Monday, April 2, 2012

* Monday Blues *


Kalau ikutkan mood aku untuk pergi kerja, hari-hari aku ni Monday blues.
Malas yang menebal tapi bila fikir balik, orang malas dapat apa?
Tak ada apa-apa kan?So merajinkanlah diri, menggagahkan kaki.
Tapi hari ni kaki aku tak berapa nak gagah sebab urat semua tegang semacam termasuklah tulang belakang rasa sengal gila.
Ni semua gara-gara awal pagi semalam dah keluar pergi merayap di IKEA sebab nak cari drawer baju.
Balik dari IKEA semua orang bantai tidur semula tapi aku gigih pasang drawer baru.
Macam main puzzle kot, dah la banyak gila screw semua.
Tertonggeng-tonggeng, menyangkung. Ni yang sakit semua ni, berat!
Tapi yang penting memang aku puas hati sebab aku pasang sendiri kot.
Dulu almari baju aku pun aku pasang sendiri, ok je sampai sekarang.
Yang penting masa pasang semua barang kena betul dan ketat.

Hari ni juga aku ada meeting dengan supplier, tapi boleh tahan kurang asam supplier ni.
Banyak mulut, sampai mata panda aku pun dia nak tegur.
Yelah, aku tahu lebam hitam bawah mata aku ni makin ketara lagi-lagi weekend ni aku memang kurang tidur.
Dahlah presentation dia panjang dan lama gila.
Aku dah cakap lab aku tak guna semua tu tapi ketegaq sungguh nak explain kot-kot ye, kot-kot lain kali nak guna.
Haiyo, aku ni mengantuk dah dengar dia bebel.Nasib baik dia fasih gila cakap dalam bahasa melayu even slide dia semua in english dan nasib baik muka handsome (walaupun jari dah ada wedding ring...LOL)
Alih-alih aku dok ralit baca slide, dia membebel sendiri sebab kalau science term kau nak mati-mati tukar ke bahasa, adakalanya benda tu jadi mengelirukan dan dari kita tahu benda tu jadi kita blur. (yep, aku la yang jadi blur tu).

Ya ampunnnnn, aku ni nak ke toilet fikir banyak kali sebab kaki sakit.
Nak naik opis atas jumpa HR pun aku malas, banyak tu anak tangga nak naik dan turun.Hari ni datang kerja pakai flat shoes je.
Petang ada kerja luar tapi malasnya nak drive.
Aircond kat opis ni sejuk macam nak suruh aku ke alam mimpi je lah...

#Inilah orang kalautak ada feel di pagi Isnin, padahal ada je benda nak dibuat.Orang MOH ni pun aku kejar tak dapat2. HAish!

0 comments: