Tuesday, July 1, 2014

*Assalammualaikum*

Assalammualaikum...
Selamat berpuasa semua...
Hari ni dah masuk  3 Ramadhan dah...Semoga Ramadhan Kali ni lebih bermakna buat semua...
Aku menulis memang sekejap ada sekejap tak ada..ni pun menulis sebab terlantar...
Dalam bulan ni dah 4kali berulang ke klinik sebab asthma attack....
Muka naik tebal sebab ulang alik klinik dan mc...
Hari Khamis lepas Kali ke2 than continue MC ke Jumaat makan ubat, ok sikit drive balik kampung...
Alhamdulillah la ok, stabil bawa kereta... Semangat nak sambut Ramadhan dekat kampung dengan family...
Biasanya 1st day Ramadhan dengan last day Ramadhan je ada change makan semeja complete adik-adik dengan mak abah....
Walaupun aku tak banyak cakap dengan abah, banyak cakap dengan mak atau erti kata suka bising-bising dengan adik-adik, tapi masa ni lah dapat berkumpul...
Nak tunggu raya memang la ada tapi breakfast 1st raya aku pun selalu kat rumah nenek sebab bila semua dah ready aku masih lagi terkial2 tolong mak clear kan rumah..
Orang kata rumah besar bagus bila untuk berkumpul tapi bagi aku yang cuma ada seorang je adik perempuan yang "rajin" sangat mengemas tu, rasa macam nak mengaruk je pun ada...
Ramadhan tahun ni aku tak plan apapun, just follow the flow...
Kerja? Masa Ramadhan nila peluang aku balik nampak matahari sebab nak kena balik berbuka kan...
Kalau kena stay back juga, agak melampau...
Ni pun walau terlantar aku dah terbayang kerja yang menimbun...Last week punya tak settle2 lagi, tambah this week punya lagi...
Memang ada benda orang lain boleh tolong cover tapi tak sedap lah kan...
Ditambah pulak sekarang tangan minggu internal audit untuk semua certification...
Agak letih....
Dulu aku pernah hantar surat resign tapi berjaya dipujuk Oleh Puan Bos...
Lepas raya ni niat nak buat lagi sebab dah 7tahun aku bertapa dekat tempat yang sama...
Aku memang jenis setia,dan dalam erti kata lain aku malas nak merapu tukar2 kerja than regret...
Walaubagaimanapun, setia tetap setia tapi dalam hidup kita perlu ada perubahan..
Doakan yang baik2 untuk aku... 
Semoga sentiasa sihat dan dijauhkan penyakit sebab sekarang ni dah macam hape...
Aku bila sakit bawah mata yang sedia lebam akan jadi tambah lebam...lepas tu sekarang menyusut dengan jayanya...
Doakanlah aku dapat kerja lain yang better dan stabil sikit working hournya...
Last but not least, doakan ku ketemu Mr Right...
Adik dah nak kahwin, kakak perasan muda lagi...

