidur dalam satu jam lebih je sebab settlekan assignment dan patut join kelas pagi aku tukar join kelas petang sebab aku tak sanggup nak drive ke Shah Alam tanpa tidur sekejap. Macam zombie dah aku rasa. Lepas tu attend kelas 2 jam than buat gila drive balik terus ke Johor. Sampai rumah lepas 15minit waktu berbuka, tapi mujur masa berhenti dekat RnR sempat beli air. 
Malam tak makan apa kecuali 3 keping kepak ayam. Bangun sahur pagi tadi perut rasa lain macam, ni lesu pun ada. Semoga masa exam nanti aku tak ting tong macam ni.

Tuesday, June 9, 2015

* Mujur Mood OK *

Hari ni aku datang kerja boleh sengih-sengih macam kerang busuk. Nak kata cukup tidur rasa malam tadi aku tidur lewat. Nak kata masa nak pergi kerja mak tak membebel, rasanya mak membebel tapi bukan pada akulah, pada Si Zorro the calico cat kami dan adik. Aku pun tak sure kenapa aku rasa happy je hari ni, pada halnya pagi-pagi si Zorro dah membuang berbau satu toilet aku sebab dia kena cirit birit entah makan apa.

* Nothing wrong when people are happy. The wrong thing is when some people not happy looking at the happy people *
Semalam petang aku rasa berapi-api macam nak meletup. Tu semua sebab orang tak paham bahasa.  Makhluk tak paham bahasa , tak reti nak hormat orang, tak tahu nak kata apalah. Sebelum ni pernah dah macam tu, aku biarkan saja. Tapi aku blocked, sebab rimas dengan spesis macam ni. Buat apa nak bagi semak hidup tapi rupa-rupanya tak habis dekat situ. Tak puas hati dengan orang, kata macam-macam kat orang lain, update bagai dan aku ternampak. Macam bagus gitu, padahal macam psiko. tak nak terima kenyataan lepas tu nak menyakitkan hati orang, buat orang tambah menyampah. Spesis makhluk tak matang dan macam tak ada rancangan masa depan memang sukar untuk di bagi paham.

Baiklah, abaikan spesis-spesis manusia yang menyakitkan hati tu. Enjoy our life! Pagi ni masuk opis belanja selfie sekeping, hahaha. lepas tu pasang lagu dengar guna earphone sebab luar hujan dan tak nak orang ganggu. Tapi orang yang selalu ganggu pun masuk lewat sebab hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah mood ada bagus even aku pun tak sure kenapa. Hari ni nak settlekan kerja yang patut, ada masa nak curi sikit buat assignment nak hantar weekend ni. Ada few pages nak kena update dan karang. 

Pagi tadi ada email untuk offer kerja macam kerja aku sebelum ni, boleh dikatakan better offer and position. Tak ada apply kot dan aku tak nak accept lah buat masa ni. Sebabnya aku happy dengan apa yang aku ada dan buat sekarang. Aku ada niat tapi niat ni aku simpan dulu. Untuk masa depan aku tapi bukan pasal kahwin, pasal life sendiri. InshaAllah I will make it happen. Kita hanya merancang, Yang Maha Esa menentukan semuanya tapi dalam masa yang sama kenalah sertakan dengan usaha, doa dan tawakal. Alhamdulillah, aku rasa family pun akan sokong. Kalau aku terus-terusan kerja dengan orang, sampai bila kita tak ke mana. Memang rasa simple, rasa gah kerja dekat tempat yang dah well known tapi aku rasa aku boleh majukan diri lagi. InshaAllah, aminnn.

* Belanja sekeping muka tuan blog selfie bermata panda pagi tadi*
Mood lain macam pula hari ni. Ada mimpi jumpa orang dari bulan ke? Tak lah. Mood hujan, sejuk sikit hati aku ni agaknya. Hahaha.

Sunday, June 7, 2015

* Sampai Demam ! *

Pernah dengar orang buat asignment sampai demam? Kalau tak tidur tu adalah kan? Hahaha. Baru terjadi pada aku, buat assignment sampai demam. Kisahnya sebab aku belum sihat betul dari infections lepas tu jaga malam sebab buat assignment. Assignment dah la satu soalan jawapan dekat 6 page, tulis tangan pula tu. Huhu. Itu pun baru settle satu soalan. Satu soalan lagi aku tak tahu nak karang lagu mana. Assignment lain dan projek tak buat lagi, baru jenguk2. Habislah makcik macam ni.
Ni pun masih dedo lagi tapi masuk opis sebab nak follow up kerja. Al maklumah, dekat Johor hari Ahad adalah hari bekerja. Alhamdulillah dah settle benda urgent yang nak di follow up. Petang ni tak adalah pack sangat so that boleh curi-curi masa buat assignment sikit. Hehe. Bos tahu ye. Diizinkan buat di opis sebab tak busy hari ni. Drawing untuk plan pun aku dah settlekan part aku. Aku tak sangka pula aku boleh buat drawing tu. Aku manalah ada basic semua tu. Dulu masa kecik selalu tengok abah lukis manually. Bila dah besar, adik Ngah aku selalu buat pun manually sebab dia akan pass pada staff dia. Now my turn, directly buat guna computer. Macam nak berpinar biji mata bila buat yang complicated.
Oklah, done till here bebelan aku. Badan masih bisa-bisa lagi tapi syukur kepala dah ringan sikit. Nak pi lunch!

Thursday, June 4, 2015

* Final Exam *

Aku dah mula rasa stress! Jadual final exam dah keluar semalam. Kelas masih ada dua lagi berbaki. Project, assignment dan test pun tak habis buat lagi. Wohoooo! Within 3 weeks nak exam dah. Tak tahu nak cakap apa. Lama dah tak attend exam so rasa tu berbagai-bagai. Mujur hari exam tu ada gap so that aku ada masa untuk bernafas just banyak pulak exam petang. Sudahlah bulan puasa masa tu. Semoga dipermudahkan. Aminnnnn...


Tuesday, June 2, 2015

* Kampung vs Bandar *

Lately aku rasa aku tak adalah sensitif mana bila sebut hal-hal kerja atau belajar sebab I still can manage it. Hanya keadaan harian yang sedikit berubah. Setelah beberapa bulan duduk dekat kampung halaman ni membuatkan aku ada lebih banyak duduk memandang persekitaran, membaca dan memerhati. Banyak yang aku fikirkan. Bezanya kehidupan di kampung dan di bandar. Sekarang aku boleh katakan aku rasa lebih enjoy duduk di kampung. Aku budak kampung ok, hanya dah lama merantau lepas habis sekolah dulu. Bila di kampung ni, mungkin dari segi choice ataupun kemudahan masih ada kekurangan tapi aku ok je sebab sentiasa ada inisiatif lain yang kita boleh cari. Kampung aku pun bukan ceruk sangat pun. Jarak dari rumah dan tempat kerja nak ke bandar either Batu Pahat atau Muar serupa dengan jarak aku pergi kerja sehari-hari dulu. Dari rumah nak ke tempat kerja pun dalam 10 minit je tanpa highway. Hehe.

Bila kita kerja di kampung ni, aku dapat lihat, dulu masuk kerja lebih kurang sama masa tapi masa yang diambil lebih panjang. Ini baru sebut masa perjalanan, bukan masa kerja. Selain itu, waktu lunch lebih stress dan terkejar-kejar berbanding sekarang yang waktu lunch still boleh makan dengan tenang walaupun mungkin pilihan lunch hanyalah pusing-pusing masakan panas dan nasi berlauk. Bila kerja luar je cari foods lain. Hahaha. ingat perasan mat saleh ke? Entah apa-apa. Kos sara diri tak perlu dipertikaikan sebab lebih kurang sama je, hanya di kampung mungkin lebih jimat sikit jelah.

Aku terjumpa satu gambar lama ni, shared by a friend di whatssapp group. Tapi gambar ni more to perbezaan masa sebab sumber ekonomi orang kampung sekarang pun bukan berdasarkan ekonomi perladangan atau pertanian semata. Tapi taraf sara diri adalah berbeza di kampung dan di bandar. Di bandar boleh dikatakan semua benda nak kena bayar serta tekanan juga lebih tinggi, so tak bolehlah nak komen lebih-lebih. Tang pukul 10.00 a.m tu aku rasa ada je yang kat bandar buat dan aku panggil spesis-spesis ni spesis kuat ular. Hahaha...

*Tang pukul 10 am dan masa tidur tu tak kenalah dengan aku..Aku skrg breakfast on time sebelum pi kerja dan aku kan ada problem insomnia..Hahaha*

Bila masuk bab info/pendedahan maklumat, di kampung mungkin buat sesiapa yang tak melanggan internet atau pun saluran tv swasta, mungkin ye, mungkin saja, pendedahan tentang pelbagai perihal luar tak berapa terdedah sebab pilihan terhad. Bukan tak terdedah langsung tau. Aku rasa ada yang paham apa yang aku ingin maksudkan di sini. Hehe. Bagi generasi Y dan Z (Millenia) mungkin tak ada masalah sebab mereka ni walau ada yang tak berminat untuk menonton televisyen atau pun membaca bagi mendapatkan info, mereka ada pilihan lain seperti media sosial. Almaklumlah, lambakan pelbagai jenis brand smartphone sekarang yang boleh dipilih kan banyak dengan harga mampu milik, semua boleh akses benda-benda ni. Just satu je masalah lain timbul iaitu bila ada viral info yang tak pasti, tak diperiksa, main percaya, itu yang menjadi situasi buruk happen. But anything always ada pro & con. kan. Bagi generasi Baby Boomers macam mak abah aku, mereka prefer kepada televisyen dan bahan bacaan. Anak-anak mungkin main peranan jugalah. Share info, but alhamdulillah la mak abah aku even tak ada media sosial tapi jenis yang suka kepoci bila anak-anak online. Dan adalah godeh-godeh internet sikit-sikit, untuk membaca. Tak tahu godeh, anak tolong godehkan. 

Aku tak berapa sihat dua hari ni, semalam pun balik kerja awal sikit pi melawat klinik dan dapat hadiah satu steroid injection, nabulizer dan bekalan ubat-ubatan. Mungkin menjangkit dari adik aku yang tak sihat on last few days kot. Aku bukan boleh kalau ada orang demam, batuk dan selsema, infect kat aku lagi teruk hasilnya. So disebabkan tak ada mood sangat nak berfikir, membebel sajalah aku dekat sini.
Apa yang aku tulis dekat atas tu adalah pendapat aku saja. Lain orang lain pendapat. For those yang tak setuju, just go ahead with your views and opinion. Peace no war!

Thursday, May 28, 2015

* Project *

Early of this week aku received an email dari my ex Boss. She's offering me a new project but until now, there's no conclusion. Hopefully dia tawar hati untuk bagi pada aku projek tu. This time, the project is more to consult pasal oversea website application pada orang baru yang menggantikan tempat aku. Aku rasa kalau aku tolak pun tak ada masalah, sebab aku tak ada masa nak pi sana mengajar. Aku ada komitmen kerja lain dekat sini. Lainlah kalau kerja tu macam projek sebelum ni yang mana aku boleh buat tengah malam-malam buta ke tak kira masa dan dari atas katil pun boleh.

Gambar ihsan dari En Google

Selain daripada komitmen kerja aku sekarang, aku sendiri ada komitmen pada pelajaran. Lecturer still bagi test online and in class. Assignment pun still menderu-deru including dengan project sekali. Dalam masa tak sampai sebulan aku nak exam dah. Ngam-ngam lepas exam lebih kurang 4 hari nak raya. Tambah aku naik hairan apa pasallah nak ambil masa sampai 3 hari just untuk that website. Aku dah bagi aku punya schedule tapi tak nak terima. Siap suruh aku continue masa after my exam, memang tak lah. Bacalah manual, semua ada. Tak paham, contact directly si provider. Tak kena caj apa pun. Kalau pandai buat ayat sikit, they will assist step by step. Aku teringat dulu masa website tu masih dalam beta stage, aku buat sikit-sikit, follow manual. Tak paham refer balik pada provider. Aku syak depa nak suruh aku ajar sambil buat latest product key in. Huhuhu... Memang aku nak elak sangatlah. Lagi satu bila dah kena consult in person, mestilah aku kena masuk office lama. Haruslah aku mengelak sebab aku tak nak jumpa si Black Witch yang buat semua orang resign dan nak resign.

Bila aku share hal ni dengan kawan-kawan yang still ada dekat sana dan dah cabut, depa kata memang tak syak lagi, depa nak aku consult but in the same time aku yang buat. Nak bagi mudah orang baru biar tak stress. Takut orang lari lagi kot. Huhu. Bila dah ramai orang cabut, baru nak fikir balik happiness level staff. Dulu happiness survey buat tetap buat but once the result come out, there's no significant action taken.

Set point mewakili 50% untuk menentukan tahap kegembiraan, habis kalau set point terlalu tinggi, high target, high demand, mahu tak stress. Tak campur faktor lain. Huhu 

Apa-apapun, semoga semua perancanganku berjalan lancar. Enjoy my daily life, tak payah stress dengan orang psiko, tak balik lewat lagi, enjoy my weekend, tak kerja sampai malam macam orang gila than tak cukup rehat. Bye bye nightmare! Huhuhu...Cheers!

Wednesday, May 27, 2015

* Cake Oh Cake *

Semalam adalah my birthday. Birthday yang ke berapa tu tak payahlah aku mention dekat sini. Hahaha...Baru terniat nak belanja diri sendiri cake dari SR tapi bila dapat kisah pasal sijil halal ditarik balik, maka terbantutlah niat tu.

Aku tak kisah pun no cake on my birthday tapi bila aku baca di laman sosial pasal mereka-mereka yang bercakap main sedap mulut bila komen, aku rasa macam "Makhluk-makhluk macam ni memang ramai rupa-rupanya". Ada yang menyamakan dengan kes Cadbury. JAKIM ni nanti dapat duit kena suap, lepas haram jadi halal. Orang tak tahu perkara sebenar or prosedur lebih mudah mengeluarkan kata-kata. Orang kalau bijak akan berfikir dulu sebelum menghamburkan kata-kata. This one is the fact. Ada yang tak paham kenapa kalau kes GMP (Good Manufacturing Practice), JAKIM sibuk nak ambil tahu juga. This is wrong ye. Halal must come together with Thoyyiban so become Halalan Thoyyiban iaitu Halal dan bersifat baik, bersih ataupun dalam term teknologi makanan "Wholesome".

Setiap kali audit atau pemeriksaan ke setiap kilang atau kedai makan, bukan hanya pihak JAKIM saja yang ada. Dalam bahagian hub halal JAKIM terdapat juga auditor teknikal yang merupakan pegawai teknologi makanan yang dipinjamkan oleh KKM atau pun memang dah diserap masuk terus ke JAKIM.

Sekadar gambar hiasan ihsan En Google

Selain daripada yang pertikai kenapa JAKIM menyibuk, pertikaian paling best ialah pasal JAKIM sendiri. Baca komen-komen pasal kredibiliti, ketelusan JAKIM. Hebat orang-orang yang komen ni, macam orang mengaji sampai ke Mesir sana. Aku taklah sokong JAKIM ke SR ke atau pun pertikai pasal komen-komen tak matang tu semua cuma, setiap benda ada prosedur, ada SOP, ada cara kerja. Be profesionallah dan inilah salah satu contoh keburukkan sosial media. Tak nak membaca, tak nak ambil tahu tapi bila ada isu, komen macam pakar. Bila dah ditarik balik, ada yang pertikai kenapa akan boleh isu semula sijil halal? Ini sama kes macam kedai kena sita oleh majlis perbandaran sebagai contoh. Kenapa kena sita? Kotor? Tak ada lesen? Dan setelah tindakan pembetulan non conformance dah diambil, audit akan dibuat lagi. Ini semua ada  dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia tak pun dalam Malaysia Standard (MS) yang orang selalu duk bayang MS ni hanya untuk barang-barang saja macam topi keledar ada cap SIRIM. SIRIM bukan buat benda tu je.

Paling mudah nak tahu pasal benda-benda ni bila ada ekspo makanan macam Halal Feast atau ekspo makanan dalam Malaysia. Rajin-rajinlah jenguk booth maklumat, bukan jenguk booth mana satu ada makanan sedap je. Mentaliti memang susah di ubah. Serahkan pada yang pakar sudah. Kalau tak boleh terima keputusan siasatan atau tindakan, tak perlu makan. Banyak lagi alternatif lain.

Aku menulis kali ni hanya atas dasar pendapat aku saja. Aku tak dapat apa-apa advantage dari JAKIM ke atau SR. Ini adalah penulisan daripada seorang pengguna yang aku tahu aku ada pilihan lain. Info yang betul boleh percaya dan info yang meragukan selidik dulu.

Wednesday, May 20, 2015

* Amalan Adat Atau Agama? *

Pagi ni aku tergerak hati nak cari tentang amalan di bulan Sya'aban. Sebelum ni aku dekat perantauan cuma concern, "Owh! dah Sya'aban, sebulan lagi nak masuk Ramadhan" just that's it and pull stop.
Bila duduk dengan family dekat kampung halaman ni, ada amalan yang menjadi pemerhatian aku. Bila dah masuk bulan Sya'aban, sesiapa yang ada darah jawa macam aku ni, akan ada satu istilah Ruwahan (dari perkataan Ruwah = Bulan Sya'aban dalam bahasa jawa) ataupun kirim doa untuk arwah keluarga yang dah pergi dengan mengadakan kenduri tahlil atau bacaan Yassin (Yasinan) sebelum menyambut bulan Ramadhan. Dulu aku tak pernah terfikir dan tak pernah nak cari sumber atau bahan fakta atau dalil-dalil sahih mengenai Ruwahan ni.

(Gambar ihsan GOOGLE)
Pagi tadi bila mak kata nak buat this weekend dekat rumah, aku dok mula membebellah sebab this weekend aku ada kelas dan ada test bagai. Another thing is, baru je berapa hari masuk bulan Sya'ban kot. That's it, memang sajalah aku trigger hangin satu badan mak keluar. Dia kata nanti orang kampung bising kalau nak buat kenduri kat rumah lambat-lambat. Takut clash dengan kenduri di masjid atau surau. Kata aku tak tahu style orang kat kampunglah. Stress aku dengar ayat last tu, tapi mujur aku ngaku lagi aku budak kampung wahai mak ku. Huhu. Baiklah aku kata, if nak buat may be next week. Aku nak kena masak wei! Mengemas lagi. Nak harapkan aku dengan mak saja, yang lain aku tak mimpi boleh harap.


Bila aku menulis ni sebenarnya aku baru saja habis mencari sumber fakta dan dalil. Than after that, I found it, Ruwahan adalah satu adat ye kawan-kawan bukan amalan bersandarkan agama. Sama juga dengan amalan menziarahi kubur sebelum Ramadhan dan sebelum Syawal. Sepatutnya amalan menziarahi kubur boleh dilakukan bila-bila masa saja untuk memperingati mati. Bukan melawat dan bersihkan kubur pada bulan-bulan tertentu atas sebab takut nanti keluarga yang balik tengok kubur tak terurus. Nabi S.A.W bersabda, maksudnya:


“Lakukanlah ziarah kubur karena hal itu lebih mengingatkan kalian pada akhirat (kematian).” (HR. Muslim no. 976). 

Selain dari dua amalan ini, terdapat amalan lain yang sekarang dah jarang aku jumpa sewaktu bulan Sya'aban, Ini serupa macam kalau kenduri kahwin ada majlis berinai besar ke kecik tu yer. Sama macam adat cukur jambul dimana ianya adalah adat yang unik dikalangan masyarakat melayu atas dasar memperkenalkan bayi yang baru lahir dan membuat majlis akikah pada masa yang sama tapi kalau ikut syariat islam sepatutnya rambut bayi dicukur dan ditimbang setarakan dengan harga emas dan buat sedekah kepada fakir miskin. Tak salah andai nak mengekalkan adat tapi perlulah kita tahu membezakan antara amalan adat dan agama.

(Gambar ihsan GOOGLE)

Aku ni saja menulis untuk share sebab aku pun baru dapat pencerahan. Hehe.

Tuesday, May 19, 2015

* Bodoh ke? *

Honestly aku dah mengantuk tunggu masa nak balik je ni. Tengahari tadi balik rumah lunch macam biasa tengok mak masak asam pedas ikan parang kuah agak pekat. Memang aku melonjak sukalah, tambah-tambah hari ni masa lunch tak payah singgah sekolah jemput adik sebab mak yang menjemput sekali ada hal. Memang makan dengan tenang lagi aman malahan dengan menambah lagi. (Eh, selama ni pun makan lunch or dinner memang menambah..Haha).

Balik office semula dalam keadaan terbayang bantal tapi syukurlah aku jenis yang bukan mudah tidur siang. Kalau tak dengan suasana suam-suam ni, memang sahlah aku lena. Nak follow up kerja pun asyiklah tak dapat person in charge. Macam-macam alasan.

Sambil tengok short note aku untuk this weekend punya test, teringat pula pasal seseorang yang dok ngata pasal aku further study. Dia kata apa pasallah aku bodoh sangat kerja dah elok, gaji ok, life dah stabil tapi berhenti kerja than susah-susah nak menghadap buku dan kelas. Sibuk further study tapi kahwin tak lagi. Aku naik panas jugalah pada awalnya tapi bila baca blog seorang kakak ni yang aku follow dah lama dan pernah jumpa in person, aku rasa abaikanlah orang yang kata aku tu. Dalam blog kakak tu kata, better kita cerita atau berkongsi dengan kelompok yang betul. Dalam kelompok yang sama barulah memahami. Ini bukan nak kata suruh berpuak-puak ye. Bila aku baca dan fikir balik, mungkin aku tak berkongsi namun orang tu sendiri sibuk nak memerhati. Biarlah, dia tak paham apa yang kita lalui, orang pertikai, orang pilih bulu dan orang rendah-rendahkan kita.


Apa yang dilihat adalah yang manis-manis saja, yang pahit masam payau hanya kita yang telan semua. Pasal kahwin jodoh dan ajal tu aku tak nak komen sebab memang aku rasa kalau ada jodoh tu, adalah. Kalau belum ada jodoh, Allah tu tak nak tunjuk lagi, nak buat macam mana. Bila tiba masa, sekali disebut olehNYA "Kun Fa Ya Kun", jadilah ia. Jadilah tanpa kita sangka dan waktu tu jangan pula kata eh itu ini.

Semoga aku tabahlah ye dalam perjalanan menuntut ilmu ni, aminnn.

Wednesday, May 13, 2015

* Accident On 11th May *

#Entry ini akan jadi satu entry yang panjang dan tak ada gambar (tak ada mood nak upload). Kalau menyampah dengan karangan dengan tatabahasa yang tak berapa betul, tak perlulah baca.

Lately sangat busy. Bukan busy di tempat kerja tapi busy dengan kehidupan seorang student. Dah 10 tahun tinggalkan tempat belajar  dan bila menapak semula memang agak sukar.
Ahad kelmarin aku ada kelas. Macam biasa kelas akan habis dalam jam 6 - 6.30pm bergantung kepada mood Dr. kesayangan kami. Sudahlah minggu ni kelas dia 4 orang je masuk. Sabar jelah, mujur dia tak bising. Ingat nak balik malam tu juga tapi rasa letih dan lesu sebab memang tak berapa sedap badan sangat so bergeraklah aku di pagi Isnin selepas siap bersarapan bagai. Gerak dalam pukul 8lebih so dalam 10 lebih atau 11 dah boleh sampai kampung boleh terus masuk kerja.
Tapi apakan daya, dah nak nasib. Kita berhati-hati di jalan raya tapi ada juga yang tak. Aku terlibat dalam kemalangan dekat Muar Bypass. Aku dari arah jambatan kedua mengarah ke jalan utama. Ada seorang makcik dari arah bandar Muar di persimpangan Sg Abong dengan relax dan steady naik motor sambil berkhayal melanggar lampu merah. Lampu isyarat untuk arah aku bertukar hijau dalam jarak 200meter dari mula ia bertukar sehingga ke tempat kereta aku berdentum dengan motor makcik tu.

Aku sempat brek sampai berdecit bunyi tapi terkena juga makcik tu. Mujur aku tak panik dan aku terus keluar dari kereta. Yang pasti pada saat tu, aku tau bukan salah pada pihak aku. Terang dan nyata lampu dari arah aku memang hijau dan mujur aku tak memandu dengan laju kalau tak mau makcik tu dah melambung. Aku keluar makcik tu dah menjerit-jerit " TOLONG2!" .
Mujur juga ada sepasang suami isteri berbangsa tionghua dan anak kecilnya membantu dengan membunyikan alam kereta mereka dan menghadang tempat kejadian dan menasihati aku agar terus segera bawa makcik tersebut ke hospital untuk pemeriksaan serta membuat laporan.
Baiklah, aku bawa makcik tu masuk kereta, saat tu aku just confident kereta aku tak ada apa dan sekadar kemek di bahagian depan dan pecah sikit. Bila dah alihkan kereta dan menuju ke hospital makcik tu sempat lagi marah-marah kata nak pergi melawat orang meninggal, saudara dekatnya katanya lepas ambil ubat di hospital dan setelah menginggah di kedai beli barang, kemudian nak tunggu adik dia sampai tapi dalam masa yang sama dia merengek kesakitan. Atas dasar logik akal, hospital adalah tempat yang perlu di tuju. Aku dah bercakap dengan adiknya dan kemudian anaknya yang semuanya duduk berjauhan. Pada masa yang sama sempat aku ambil no telefon seorang abang despatch yang juga menjadi saksi kejadian kalau-kalau ada apa-apa sama seperti aku request pada abang berbangsa tioghua yang membantu.

Sampai saja di hospital terus aku bawa ke unit kecemasan dan seterusnya ke kawasan kuning apabila ada seorang makcik yang rupa-rupanya adalah adik dia. Check up semua doktor tengok tak ada yang serius tetapi still kena x-ray. Tanda-tanda luka pun tak ada pada badan dia. Sambil tunggu nak x-ray datang 2 orang lagi adik makcik ni. Depa dok bising-bising pada kakak diarang. Al kisahnya makcik ni selalu accident dan tangan kanan dia pun memang dah ada besi sebab accident dan juga pernah langgar orang masa memandu kereta. Aduhai, maaf aku bukan nak kata apa tapi dengan keadaan dia yang tak berapa stabil dan umur dah 60lebih, rasanya tak sesuai dah untuk memandu atau bawa motor jauh-jauh.

Lepas settle semua baru mak aku sampai dan jumpa semua. Aku cuba hubungi anak makcik ni untuk beritahu keadaan mak dia tapi asyiklah tak berangkat. Settle segala hal di hospital dalam jam 1240pm tapi anak dia hanya dapat dihubungi pada jam 1.40pm lebih kurang. Katanya dari jam 12 aku try elefon dia balik rumah dia kat Bangi ke mana entah dari Putrajaya. Tak apalah, aku explain lagi sekali semua situasi masa tu dan disebabkan mak dia dah menangis-menangis (tiba-tiba) bila sebut hal kereta dan motor maka aku dan famiy dah setuju masing-masing tanggung kerugian masing-masing dan masing-masing minta maaf. Hati aku sengkak memang sengkak bila ingat hal keadaan kereta aku. Bila sampai rumah baru seda terasa kereta agak berat sikit bila dipandu. Kereta masih ada dekat rumah belum hantar ketuk lagi. Pergi kerja drive kereta mak dulu. Sepanjang 14 tahun aku drive, tak pernah aku accident ampai kemek kereta. Setakat tercium manja dekat trafic light tu pernahlah sebab tak tarik handbreak. Rasa sengkak dan poket sengap mengingat kereta.

Sebelum balik rumah, aku sempat pergi tempah plat no., aku dapat lagi call dari makcik tu marah-marah katanya motornya hilang. Bertanyakan pada aku mana pergi motor dia. Sudahnya aku dah bertanya pada abang despatch yang menolong, motor dah ditumpangkan di gerai sayur berdekatan tapi depa pi cari dekat kedai sayur.
Last-last jumpa juga sebab tuan punya gerai sayur simpan elok dekat rumah. Tapi sebelum jumpa tu aku dah dapat seranah dulu dapat call few time sebab katanya patut biar bagi settle motor dulu ambik, barang di motor dan kunci motor patut pergi ke hospital. Masa tu aku yang tak rasa nak marah even rasa sebal pasal kereta rosak jadi panas tapi mujur adik makcik tu bila aku call pasal motor dapat menyejukkan hati aku dengan say sorry. Aduhai, pada masa tu aku tengok beg dan telefon dia ada so aku terus jelah bawa ke hospital. Aku tak nak kalau ada apa-apa kecederaan yang tak kelihatan takut rawatan lambat diberikan. Itupun sambil dalam perjalanan aku tanya dia ada masalah jantung ata kesihatan lain ke tak. Ini adalah langkah awal yang aku rasa patut tanya seingat aku masa aku belajar jadi 1st aider.

Alhamdulillah sampai hari ni macam senyap je. Bila ingat balik masa kejadian tu, rupa-rupanya ada kenalan aku yang nampak. But what they think is opposite with what was actually happened. Iyalah, orang muda bawa kereta langgar makcik bawa motor, kitalah yang salah semua. Langgar lampu merah tak pandang kanan kiri tu tak salah. Mujur masa aku yang tengah lampu hijau tu brek mengejut sampai hangit tayar, tak ada kereta lain dekat belakang lane aku. Kalau ada tak ke depan belakang kereta aku jadi sandwich? Nak elak ke kanan memang nayalah, kebarangkalian untuk kena hentam dengan kereta lane kedua adalah tinggi.

Sebenarnya bila aku drive dekat pusat bandar, kawasan sesak ataupun kawasan tak sesak serta kawasan kampung, kenderaan kecillah yang paling aku risau. Sebab apa? Terang-terang kalau kenderaan besar kita nampak. Dulu aku pernah post di FB tentang tak kepuasan hati seorang penunggang motorsikal yang menyepak kereta aku disebabkan di kawasan lorong sempit dia nak menyelit-nyelit tunjuk skill tak dapat. Kereta sebelah kiri aku pulak baru nak masuk lorong ke kanan. Siap ada yang meninggalkan komen kata mengecilkan orang yang bawa motor tak beringat pasal depa. Duh!
Nahhhhh, latest aku kena lagi teruk. Yelah, kereta je salah tapi last-last kita juga jadi mangsa depa.

Tak apalah, kena percaya takdir Pasti ada hikmah disebalik semua ni. InsyaAllah... dan alhamdulillah aku pun memang tak apa-apa just backpain mungkin sebab break mendadak dan terhentak ke tempat duduk.

Wednesday, April 15, 2015

* Busy Sikit *

Blog terbengkalai dekat 2minggu kot. Entah, tak ingat berapa lama. Agak busy dengan kerja. Bukan pasal paperwork tapi banyak kerja dekat luar. Masuk-masuk dah petang atau atau sehari tak masuk office and have to drive ke ibu negeri. Letih!
Selain dari kerja, assignment dan test dah start menderu-deru. Simple subjek ok but heavy subject such as LAW need me to understand also read again & again. Semoga bertabahlah makcik ni. Masa dengan family ada tapi me prefer untuk extra kepada tidur. Hahaha.
I love my sleep more than doing another things. Planning something for my room dah. Gila suka memerap dalam bilik, bukan pasal apa sebab semua tv dah kena conquer dengan yang lain..Huhuhu.
Ok-ok ni ambil masa sekejap update blog. Kejap lagi masa rehat nak balik rumah for lunch.
Petang masuk balik kalau tak ada apa urgent things, nak start buat assignment and online test lagi.
One submitted yesterday, still got 2 assignment and 2 test to go. 3 need to submit by this weekend and 1 more on May. Yihooo!
CHIAYOK!