Thursday, December 6, 2012

* Banyak Nak Cerita *

Sebenarnya banyak benda aku nak cerita dekat sini.
Macam-macam benda dah jadi dan aku kena tempuh laletly.
Yang pasti hari-hari aku kena tempuh jammed dan juga muka kakak tiri yang makin lama makin menyakitkan hati dengan perangai busuk hati dia tu.
Tapi syukurlah aku masih boleh bersabar dan bertabah.
Bodohlah aku kalau aku quit hanya disebabkan dia.
Sebenarnya aku suka kerja aku tapi disebabkan makhluk-makhluk yang tidak menyenangkan makanya semangat kerja tu jadi terbang melayang.
Tak apalah, rezeki aku masih ada di situ.
InsyaAllah satu hari nanti tuhan tunjukkan aku apa kebaikkan dari semua yang dah berlaku.
Dalam diamtak diam dah sebulan juga aku tak balik kampung selepas pulangnya aku ke kampung dalam masa yang pendek bulan lepas.
Balik tu pun sebab ada majlis pertunangan teman rapatku aka housemateku.
Alhamdulillah, dah jadi tunangan orang dah dia.
Dulu dia pernah kata pada aku, aku akan kahwin dulu dan dia tak tahu dia kahwin atau tidak tapi sekarang dia ON dulu...
Hehehe..Semoga perancangan untuk dia dan Encik tunang berjalan lancar dan kekal bahagia till jannah. (ececeh, tiru ayat trend terkini)
Lepas kisah teman bertuintunang, kisah adik dapat flying colours pula dalam UPSR, alhamdulillah syukur.
Orang yang paling seronok sudah pastilah mak kami.
My lil' sis siap bagitahu lagi pada aku "Ada orang tu Long, kita bagi dah hadiah harijadi dia macam yang kita dah janji"
Mak pernah cakap yang birthday mak tahun ni mak tak nak hadiah atau kad apa-apa dari adik sebab mak nak slip keputusan UPSR adik dengan keputusan 5As as hadiah.
Walaubagaimanapun, aku masih mengingatkan mak, UPSR jhanyalah satu titik permulaan dan perjalanan adik masih jauh lagi.
Anything can happen.
Pada adik sendiri aku berpesan, perjalanan baru bermula, dia perlu belajar bukan untuk lulus periksa tetapi untuk menuntut ilmu agar boleh digunakan sebaiknya.
Bila aku pesan pada adik aku macam tu dan adalah masa hari raya haji hari tu aku slow talk dengan adik bujang tunggalku, aku rasa memang aku dah tua la wei.
Untuk Adik Ngah aku, aku berpesan sewaktu senang ni semua orang nak rapat dengan dia, semua orang nak dekat dengan dia.
Semua tengok "senang", aku cakap sebab aku tak nak adik aku didampingi orang hanya disebabkan kesenangan yang dia ada tapi aku nak orang tu ikhlas.
Dan lagi aku berpesan, andai seseorang tu nakkan dia, biarlah orang tu jenis yang tahu nak hormat dia, kami as family dan tak perlu spesis yang berpura-pura dan pandai berlakon.
Orang pandai berlakon takkan sampai ke mana lakonan dan kebahagiaan dia nanti.
Kak Long cakap dengan adik-adik nasihat baik punya tapi bila tengok diri sendiri pun still senget...huhuhu..
Sebenarnya aku ni nak tidur, mata ngantuk, badan letih dan kepala sakit dek tersangkut dalam jammed yang boleh dikatakan lama dan bodoh masa balik kerja tadi.
Balik awal tapi sampai rumah lewat.
Last-last sendiri drive, sendiri mabuk dalam kereta...

#Oklah, nak tidur...Ada nasa nanti nak update semua yang happen satu persatu..Chiaoww!!Good night!

4 comments:

oya zihanee said...

+ one thing pasal ko ni kan.. aku masih tak percaya yang ko masih lum kawin..hehehehe...

rupa...ADA
kerjaya... ADA

hehehehe...... jgn mara haaa... saje kacau ko. the hottest issues pasal ko ni, all about married. sampai cikgu mohzir pun kadang-kadang tanya.

'minah hulifah tu dah kawin ke??'

hamikk!!!!


p.s: typo error.. LALETLY.. hehehe comel!!! baru lepas buat entry pasal 'mengeja' dah buat lagi. babab kang!.. aku pun kadang2 2x5 jugakk!! wawawawa...

pjg giler komen, saje nak lepaskan tension koje.

Min Min said...

tulah, sekarang ni aku buat entry dalam masa 10minit je kekadang tak sampai.
Pastilah typo banyak.
Tak ada makna nak double check spelling bagai Oya oit.

Ada jodoh, panjang umur, murah rezeki, aku jemput family ko yek datang kenduri aku nanti. Tapi nanti tu xtaulah bila...
Hahaha

Norazo Aslan said...

hehehe.... dah lama x singgah blog min min ni sbb jia bz ngan kursus 6 bulan ni. Alhamdullilah almost over. As usual, i lovee reading your entry sebab rasanya mcm baca buku novel plk. Sbb ayat2 digunakan tu sungguh comey cam dlm novel. I likeee...

Pasal lum kahwin tu, emmm samala kan hehehe... tp xper min min cantik n baik mst ada lelaki yg paaaliiiinggg baik for you. mungkin dia skg kat US kot. lum sampai mesia lgi. Once dia sampi he will find you insyaallah.

p/s mcm ur friend, panjang juga my comment ni. Tension sbnrnya kna bt asaimen

Min Min said...

Oh Jia,
Your blog pun sekarang entry pendek je kan.
Miss your writing jugak.
Jia, fyi, ku dah lama tak membaca novel sangat...Hahaha

Pasal kahwin, kenapakah US? Jauh tu...
Relax Jia, u comel, cute and fun...Ada prince charming yang belum lagi tersinggul dgn u tu.
Nanti kawin jemput yek..hahaha