Thursday, October 3, 2013

*Syukur*

Lama sudah rasanya aku biarkan blog ni bersawang...
Serupa dengan tuannya yang semakin bersawang fikiran...
Syukur aku masih sempat mencoret. Tak ada yang menarik untuk diperkatakan namun cukup hanya untuk menyatakan mata ini tak mahu lelap...haha
Subhanallah Maha Suci Allah, dibukakan hati aku untuk sentiasa redha akan segala ketentuan yang telah pun diaturkanNya.
Semakin lama, semakin giat aku berfikir, aku bersyukur dengan apa yang dah terjadi. Terlalu banyak hikmah yang dapat aku lihat sekarang.
Saat aku rasakan aku jauh tercicir dibelakang, hakikatnya Tuhan mengujiku untuk jadi lebih kental.
Apa yang ku temui, aku lalui banyak mengajar aku untuk lebih dekat padaNya dan lebih banyak berfikir tentangNya.
Andai dulu aku sering alpa, kini setelah apa yang terjadi, segalanta menjadi peringatan.
Terima kasih dalam diam ku ucapkan untuk semua insan dalam setiap persinggahan.
Andainya kalian tidak bersifat demikian, mungkin aku takkan rasa apa yang ku alami sekarang.
Biarlah usia semakin menambah dan aku masih kekal di sini, aku tak kisah kerana aku yakin dengan kesungguhan, usaha, doa, dan tawakal, siapa tahu semua yang terjadi akan berlalu dengan lebih pantas.
Bumi Tuhan amat luas buat kita bergelar hamba, setiap kejadian pasti ada tujuan....:)


Friday, August 2, 2013

*Syawal 5 hari lagi?*


Bahang Syawal dah mula terasa.
5 hari saja lagi kita dapat berpuasa di Ramadhan tahun ini.
Rasa sayu, tapi dalam masa yang sama rasa seronok sebab I really need a long holiday walaupun hakikatnya semasa long holiday ni, tugasan aku bertukar menjadi suri rumah.
Bukan suri hati seseorang tapi more like the bibik for my mak.
Bila tibanya Syawal, akulah orang yang paling penat sebab pagi-pagi dah kena bangun mengemas rumah, menyapu, mengemop dan juga memasak.
Cuci pakaian sekarang dah turun kepada adik cuma bila menyidai je mak akan ambil turn tolong tengok sebab adik still fail bab menyidai.
Mak? Laman rumah dia akan round tengok ada sampah ke tidak sebab dia tahu anak-anak dia memang pemalas mengemas luar rumah,
Hehehe...
Adik nak menyapu? perkara paling dia tak suka.
Orang lain dah beraya dari 1 Syawal, kami pula dari petang 1Syawal until 4 Syawal jadi tukang tunggu rumah sebab kaum kerabat balik.
Tak apa, setahun sekali orang masih ingat kita tu mak kata. huhu...

Happy ni memang happy tapi dalam bulan Ramadhan ni macam-macam benda dah jadi.
Tak apalah, terima dengan redha, jadikan pengajaran dan ingatan buat diri sendiri.
Hari-hari balik kerja memang awal sikit dari biasa tapi sampai rumah pun ngam-ngam azan maghrib berkumandang menandakan dah tiba masa untuk berbuka.
Selain tu pernah jugalah berbuka setakat air kosong dalam kereta.
Dugaan Ramadhan, mujur ada yang baik hati untuk tolong aku.
Sekarang ni dekat tempat kerja deco raya pun dah naik tapi dalam hati ni rasa macam alahai.
Nak balik cuti tapi makin dekat dengan cuti, makin bertimbun kerja datang.
Balik cuti tak payah katalah, projek tu nak jalan, projek ni nak jalan.
Selain projek, audit tulah inilah.

Sesungguhnya seorang manusia tu memang sentiasa diuji.
Kategori tahan lasak jugalah kami ni..huhuhu...
Ku harapkan Syawal datang dengan seribu erti dan kebahagiaan.
Amin....


Wednesday, July 24, 2013

*Ujian*

Salam Ramadhan ke 15 buat semua.
Lama aku bercuti dari menulis di sini.
Hari ni tak tahan dah, kena bebel lagi panjang.
Bulan puasa mungkin dikatakan bulan menguji diri setiap muslim.
Maksud puasa dan tujuan berpuasa tu tak perlulah aku tulis sebutir-sebutir di sini.
Salah satu tujuan berpuasa untuk kita jadi lebih behave tapi sayang ada sesetengah manusia hanya menjadikan puasa sebagai bahan untuk mengelak dari tugasan dan bermalas-malasan.
Menjadikan puasa sebagai batu loncatan untuk skip dari kerja dan membebankan orang lain dan menggunakan rakan lain yang non muslim sebagai sasaran menyelesaikan tugasan.
Tanggungjawab masing-masing masih perlu dijalankan semasa bulan puasa seperti kebiasaan bulan-bulan lain walaupun mungkin teman-teman non muslim tak kisah tapi sekiranya main job itu dia seorang yang expert, bukankah menambahkan kerja sekiranya tugasan tu tergendala.
Maaf disini kalau bunyinya macam menyindir sesetengah orang tapi sepanjang bulan puasa ni aku terpaksa berdepan dengan makhluk begini.
Sudahlah di bulan biasa memang bermasalah ni bulan puasa makin melarat-larat pula.
Dari sikap manusia cetek akal dan boleh dikatakan pentingkan diri sendiri ni, aku tak suka bila ada rakan atau superior non muslim yang memandang serong hanya kerana manusia macam ni.
Kita dilatih berpuasa sejak kecil, kira sajalah berapa tahun tempoh latihan untuk makhluk  yang dah berusia 33 tahun seandainya dalam islam sendiri telah disebut bahawa didiklah anak-anak untuk berpuasa bermula dari umur 7 tahun.
Nak dikatakan bekerja ditengah panas ataupun kawasan yang bersuhu tinggi, tidaklah.
Bekerja dalam aircond, siap suasana bilik tu dah macam duduk atas ais.
Paling meletihkan dan menggeramkan bila sudahlah buat kerja malas, kalau buat pun bagai melepaskan batuk di tangga.
Sudah letih setiap hari follow up, sudah lenguh mulut nak remind, bila dimarah tahu pula tak puas hati tapi hakikat sebenar memang dasar perasan bagus tapi buat sesuatu tak pakai akal.
Sia-sia Allah bagi kelebihan sebagai makhluk paling mulia tapi perangai dan tabiat macam anak kecil yang masih belum mumaiz.
Manusia yang suka sambil lewa ni memang spesis muka tembok, tempe.
Kenapalah akuinsan yang kena handle makhluk macam ni?
Hari-hari menaikkan darah je.
Bukan setakat tugasan yang diberi semua huru hara tapi tanggungjawab pada diri sendiri pun hancur.
Hari-hari bawa barang hilang, tertinggal, rosak. Sakit selalu sebab cari penyakit sendiri.
Selalu aku bersabar sebab fikir, ini cubaan untuk aku.
Aku repot pada bos, assistant bos, diarang cakap cuba tukar cara tapi bila mereka sendiri yang berdepan dengan makhluk ni sekali dua, tahu pula sakit hati.
Ya Allah, berilah aku kesabaran yang tinggi dan mendapat idea yang lebih berhemah supaya makhluk ni tak kena libasan buku 5 ku...
huhuhu...

Saturday, June 29, 2013

* Lee Min Ho *

Dah hujung-hujung bulan 6 tapi entry ni baru masuk entry ke 3. Makin lama makin berhabuk blog ni.
Hari ni aku kerja!
Macam bangga je bunyinya kan? Padahal aku dah bosanlah...
Tapi tak apa, layankan je dulu. Ni aku tengah meroyan ni sebab malas dan lapar.
Hari ni masuk kerja agak lewat sebab aku nak kena stayback cover system validation.

Kalau tak disebabkan kena kerja hari ni, kemungkinan besar dan sah-sah aku dah follow Kak Put ke Lee Min Ho Global Tour in Malaysia yang diadakan di KWC Fashion Mall.
Aku ni bukanlah hard core bab-bab k-pop ke artis Korea ke tapi disebabkan LMH ni je.
Dia sweet dan bukan aku follow sangat cerita-cerita lakonan dia even aku tak tahu pun dia penyanyi.
Aku hanya minat tengok dia je. Boleh? Hahaha...
Bab-bab cerita Korea aku tak nak tengok sangat disebabkan aku ni kalau dah tengok satu episode, aku gatal nak continue and at the end, tak tidur aku berapa malam.
Sudahlah aku memang ada penyakit susah nak tidur dan bila kurang tidur aku jadi ting tong.
1st cerita lakonan LMH yang aku tengok ialah Boys Over Flower dan penghasut yang bertanggungjawwab untuk aku tengok cerita ni sudah pasti Kak Putlah...
Hahaha...
Lepak-lepak rumah dia than tertengok dan at last sangkut!

Bila tengok latest photo of LMH, Nampak mamat ni dah agak berisi sikit di pipi but his lesung pipit still remain.
LMH ni tak lah jambu-jambu sangat dan mungkin sebab tu aku suka...
Kalau tengok kebanyakkan pelakon Korea yang lain, Nampak macam kejambuan tu terselah sangat...Hahaha


* This is the 1st photo that I received from Kak Put on 27/6/2013 during LMH arrival at KLIA. Even though gambar ni blur tapi kehandsoman LMH still terserlah..TQ kak! hahaha* 
#Psssttt, middle name LMH is MIN same as my nickname! Hahaha

Sunday, June 9, 2013

*hilang kata seketika*

Di awal pagi ini, aku terkejut dengan satu perkhabaran yang tak disangka...
Terkedu lalu berita ku sampaikan ke seseorang yang mengetahui kisah ku...
Itulah yang dinamakan takdir...Semua ketentuan ditangan tuhan..
Memang adakalanya agak sukar untuk diterima namun itulah hakikat yang kita perlu hadapi...
Hakikatnya memang kecewa tapi hidup mesti diteruskan...
Mak selalu kata, mungkin tuhan nak uji kita sekarang tapi bagi sinar kebahagiaan pada kita kemudian...
Sesungguhnya memang aku sedih tapi nak buat macam mana...
Redha adalah salah satu benda yang telah banyak aku pelajari akhir-akhir ini...
Mood aku memang sedih glia....
Tapi tak apa....Doakan saja kebahagiaan untuk semua...pasti ada hikmah disebalik semua ini...
Aminnnnn....

Saturday, June 8, 2013

*I'm Back!*

Dah lama tak corat coret kat sini kan....
Alhamdulillah satu audit penting settle so stress aku pun berkurang sikit sebelum next internal audit dalam masa terdekat ni dan another audit penting ngam-ngam during raya week nanti...
Lepas audit raya, 3 audit penting pula akan say "Hallo" on December...
Last week sampai kena demam panas menggigil-gigillah tapi berpeluh dengan serabut fikir kerja, adik aku bertunang dengan mak tak sihat tapi syukur semua settle sikit demi sendikit...nak drive balik ke Johor tu pun siap berhenti-henti 3 Kali...tak larat....
Siap dekat seminggu tak lalu makan pun ye jugak.....
Sehari suntuk tak makan boleh steady selamba jek, tak ke hairan orang keliling aku bila tengok tong nasi tak lalu makan..
Dalam hati ni terfikir,"Duhai perut, dah latih nak bersua dengan bulan Ramadhan yek"
Dan ni kes terbaru, sekarang ni pula cukuplah aku dah tak tidur selama lebih kurang 42 jam lagi...
Malam semalam aku bawa balik kerja yang nak tak nak aku terpaksa buat untuk prepare audit tapi disebabkan buat dalam mood yang ke laut makanya sambil layan movie onlinelah...
Terus mata aku tak boleh lelap...
Sekarang kan dok kecoh drama Sebenarnya Saya Isteri Dia lakonan Izzue Islam dan Tiz Zaqyah...

Aku pulak slow, episod ke berapa entah baru tertengok dekat tv tu pun rasanya sebab aku balik kerja awal sikit.
Cerita series ni jarang dapat follow...
Lepas tu pulun kalau miss je tengok tru online...
Tak puas hati, aku rasa lambat sangat nak tahu ending dia, gigihlah cari novel dia...


Waktu lepak kat kampung sempatlah baca, cuba dah balik sini, buka blog nak baca blog orang lain pun susah...
Blog sendiri tak payah cakaplah bersawangnya tambah-tambah lappy tak ok lagi...

Mingus lepas pulak lepak kat kampung until hari Isnin, mak layan cerita Teduhan Kasih, dah aku terpengaruh pulak dah..


Malam tadi terfikir macam best je bila teringat cerita tu dan bila teringat promo yang keluar dari mulut mak,so layanlah aku dari episod 1 sampai episod 12.... Malam ni pula layan episod 13-14....
Tak sabar nak tunggu episod 15...tapi ikutkan hati disebabkan aku dah alang-alang kena kerja weekend, balik nak pi bookstore cari novel hasil karya Marissa ni..



Hopefully jumpalah stok buku ni di bookstore sebabnya harap maklumlah, drama adaptasi novel ni, mesti novel dia pun jualan dia macam pisang goreng panas...
Dah semua orang spesis tak menyabar jugak macam aku kan..nak tahu ending macam mana..hehe
Geram dengan kakak tiri dia yang bak kata orang Jawa tu suara nyempring...
Hingaq semacam kalau tengok dekat drama tu...
Selain tu aku geram je nak ganyang si perampas nama Ayu tu...
 
Akibat tengok movie online tu sampai ke pagi, attend audit dan kerja dalam keadaan lalok...
Sampaikan auditor yang handsome depan mata pun aku tak berapa perasan sampailah dah 3-4 orang menyebut baru aku sedar....itupun lepas lunch and aku makan menghadap muka dia...
Buat kerja depan PC pun pegang mouse pun asyik terlepas jek...
Bercakap of coz la melalut sikit...huhuhu
Tapi syukur lately kakak tiri tak memekak so siang tadi walau dalam keadaan lalok, jiwa tak adalah kacau....
Huhuhu...now still tak boleh tidur...haiyooooo! 
Apa macam nih....

Thursday, April 11, 2013

* Quality Concept *

Pagi-pagi lagi aku dah dengar kicauan semulajadi keluar dari mulut puaka tepi aku.
Ni semua gara-gara budak tak matured yang MC hari ni dan semalam mangkuk tu menipu aku.
Kuang ajaq !
Dia tahu hari ni aku nak brain wash dia gamaknya, dan-dan tak datang.
Esok pula aku cuti lagilah dia horey-horey!
Tapi yang pasti tak horey sangatlah sebab puaka tepi aku ada..HEhehe...
Disebabkan bebelan dan kicauan si puaka tepi aku, aku teringat balik quality concept:

100-1=0

Konsep company aku ni sangat simple untuk difahami, serupa macam peribahasas Melayu :

Kerana nila setitik, habis susu sebelanga..

Kalau ada yang tak paham juga, maksudnya, walau elok berkualiti macam mana pun kalau tak dijaga dan maintain kualiti tu andaikata ada sekali kesilapan, orang akan ingat sampai bila-bila.
Its a norm rasanya dikalangan pengguna atau dalam sifat manusia sendiri apabila seribu sejuta, berkoyan-koyan kebaikkan sekalipun jarang nak diingat tapi andaikata ada kesilapan kecil pun, semua kebaikkan akan dilupakan.

* Zero defect katanya tapi dalam sedar atau tidak kita ni manusia biasa, we are not perfect!*

Aku tak pastilah, samaada company lain punya konsep macam mana sebab untuk manufacturing company, inilah company pertama yang aku join selain daripada tempat aku praktikal masa belajar dulu.
Tapi aku rasa tempat aku praktikal dulu memang tak boleh nak ambil kira sangat sebabnya subsidise company dari kementerian.
Tak naklah komen lebih-lebih, karang kena saman pula..Hehe..
Walaubagaimanapun konsep dan objektif kualiti di company aku kerja sekarang memang agak straight dan bukan hanya sekadar atas kertas yang hanya ditulis bila ada audit bawa keluar tunjuk auditor.
We have to maintain, applied and practice sebagaimana yang tertulis dalam prosedur.
Dengar macam "Ya Ampunnnnn, cerewet dan lecehnya!" tapi itulah hakikat kami kerja di sini.
Rasanya kalau budak-budak function lain nampak budak-budak kami, dan-dan cakap "Wei, JPJ dating!" tak pun "Wei, reporter bawa kamera dating dah"
Macam-macam lagilah gelaran. Budak-budak kami dok ngadu  tapi apa boleh buat, itu tanggungjawab kami yang memang dah tertulis dalam offer letter masing-masing.
Waktu kerja geram bengang macam-macam jadinya.
Itu mungkin kelihatan tak professional langsung dan mungkin boleh menghilangkan  rasa hormat sesama sendiri.
Dan aku rasa itu yang berlaku sekarang.
Senior cakap je lebih, tak paham kerja bertambah tapi mainpower tak ada.
Mana boleh samakan dulu dengan sekang. Head counting adalah sama dari dulu-dulu sampai sekarang tapi kerja dah berganda...
Memang dapat basketball berganda-gandalah dari aku.
Aku geram dan tak nak cakap dulu sebab bila hati tengah marah, fikiran pun pun tak boleh fikir dengan betul jadi aku biarkan dulu tunggu masa yang sesuai.
Bila amarah mendahului akal, masa itulah setan-setan dating berlari seiring dengan amarah kita menambahkan lagi darah panas yang sememangnya tengah membuak-buak.

#Aku hanya berfikir dan berusaha bilalah masanya aku boleh dapat kerja lain  yang sesuai. Nak berhenti kerja zaman sekarang ni bukan boelh suka-suka sebab nanti kita yang susah. Dah banyak contoh keliling aku nampak, so sekarang ni memang bertabah sajalah dulu...(penyabar juga rupanya aku...ceit!)

Wednesday, April 10, 2013

*BUSUK*


Sumpah aku akui dua hari ni aku rasa pagi-pagi dah bau busuk.
Sebab musabab utamanya ialah pagi-pagi sampai tempat kerja dah macam orang mandi sauna sebab awal-awal dah terjah production floor.
Semenjak dua menjak ni memang aku dah jarang masuk production floor sebab ada dah orang baru yang cover.
Kalau ada problem, depalah yang bersauna kat dalam tu.
Aku masuk pun sebab nak validate system je.
Kalau tak memang sorry naik lori muka aku ada kat dalam.
Semalam pagi awal-awal dah masuk production floor disebabkan ada incoming stock ada problem.
Nak tak nak sebab incoming stock kan, kenalah pergi tengok sekali assistant buat checking tapi last-last dengan aku sekali buat checking sebab lambat sangat nak tahu result.
Dah dapat kuantiti nak pula kena tangkap gambar.
Buat sesiapa yang kerja dengan benda-benda kualiti ni mesti dah biasa pegang kamera untuk dapat gambar defect yang terbaik untuk buat bahan bukti bagi pada supplier.
So kami memang tak payah dilatih dah memang melatih diri sendiri untuk dapatkan angle dan shot terbaik.
Alangkan hairline defect pun kami dapat captured, apatah lagi muka manusia yang suka camwhore...hahaha
Tapi tak adalah kami buat muka yang suka camwhore tu jadi muka drum ke, botol yang selalu kami ambil..=P
Semalam juga hari pertama kakak tiri masuk kerja lepas cuti kahwin dia yang dia ambil pendek yang amat makanya kami masing-masing stucked kat opis sampai malam.
Nasib baik dia busy buat power point slide untuk meeting hari ni, kalau tak mesti kicauan dia lagi banyak.
Balik-balik dah lewat sebab balik kerja terus pergi makan, balik rumah terus buka tudung terlanding atas katil dan hsilnya selamat sampai ke pagi aku baru mandi...
Hari sebelum tu pun pukul 2 pagi terjaga dan mandi dan juga kena heartburn.
Terbaik package aku sekarang.
Hari ni awal-awal lagi pun dah masuk production floor juga buat monthly checking.
Duk duduk dekat processing room yang bunyi gedang gedung bagai.
Earplug aku nan hado pula.
Petang ni pula duk menyusun balik benda yang diambil semalam.
Sekarang ni aku rasa dah pening sendiri rasa macam badan bau busuk yang amat sebab berpeluh-peluh.
Cepatlah 5.30pm sebab aku nak balik dan aku berdoa, bila tiba jam 5.30pm tu tak adalah aku kena tahan dengan kakak tiri.
Bertabah je ni.

#Tapi busuk-busuk aku bila akutanya orang keliling yang dekat dengan aku ada bau tak, diarang kata tak ada....Adakah perasaan aku saja ni?

Monday, April 8, 2013

* Rezeki*

Rezeki tu datang dalam pelbagai bentuk.
Tak kira wang ringgit atau dari segi yang lain.
As usual weekend kalau tak kerja atau tak ada apa hal dekat Shah Alam atau SP, aku akan balik kampong.
Minggu ni lagilah, ada urusan penting keluarga.
Aku dan adik je yang dapat teman mak sebab Angah ada kerja di KL, abah tak yah tanyalah.
Nak tak nak, hati kecik ke besar, takut tak takut, aku gagahkan juga diri ni pergi walau dalam hati ni tuhan je yang tahu.
Aku akan story the morning glory pasal kisah ni kemudian.
Aku gerak dari Shah Alam agak awal pada hari Jumaat lepas sebab kerja aku dah aku clearkan awal-awal tambah-tambah lagi kakak tiri tak ada makanya tak ada sape pun nak kacau tapi walaupun awal, sempat jugalah aku melencong ke PKNS Shah Alam duk pergi rembat baju warna baby blue untuk wedding cousin aku yang berlangsung end of this month.
Sebenarnya sehari sebelum tu dah survey pun baju ni tapi nak ambil ke tidak tu yang tak sure tapi disebabkan malam tu dah dok terbayang-bayang, tak boleh jadi, I've to buy it...
Hahaha, nafsu shopping!

* Highway yang aku dok ulang alik setiap hari..huhu*

Berkisahkan pasal rezeki, malam tu aku tiba di plaza tol Tangkak lebih kurang jam 9malam.
Aku tengok plaza tol agak lengang, tak adalah panjang berjela kereta macam selalu.
Mungkin disebabkan bukan musim cuti.
Aku que macam biasa je, jarak antara kereta depan dengan kereta aku agak jauh.
Sampai di pondok tol, aku tab la smart tag aku dekat touch n go screen sebab plaza tol Tangkak ni , touch n go jelah paling advancenya.
Aku rasa macam tak ada palang, hahaha, tapi bila aku lepas je, palang baru turun.
Bila cek baki kad aku, memang tak ada deducted apa-apa langsung.
Aku rasa happylah tapi tiba-tiba rasa cuak menerjah sebab aku takut nanti kalau masuk tol semula, kot-kot kena double ke triple ke sebab aku masuk highway semula Ahad malam means malam tadi.
Habislah dalam hati aku terdetik.
Aku call membe opis yang husbandnya memang kakitangan PLUS tapi saying dia department lain. Dia duk HR memang tak sure. Call sorang lagi membe yang memang macam walking dictionary bab-bab merepek ni, dia pun tak pasti.
Ah sudah! Hati aku kata.
Call kakak tuan rumah, dia kata dia pun tak sure.
Last but not least aku call adik bujang aku si Angah, dia kata ignore je, Rezeki aku tu katanya sebab selepas 24jam dia takkan detect apa.
So kebenarannya terbukti bila malam tadi hingga pagi tadi aku pergi kerja masuk keluar tol tak ada pa happen.
Alhamdulillah jimat tol aku balik kampong hari tu...
Hehehe...

#Saya sangat mengantuk saat ini sebab tu saya update blog.

Friday, April 5, 2013

* Salam Jumaat*

Pagi ni aku rajin buka blog awal pagi dan terbaca satu komen kata aku attached gambar yang salah untuk entry Samsung Galaxy Y LaFleur Adik.
Makanya aku pun tukarlah gambar tapi dalam masa yang sama aku sibuk delete post yang ada dalam draft, post yang aku rasa tak jadi nak publish.
Lepas dah edit dan delete, aku pun view bloglah dan aku perasa post yang aku edit hilang.
Alkisah mesti aku terdelete sekali.
Mood kami semua sangat tenang pagi ni disebabkan kakak tiri tak ada.
Masing-masing rasa nyaman je..Hahaha...
Bila difikir-fikirkan, bila dia tak ada semua orang tak stress, tak tegang otak dan tak panas hati.
Semua tu salah satu dugaan kerja ye...
Dugaan luar lain pula. Bila difikir-fikirkan, banyak dugaan yang kita lalui setiap hari.
Tapi Allah tahu, setiap dugaan dan cubaan yang Dia dah beri tu semua seiring dengan kemampuan kita.
Mungkin ada masa kita rasa dugaan yang kita lalui sangat berat dan seperti tak sanggup nak lalui, nak selesaikan but at the end ianya tetap berlaku dan kita berjaya harungi.
Apa yang perlu kita amalkan ialah doa, usaha, ikhtiar dan tawakal.
Sempena Jumaat yang tenang ni, aku nak share maksud ayat dari surah Thaha ayat 130-132 (ada macam ustajah tak tiba2?..hehe) :

"Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbihlah pada waktu-waktu di malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari supaya kamu merasa senang.

Dan janganlah kau tujukan kedua matamu kepada apa yang telah Kami berikan kepada golongan2 dari mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk Kami cobai mereka dgnnya. Dan karunia Tuhanmuadalah lebih baik dan kekal.

Dan perintahkanlah ahli keluargamu untuk mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu bagi orang yang bertakwa"

Apapun, salam Jumaat untuk semua, esok cuti! Hooorayyyyyyy!!!


#Mood malas nak buat kerja dan fikir nak balik je nih...

Thursday, April 4, 2013

* G.I Joe Retaliation *

Weekend hari tu sewaktu aku balik kampung, sempat jugalah Ahad pagi tu aku pergi melabur duit tengok wayang dengan adik aku .
Kami pergi tengok cerita G.I Joe Retaliation.


Kisah mengenai sekumpulan tentera unit khas yang terror tapi dalam masa yang sama musuh diarang si Cobra buat perancangan dan kenakan diarang.
Diarang menjadi geram dan mencari jalan untuk bersihkan nama diarang dan menuntut bela atas kematian rakan-rakan yang mati.
Pelakon utama dalam cerita ni ialah Dwayne Johnson aka The Rock, D.J Cotrona dan Channing Tatum.
Cerita ni memang best sebab dari awal sampai hujung banyak penuh dengan aksi tapi taklah taklah ganas sangat.
Cerita ni diklasifikasikan as PG13 (Kanak-kanak dibawah umur 13 tahun perlu bimbingan orang dewasa untuk pergi tonton yek).
Adik aku dah masuk tingkatan satu tapi aku selamba je kata kanak-kanak..
hehehe, so tiket pun murah la sikit.
Kami tengok yang biasa je, tak ada tengok 3G bagai.
Itupun dah rasa syok, yang tak syoknya bila adik aku si Eryn dok sibuk tanya pasal G.I Joe itulah inilah.
Baiklah, sebenarnya G.I Joe adalah salah satu kisah kartun yang dihidupkan dan difilemkan.
Aku lahir dalam tahu 80an jadi inilah salah satu kartun yang aku tengok selain daripada kartun The Jem, The Care Bear, Transformers, Ninja Turtle (dulu aku ada baju dan seluar dia beberapa pasang mak belikan),Sailormoon, Dragon Ball, Smurfs, Flinstones, Felix The Cat, Ghostbuster, Gaban, Suria Baja Hitam dan Thundercat (aku tak berapa suka tapi adik aku si Angah punya favourite sampai masa kecik dulu, ada pedang thundercat permainan tu dia pernah masukkan dalam hidung sampai dalam hidung dia luka dan berkudis dan terpaksa bawa pergi jumpa doktor). Bila tengok balik kartun yang aku senaraikan ni, memang menunjukkan aku kaki tengok TV...
Dulu memang aku suka tengok kartun, itulah hiburan aku masa kecik dulu selain baca majalah macam majalah Bujal..Hahaha
Back to the story pasal G.I Joe tadi, aku as 80s haruslah tahu siapa Lady Jaye, Snake Eyes, Storm Shadow (selain dari nama ni, aku memang tak ingat watak lain dan aku tak tahu kenapa aku tak ingat nama depa hahaha)
Adik aku ni banyak soal masa aku nak melayan movie dengan tenang, so aku geram aku suruh dia tengok je.
Ni adalah tabiat dia ok bila tengok movie, banyak soal. (tak tengok movie pun dia banyak soal)
Almaklumlah, kalau orang yang seangkatan dengan aku mean 80s haruslah tengok kartun dulu baru tengok movienya.
Terbalik dengan budak sekarang, tengok movie baru ada kartun contoh macam Ironman, CJ7, apa lagi ek. Tak sure aku.
Apapun, sesiapa yang tak tengok lagi cerita G.I Joe ni, pergilah tengok, memang best.
Budak-budak kat opis ni yang konon nak tengok masa awal-awal hari tu tak tengok-tengok lagi makanya haruslah aku bakar diarang...
Hehehe, poyo mentang-mentang dah pergi tengok kalau tak selalau akulah yang tercicir sebab sekarang aku jarang dah tengok movie kecuali masa balik kampung je.
Macam tak ada masa, eh yeke? huhu...

