Saturday, June 23, 2012

* Vietnam Day 1 *

Dah berkurun baru cukup sebulan baru nak bercerita kan?Tapi ada aku kisah?
Nak juga cerita.
Tapi aku akan banyak sisipkan gambar sajok la ye.
Trip kami ke Ho Chi Minh City selama 4hari 3malam dari 18.05.2012 hingga 21.05.2012.
Trip kami dibahagikan kepada 2 kumpulan di mana kumpulan pertama diterbangkan seawal pagi  dengan penerbangan tambang murah Air Asia iaitu untuk non muslim group sebab mereka tak perlu risau tentang makanan, sampai HCM City boleh bedal apa saja.

* Mahu Check In dengan muka melengas tunggu depa tak tiba lagi kat airport berapa lama dah *
Manakala group kedua diterbangkan agak lewat dengan penerbangan MAS yang terdiri dari rakan-rakan muslim serta beberapa orang bos kami dan tiba di HCM City pada petang hari.

* 16% yang dah sudah check in sibuk tayang passport.Gedik, Sakaieee ni!hahaha*

* Just arrived! Tunggu yang lain ada tukar duit sat*
Sampai saja di HCM City kami terus check in di Hoa Hai Long Hotel lebih kurang tak berapa minit dari Ben Thanh Market.

* Huang Hai Long Dragon Hotel, di sinilah kami duduk*
Lepas check in dalam bilik yang tak memuaskan hati dan terasing, kami pergi dinner di Halal Saigon Restoran bagi yang muslim.
Tapi sebelum masuk bas, pergi dulu kaunter kat lobi buat complaint pung pang2 dulu sambil disokong oleh big boss dan rakan marketing kami yang base di Vietnam.
* Kami je 4 orang Muslimah...1st,2nd, taken...3rd & 4th available..HAhahaha*

Antara menu malam pertama yang sempat sanap sebelum pirana lapar malas nak snap:

* Serius aku tak tahu nama masakan udang ni...Tak ingat...*

* Claypot fish, sedapppp*

* Roti ni sangat sedap walaupum kosong didalam.Kalau di Penang xsilap kaum cina akan buat roti n cicah ketam masak apa entah*
Lepas makan mencekik dan rasa nak tercekik dengan harga pepsi budak2 lelaki tak tahu nak bayar sendiri sebab makanan semua dah pre order by agent kami so sendiri tambah sendiri bayar.

* Kami 13orang muslim di Restoran Halal Saigon...Set2 depan kanan tu la yang haishhhhh! *
Selepas dinner kami gerak ke satu persembahan "Unic Water Puper"
Sebenarnya persembahan nni agak unik sebab dia persembahan puppet tapi dalam air semua benda bergerak pantas dan melompat-lompat.
Alah, kalau di Malaysia seperti wayang kulitlah tetapi yang ini benda sebiji-sebiji real depan mata dengan berpentaskan air macam kolam kecil.
Pergerakkan dikawal oleh juruteknik aka Tok Dalang yang berendam separuh badan dalam air dibalik tabir serta kawalan elektrik..(Kalau ada kabel trip mesti juruteknik terkujat gak kan? hahaha, just my imagination)

* Juruteknik yang ku bayangkan boleh terkena renjatan...Hahahahaha*
Andai di Malaysia wayang kulit diiringi suara dan bunyi gendang Tok Dalang dan kuncu-kuncunya, tak kurang juga persembahan ni.
Tok Dalang terdiri daripada beberapa orang (~4-5orang) yang juga merupakan pemain muzik.

* Gambar agak blur....Nilah sebahagian Tok Dalang aka pemain muzik....Yang menyanyi selalunya dua orang wanita(Sebelah je ni) *
Dan agak unik Tok Dalang mereka duduk tepi kolam kecil tu pakai baju cantik-cantik pakaian tradisional mereka.
Jalan penceritaan persembahan unik ini pula lebih cenderung menceritakan berkenaan bagaimana rakyat Vietnam yang telah dijajah hampir berabad lamanya dari zaman penjajahan Cina sehinggalah penjajahan pihak Amerika (will share in the next entry yang tak tahulah bila sempat nak tulis)
Tapi agak sayang satu sahaja ketika persembahan ini,iaitu bahasa penceritaan dan nyanyian disampaikan dalam bahasa Vietnam oleh makcik-makcik dan pakcik-pakcik.
Makanya sesapa yang berminat nak paham-paham buat andaian apa yang puppet meloncat-loncat tu buat, celiklah mata tapi tak kurang juga yang buat tahi mata dan juga yang keluar dari dewan untuk smoking atau mengambil gambar diluar bangunan dewan.

* Kami, sebelum pulang dan sempat kena jerit suruh masuk bas cepat...hahaha*
Selepas selesai menonton kami dihantar pulang ke hotel namun aku di tahan oleh advisor club untuk follow agen kami di sana untuk ditunjukkan di mana restoran halal untuk kami sarapan sepanjang penginapan kami di sana.
Sebenarnya dalam 5-10minit jalan kaki saja tambah 5-10minit dah tiba ke Ben Thanh Market yang glamour tu.
Makanya aku dengan guna kuasa Veto,aku ajak geng perempuan muslim yang lain dan 2orang abang yang baik hati ikut sekali,cuaklah kan takkan nak pergi berjalan dengan mamat Vietnam tu memalam walaupun sebenarnya Ho Chi Minh City dianggap antara bandar selamat pada waktu malam.
Yang tak selamat ialah bila nak lintas jalan sebab motor memang banyak gila tahap gaban,
Selepas tengok restoran halal tu, apa lagi! Mai pi Ben Thanh market! Tapi tak beli apapun sekadar survey dahulu.
Lepas tu balik bilik tidur di double deluxe room yang sepatutnya untu 3orang jadi 2orang je duduk sewaktu last minute tapi kemudahan macam haram.
Sabar sementara tunggu ada bilik kosong dan tukar pada keesokkan harinya.

#Done with 1st day story...=)

0 comments: