Friday, June 15, 2012

* Berkecamuk *


Fikiran saya adalah berkecamuk serupa dengan keadaan berjerebu di luar pada saat ini.
Saya adalah sangat sakit kepala.
Mujur hari ni kakak tiri cuti kalau tidak mungkin bertambah lagi kekecamukkan aku.
Dan mujur juga 2minggu ni kakak tiri tak banyak naik sheh, mungkin dah insaf sebab dah kena sekolah tak pun BF dia dah lamar dia kot...Balik pun lagi awal dari kami-kami...huhu
Itu andaian kami saja yek...
June adalah bulan memulangkan diri sendiri ke kampung halaman diatas sebab-sebab yang tertentu makanya duit yang mengalir keluar dari akaun dan dompet juga selaju minyak yang diisi kedalam tangki minyak kereta serta secepat smart tag detaction di plaza tol Shah Alam dan Tangkak.
Bulan depan adalah bulan aku ikat perut pula.Bukan dek kerana dah puasa tapi bulan bayar roadtax insuran kereta dan ni kereta rosak lagi.
Selain itu aku kena travel ALONE.
Ni yang tambah buat otak aku semak.Kena pergi ke tempat yang seorang makhluk pun aku tak kenal dan bukan di bumi sendiri.
Arrangement dah mula dibuat tapi risau dan gundah gulana tu ada jua walaupun aku ni senang nak serasikan diri di tempat baru.

#Berdoa semua ok-ok saja dan mudah-mudahan claim cepat masuk, lagi-lagi nanti nak puasa dan raya banyak nak guna duit.