Friday, February 21, 2014

*Pertunangan, Perkahwinan*


*Sekadar gambar hiasan, tak tahu cincin pasangan mana but yet simple dan cantik*

Tunang dan kahwin adalah dua perkara yang sangat sinonim pada pendengaran aku...
Aku tak tahulah pada orang lain....
Selalunya ada orang bertunang lama, ada orang bertunang sekejap tapi terus menikah...
Terpulang pada pendapat dan kemampuan masing-masing...
Namun pada aku, kalau baru level berkawan baru berapa bulan, tak payah gatal nak ajak bertunang beriya-iya kononnya nak kenal masing-masing....
Lepas tu kalau tak yakin, tak payah nak bertunang awal-awal...
Sebab kalau bertunang ni selalunya menggambarkan ke arah perkahwinan, tapi kalau bertunang setakat rimas dengan telahan mulut orang, lebih baik tak payah...
Macam tak ikhlas sebab bukan dari hati...
Kalau ada apa-apa jadi susah, jadi isu...
Memang jodoh,pertemuan, ajal, maut ditangan Yang Maha Esa tapi kita sebagai hamba ni dah diberi akal fikiran perlulah gunakan sebaik mungkin...
Sebenarnya aku bukanlah orang yang layak untuk bercakap pasal tunang dan kahwin tapi ini dari pendapat aku sendiri...
Aku sendiri belum melalui semua yang aku utarakan...
Sekadar pemerhatian...
Bukan nak kata aku ni Gamophobia ataupun fobia perkahwinan,walaupun mungkin ada sikitla ke arah itu tapi fikir-fikirkan...
Kita berharap bertemu dengan pasangan yang memenuhi spesifikasi yang kita mahukan tapi Allah Maha Adil, Maha Mengetahui maka telah dijadikan, disusunkan buat kita insan yang sesuai buat kita..
Walaupun aku belum bertemu insan yang telah dituliskan di Luth Mahfuz namun setiap kali melihat insan sekeliling, ianya buat aku banyak berfikir, kenapa, mengapa dan apa reason semuanya...
Hanya lihat sekeliling secara random, ada pasangan Si Lelaki baik, Si Wanita buat hal...
Ada pasangan Si Lelakinya hmmmm, Si Wanita bagaikan bidadari, baik hati...
Semuanya ketentuan...
Perkahwinan itu satu perjudian, samaada menang atau kalah...
Untuk itu semua, aku rasa aku belum dapat membayangkan pengakhirannya...
Namun just a simple advice, sebelum apa-apa, fikir masak-masak...
Usaha, doa, tawakal dan redha dengan segala ketentuan...

#aku letih tapi tak boleh tidur memikirkan macam-macamlah...
Sent from my BlackBerry® Smartphone

0 comments: