Tuesday, September 11, 2012

*11.09.2012*


Hari ini tarikh keramat dalam hidup adik bongsuku si Eryn.
Hari ni bermula peperiksaan besar pertama dia kena lalui iaitu UPSR.
Semalam dugaan buat adik sebab dia demam pula..
Kesian adik kami, harap-harap hari ni dia boleh jawab peperiksaan dengan tenang dan jayanya..
Hari ni paper BM dan MATH, aku tak risau mana dengan paper BM sebab so far BM dia ok hanya adakalanya BM dia berbaur bunyi Jawa sikit...
Hahaha, almaklumlahkan, anak JPC Jawa Peranakan Cina katanya...
Bila sebut pasal paper MATH, dia ni cuai sikit...
Selalu aku perhatikan soalan pertama yang mudah di buat silap..
Kira dah baetul tapi tulis atau bulatkan jawapan salah...
Minta-minta dia buat dengan tenang hari ni..
Malam tadi aku call dia tak nak cakap banyak hanya said "OK", "YER", "YES", "BAIKLAH"

Aku dulu  nak UPSR aku banyak buat latihan MATH juga, english kurang sebab MATH aku memang lemah...
SPM je kot dapat A..huhuhu...
Mak pula aku call tadi dijemput buat sembahyang hajat lagi sekali pagi tadi dengan parents yang lain.
Bila dengar komen cikgu-cikgu dia dari mulut mak, aku risau juga...
Cikgu-cikgu dia suka cakap dia suka berangan sendiri masa dalam kelas tapi bila cikgu tanya mujur boleh jawab..
Aku pun kekadang perasan dengan perangai dia ni bila di rumah...
Dia kalau ada orang cakap dia tak nak dengar dia malas nak fokus tapi yang tak patut dia dengar tapi dia minat even muka macam tak mendengar boleh pula dia jawab...
Telinga ada penapis mak kata..
Satu lagi kalau dia malas, aku sebut tiga perkataan, dua perkataan awal atau hujung je dia tangkap...
Kalau suruh ambil barang kompom tak sempurna...

Tapi apapun, semoga adik berjaya jawab soalan masa UPSR ni dan dapat flying colour result.
Aminnnn

#Aku rasa tarikh hari ni bukan adik je berdebar aku sendiri ni tengah seribu satu rasa...Huhuhu

0 comments: