Monday, December 17, 2012

*Gundah Gulana*

Dalam bulan terakhir tahun 2012 ni aku rasa banyak gundah gulana yang aku rasa daripada rasa gembira dan bahagia.
Aku kena palun dengan kakak tiri masa hari external audit (tapi alhamdulillah non conformance dan observation audit result tak ada pun yang kena mengena dengan dokumen aku) , aku punya kerja jadi huru hara, due date semua tak dapat kejar.
Hari ni aku kena mengadap lagi kakak tiri sebab ada lagi benda yang dia tak puas hati. Pagi-pagi tadi aku datang pun dia dah membebel pada teammate aku.
Kesian budak tu muncung panjang boleh sangkut burung merpati sepuluh ekor dah aku tengok. Dia siap send email mengadu pada aku.
Aku tak boleh nak kata apa kecuali suruh sabar jelah sebab aku pun dalam situasi yang sama.
Sejak Jumaat lepas hati aku tak berhenti-henti rasa berdebar, aku pun tak tahu kenapa.
Jumaat juga aku emergency leave sebab ada hal kat kampung (plus aku senggugut tahap gaban tak boleh bangun dan aku tahu kompom aku tak larat nak menghadap kerja)
Aku gerak balik kampung dah pukul 10am sebab perut cramp.
Itupun aku dah menonggeng-nonggeng siap panaskan iron buat tuam perut.

Dugaan kerja sangatlah membebankan aku sekarang ni. Tidur malam pun tak lena sebab terbawa-bawa.
Untuk menyelesaikan masalah ini, aku dah tekad.
Berjaya atau tidak aku tak tahu.
Keberhasilan benda yang aku buat ni harapnya menjadi. Sampai bila nak tertekan macam sekarang.
Aku tahu bukan aku seorang yang tertekan tapi aku perlu cari jalan keluar sebab kakak tiri memang suka aim aku.
Aku kan kuat melawan dia cakap, tak kuasa kot nak jadi lembu cucuk hidung.
Orang kata A, kita buat A, orang kata B, kita ikut buat B tapi bukan semua betul.
Dan bila melawan macam nilah jadinya.
Aku bukannya seorang yang perfect dan suka nak teliti banyak barang, letih wei nak cek dan halusi semua benda.
Aku kan kasar orangnya bak kata orang-orang tu.

Dugaan diri sendiri dan keluarga aku rasa boleh settle sendiri dah.
Tak nak serabut-serabut. Mana aku rasa elok dan terbaik aku cuba jadi anak dan kakak sulong sedaya upaya bantu.
Mungkin bila ada yang baca entry ni macam meluat ke apa aku tak kisah sebab ni sajalah cara aku nak luah rasa.
Tulis dekat FB nanti karang tak pasal-pasal aku kena mengadap orang yag tak sepatutnya sebab kita maksud lain, orang lain baca lain.
Yes, I've stalker ok. Korang ada? Siapa yang ada mesti paham kan.
Biasalah manusia kan status pemahaman berbeza-beza. Almaklumlah, ada yang spesis tak tahu ayat sarkastik, ada yang tak paham ayat sinis dan tak kurang juga ayat lelucu.
Pernah aku tulis ayat lelucu dan berbual kosong melawak dengan teammate tapi ada yang dengar terus sound tepat pada kitarang.
Tercengang kami.
Arghhh! sudah, luahan hati dah jadi mengumpat di sini yek.

Jumaat lepas masa aku balik ke kampung halaman ada aku suarakan rasa hati aku ni pada mak. Selalu balik kerja memanglah aku sentiasa bercerita tapi tak adalah secara detail.
Mak aku punya jawapan sangat simple, "Sabar, dugaan tu. Mesti ada hikmah dan kebaikkan sebaliknya tu"
Bila kakak tiri bebel pun mak pesan "Diam je, jadi tak tambah dia bunya complaint bila tak puas hati dengan jawapan Along. Agak-agak yang tak betul baru cakap"
Ok, aku ambil nasihat mak secara positif cuma di sini aku dah tak ada semangat lagi sewaktu kerja.
Bab suruh senyap bila kena bebel tu je yang aku rasa macam hmmm...boleh ke aku?

Sekarang ni tengah meroyan tunggu masa nak balik je less than 1 hour tapi tak tahulah dapat balik awal ke tidak sebab macam ada je nak kena follow up bebudak ni.

#Anyway, anyhow, aku tahu aku power minmin girl! Chaiyok! (malas nak tepek gambo dalam entry!)

0 comments: