Friday, September 14, 2012

*Handsfree*

Aku rasa semua orang tahu apa itu handsfree.
Tak payah nak kasi terang lagi bersuluh benda alah apa..
Kalau tak tahu juga sekejap lagi aku letak gambar benda bernama handsfree ni.
Alkisah tentang handsfree ni lama dah aku nak cerita tapi tak tercerita pula.
Selama ni aku memang sentiasa pakai handsfree bila driving dan handsfree ni juga aku akan pakai bila nak dengar lagu dari tipon aku yang berbutton bukan bertouch screen.
Aku suka call mak sepanjang dalam masa perjalanan aku balik dari tempat kerja.
Jadinya kalau orang dari luar,tengok aku yang bercakap seorang kena pula yang berfikiran pendek mesti depa sangka aku menyanyi bagai nak rak non stop atau bercakap sorang-sorang.
Padahalnya aku  pakai handsfree kot bawah tudung, mana nak nampak.
Dan disebabkan oleh itu juga, apabila aku berhenti di traffic light, selalu sajalah ada yang mengajuk sebab ingat aku mereng gamaknya.
Tak kurang juga ada yang memandang dan buat muka.
Walhal aku tak kacau orang kot, cermin kereta aku pun tertutup rapat, tak ada punya suara aku ni nak jadi pencemaran bunyi pada orang keliling.
Lagipun kalau aku bercakap di telefon kuat sangat ditambah guna handsfree, alamat berdengung karang telinga mak aku.
Ok, cukup sudah bebelan aku.
Tak ada feel nak buat kerja ni..
* Inilah rupa handsfree yang aku guna, letak bawah tudung pun dia punya wire masih berselirat kot*

*Kalau spesis macam ni letak bawah tudung lagilah tak nampak kompom lagilag orang ingat aku cakap sorang-sorang sebiji macam budak kurang..huhu*

 
#Tak ada mood nak buat kerja....Bengang dengan officer di PKD, buat sijil aku setiap kali pun salah...Letih nak hantar ambil!


 

1 comments:

norinaomar said...

Hahaha..biarkanlah.Yang penting sendiri happy n selesa.Safety first