Thursday, May 10, 2012

* cUtI LaGI*

Semalam aku gigih buka website CUTI.Mood aku memang mood nak cuti saja.
Aku nak ajak mak dengan adik lepak dekat pantai untuk beberapa hari, siap dah nak tempah bilik bagai tapi dibangkang pula dengan mak sebab mak kata kalau pergi hari mak setuju tapi kalau nak tidur bagai mak tak mahu.
Tak ada masalah nak pergi hari tapi akulah yang melepek sebab aku yang kena drive.
Mak kata nanti abah bising dan adik belum habis periksa lagi dannnnn nanti kalau ada jemputan kahwin mak nak kena pergi hotel dah booked susahlah nak cancel.
Aiyak!
Hanya kerana jemputan kahwin anak orang mak tak mahu pergi.
Kenduri anak mak ni nanti belum tahu bila.
Aku setiap hari memang akan call mak sewaktu lepas kerja.
Jenuh aku pujuk dan semalam last-last sekali aku cakap, bosan dah balik-balik asyik jalan di BP Mall,Jusco Bandar Melaka dekat-dekat dengan MITC dengan Carrefour di kampung tu.
Jawapan mak mudah je, satu suara gelak yang kuat.
Aku taka ada idea dah nak mengajak mak aku ni.
Bukan apa, aku nak juga bawa mak jejalan sebab bila abah dengan angah dok keluar outstation, dah sah-sah angah bawa abah pusing-pusing, yang mak duduk rumah tak ke mana.
Bukan berat sebelah tapi itulah hakikatnya.
Nak bagi balance lah ni kononnya.
Mula-mula nak diajak ke Pantai Timur katanya jauh, di ajak ke pantai lompat negeri sikit katanya nak balik hari.
Tak apa, nanti ku pujuk-pujuk lagi.
Dua minggu ni aku tak balik kampung sebab minggu ni kerja, next week outstation dan lepas tu mak datang sini dengan semua.
Yippie!
Balik kampung dengan mak nanti.

#Mood malasssssss

5 comments:

norinaomar said...

Glah kuantan ke, cherating ke,langkawi ke..ada voucher holiday tau..nak link ke?

Min Min said...

nak ajak ke sana2 la ni kak tapi mak xnak, dah la air asia pun buat promo.
link? nakkkkkk

norinaomar said...

http://www.mudah.my/HURRY+hurry+only+299+for+4+6+person+enjoy+-15369395.htm

http://www.mudah.my/Voucher+Hotel+4+Star+RM160-15337045.htm

http://www.mudah.my/3days+2+nites+with+breakfast+in+tioman+island-15319906.htm

http://www.mudah.my/Laguna+Redang+4d3n+deluxe+package+gift+voucher-15111890.htm

http://www.groupon.my/deals/travelcity/uk-farm/716061531

http://www.groupon.my/deals/travelcity/the-zenith-hotel/716061893

norinaomar said...

http://www.streetdeal.my/deals/view/1099/0/Ending_Soon_73_percent_OFF_2D1N_Stay_for_2_persons_at_GOLD_COAST_MORIB_Studio_Suite_with_Jacuzzi_Buffet_Dinner_Buffet_Breakfast_Water_Theme_Park.html

norinaomar said...

http://www.everyday.com.my/coupons/tr/bgrc_2d1n_2p_1.htm

http://www.everyday.com.my/coupons/tr/Gold%20Coast%20Morib%20Resort_fifthrelaunch.htm

http://www.everyday.com.my/coupons/tr/bgrc_2d1n_4p_1.htm