Monday, May 14, 2012

* Mothers Day *


Tahun ni aku tak dapat balik untuk sambut Mothers Day dengan mak tapi tak lupa untuk wish mak awal-awal.
Actually buat kami, Mothers Day bukan hanya pada 13 Mei malahan setiap hari juga Mothers Day.
Satu hari kalau tak cakap dengan mak, tak berceloteh dengan mak, tak bergosip kering dengan mak memang tak sah..
Kalau aku tak call, maka mak yang naik hairan.
Paling tidak akan mesej mak bagitahu anything happen dalam masa satu hari.
Actually i feel relief bila boleh berceloteh panjang dengan mak, adakala andai aku call tak dan aku nak bercakap mak dah cakap dulu panjang lebar.
Ada masanya sampai aku sendiri lupa apa yang aku nak bagitahu pada mak sehinggakan mak sendiri akan tanya balik " Tadi nak bagitahu mak apa?"
Aku ni ada masanya short memory problem suka datang so aku ignore je.
Sekarang ni agak lucu, kalau aku ada apa nak cakap mak akan bagi peluang aku cakap habis than she'll tell her story.
Mak buat macam tu sebab dia kata memori aku lebih teruk dari mak even umur aku jauh lebih muda dari dia...Hahahaha...
I got short memory problem onlyla....
Now sambil berbloging dan jawab call yang annoying aku dan lagi bermesej dengan mak.
Conclusionnya, setiap hari pun Mothers Day kan.
Syukur aku masih ada mak untuk bercerita,berceloteh, bergurau dan bergosip.
Semoga mak sihat selalu, happy sentiasa dan diberi keberkatan serta dipanjangkan umur untuk lihat generasi akan datang...Aminnnnn
Sayang Mak!
Tak lupa jua Happy Mothers Day untuk semua ibu yang kukenali....


#Rasa macam nak cabut balik je...But its ok, next week mak datang...=)

Thursday, May 10, 2012

* cUtI LaGI*

Semalam aku gigih buka website CUTI.Mood aku memang mood nak cuti saja.
Aku nak ajak mak dengan adik lepak dekat pantai untuk beberapa hari, siap dah nak tempah bilik bagai tapi dibangkang pula dengan mak sebab mak kata kalau pergi hari mak setuju tapi kalau nak tidur bagai mak tak mahu.
Tak ada masalah nak pergi hari tapi akulah yang melepek sebab aku yang kena drive.
Mak kata nanti abah bising dan adik belum habis periksa lagi dannnnn nanti kalau ada jemputan kahwin mak nak kena pergi hotel dah booked susahlah nak cancel.
Aiyak!
Hanya kerana jemputan kahwin anak orang mak tak mahu pergi.
Kenduri anak mak ni nanti belum tahu bila.
Aku setiap hari memang akan call mak sewaktu lepas kerja.
Jenuh aku pujuk dan semalam last-last sekali aku cakap, bosan dah balik-balik asyik jalan di BP Mall,Jusco Bandar Melaka dekat-dekat dengan MITC dengan Carrefour di kampung tu.
Jawapan mak mudah je, satu suara gelak yang kuat.
Aku taka ada idea dah nak mengajak mak aku ni.
Bukan apa, aku nak juga bawa mak jejalan sebab bila abah dengan angah dok keluar outstation, dah sah-sah angah bawa abah pusing-pusing, yang mak duduk rumah tak ke mana.
Bukan berat sebelah tapi itulah hakikatnya.
Nak bagi balance lah ni kononnya.
Mula-mula nak diajak ke Pantai Timur katanya jauh, di ajak ke pantai lompat negeri sikit katanya nak balik hari.
Tak apa, nanti ku pujuk-pujuk lagi.
Dua minggu ni aku tak balik kampung sebab minggu ni kerja, next week outstation dan lepas tu mak datang sini dengan semua.
Yippie!
Balik kampung dengan mak nanti.

#Mood malasssssss