Friday, March 28, 2014

*Bebel*

Dah lama tak menulis..
Hari ni mood menulis mari balik hanya disebabkan aku buat kerja kena merempat..
Sebelum mula menulis panjang lebar, mari kita berdoa untuk MH370 yang kini masih dicari oleh SAR di lautan Hindi...
Duduk di conference room dengan dokumen yang tak complete dan outlook yang tak ada.
Kena guna HK mail adalah satu perkara yang sangat leceh sebab email supplier or gov officer tak boleh nak cari...
Duduk semeja dengan bos buat aku kaku.
Layu mata tak boleh control..
Mujur bos half day je hari ni.
Tapi yang paling tak boleh tahan bunyi kontraktor renovate office...
Bergegar gegendang telinga ni macam nak gugur...
Bos besar bagi balik awal memanglah rasa heaven tapi kesian pulak membe sorang ni yang attached dengan production...
In charge ambil cuti, semua dia nak kena cover...
Buat sesiapa yang ambil half day, memanglah rugi disebabkan after lunch kami pun dah boleh balik..huhu
Malam ni semua membe pi tengok movie macam biasa tapi aku tercicir tak ada tiket..
Hoho..Orang mesej kita bantai tidur...
Itulah hasilnya...
Tak apa, balik rumah tidur lagi bagus...
Emosi aku saat ini sangat tidak stabil sebab bunyi bising yang sangat hungar binger.
Sakit kepala!
Tapi tabahkan jugalah jiwa ni sebab tinggal satu jam saja sebelum balik...
Niat dihati nak balik kampung tapi rasa macam letihlah pula tambah-tambah lagi Isnin ni dah start budak sekolah naik sekolah semula...
Confirm hinghway pun jam hari Ahad ni..
Makin tambah letih adalah...