#Mood buat kerja memang tak berapa nak ada....Masing-masing dok kusut kat opis ni sebab menyampah asyik ada projek baru jek yang membuatkan kami rasa macam HAISHHHHHH!
Btw, next time mungkin aku akan lebih bersemangat cerita pasal cerita masa aku kecik-kecik dan sekarang dah difilemkan...ngeh3...



Wednesday, April 3, 2013

*Mood Melantun-lantun*

I'm not really in the mood today!
Di tempat kerja keadaan suam-suam kuku...
Dari pagi sebelum pergi kerja lagi dah dapat mesej yang pada aku agak vongoks dan kebudak-budakkan tapi aku tak kuasa nak layan sebab aku tahu, staff sorang tu memang sengal...
Let it be asalkan dia ada mai kerja...
Hari ni sampai tempat kerja pagi-pagi pun ada yang bikin kecoh, tak pasal-pasal teammate aku kena tempias hembusan nafas naga berapi aku hari ni...
Dah nak balik tadi pula kena tahan dengan kok tiri...
It's ok sebab akhirnya aku dapat meloloskan diri juga dan dapat pulang agak awal dari kebiasaan...
Berdoa je esok dia tak membebel tinggalkan watikah berjela dia sebelum dia cuti kahwin bermula lusa...
Dengar dia bercuti adalah seperti satu keraian bagi kami walau dia hanya ambil cuti kahwin sampai Isnin depan saja....
Tiba rumah ada pula yang buat mood aku melantun-lantun...
Sampai la ni, mood aku tak berapa betul...
Badan pun tak berapa nak ok....
Perut rasa macam nak pecah, pinggang rasa macam nak putus...
Tak boleh lelap mata dah aku rasa ni...
Dan sekarang, mari kita on tv di bilik ni yang dah lama gelap...
On juga bersama dvd player...
Mari kita layan cerita Spider!
Gambar aku tak tahulah muncul kat atas atau bawah sebab aku update guna tipon jek...huhuhu...
Cik lappy masih gila tak sempat hantar masuk hospital...
Cik I charging malas aku nak cabut....
Mood aku sekarang adalah tak keruan dan terdampar...

Sent from my BlackBerry® Smartphone

* Pembubaran Parlimen Malaysia*

Hari ini adalah pembubaran parlimen Malaysia.
Di wall facebook, di opis, di online semua menceritakan tentang pembubaran parlimen.
Ini petanda tinggal beberapa hari sahaja lagi pilihanraya akan diadakan.
Perang bendera pasti akan semakin sengit, banner-banner parti, papan tanda parti semua akan sama menjalar.
Bila balik kampung baru-baru ni pun dah nampak rata-rata tempat dah ada pondok kecil untuk pusat undi.
Dah dekat dua bulan kot ada hanya menanti pembubaran.
Yang mengundi pos dah pun hantar, yang nak jaga sewaktu mengundi pun dah bersiap sedia.
Yang menjadi tanda tanya ialah siapa pilihan pengundi..
Just tunggu dan lihat.

Tuesday, March 26, 2013

*Tido*

Masalah besar menjelma semula! Aku tak boleh tidur walaupun mata seakan semakin layu dan kian rabak... Banyak sungguh hal perkara yang melintas mencantas khayalan yang aku ingin bawa masuk ke mimpi malam ni..
Kusut? Serabut atau terlalu banyak berfikir.... Sedang leka mengintai kisah indah insan lain, adakalanya aku terlupa kisah sendiri... Hilang arah, tujuku seakan mari dipersimpangan...
Aku dah makin merepek saat ini...
Esok perlu bangun awal untuk meneruskan resolusi baru selepas pulih dari sakit....
Bukan sakit hati tapi sakit yang tak pernah dinanti malahan dibenci...
Tapi tak boleh benci lebih-lebih sebab orang selalu berkata sakit itu pennyuci diri....
Fikiranku bergerak pantas dari satu perkara ke satu perkara mengatakan " Hello! " pada aku...
Aku tak suka! Cepatlah segalanya berakhir .... Aku tak larat! Aku dah penat!
Aku nak cuba tidur sekarang tapi kalaulah tak boleh juga, redha jelah....

#aku mengarut malam ni setelah beberapa entryku terdelete oleh "delete" button lappy ku yang gila...
Now updating situ calit2 is not so me....tak puas hati...ngeeeee

Tuesday, March 19, 2013

* Just Sharing*

Sesungguhnya aku tak ada mood nak buat kerja depan PC hari ni...
Baru saja duduk depan PC godeh barang untuk kerja di google dah terbuka blog semula...
Hari ni kalau boleh nak cover semua non conformance yang pending so esok boleh buat kerja aku berkaitan verification aka duduk depan PC. Buat benda ni semua akan jadi lancar dan lebih tenang bila kakak tiri tak ada...
Apapun dalam dok google ni tadi, aku jumpa tentang kelebihan ayatul Kursi yang selalu kita amalkan dalam kehidupan seharian. Tapi sayang kita tak tahu makna dan manfaat sepenuhnya pada kita. Itulah aku, padan muka, dulu Ustazah suruh hafal dan fahami maksud surah-surah penting suka sangat sambil lewa kan...Nahhhhh, sekarang baru nak terkial-kial balik. Selalu baca sekadar hanyalah sekadar baca saja kan...
Apapun jom aku share info yang aku jumpa:


maksudnya:
 
“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya), yang tidak mengantuk usahkan tidur, yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya, yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya, dan Dialah yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)”.

Ayat ini diturunkan setelah Hijrah.Semasa penurunannya, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dlm perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis dan menyebarkannya.

1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

3) Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
4) Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.
5) Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.
6) Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

7) Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.
8) Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
9) Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.
10) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk,Insyaallah,akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
11) Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu,eloklah anda membaca ayat Kuris 100 kali,insyaallah,mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan lahir dan batin.
12) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya,Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.
13) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang fardhu,ia akan berada dlm lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
14) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah akan memelihara akan dia keatas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
15)Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,Allah akan menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan padanya rahmat.
16) Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
17) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir sembahyang , Allah azza wajalla akan mengemdalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
18) Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitam, nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya

So, dah tahu kelebihannya, mari kita amalkan selalu. Kalau selalu dah amalkan, tambahkan lagi kekerapannya...

* Mencabar*

Minggu ni adalah minggu yang mencabar untuk pergi kerja.
Bangun awal, gerak awal tapi jammed  semakin dahsyat.
Tak tahu apa yang mengakibatkan jammed yang dahsyat ni. Aku jadi tak paham sebab bila ada accident mesti arah bertentangan bukan arah aku nak pergi kerja.
Sebagai contoh pagi tadi, aku memang mati-mati ingat accident arah ke Shah Alam lepas terdengar laporan trafik di radio dan disebabkan jammed bermula dari sebelum area Putra Height sehinggalah selepas exit Subang tapi satu accident pun aku tak nampak.
Aku keluar rumah macam sebelum-sebelum ni juga, 7.10-7.15am.Paling bangang pun kalau lambat aku keluar 7.20am. Selalunya aku akan tiba opis dalam 7.45am atau 7.50am tapi hari ni memang terbaik, sampai 8.15am masuk pintu pagar sekali dengan kereta Plant Manager yang  memang anti orang datang lambat...
Masuk opis tengok orang yang selalu datang lambat pun dah sampai dan dia yang pecah lubang katanya accident dari arah bertentangan..
Pagi-pagi lagi tadi masa mula redah jammed aku siap bagitahu bos aku yang aku akan lambat sebab ada accident. Mana mahu letak muka pun aku tak tahu...
Malang betul...
Dugaan sangattttt...Baru nak buat rekod cantik balik dah buruk lagi punchcard aku..Haishhh...
Bila difikirkan semula, accident arah bertentangan tapi arah lain yang jammed, adakah memang rakyat Malaysia ni ada budaya "over caring"..Apa taknya, ada accident arah bertentangan sibuk perlahankan kereta tapi bukan tolong pun, tolong tengok je...
Aku bukan tak cara atau tak simpati dengan orang yang accident tapi aku fikir sibuk tengok orang, jalan depan ni lagi penting...Tengah driving kot.
Apa yang pasti, aku menyampah dengan jammed setiap hari nih.

