Wednesday, August 29, 2012

* Syawal Ke 11*

* The latest Me on Syawal 11 *
Pejam celik dah 11 Syawal rupanya...
4 hari lagi nak kena balik bekerja dah...Ohhhhhh......tak sukanya aku!
Email opis masuk pun aku rasa dah nak muntah...
Off HP kononnya tapi gatal juga buka, sudahnya email dan mesej dari makhluk2 berkenaan terpaksa ku reply juga....
Tahun ni konon cuti je lama (eh, bukan every year pun cuti raya 2minggu ke? hehe) tapi rumah yang pergi berayanya boleh dihitung dengan jari tangan je..
Cerita raya dan gambar raya yang happening pun nan hado...
Tak semangat dan tak dan tangan ni nak snap2, include si kecik tak ada masa nak tolong usung kamera aku tahun ni...
Amalan tahunan je masih kekal, 1st day pergi umah nenek belah abah than balik umah tunggu tentera adik beradik,anak buah, cucu cicit mak datang..
Selalu terus ke Pagoh sebab Pak Long balik rumah dia sendiri during raya even dah dekat 6tahun stay  dengan eldest cousin kami di USJ.


Reason pertama, mak tak sihat so I've to take over segala hal rumah, mengemas,mencuci, ke pasar dan kebanyakkan main task mak masa raya...
Selalu jadi assistant je... 
Penat kau! Nasib baik assistant kecik ada...Tapi kesian juga sebab dia nak UPSR, so siang tolong aku malam baru dia study sampai tersenggut-senggut...
2nd reason lepas mak sihat aku pula badan dok panas sejuk je dan adik pula dah mula sekolah, abah dengan angah pun dah kerja plus angah dah balik JB..
Nak beraya malam? Liat sikit aku nih...Layan tv, golek2 baca magazine/novel, main game or layan mata lagi heaven..Hahaha...
Balik kampung je boleh buat, kalau kat SP asyik koje je...
Sanggup duduk kampung lama-lama tak kisah dengar mak bebel, jadi tukang masak n jadi driver adik pergi balik sekolah...
3rd reason, aku tak tahu..hahahaha..
Baju raya berpasang-pasang semangat macam apa tapi siap ada yang belum pakai sebab tailor salah jahit...
Guna pergi wedding sedara mara n kekawan jela...
Masa sepanjang kat kampung ni la aku dapat monitor si kecik study sebab dah tinggal berapa hari je dia nak exam tapi muka dia langsung tak cuak macam aku dulu...
Cousin2 aku kata dia punya kepala ligat, ok, aku punya kepala tak ligat la kiranya dulu..huhuhu..

Lagi tragis tahun ni, kuih raya mak sedap sangat ke sampai tak sempat marhaban perempuan kampung seminggu raya, kuih dah banyak habis...(Aku la kan yang tukang beli...hahaha..kuih tunjuk sebab balik kampung pun dah sehari sebelum raya)
Sudahnya mak kata suruh buat heavy food terus...
Baik mem! Aku laju je main masak-masak tambah-tambah malam sebelum marhaban si Angah jemput kawan-kawan n staff-staff dia mai umah..
Aku kalau kat kampung suka je memasak sebab ada tukang makan dan habis...
5 kilo mi aku leburkan....Mengikut perancangan nak buat 3 kilo je tapi disebabkan trajedi kicap tumpah dalam mi makanya jadilah 5kilo...
Angah kuat masin dan selama ni aku masak dia no komen, malam tu dia kata "BAPAKLAH! aku kuat masin tapi kali ni gila masin"
Ok, my false...layan borak dengan mak goreng mi sambil gelak-gelak penutup botol kicap tercurah...
Alasan bagi kicapsebab warna mi tak cantik, cili mak tak bagi bubuh banyak...
Mak tak terkata apa...Adik dengan abah makan steady je, so aku pun confident je..
Rupa-rupanya depa malas nak komen..

Selain dari kisah atas tu, padan muka pada aku juga waktu follow marhaban...
Dah lama tak bawa motor (lesen pun nan hado), pagi nak pergi marhaban baru perasan skuter mak rosak n motor abah pancit..
Ada takde motor spare motor angah jela yang ada clutch...
Mujur memang mujur aku tahu bawa motor ada clutch tapi balik marhaban kaki kiri aku bengkak sebab mencungkil gear motor tu...
Sudahnya aku keluar-keluar rumah memang tak bawa kereta aku sebab kaki kiri aku sakit (kete aku manual kena tekan clutch juga), mujur sekali lagi kereta spare ada kat rumah...
Jimat bunga tayar kete aku...Bukan berkira tapi hakikat..hahaha..

Till here aku nak membebel...Lama tak blogging jadi gian  nak membebel menjadi-jadi..
Mula-mula niat hati online ni tadi just untuk settlekan bil kad, tipon dan bagai-bagai tapi meleret dah ha...

#Sekali membebel susah nak stop, sekali senyap jangan ditanya kenapa...chiaw!

1 comments:

norinaomar said...

tahun ni sedih sebab tak dapat join baraan perempuan..kenalah daku terima hakikat

selamat hari raya min