Wednesday, June 4, 2014

*Coklat*

*Sekadar gambar hiasan*

Dalam dua minggu ni kecoh di facebook, twitter dan juga media lain berkenaan status halal coklat buatan Malaysia, Cadbury dari syarikat Mondelez.
Pelbagai perkara digempar gemburkan.
Melihat komen-komen yang agak kasar dan tidak menunjukkan imej muslim langsung sedikit sebanyak pasti ada yang terkesan kepada pihak2 tertentu.
Memang semua benda yang jadi boleh effect kepada muslim tapi bila dilihat cara dan perkataan yang keluar memang lari dari prinsip.
Dekat sini aku melihat secara win win situation.
Dari awal khabar angin dikeluarkan, tambahan lagi bila terlihat gambar report yang di post di facebook, sedikit keraguan telah timbul.
Bagi yang biasa melihat report rasmi dari pihak dan bahagian tertentu, pasti akan terdetik tentang perkara ini.
Bagaimana report tak rasmi boleh tersebar ke luar dan di mana sikap integrity diletakkan juga menjadi persoalan.
Niat si penghantar gambar mungkin baik tapi cara yang dilakukan adalah sebaliknya.
Confirmation test dah dilakukan ke belum semasa report disebarkan juga menjadi tanda tanya.
Impak terhadap pihak manufacturer sangat besar terutamanya di hari pengumuman dibuat.
Kilang terpaksa ditutup pada hari tersebut disebabkan terdapat kumpulan yang membaling batu ke arah kilang tersebut.
Dalam keadaan yang sama bagaikan tiada undang-undang dan kilang bersebelahan pun terkena tempias dibaling batu.
Bila dilihat semula, sedihnya bila rakyat Malaysia pun dah menjadi semakin ganas.
Setelah ujian semuala dilakukan dan keputusan rasmi dari recognized dan accredited lab dikeluarkan, keraguan masih lagi berlarutan.
Apa yang jelas dan nyata, pihak manufacturer mempunyai system Halal Assurance System yang memerlukan pematuhan dalam setiap proses from farm to fork, iaitu kawalan ketat dari pemilihan bahan hingga ke pengguna.
Audit perlu dilakukan beberapa kali setiap tahun.
Ini pandangan saja.
Pihak bertanggungjawab menjalankan testing ada menyatakan, mungkin kontaminasi telah berlaku tapi bila dan di mana tak dinyatakan.
Kontaminasi disini janganlah kita terfokus kepada keadaan pembungkus atau kepada satu arah saja.
Kita perlu fikir kontaminasi mungkin boleh berlaku sewaktu sample testing handling.
Bagi setiap persampelan terutamanya untuk lab testing, perlu ada -ve control dan +ve sampel.
Equipment yang digunakan juga perlu diambil kira.
Tempat penyimpanan dari pengeluar sehinggalah sample testing pun ada kebarangkalian.
Sebagai pengguna pula sangat mudah, jika yakin, makan sajalah.
Andai rasa was-was dan ianya produk syubhah, tak perlu makan.
Yang pernah termakan, tak perlulah nak cuci darah bagai sebab waktu tu kita tak tahu.
Kalau kira nak cuci darah, pernah tak terfikir tentang derma darah?
Waktu tu kita pun tak tahu darah yang kita terima tu semua dari muslim yang memang tak makan benda terlarang.
Macam duit yang kita terima setiap hari, adakah duit tu semua datang dari bank bukan dari pasar penyembelihan si kaki pendek?
Sebenarnya bila ada isu macam ni, ada -ve dan +ve side yang kita boleh lihat.
Bukan sekadar kepada pihak manufacturer tapi termasuk pihak pengguna.
Manufacturer perlu menjadi  semakin tegas tentang bahan dan proses pengeluaran.
Bagi pengguna pula, ia menguji kita sama ada kita pengguna yang bijak atau sebaliknya.

#Sebut halal haram, terfikir pula kalau orang yang ambil rasuah tu status dia macam mana, orang yang terbabit sama dalam proses jual beli dan bekerja di tempat ada arak macam mana. Just terlintas di pemikiran.


Friday, March 28, 2014

*Bebel*

Dah lama tak menulis..
Hari ni mood menulis mari balik hanya disebabkan aku buat kerja kena merempat..
Sebelum mula menulis panjang lebar, mari kita berdoa untuk MH370 yang kini masih dicari oleh SAR di lautan Hindi...
Duduk di conference room dengan dokumen yang tak complete dan outlook yang tak ada.
Kena guna HK mail adalah satu perkara yang sangat leceh sebab email supplier or gov officer tak boleh nak cari...
Duduk semeja dengan bos buat aku kaku.
Layu mata tak boleh control..
Mujur bos half day je hari ni.
Tapi yang paling tak boleh tahan bunyi kontraktor renovate office...
Bergegar gegendang telinga ni macam nak gugur...
Bos besar bagi balik awal memanglah rasa heaven tapi kesian pulak membe sorang ni yang attached dengan production...
In charge ambil cuti, semua dia nak kena cover...
Buat sesiapa yang ambil half day, memanglah rugi disebabkan after lunch kami pun dah boleh balik..huhu
Malam ni semua membe pi tengok movie macam biasa tapi aku tercicir tak ada tiket..
Hoho..Orang mesej kita bantai tidur...
Itulah hasilnya...
Tak apa, balik rumah tidur lagi bagus...
Emosi aku saat ini sangat tidak stabil sebab bunyi bising yang sangat hungar binger.
Sakit kepala!
Tapi tabahkan jugalah jiwa ni sebab tinggal satu jam saja sebelum balik...
Niat dihati nak balik kampung tapi rasa macam letihlah pula tambah-tambah lagi Isnin ni dah start budak sekolah naik sekolah semula...
Confirm hinghway pun jam hari Ahad ni..
Makin tambah letih adalah...

Friday, February 21, 2014

*Pertunangan, Perkahwinan*


*Sekadar gambar hiasan, tak tahu cincin pasangan mana but yet simple dan cantik*

Tunang dan kahwin adalah dua perkara yang sangat sinonim pada pendengaran aku...
Aku tak tahulah pada orang lain....
Selalunya ada orang bertunang lama, ada orang bertunang sekejap tapi terus menikah...
Terpulang pada pendapat dan kemampuan masing-masing...
Namun pada aku, kalau baru level berkawan baru berapa bulan, tak payah gatal nak ajak bertunang beriya-iya kononnya nak kenal masing-masing....
Lepas tu kalau tak yakin, tak payah nak bertunang awal-awal...
Sebab kalau bertunang ni selalunya menggambarkan ke arah perkahwinan, tapi kalau bertunang setakat rimas dengan telahan mulut orang, lebih baik tak payah...
Macam tak ikhlas sebab bukan dari hati...
Kalau ada apa-apa jadi susah, jadi isu...
Memang jodoh,pertemuan, ajal, maut ditangan Yang Maha Esa tapi kita sebagai hamba ni dah diberi akal fikiran perlulah gunakan sebaik mungkin...
Sebenarnya aku bukanlah orang yang layak untuk bercakap pasal tunang dan kahwin tapi ini dari pendapat aku sendiri...
Aku sendiri belum melalui semua yang aku utarakan...
Sekadar pemerhatian...
Bukan nak kata aku ni Gamophobia ataupun fobia perkahwinan,walaupun mungkin ada sikitla ke arah itu tapi fikir-fikirkan...
Kita berharap bertemu dengan pasangan yang memenuhi spesifikasi yang kita mahukan tapi Allah Maha Adil, Maha Mengetahui maka telah dijadikan, disusunkan buat kita insan yang sesuai buat kita..
Walaupun aku belum bertemu insan yang telah dituliskan di Luth Mahfuz namun setiap kali melihat insan sekeliling, ianya buat aku banyak berfikir, kenapa, mengapa dan apa reason semuanya...
Hanya lihat sekeliling secara random, ada pasangan Si Lelaki baik, Si Wanita buat hal...
Ada pasangan Si Lelakinya hmmmm, Si Wanita bagaikan bidadari, baik hati...
Semuanya ketentuan...
Perkahwinan itu satu perjudian, samaada menang atau kalah...
Untuk itu semua, aku rasa aku belum dapat membayangkan pengakhirannya...
Namun just a simple advice, sebelum apa-apa, fikir masak-masak...
Usaha, doa, tawakal dan redha dengan segala ketentuan...

#aku letih tapi tak boleh tidur memikirkan macam-macamlah...
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, February 19, 2014

*Kenyataan*

*Hidup ini satu pementasan dalam perjalanan*

Orang pandang dari jauh fikir kita senang,gelak ketawa, mewah, bahagia tapi hakikatnya mereka tak tahu kita berusaha...
Mereka tak tahu hari-hari kita balik lewat, bawa balik kerja...
Mungkin ada orang kata "hamba kerja"...
Tapi skop kerja berbeza, berbezalah keperluannya...
Environment kerja berbeza, maka lainlah cara dan disiplinnya...
Bak kata pepatah melayu: Lain padang, lain belalang...
Kalau pepatah aku pula: Lain tempat lain makanannya...
Mungkin kelihatan sama namun nama dan rasa pasti ada sikit sebanyak berbeda...
Hati manusia ni kita tak boleh nak jangka...
Rambut sama hitam tapi hati lain-lain...
Ada yang baik dengan kita, cakap manis tapi sebaliknya...
Ada yang cakap berbisa namun jauh dalam sudut hati mereka tak ada niat apa-apa dan tak terasa...
Kita ni manusia, aku pun tak berani nak kata apa-apa sebab aku tak perfect...
Mana ada manusia perfect, yang perfect hanyalah Yang Maha Esa...
Aku menulis saat aku duduk termenung melihat sekeliling aku di kedai makan menanti order yang tak kunjung tiba...
Inilah dia, tabiat lama cara baru hilang boring menunggu...
Orang lain dah balik rumah, mandi makan rehat bagai, aku baru balik kerja baru dapat nak makan...
Ada masa sampai rumah terus terlena, terjaga semula untuk buat apa yang perlu....
Masing-masing ada masalah masing-masing, ada tanggungjawab masing-masing dan ada halangan masing-masing...
Aku bukan siapa-siapa....
Hanya hamba Allah yang masih diberikan peluang untuk bernafas di pentas duniaNya...

#tulisan hati saat seorang memerhati sekeliling
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, February 18, 2014

*Hidup Ini Banyak Cabaran*

*Gambar adalah sekadar hiasan...Credit kepada penghantarnya...hahaha*

Siapa kata hidup ini tak ada cabaran adalah pembohong paling besar..
Nak makan pun ada cabaran apatah lagi nak senang.
Bunyi macam MLM pulak...
Maaf, aku tak buat MLM dan merendahkan sesiapa buat MLM...ayat tu tadi terpacul keluar.
Cabaran dalam diri sendiri simple je, dalam meeting kena fokus tapi kita sibuk juga dok nak tekan tipon...
Tengok notification, tengok siapa online, reply email atau whatssapp...
Jangan kata tak ada orang pernah buat...
Aku sendiri pun buat, whatssapp dengan orang duduk opposite aku...Haha

Apa lagi yang mencabar? Cabaran dalam keluarga...
Bukan berkeluarga, baru ahli keluarga...
Part ni yang letih, luah mati mak telan mati bapak...
Cabaran study? Hmmm, dah lepas dan InshaAllah akan lalui semula...
Pointer nak cantik, mencabar jugaklahkan...
Cabaran dalam kerjaya?
This is the biggest one aku tengah hadapi sekarang..
Bertabah! Chaiyok!

Cabaran dalam hubungan?
Yesza! Hubungan keluarga dah sebut,hubungan lain sejenis tak ada ye...
Haha, joking...
Part ni still KIV...so that siapa yang kata langsung tak ada cabaran?
Mengantuk tapi tak boleh tidur pun kira cabaran...
Nak tahan diri dari shopping lagilah ya ampun!

Aku merepek kan petang ni?
Yup! Aku tengah melepak balik kerja awal gila...
Actually bukan awal gila, still sama waktu kerja rasmin, 5.30pm...
Almaklumlah selalu keluar-keluar nak balik rumah dah gelap...
Jakunlah sikit ni...
Tambah-tambah hari ni after lunch ada meeting dekat luar...
Lagilah! Happy!

#Status update lepas menggelapkan duit sendiri tak sampai berapa minit masuk Paradigm n menikmati minum petang dengan nyaman...Esok masuk offices tak tahulah apa yang menunngu...Something from the meeting shared with boss and she's sound not very happy...But not from me...Syukran Ya Rabb
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, February 9, 2014

*hate*

Now I notice that I already start hating my job...
Is it because its been to long at the same company or the people I work with become makin menjelikkan?
I think both make me feel exhausted and start hating the job...


Monday, January 27, 2014

* Bebelan Pertama di 2014*


Entry ini mungkin akan jadi entry yang pendek.
Entry pertama untuk tahun 2014.
Tahun yang semakin mencabar.
Alhamdulillah, perancangan yang direncanakan ada yang dah terlaksana.
Thanks to Norazo Aslan yang remind me pasal blog ni yang dah bersawang.
Hahaha, TQ Noks!
Tahun ni inshaAllah akan bergelar sebagai seorang student semula tetapi bukan sepenuh masa.
Jadi bila bukan sepenuh masa, jiwa raga kena kental lagi.
Last week received a happy news dari LPPOM Majelis Ulama Indonesia.
My job was recognized! Siapa tak happy bila kerja kita dapat result yang bagus dan bukan semua company yang apply dari mereka dapat ke tahap level yang kami dapat.
Even di Indonesia sendiri, standard tersebut tak semua company boleh capai.
Salah satu perkara yang aku rasa macam syukur sangat tapi dalam syukur tu, kena maintan sentiasa.
Kalau tidak, takut become worse dan pihak-pihal tertentu akan mengharap atau blaming us.
Apapun, tahun ni juga inshaAllah kalau semua berjalan lancer, kami sekeluarga akan dapat ahli keluarga baru but not from me T_T
Banyak benda dah terjadi tetapi semoga semuanya berakhir dengan pengakhiran yang bagus.
Bisnes, terima kasih kepada yang sudi buka peluang pada aku walaupun sebenarnya aku hanya penyumbang yang kecil dan masa aku sangat terhad.
Semoga yang diusahakan dan dirancangkan berjalan lancer dengan izin Yang Maha Esa..

Amin....