* This is the situation in Malaysia highways...The numbers of car or transport increase every year without control and hihgways were not upgrade*

Tapi jammed kat Malaysia ni, tak boleh lawan lagi jammed kat Jakarta.
Setiap kali aku ke sana untuk kerja, kompom aku akan mabuk dan muntah-muntah bila tiba hotel atau jumpa toilet...
Pagi kena keluar awal, balik dah lewat tambah kurang tidur..terbaik punya pening mabuk bagai kalah orang morning sickness gamaknya...
Sebabnya simple je, sebab jammed dan driver teksi kat sana walaupun expert tak accident tapi aku rasa depa bawa jadi senggut-senggut. Mana tak senggut kalau cermin sisi tu dah kira macam nak bercium dengan cermin sisi kereta sebelah...
Bumper to bumper tak payah cerita.
Aku memang tak boleh sangkut dalam jammed terutamanya jammed malam yang berbahang sebab aku pening tengok silau lampu keliling...
Pernah aku gerak dari PWTC hari Jumaat dalam keadaan hujan lebat untuk terus balik kampung, aku sangkut jammed sepanjamg jalan sebelum masuk highway PLUS dekat Sungai Besi, sampai area Negeri Sembilan jammed lagi...
Keluar PWTC lepas ada exhibition pukul 6pm sampai dekat kampung dekat 12am...
Dengan tak makan lagi...Dugaan...
Sebab tu aku lebih rela drive malam atau sebelum subuh sewaktu perayaan sebab aku memang takboleh harung jammed dengan tabah...
Almaklumlah, aku kan bukan macam setengah orang yang boleh balik senang lenang duduk sebelah...Aku tak ada chance jadi "co-pilot" lagi, sebab tu kalau balik kampung mak atau angah yang drive, aku duduk sebelah suka tidur...
Paling berbulu Angahlah kalau tengok aku tidur...Hahaha...
Oklah, habis sudah idea nak membebel...

#Kakak tiri cuti dua hari pergi photoshot untuk wedding tapi kerja melambak dia tabur pada kami..huhuhu

Friday, March 15, 2013

* Empty *

Feel empty...
Itu je yang boleh aku kata sekarang.
Datang kerja dengan keadaan minda kosong objektif. Balik rumah juga fikiran melayang...
Mungkin terlalu kusut boleh menyebabkan kita rasa semua benda yang kita buat adalah kosong.
Ada masanya aku rasa aku tak ada hala tuju.
Apa tujuan aku kerja, aku ada sekarang aku tak tahu.
Hati kosong, jiwa kosong.
Adakalanya aku ketawa bergelak sakan bila bersama teman-teman tapi hakikatnya aku tak tahu apa yang lucu.
Hanya sekadar melepaskan tekanan yang aku tak tahu nak kata.
Syukur hari ini sudah tiba ke hujung minggu walaupun di tempat kerja rasa kusut dek gangguan puaka tepi aku namun rasa lega tu sedikit demi sedikit datang menyapa..Huhu..
Walau hari ni aku sangka boleh dapat cabut balik awal sikit tapi tak jadi la pula.
Ada pula orang MC. Tak apalah, redha sajalah.
Aku pun balik awal sebab nak balik ke kampung. Biarlah orang nak kata apa bila asyik nampak aku asyik balik tapi inilah aku.
Selagi ada peluang untuk bersama keluarga, gunakan sepenuhnya lagipun mulai minggu depan aku dah kena mula standby untuk kerja hujung minggu lagi.
Sampai bila tu tak tahulah...

* Bagai buaian usang, kosong tak ada kekeuatan untuk berayun kembali*

#Semoga kekosongan yang aku lalui ni takkan lama dan bakal dapat diisi dan dapat tukar angin baru...Aminnnnn

Tuesday, February 26, 2013

*Jammed*

Mood malas untuk kerja semakin menebal...
Pagi sebelum pergi kerja pun dah stress...
Masa lebih banyak dihabiskan di tempat kerja mungkin menyebabkan aku rasa terlalu letih...
Rumah hanya bagaikan hotel untuk mandi dan tidur..
This is not the life that I want!
Sudahlah sekarang setiap hari semakin jammed...
SESAK! Ada highway pun tak guna...Makan duit tol je lebih... Kemudahan makin teruk!
Semakin lama semakin nak kena keluar awal...Lama-lama esok setiap tempat kerja attached sekali tempat tidur gamaknya...
Sampai tempat kerja pula ada monster yang macam arghhhh!
Tak suka!
This few days aku sering cabut awal sebab aku tak ada feel nak stay back buat kerja dekat opis dengan hanya bertemankan si Singa...
Almaklumlah, partner in crime dah kahwin so dia kena balik awal sebab encik suami beliau kerja balik tepat masa...
Tak macam kami...Dulu lepas stayback boleh lepak makan sekali reramai borak-borak but now takkan aku seorang je perempuan yang nak join depa, tak sedaplah kan...
Aku dah bosan sangat ni....
Kalau tak, tak mungkin aku membebel dekat sini...Esok pagi kena bertekad keluar lebih awal lagi....

#Bertabahlah.....

Friday, February 15, 2013

*Verangan*

Lately bila aku stress, letih atau terlalu penat sehingga otak tak boleh berfungsi, aku ada terapi baru...
Bukan sengaja dicari terapi yang ni, dia datang dengan sendiri...
Bila aku ceritakan kish terapi terbaru ni pada opismate, my close friends dan mak, macam-macam reaksi dan feedback yang aku dapat.
Kisah ni bermula semasa awal bulan satu hari tu bila low manpower aku terpaksa cover lab job.
Lab job kalau buat chemical test boleh tahan lagi tapi bila kena cover microbe test, sudah pasti aku akan rasa boring dan mengantuk walaupun sebenarnya aku suka buat kerja ni sebab kita akan duduk sesorang tanpa ganguan orang lain dalam satu bilik khas...
Ada satu hari tu sampel memang banyak dan aku memang letih...
Malam sebelum tu pula, ngam-ngam aku tertengok tweet hero idaman Malaya ----> Fahrin Ahmad...
Dia bergambar dengan isteri-isteri kawan dia di Dubai...Mungkin sewaktu pengambaran sebuah drama bersiri yang disiakan di TV3 sekarang -----> Rindu Bertamu Di Abu Dhabi..
Salah seorang yang bergambar dengan dia adalah one of my friend masa belajar dulu...
Kami berlainan course tapi agak close semasa semester 1...
Mula-mula nampak hero seorang ni bubuh gambar baby, macam baby dia tapi baby kannnn semua lebih kurang sama..Bila 2nd photo, nah, sah anak dia...
Memang aku tahu dia ada di luar negara mengikut suami bertugas tapi tak sangka dia di Dubai.

Dari kisah kawan yang ada di luar negara inilah aku VERANGAN...hahaha..
Seronoknya kalau dapat stay kat luar negara tapi yang pasti nak balik Malaysialah...
Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri..
Stay disebabkan belajar ke, keje di luar negara tak pun kalau ikut husband macam kawan aku ni pun kira ok...
Tapi bila dah duduk dekat luar, aku verangan lagi nih, nak buat online sale..
Kenapa online sale? Sebab mesti bila kita dah di tempat orang, mesti ada benda yang kita rasa menarik dan sewaktu di Tanah Air sendiri kita selalu inginkan dengan harga lebih murah...
Bergeliga tak otak aku (macam batu geliga, baling mantul balik kasi sedar dari khayalan)..
Angan-angan kosong macam ni aku tak kisah tapi kalau angan-angan untuk masa depan perlulah lebih realistik...
Tak payah nak fantastik sangat tapi biarlah yang boleh buat kita berpuas hati, bahagia dan gembira...

Masa aku cerita kisah berangan aku ni pada sorang teman rapat, dia gelak dan jadi bahan melawak antara kami...
Bila cerita dengan opismate aku yang nak kahwin hari tu (now isteri orang), dia pula kata syoknya kalau husband dia dapat offer ke luar negara, dia tak payah kerja...Hahahaha....
Bila cerita dekat mak aku simple je ayat dia:

 "Nanti baru duduk berapa hari dah sibuk nak balik kampung...Kalau keluar bercuti tu lain cerita"...

Nahhhh, ayat mak paling best kan....Aku kan spesis yang selalu sangat homesick...
Our Mak knows their daughter better than others..
Semua ni berangan jek...Terapi namanya ni...Hahaha...Dream on baby!



#Mesti ada orang kata aku sengal berangan je koje nye...aku blur ni....

Friday, February 8, 2013

* Sunyi*

Tajuk post hari ni tak boleh blah....
Opis aku yang sunyi sebenarnya...Hati I tak adalah sunyi sangat...Hahaha...
Boleh diatakan 80% pekerja dekat tempat aku kerja dah bercuti sempena CNY termasuklah kakak tiri aku...
Semalam sempat lagi dia membebel dan sempat juga aku mengamuk balik dekat dia...
Sebelum ni aku marah-marah juga dengan dia tapi tak macam apa yang dah jadi semalam...
Aku datang tak sempat letak handbag dengan bag kerja, masih berdiri tak dan letak punggung lagi dia dah potpet-potpet dekat aku...
Potpet benda yang aku rasa bukan hal aku, mahu aku tak marah...
Lepas tu budak aku ditarik masuk online, lab terbengkalai terkontang kanting...
Dia boleh kata lab tak ada kerja, dia lupa semua arrangement aku dah buat sampai minggu CNY gamaknya...
Minta planning arrangement bagai nak rak pit pot kat aku minggu lepas, last-last bila aku tanya balik dia tak tengok pun planning tu....
Mahu aku tak hangin...Dahlah dua hari ni badan aku dah start seram sejuk balik, tekak dengan bibir dah mula didatangi ulser...
Nak cuti panjang je, demam....Demam je mesti cuti panjang...
Dugaannnnnn.....
Petang pula ada orang dok serang aku kata tak puas hati dengan planning tu...
Kata tak adil kenapa dia yang buat test sesorang... Dah tu major ko, buatlah...Aku ni semalam kena cover dari pagi sampai petang buat test tu sesorang ok je...
Lagi banyak sampel...Mendidih aku semalam tapi lepas tak sampai 15minit boleh gelak-gelak balik...
Inilah aku, marah bagai berapi lepas tu sekejap je dah sejuk balik tapi tak payah nak timbulkan semula sebab macam post aku sebelum ni, jangan tegur....Kalau tegur saja jelah tu nak membangkitkan balik amarah berapi...
Ni aku blur-blur dekat opis yang sunyi...Tak boleh berfikir sangat sebab kepala aku sakit...
Paracetamol telan dah....
Ni layan buat kerja sambil dengar lagu-lagu Abang Anuar Zain...
Melting je dengar lagu dia...Bwahahahaha...Gara-gara dengar suara dia pagi tadi dekat HotFM...

* Love this photo so much!!!! Rambut beliau pendek dan lesung pipit serta mata itu..Sekali imbas looks like a Chinese Leng Chai..*
Kakak tiri tak ada bolehlah sumbat telinga dengan headphone...
Masing-masing pun nampak relaks je...
Kompom petang ni semua al cabut al awal...
Mamat seorang ni sah-sah balik tengah hari sebab dia nak raya...
Kesia adik seorang ni, tahun ni 1st time dia sambut raya dalam suasana seorang pekerja...
Kakak tiri minta macam-macam...
Pening dan stress je dia...Hari ni baru boleh nampak dia senyum gelak-gelak...

#Sebenarnya kami tak ada mood nak kerja...

Wednesday, February 6, 2013

* Karma *

* Bumi ini bulat, sentiasa ada kitarannya...Ada masa kita di bawah ada masa kita di atas...Antara kita sedar atau tidak saja*

 Hukum karma?
Ada ke hukum karma ni sebenarnya tapi orang selalu juga sebut...
Mungkin termasuk aku sendiri...Perkataan hukum karma ni kalau tak silap berasal dari ajaran agama Buddha di mana tindakan atau perilaku kita baik dari segi perbuatan, pemikiran mahupun ucapan dengan niat baik atau buruk pasti akan menerima balasannya kelak.
Tapi mungkin lebih baik kita pegang kata-kata yang selalu kita dengar, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali..
Tapi kita ni manusia, takkan lari dari kesilapan...Kalau dah tersilap cepat-cepatlah kita perlu sedar..
Lagi mudah fikir-fikirkan dalam islam sendiri disebut tentang dosa dan pahala...Buat baik dapat pahala, buat jahat dapat dosa...
Kalau dalam bahasa pasar pula mungkin pernah terdengar ayat ni "Tak sempat dapat balasan dekat akhirat, dekat dunia dah dapat cash"
Mungkin tak seeloknya kita cakap macam tu tapi bila dikaitkan dengan perkataan karma tu macam-macam...
Kalau dalam keluarga aku, mak selalu pesan "Beringat sikit dalam satu-satu hal...Ingat, kalau kita pada buat orang, takut-takut satu hari orang buat pada kita balik...Tak orang yang sama mungkin orang lain...Tak pada kita takut pada ahli keluarga kita"..
Tak kisahlah benda baik atau benda jahat...Mak selalu kaitkan dengan ayat ni...
Mungkin dalam islam tak disebut hukum karma tapi konsepnya adalah amalan membuat baik dikalangan sesama manusia ditekankan...
Ada juga yang menyebut, takdir tuhan....

Aku bukanlah baik sangat, aku pernah buat silap dan mungkin sampai sekarang banyak lagi silap besar atau kecil yang aku masih tak sedar namun aku cuba berubah ke arah yang lebih baik..
Bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri....
Jadi diri sendiri adalah lebih mudah daripada jadi orang lain sebab nak memuaskan hati yang lain...
Kita hidup dekat atas muka bumi Allah ni tak tahu sampai bila....
Almaklumlah, dunia ni hanyalah satu persinggahan..
Pentas dunia ni hanya tempat kita menjalankan watak...Watak bebas yang Allah dah amanahkan untuk kita bimbing hati kita ni...
Kalau rasa diri sendiri tak dapat membimbing, carilah pembimbing yang betul-betul boleh bawa kita ke jalan yang betul...
Jujur aku katakan kat sini, aku sendiri belum betul-betul yakin boleh membimbing hati sendiri dan aku jua belum tahu siapa yang aku rasa dapat membantu aku untuk menjadi pembimbing....
Tapi semua itu tak kisah, yang penting kita kena sentiasa mengingatkan diri sendiri...
Jangan sampai terlupa seketika saat disanjung bahagia dunia takut nanti kalau dibadai ombak kecewa tak guna dah...

#Membebel adalah kebiasaanku tapi macam mana KARMA boleh jadi tajuk awal pagi ni?
Aku tak ada jawapan, aku menaip ikut suka hati...

Tuesday, February 5, 2013

* Membaca*

* Mesti best membaca dalam suasana hijau dan nyaman macam ni but dengan syarat tak nyamuk dan semut...hehe*
Bila sebut pasal membaca ni, tak semestinya membaca buku saja...
Buka blog orang,mesti kena baca paling tidak pun baca caption gambar yang diletak...
Sedang memandu ni, lalu dekat signboard, nampak tulisan, terbaca, kira membaca juga...
Tapi akhir-akhir ni aku rasa aku kurang sangat membaca bahan bacaan walaupun sebelum tidur..
Dekat tempat kerja nak buka dan baca email pun rasa liat semacam je...
Buku dari Big Bad Wolf, dari hasil tangkapan semasa teman adik beli buku sewaktu balik kampung, magazine baru kakak tuan rumah beli, semua aku tak sentuh...
Kalau nama buku dengan novel tu adalah dalam 10buah tak sentuh lagi tapi satu tabiat aku, selagi aku belum baca, jangan gatal-gatal ada orang nak rasmikan dulu..Hehehe...Gila tamak..padahal berhabuk je dekat rak tu dulu...
Kalau buku yang ada di kampung pula, banyak dah adik aku khatamkan dekat 3-4 kali sampai lunyai kulit...

Teringat pula tabiat aku masa kecik dulu...Dulu masa aku kecik memang mak dengan abah rajin beli bahan bacaan tapi bukan novel sebab dulu-dulu mana ada novel ala-ala hasil tulisan Ain Maisarah ( Penulis novel remaja yang adik aku minat)..ada tak ada buku penyiasatan tujuh sekawanlah, tigak beradik Hadi lah, apa lagi? Penyiasat lima sekawan..
Antara tajuk novel penyiasatan yang aku ada dan aku paling ingat ialah Misteri Pencuri Ghaib Di Hutan Hinai...
Aku tak tahu kenapa tajuk buku ni paling aku ingat...hehehe
 Aku rasa masa zaman aku sekolah rendah, aku banyak baca buku-buku macam nilah, hasil tulisan Enid Blyton...
Bila hampir nak masuk sekolah menengah dalam darjah 6 tak silap, aku dah start baca novel hasil tulisan Ahadiat Akashah...
Novel pinjam dari membe sebab kakak dia peminat setian novel Ahadiat Akashah..Pinjam ikut turn dannnnnnn ikut sampai tak kantoi...
Buku seludup keluar bilik kakak katanya..HAhaha

Bila dah habis SPM, dah mula baca hasil penulisah Norhayati Berahim, Aisya Sofea, Fauziah Ashari,Malee Chuswan dan beberapa nama lain....
Kalau baca kisah dalam novel Norhayati Berahim, semua berkisar tentang wanita besi...Biarlah ada yang kata kisah dia banyak mengkecam kaum lelaki, apa masalahnya sebab pada aku wanita yang diceritakan dalam kisah dia semuanya boleh membuatkan semua wanita rasa lebih bersemangat untuk bangkit dan ada rasa confident dalam diri..
Ada satu novel ni aku tak suka sangat ending dia sebab tak disangka, tajuk dia Nota Cinta Buatmu...
Aku baca semasa aku di semesta terakhir...Aku ingat sebab roomate ku aka sekarang ni dah jadi bini orang yang sekarang sedang berjinak-jinak dalam dunia penulisan komen something dan berperang nak baca buku tu dulu..hehehe
Selain tu watak utama wanita dalam novel ni ialah ahli koroner...Siapa yang suka tengok kisah penyiasatan atau CSI ke mesti paham macam mana dan dengan apa diarang bekerja...
 Mengenai kisah novel-novel Aisya Sofea dengan Fauziah Ashari tak payah cerita kot sebab dah melambak Astro ambil buat series...
Macam tak ada modal ak buat cerita apa ...

Bercerita pasal port aku membaca pula, dulu masa duduk kat kampung masa sekolah masa kecik-kecik, aku suka membaca dekat satu buaian jaring bawah pokok kelapa gading tepi rumah...
Rasa sejuk je cuma ada nyamuk sikitlah tapi aku tak ada hal sebab sebelum mula membaca aku akan bakar ranting kayu dekat tepi buaian biar dia keluar asap, kira macam ubat nyamuklah...
Selain tu, kalau membaca dekat situ, mak tak kacau atau bising sebab asyik baca buku cerita je katanya...
Bila dah besar ni sekarang aku lebih suka membaca sambil baring sesorang dekat dalam bilik...Angin aku nak buat baca satu novel sehari, aku kunci pintu bilik agar tenang sikit ye nak membaca...Hehehe...
Fikir balik, bestnya life macam tu...Membaca apa yang kita suka, menilai apa yang kita enjoy...Tenang...

Meroyan dah aku nih....Besok kerja tapi rasa malas nak kerja...Macam manalah aku ni...Merepek macam ni aku suka....Agak-agak kalau aku quit, kerja apa sajalah yang sesuai buat makhluk bernama aku ni..Hmmm

#Mood menulis seudah mari kembali akhir-akhir ini tapi sampai bila bertahan tak usah dipertikai sebab mood ini datang ikut angin persekitaran..=P

Monday, February 4, 2013

* Jangan Sibuk*

Hahaha, nak tergelak bila tulis tajuk post kali ni...
Aku kalau dah lupa satu benda tu, dah malas nak buat something yang aku rasa nak buat padahal aku suka, janganlah ditegur...
Lagi ada yang menegur lagilah aku sengaja nak buat..
Ni namanya nakal cari penyakit...
Contoh hari ni ada orang dah pesan abaikan,cara tu macam beriya semacam...
Bila buat aku musykil, lagilah aku sibuk buat benda yang disuruh untuk diabaikan tu...
Macam budak-budak, adik kita atau anak sedara ke, lagi kita cakap jangan buat lagilah dia buat...
Sesetengah orang ada yang rasa tercabar...
Dalam kes aku ni, kes sengaja nak tengok reaksi.
Tak mendatangkan rugi pun selain selamba tebalkan muka atau ada yang bengang perhaps..
To those yang tahu what happen, hehehe, I sengaja noks cari pasal...
Tak ada rasa apa pun tapi saja....

Sunday, February 3, 2013

*Tak Mudah*

Sebenarnya tak mudah untuk berpura-pura....
Trust me caused I feel it now...Pretending like nothing tapi dalam hati hanya tuhan saja yang tahu...
Wish all happy with my decision....Mungkin dengan cara aku tarik diri boleh membuatkan orang lain rasa lega...
The main reason is simple...We are not suitable,senang je aku cakap kami tak sesuai....
Hakikatnya sebaliknya hati ni cakap, ko dah kenapa? Usaha tangga kejayaan tapi aku tak boleh tamak macam anjing dengan bayang-bayang, yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran...
Buat sibuk diri dengan kerja is better sebab bila dah penat baik takkan sempat nak fikir yang lain...
Tak suka buat macam ni tapi terpaksa kot....
Siapa aku berbanding orang lain...I have nothing.....
Ingat aku suka jadi pemerhati je? Memenatkan buat macam tu....
Berdoa agar beliau bahagia dan meet someone who suit him....
May be distance is nothing to me but when talking about feelings,it was another tinggi.
Semoga semua happy...
Aminnnn...

#need to be more positive!chaiyok!

Wednesday, January 30, 2013

*Rimas*

Aku rimas dengan perangai manusia tak parham bahasa...
Letih dah mulut cakap dan bagitahu tapi itulah orang kalau tak paham bahasa ni memang susah...
Mungkin spesis makhluk macam ni fikir dengan berbuat demikian aku akan tunduk?
Maaf aku katakan, sebenarnya tekaan tu salah....
Serabut memang serabut tambah-tambah dengan keadaan kerja yang entah apa-apa tapi hidup mesti diteruskan, pendirian kena tetap....
Tak perlu mengalah kemudian mengadah....
Prinsip yang ada perlu dipegang..
Tak payah nak menyusahkan diri hanya disebabkan mengalah dengan perkra yang entah apa-apa...
Ada masa ku anggap ianya hanya bunyi-bunyian langau....Ada masanya aku anggap bagaikan salakkan anjing..
Bagaikan anjing menyalak bukit....
Salakkah macam mana kuat sekalipun,bukit tu akan tetap teguh....
Aku akui adakalanya aku perlu menangis, bukan menangis meratapi diri tapi dek kerana geram yang teramat....
Apa pun, we are getting older, we must be stronger and wiser.....
Chaiyok untuk diri Esok semangat nak pergi kerja sebab tadi baru buat hasil tangkapan lagi masa stress....Bahaya betullah.....

#sounds a bit meroyan sebab RIMAS!

Tuesday, January 29, 2013

*Penat!*

Saya tersangatlah Penat!
Dekat sejam balik tapi masih tak daya nak bangun mandi semua....
Saya leith yang amat....madam mana mahu buat kerja nih....
Kan Seronok kalau tak perlu kerja dengan orang.,..
Baiklah, habits sudah sesi meroyan ....l
Harus gigih!

Wednesday, January 23, 2013

*PA*

It's not referring to personal assistant...PA is short form for performance appraisal...my performance appraisal is tomorrow morning, eik I mean today lah...
But sampai sekarang mata tak mahu lena lagi....
My PA evaluate by my boss and kakak tiri the AM.. Dia macam sengaja je arrange masa untuk PA aku tepat jam 8 pagi ok....
Tanyalah waktu mula kerja aku, pun pukul 8 pagi juga....
Tadi call mak as usual lah dan sempat cerita pasal PA esok, mak macam biasalah komen, sabar jelah ...Tak tahu lah apa komen depa nanti... Aku memang tak kuasa dah nak fikir... Penat noks....
Bila buat evaluate PA orang sekarang aku lebih berhati-hati sebab yang di evaluate tu boleh tahan kaki reportnya.....
Bertabahlah wahai hati, berdoalah esok tak sangkut dalam jammed yang agak vongoks macam pagi tadi.... Masuk highway dekat rumah awal-awal lagi dah jammed, keluar tol Batu Tiga, setengah jam sagkut.....terbaek betul punchcard pun pukul 8lebih, Bos semua dah masuk....

#till here bebelanku...Kena cuba untuk tidur....hohoho

Tuesday, January 22, 2013

*Insomnia*

Sekarang ni aku rasa aku dilanda insomnia lagi.....
Dulu perkara ni pernah terjadi pada aku ....
Aku boleh jaga sampai ke pagi tanpa tidur dan terus pergi kerja...
Sekarang ni aku rasa memang tak laratlah bila terkena bahana insomnia ni...
Walaubagaimanapun, insomnia aku bukanlah insomnia yang kronik, still dalam tahap insomnia yang ok lagilah...
Sebelum bebel panjang pasal insomnia ni, apa bendalah insomnia ni kan...
Insomnia sebenarnya adalah satu keadaan dimana seseorang mengalami gangguan tidur, melelapkan mata dan merehatkan minda...
Insomnia boleh dikategorikan kepada tiga tahap iaitu tahap pertama, fana (macam yang aku rasa sekarang ni) atau sela...perbeza antara fana dan sela ialah fana diakibatkan oleh jet lag atau pun kebimbangan atau disebabkan pengambilan ubat-ubatan tertentu atau kafein yang boleh berlaku dari satu hari hingga beberapa minggu,sela pula berlaku  dari masa ke semasa...
Aku rasa apa yang aku alami more tu insomnia fana sebab kalau aku balik kampung atau bercuti, letak kepala je confirm lena diulit mimpi tak ingat dunia....haha...
Aku suka berfikir, ada masanya semasa tidur perkara yang difikirkan sebelum tidur menjadi terbawa-bawa....Lagi-lagi masa hari bekerja...

Insomnia tahap kedua ialah insomnia akut yang berlarutan selama tiga hingga enam bulan....macam seram pula aku rasa macam tu sebab sekarang ni aku dah berapa hari tidur tak betul pun aku rasa dah macam mereng sikit, hari tu aku dah merepek dengan sorang wakil technical supplier....
Merepek dengan geng-geng tempat kerja tak usah ditanyalah....memanjang melalut bila masing-masing tak mengalami kerja...dekat tempatlah makanan selalunya suka merepek...

Insomnia tahap ketiga ialah insomnia kronik. Dengar nama pun kronik lagilah aku seram...Insomnia tahap kronik ni boleh berlaku setiap bulan di mana sekurang-kurangnya gangguan tidur selama sebulan. Sebulan tak tidur tu...Kalau sekarang ni aku tak cukup tidur je mata dah macam mata panda, bayangkan orang yang kena insomnia kronik ni macam mana...Mesti buat kerja pun tak selesa...Tahap kesihatan pun mesti drop...
Sebenarnya insomnia ni boleh diubati dengan pengambilan ubat tidur dan diambil mengikut saranan doktor, bukan main telan je tapi kalau macam aku selalu, aku makan je ubat selsema sebab aku memang selalu kena selsema...Waktu tak kena selsema tu yang rasa agak sengsara tak boleh tidur...

Macam mana aku tahu semua benda ni? Dari pembacaanlah yek...Insomnia ni walaupun dikategorikan bukan sebagai satu penyakit tapi ianya boleh mendatangkan penyakit seandainya ia dibiarkan berlarutan dan terus menerus berlaku...Sedangkan tak tidur satu malam pun sekarang ni aku dah boleh kena selsema, apatah lagi kalau berterusan...
Antara komplikasi insomnia ialah lower performance, slow reaction (blurrr macam aku kalau kuran tidur...kerja buat main layan jek...hahaha), risiko mengalami tekanan perasaan, risiko gangguan jiwa, diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit hati, overweight atau obesiti dan paling jelas macam aku cakap yang aku lalui ialah sistem imunisasi kita akan menjadi lemah....
Kalau macam diabetes, overweight dengan obesiti tu aku terfikir mungkin disebabkan dah malam orang lain tidur jadi metabolisme rendah, orang yang insomnia ni banyakfikir, bergerak so dia lapar mesti cari makanan..hehehe..ini tekaan aku saja...Kesahihan tu tak tahu..Sila rujuk pakar...

Baiklah, sampai sini je aku nak membebel..Time to sleep...
Esok nak kena kerja...

#Entry ni di buat malam tadi tapi disebabkan rupanya aku letak dalam draft, la ni baru post..ngeh3...Ngantuk katanya, so tindakan luar kawalan lorhhh...




Monday, January 21, 2013

*awak*

Awak, saya bukan menilai awak dari apa yang awak ada tapi saya menilai awak dari apa isi kata hati ini bisikkan saat mula-mula terlihat peribadi wajah tu... Saya tak tahu siapa awak.. Saya menyambut Salam perkenalan diatas nama sekadar teman dialam maya....
Walaubagaimanapun, saya cuba beranikan diri untuk kenal awak setelah saya yakin kita boleh berkawan diluar alam maya namun rasa sekejap saya perkara tu berlaku dan keadaan menjarakkan kita saat kita mula mencari siapa diri masing-masing..... Namun saat itu jarak bagaikan tidak menjadi penghalang.... Saya tak kisah dan awak bagaikan setuju dengan perkara tu... Namun bagaikan seperti yang berlaku sebelum ini, awak seakan-akan serupa saja.... Kembali ke sini lantas menghilang... Terdetik saat itu, mungkin saya perlu undur diri dan itu yang saya akan lakukan.... Saya tak mahu pisang berbuah dua kali.... Sebelum terjadi lebih baik saya pergi.... Subuh kelmarin, saya tersentak dengan mimpi aneh yang membuatkan saya mengambil keputusan untuk terus berdiam diri...
Biarlah apa pun, saya tak nak ambil pusing.. Hidup ini hanyalah sementara, mungkin awak salah satu hentian persinggahan sementara yang tuhan dah tentukan.... Walau apa pun yang terjadi, hidup masih perlu diteruskan...
Semoga apa yang awak buat, sentiasa dirahmati dan awak sentiasa bahagia.....


#aku merepek saat tak boleh tidur...awak pagi nanti di opis Ada PA.....redha jelah apa yang result nak diberi pada aku....form pun aku tak fill in lagi...tak ada mood...sama macam selera aku yang mati minggu ni, tak ada perasaan langsung bila tengok makanan dan akibatnya berat badan aku turun serta back pain juga menyerang....Hulu

Saturday, January 12, 2013

* 2013 *

Happy New Year!
Gila sengal dah masuk hari ke 12 baru sibuk nak cakap Happy New Year..
Maaflah ye, aku tertinggal bas....
Tahun baru aku macam biasa je macam tahun-tahun sebelum ni, ada peluang cuti so balik kampung jalan-jalan dengan family is better.
Tahun ni jalan-jalan bawa orang dapat 5As lepas tu dapat pakej istimewa...
Demam panas beserta batuk dan selsema siap ulser satu mulut.
Demam dari malam tahun baru sampailah dekat seminggu..
Batuk tak usah cakaplah, ni baru reda.
Lepas batuk reda kena CB pula...
Meriah tak sambutan new year aku?
Tak kisahlah..
Yang pasti sakit tu dapat merehatkan aku kot dari fikir pasal kerja,kerja dan kerja...
Mak cakap penyakit tu penghapus dosa.
Orang yang tak pernah diberi sakit tu, kadang-kadang lupa diri..
Baiklah makkkkk...
Actually aku balik kampung 4hari before new year means dari 28hb lagi dan patut masuk kerja 2hb tapi doktor bagi MC dua hari, kerja satu hari on 4hb dan balik kampung semula sebab ada kenduri kahwin anak sepupu aku yang memang close dari kecik dan kami adalah sebaya yek.
Dia lelaki dah kahwin dah tapi yang paling best masa kenduri ada orang tanya antara aku dan Izul sape lagi tua, even aku jawab sebaya, kakak tu kata Izul nampak lagi tua dari aku..
Wahhhhh, seronoklah aku masa tu...

Sebenarnya banyak benda dan aktiviti aku buat waktu cuti sebelum,semasa dan selepas demam..
Tapi malas nak cerita dulu semuanya, nanti aku type panjang2 lagi banyak merepek dah karang...
Nanti aku rajin aku updatelah kisah lapuk aku tu..
Yang pasti day 1 masa cuti tu aku sampai rumah pukul 640am sebab malam gerak lewat sebab stop late dinner di Nilai sebab ada hal dengan housemate.
Sampai di R&R Seremban ingat nak lelap tapi tengok parking nan hado, bertabah berhenti kejap belakang kereta orang sambut drive lagi sampai di R&R Ayer Keroh Melaka, same case happen.
Last-last mata tak tertahan mengantuk, konon nak lelap kejap bila tiba tol Tangkak tapi hampeh, tak ada ruang untuk kereta comelku lagi...
Akhirnya aku lelap kat mana?
Aku lelap dekat area Pekan Sg.Mati, ngam-ngam lebih kurang 500meter dari traffic light comel pekan tu.
Aku dah talk boleh blah, aku parking kereta dekat satu restoran tu, aku lock kereta, turunkan seat, tutup muka dan selamat 4jam aku bantai tidur kat situ...
Sedar-sedar pagi bila sayup-sayup aku terdengar azan subuh,desup drive balik rumah.
Seminggu sebelum tu balik gak dan mengantuk 2kali tidur pun ada benda lawak jadi, sampai rumah pulak kunci rumah tak ada mak belum bangun, membutalah dalam kereta depan rumah mak..

Back to the story, sampai rumah mak terus solat,mandi-mandi, iron baju terus hantar mak dan adik pergi daftar sekolah menengah...
Adikku dah masuk alam remaja!Hohoho...dah sekolah menengah tu...
Dia dah cakap awal-awal dia tak mahu masuk boarding school dan decide nak sekolah kat kampung je, mean sekoah lama aku dan Angah la...
Kitarang tak bantah as long as she must promise that yang dia kena belajar betul-betul..
Mak tak nak kalau paksa jadi macam aku dulu,penat hantar pergi sekolah asrama, dah dekat 3bulan balik..
Its not because of the school but caused by the environment kot...
Aku tak nak cakap sekolah mana dan tak nak mention apa yang aku tak suka.
Sekolah ni sebenarnya one of the best boarding school tapi dah macam aku kata,adalah yang buat aku memang tak suka.

Berbalik pasal pendaftaran adik, mak dengan adik masuk dulu, aku pergi park kereta.
Nak masuk sorang sekolah lama jadi rasa berdebar...Hahahaha
Nampak sangat dulu nakal kan...
Dahlah semua yang datang mak ayah je, aku lak ikut mak...
Orang lain pakai baju kurung (mak-mak la katakan), aku selamba pakai jeans and blouse...
Masuk-masuk dekat pintu pagar ada cikgu yang memang greet parents dan student baru,aku depa tak salam apa pun mungkin tengok aku sorang je kot..ngeh3..
Tiba dekat area pembahagian kelas, aku terjumpa guru kelas aku masa form 5..
Cikgu yang cakap selamba jek..She's still sporting macam dulu...
Salam-salam dengan cikgu terus bawa adik masuk kelas untuk bayar yuran dengan ambil form dan serah few documents...
* While waiting for our number to be called..Mataku memag dah macam mata Panda dah...*

Banyak dah berubah sekolah tu..Lepas bayar yuran bagai, turun dekat dewan dengar taklimat..

* Masa taklimat, anak-anak duduk bawah yerrr....Kerusi biar bagi parents duduk..ngeh3..*
Even aku mengantuk dan mata aku sempat lelap, telinga aku still pasang dengar apa yang cikgu cikgi sampaikan dan muka-muka serta nama-nama cikgu yang disebut memang familiar...
Ramai lagi rupanya cikgu aku dulu masih ada dekat sekolah tu termasuk senior sama sekolah yang sekarang dah jadi cikgu kembali mengajar di sekolah tu..
Selain tu, dapatlah aku dengar juga, banyak dah perubahan dalam sistem pengajaran pembelajaran budak-budak sekarang...
Huhuhu.....Times change,environment change so people also have to change...
Oklah, entry pertama 2013 adalah sangat semak dan tak tersusun, ini adalah disebabkan mood aku pun tak berapa stabil...Hehehe....

#Till here, will write more about what happen to me during cuti new year...