Thursday, September 27, 2012

* Perkahwinan *

Wahhhh, tajuk panas!
Bagi orang yang belum kahwin dan dah lama kena tanya bila nak kahwin memang panaslah telinga, punggung dan letih nak bagi jawapan.
Sebenarnya pada aku soalan yang sepatutnya, bila nak nikah?
Betul tak?
Dulu aku pernah tulis tentang hal ni (aku rasalah) dan sebenarnya sebelum aku tertengok satu video di wall seseorang, aku dah terdetik dalam hati untuk menulis tentang perkara ni.
Perkahwinan tu bukan benda yang boleh  main taram saja.
Perkahwinan tu satu perjudian dalam hidup, satu pertarungan serta cabaran pada diri sendiri dan pasangan.
Perkahwinan itu nasib, pelbagai corak, pelbagai warna.
Andai kita tersalah langkah, tersilap pasangan, bersedialah menerima hasilnya.
Aku menulis bukan atas dasar suka-suka hati aku saja, aku menulis berdasarkan apa yang aku lihat, aku dengar dan aku rasa tempiasnya.

Bagi adik-adik hingusan, baru nak naik baru nak kenal dunia, pasti sibuk dalam hati nak cari boyfriend la, girlfriend la  merenyam nak kahwin tapi apa pun tak tahu.
Tapi aku tahu bukan 100% macam tu.
Itu bukan sekadar omongan kosong, aku dulu juga pernah jadi remaja yang baru nak meningkat (eh, sekarang ni bukan remaja lagi ke? Istilah remaja= pemuda,pemudi dimana usia di bawah 40tahun..haha)
Bila dah besar panjang bak kata opismate aku, jalan keretapi bawah tepi mata pun dah mula keluar ni, PERKAHWINAN ITU BUKAN MUDAH dan BUKAN UNTUK TESTING2!
Tak perlu bercerita bila dah kahwin, sebelum kahwin kena fikir, di mana hati kita sekarang? Bukan sekadar pada pasangan, pada tuhan pun sama.
Kalau diri sendiri tak terbimbing, macam mana nak bimbing orang lain.
Kalau si bakal isteri pula, dah betul ke standby nak jadi isteri orang, nak ada dua parents yang nak di jaga hatinya.
Bagaimana kedudukan sekarang?
Terurus ke nanti si suami atau isteri. Kewangan dah stabil ataupun belum. Macam materialistik bunyinya namun itulah hakikatnya. Kalau kewangan tak kukuh dan nak mengharapkan sebelah pihak saja, tak kejap atau lama pasti akan jadi isu.
Wahhhh! Macam-macam tapi itulah yang perlu difikir panjang. Bila dah kahwin, TANGGUNGJAWAB tu yang penting.
Kalau awal-awal tak mahu berTANGGUNGJAWAB, tak usah berangan nak kahwin.Nanti menyeksa anak, bini/suami saja.

TANGGUNGJAWAB bukanlah perkara remeh yang boleh dipandang sambil lewa, TANGGUNG JAWAB tu AMANAH.
Apapun kerja ke segala benda kita kena tahu TANGGUNGJAWAB kita.
Bagi si lelaki, isteri tu AMANAH yang diberikan untuk dibimbing, dipimpin .
Dijadikan seorang wanita dari rusuk kiri lelaki bukan untuk diletak dibawah untuk dipijak mahupun ditindas dan juga bukan diletak diatas untuk dijulang tetapi sepatutnya diletakkan  disisi untuk dijadikan sahabat dan teman terbaik.
Bagi si wanita, suami itu adalah imam tapi kalau imam pun dah tak betul macam mana dengan makmumnya.
Aku sendiri sangat berharap, biarlah aku temui imam yang betul dan dapat bimbing aku, mendidik bakal zuriat aku serta menjadi teman yang menunjukkan arah yang betul,penyayang yet tak kedekut....Hahaha..boleh macam tu?
Aku ni sememangnya cetek ilmu, terjal tak usah kata.
Tapi sekarang dah kurang sikit kot keterjalan tu...Hahaha

Hari ni aku membebel perkara yang aku sendiri belum lalui kan.
Terpulanglah betul ke tidak, sebab aku sendiri tak tahu.
Macam yang aku katakan, ini hanya sekadar dari apa yang aku lihat, dengar dan perhati.
Adakalanya perkataan perkahwinan tu sendiri dah buat aku fobia tapi aku masih percaya  ketentuan tuhan..Ajal maut jodoh semua tu dah ditentukan dari Luh Mahfuz lagi..
So redha...Lambat cepat saja kita tak tahu...

* Ehsan Mr Google*


#Rasa macam entah apa-apa bila menulis hari ni. Buat teman-teman rapat yang aku tahu follow blog ni, aku sendiri tak terfikir aku tertulis juga akhirnya benda ni. Kalau korang nak bahan macam isu Jawa tu, aku redha..Choi Betul!

6 comments:

norinaomar said...

Nikah kahwin ni bukan hanya pada hari kenduri saja tapi satu ikatan yang kita sendiri yang akan corakkan nak jadi macamana

ada yang cuma kawen semata-mata nak sedap tapi taknak memahami apa kehendak dan faham apa yang pasangan nak

kita ni pun masih dalam sesi memahami..gaduh-gaduh tu normal lah..=) nak nak lagi dok jauh2 ni..huii sapa jelah yang boleh sabar dengan stress

Min Min said...

kak Noi, org hanya menulis daripemerhatian, org sendiri tak lalui lagi.
Semoga kak Noi dapat pindah ke Peninsular ASAP..AMinnnn

norinaomar said...

Aminnnn....mudah-mudahan..
Thanks Min

Min Min said...

amin kak...wish u luck!

.::puterism::. said...

Ehem.

"tengok video di wall seseorang"

Mcm mana kalau "seseorang" tu baca entry ni? Bwahahahha. U hit the jackpot, babe!

Min Min said...

Kak, if he read this,just like let him know that I'm not playing with "perkahwinan"...
Lagipun mmg nak tulis pun sebelum ternampak wall tu...hehehe...
Just let the time playing the role..
Berserah...