Friday, June 8, 2012

* Misteri Bilik Tandas *

* Ini bukan rupa sebenar pintu bilik tandas yang ingin aku kisahkan..hehe*
Entry sebelum ni konon nak cerita pasal Vietnam tapi at last hari ni aku cerita pasal bilik tandas pulak kan.
Dah berkulat pasal Vietnam tu karang last2 aku tak hupdate kat sini lak..
Kisah bilik tandas ni terjadi di tempat kerja aku.
Sebenarnya dah lama aku perasan just waktu tu tak adalah terdetik apa-apa even pernah satu malam waktu aku stay back, aku bau satu benda masa keluar pintu opis waktu nak balikdan masa tu tinggal aku dengan sorang partner..
Nasib baik kereta kami depan pintu je waktu tu tapi aku sempat lagi pergi tandas sesorang lenggang kangkung.
Balik dekat kereta nampak partner dekat kereta belakang dah kejung mulut terkumat kamit.
Sampai di kedai makan aku buka cerita barulah dia berani buka mulut yang rupa-rupanya dia pun ada bau tapi pelik kenapa aku boleh lagi pergi tandas dulu.
Kalau aku takpergi tandas karang menjejes dalam kereta siapa nak tanggung? Aku jugak kan.

Itu kisah lain, yang ni aku terdetik nak tanya partner in crime stayback hari-hari.
Setiap kali bila production harian dah habis, semua aunties dah balik, maksudnya tinggal aku,partner,production team dengan kakak tiri je ada, kami memang rajin ke tandas bawah, tandas floor kamilah sebelum balik ataupun pi amik air sembahyang.
Almaklumlah, opis kami ni dah macam ada makhluk eskimo yang tak boleh panas sikit maka rasa nak terkucil tu akan kerap berlaku ditambah pula kami memang kaki bantai minum air kosong banyak..
Dalam awal minggu ni, aku masuk tandas macam biasa, production habis awal so aku pun rasa tenang sikit nak pergi tandas sebab bunyi mesin dan blower dari production agak boleh didengar dari tandas.
Aku masuk tandas memang selalu terus masuk bilik pertama sebab ada tempat boleh letak tipon selain tu paling dekat dengan pintu masuk tandas yang memang sesuai untuk orang macam aku yang selalunya bila dah air kecil atau besar dah nak sampai hujung-hujung baru sibuk lari ke tandas.
Bukan apa, tengah layan buat kerja nanti apa dalam kepala semua melayang kan.
Hari Isnin tu, aku biasalah dah buang apa yang patut perlualah cuci tangan.
Sinki cuci tangan yang bercermin dan ada pokok bunga ditepi tu pula depan bilik tandas ke 3.
Aku pun naik hairanlah sebab masa aku masuk pintunya memang dah tertutup rapat.
Macam ada orang dekat dalam tapi tak ada bunyi air atau apa-apa langsung.
Aku biarkan jelah. Hari Selasa dan Rabu perkara yang sama juga berlaku.
Aku dah la maghrib-maghrib terfikir pula macam tu, apa lagi, hari rabu tu aku mencicit lari keluar tandas dengan tak cuci tangan.
Masuk-masuk opis, partner aku tanya apasal aku terkocoh-kocoh masuk terus menonong cuci tangan dekat lab pula.
Aku pun ceritalah pada dia, alkisah dia pun perasan selama ni tapi tak terdetik macam aku juga sampailah aku bagitahu.
Semalam aku pergi tandas dalam pukul 4lebih, pintu tandas tu tertutup rapat lagi.
Aku pula datang perangai nakal, aku tolak pintu tu.Terkunci dari dalam tapi macam aku cakap awal-awal, tak ada bunyi macam ada orang kat dalam..
Aku siap tunggu dengan buang masa cuci muka, betul tudung bagai sebab semalam aku memang mengantuk habis dan buang masa sikit sebab nak balik awal dari biasa, 5.30pm tapi kepala tak boleh buat kerja dah.  Dah aku tercongok kat dalam tu elok je sorang pun tak ada yang masuk melawat tandas, aku tetiba rasa lain macam je...Apa lagi,CABUT!
Sekarang aku dengan partner masuk tandas memang fobia dengan bilik tandas ke tiga tu.
Cuci tangan mata sambil melirih ke pintu dia.
Cuak kot kalau tetiba pintu terbuka ada yang main CAK-CAK dengan kita...LOL
Apapun, aku dan partner harap tak adalah yang merepek berlaku selepas satu kisah pelik yang dah berlaku pada budak marketing opis kitarang.
Kisah tu akan aku cerita next time yer mungkin lepas kisah Vietnam. (Vietnam lagi!)

#Sebenarnya makhluk yang kita tak nampak tu memang wujud, tak pernah aku nafikan akan tetapi biarlah mereka dengan dunia mereka dan kita dengan dunia kita...Allah dah bahagikan dan tentukan segalanya...

0 comments: