Wednesday, June 4, 2014

*Coklat*

*Sekadar gambar hiasan*

Dalam dua minggu ni kecoh di facebook, twitter dan juga media lain berkenaan status halal coklat buatan Malaysia, Cadbury dari syarikat Mondelez.
Pelbagai perkara digempar gemburkan.
Melihat komen-komen yang agak kasar dan tidak menunjukkan imej muslim langsung sedikit sebanyak pasti ada yang terkesan kepada pihak2 tertentu.
Memang semua benda yang jadi boleh effect kepada muslim tapi bila dilihat cara dan perkataan yang keluar memang lari dari prinsip.
Dekat sini aku melihat secara win win situation.
Dari awal khabar angin dikeluarkan, tambahan lagi bila terlihat gambar report yang di post di facebook, sedikit keraguan telah timbul.
Bagi yang biasa melihat report rasmi dari pihak dan bahagian tertentu, pasti akan terdetik tentang perkara ini.
Bagaimana report tak rasmi boleh tersebar ke luar dan di mana sikap integrity diletakkan juga menjadi persoalan.
Niat si penghantar gambar mungkin baik tapi cara yang dilakukan adalah sebaliknya.
Confirmation test dah dilakukan ke belum semasa report disebarkan juga menjadi tanda tanya.
Impak terhadap pihak manufacturer sangat besar terutamanya di hari pengumuman dibuat.
Kilang terpaksa ditutup pada hari tersebut disebabkan terdapat kumpulan yang membaling batu ke arah kilang tersebut.
Dalam keadaan yang sama bagaikan tiada undang-undang dan kilang bersebelahan pun terkena tempias dibaling batu.
Bila dilihat semula, sedihnya bila rakyat Malaysia pun dah menjadi semakin ganas.
Setelah ujian semuala dilakukan dan keputusan rasmi dari recognized dan accredited lab dikeluarkan, keraguan masih lagi berlarutan.
Apa yang jelas dan nyata, pihak manufacturer mempunyai system Halal Assurance System yang memerlukan pematuhan dalam setiap proses from farm to fork, iaitu kawalan ketat dari pemilihan bahan hingga ke pengguna.
Audit perlu dilakukan beberapa kali setiap tahun.
Ini pandangan saja.
Pihak bertanggungjawab menjalankan testing ada menyatakan, mungkin kontaminasi telah berlaku tapi bila dan di mana tak dinyatakan.
Kontaminasi disini janganlah kita terfokus kepada keadaan pembungkus atau kepada satu arah saja.
Kita perlu fikir kontaminasi mungkin boleh berlaku sewaktu sample testing handling.
Bagi setiap persampelan terutamanya untuk lab testing, perlu ada -ve control dan +ve sampel.
Equipment yang digunakan juga perlu diambil kira.
Tempat penyimpanan dari pengeluar sehinggalah sample testing pun ada kebarangkalian.
Sebagai pengguna pula sangat mudah, jika yakin, makan sajalah.
Andai rasa was-was dan ianya produk syubhah, tak perlu makan.
Yang pernah termakan, tak perlulah nak cuci darah bagai sebab waktu tu kita tak tahu.
Kalau kira nak cuci darah, pernah tak terfikir tentang derma darah?
Waktu tu kita pun tak tahu darah yang kita terima tu semua dari muslim yang memang tak makan benda terlarang.
Macam duit yang kita terima setiap hari, adakah duit tu semua datang dari bank bukan dari pasar penyembelihan si kaki pendek?
Sebenarnya bila ada isu macam ni, ada -ve dan +ve side yang kita boleh lihat.
Bukan sekadar kepada pihak manufacturer tapi termasuk pihak pengguna.
Manufacturer perlu menjadi  semakin tegas tentang bahan dan proses pengeluaran.
Bagi pengguna pula, ia menguji kita sama ada kita pengguna yang bijak atau sebaliknya.

#Sebut halal haram, terfikir pula kalau orang yang ambil rasuah tu status dia macam mana, orang yang terbabit sama dalam proses jual beli dan bekerja di tempat ada arak macam mana. Just terlintas di pemikiran.