Friday, September 7, 2012

*Tak Pernah-pernah*

*ihsan dari google*
Ini memang kisah tak pernah-pernah terjadi...
Semalam balik rumah housemateku sorang dah balik...
Siap mandi solat semua si housemate ni dengan tenang bertanya aku sedar ke tidak dia kejut aku malam sebelum tu...
Dalam hati aku,ada rupanya dia kejut...
Kejut sebab aku dah collapse depan tv so disuruhnya masuk bilik...
Tapi sumpah aku tak ingat,memori last aku pasal malam tu aku landing2 sambil tengok tv dan dia yang dah terbongkang atas sofa kepenatan balik main badminton...
Malam tu pun aku bangun jam 1pagi ++...
Dalam hati merungut,isk budak ni tak kejut aku suruh masuk bilik...
Alkisah aku yang tidur mati tapi mampu lagi berborak dalam tidur sambil mata duduk dan mata terbuka...
Tak pernahnya aku mengigau siap buka mata dan duduk...
Housemate aku pun confident ingat aku duduk nak sambung tengok tv...
Hahahaha...
Patutlah dia tanya sebab housemateku sorang lagi merangkap tuan rumah musykil dengan kemampuan aku bangun tidur tengah malam sambung tengok tv...
Sambung tidur lagi adalah logiknya...
Bila-bila dah memang sah-sah aku tak sedar hal malam tu, dia siap ugut lain kali kalau aku buat lagi either dia nak siram air (basahlah karpet tuan rumah) atau dia nak jerit dan pijak...
Oh tidak! Nanti jadi pula macam zirafah kena pijak dek gajah...
Bila cerita-cerita macam tu, terkenang semula kisah masa belajar...
Dulu rajin buat hal memalam sampai roommate dan senior macam nak kena sakit jantung...Ahahaha...
Kenangan betul...Dan rupa-rupanya bukan aku sorang je macam tu malahan ada lagi orang yang lagi dahsyat!

#Mengigau itu bahaya..macam mana nak buang masalah ni? Ramai orang kata aku suka banyak berfikir sebelum tidur atau terlalu letih...Is it true?
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 comments: