Tuesday, July 1, 2014

*Assalammualaikum*

Assalammualaikum...
Selamat berpuasa semua...
Hari ni dah masuk  3 Ramadhan dah...Semoga Ramadhan Kali ni lebih bermakna buat semua...
Aku menulis memang sekejap ada sekejap tak ada..ni pun menulis sebab terlantar...
Dalam bulan ni dah 4kali berulang ke klinik sebab asthma attack....
Muka naik tebal sebab ulang alik klinik dan mc...
Hari Khamis lepas Kali ke2 than continue MC ke Jumaat makan ubat, ok sikit drive balik kampung...
Alhamdulillah la ok, stabil bawa kereta... Semangat nak sambut Ramadhan dekat kampung dengan family...
Biasanya 1st day Ramadhan dengan last day Ramadhan je ada change makan semeja complete adik-adik dengan mak abah....
Walaupun aku tak banyak cakap dengan abah, banyak cakap dengan mak atau erti kata suka bising-bising dengan adik-adik, tapi masa ni lah dapat berkumpul...
Nak tunggu raya memang la ada tapi breakfast 1st raya aku pun selalu kat rumah nenek sebab bila semua dah ready aku masih lagi terkial2 tolong mak clear kan rumah..
Orang kata rumah besar bagus bila untuk berkumpul tapi bagi aku yang cuma ada seorang je adik perempuan yang "rajin" sangat mengemas tu, rasa macam nak mengaruk je pun ada...
Ramadhan tahun ni aku tak plan apapun, just follow the flow...
Kerja? Masa Ramadhan nila peluang aku balik nampak matahari sebab nak kena balik berbuka kan...
Kalau kena stay back juga, agak melampau...
Ni pun walau terlantar aku dah terbayang kerja yang menimbun...Last week punya tak settle2 lagi, tambah this week punya lagi...
Memang ada benda orang lain boleh tolong cover tapi tak sedap lah kan...
Ditambah pulak sekarang tangan minggu internal audit untuk semua certification...
Agak letih....
Dulu aku pernah hantar surat resign tapi berjaya dipujuk Oleh Puan Bos...
Lepas raya ni niat nak buat lagi sebab dah 7tahun aku bertapa dekat tempat yang sama...
Aku memang jenis setia,dan dalam erti kata lain aku malas nak merapu tukar2 kerja than regret...
Walaubagaimanapun, setia tetap setia tapi dalam hidup kita perlu ada perubahan..
Doakan yang baik2 untuk aku... 
Semoga sentiasa sihat dan dijauhkan penyakit sebab sekarang ni dah macam hape...
Aku bila sakit bawah mata yang sedia lebam akan jadi tambah lebam...lepas tu sekarang menyusut dengan jayanya...
Doakanlah aku dapat kerja lain yang better dan stabil sikit working hournya...
Last but not least, doakan ku ketemu Mr Right...
Adik dah nak kahwin, kakak perasan muda lagi...

1 comments:

norinaomar said...

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik..
Min,kita takde pulak kawan yang nak dikenenkan.
Dulu kita punya usaha cari husband ialah sms kakngah kita
"Ngah,ko ada kawan lelaki yang masih bujang tak?"
gila berani