Saturday, April 21, 2012

* Money & Life *


Duit dan kehidupan tak boleh dipisahkan dari dulu sampai sekarang tapi zaman sekarang lagi dasyat la kan, masuk tandas pun kena bayar.Walaubagaimanapun,bila ada duit, jangan sangka kita boleh memiliki segala-galanya.
Bila ada duit semua nampak bahagia tapi hakikatnya hanya ditutup dengan duit.
Bila imbas kembali masa sesak ,sewaktu benda bernama duit tak ada, semua jadi buruk, semua serba tak kena.
Bukan nak kata duit tak penting tapi tak perlulah terlalu taksub.
Bila ada ada duit bahagia macam tak ingat nanti bila nikmat kena tarik semula, mana tahu sebab hidup ni ada naik turun, mulalah segala babak kebenaran keluar balik.
Dalam hidup ni mungkin kita perlu sedikit materialistik tapi biarlah berpada-pada dan realistik bukan plastik.
Bila duit ada, sayang gila, cinta gila, nanti-nanti kita tunggu bila dah duit tak ada ukur balik sayang dan cinta tu tahap mana.
Oh! Itulah dunia sekarang kan.
Duit itu nombor satu tapi kalau tahu nak cari sendiri tak apalah juga tapi macam mana kalau sebaliknya?
Rosak! Boleh kan letak title "Pengikis" disitu?

Benar, duit itu perlu untuk seharian kita tapi kalau benda yang tak perlu tapi sibuk dibeli hanya terikut-ikut walaupun hakikatnya tak mendatangkan faedah,buat apa!
Ataupun sekadar buat alasan untuk collect duit ekstra atau trend?
Tak mampu buat cara tak mampu, tak usah nak terikiut-ikut.
Kalau macam ni, bank dunia pun boleh bankrupt dan yang pasti bank akhirat dia kita tak tahu...=P
Yang itu tak boleh dipertikaikan sebab diluar bidang kuasa dan kemampuan kita dan juga bukan hak kita.
Ukur baju dibadan sendiri.Kalau betul-betul mahu, usaha.

Duit! Satu kuasa besar dalam kehidupan kita kalah Amerika.sigh.
Duit! Sebab duit laki bini boleh berbaik-baik dan juga sebaliknya.
Duit! Sanggup orang berbunuhan bagai.
Duit! Anak beranak,keluarga berpecah belah.

Bila sebut duit dan kehidupan, macam-macam hal boleh dikaitkan.

#Tengah cari duit  tanggung diri sendiri dan tunggu masa nak balik je ni so berblogging la aku. Random je ni, tak tahu kenapa soal isu duit ni muncul dalam kepala...Sebab tak ada tempat nak "dikikis" lagi kot..LOL

0 comments: