Thursday, April 26, 2012

* Cuti *

Aku nak bercuti pergi main air!Sedang survey beberapa tempat yang worth untuk bercuti sambil main air dengan family.
Mood malas bekerja sangatlah menebal!
Lupakan tentang kerja sekejap dan mari kita berblogging sesedap rasa jari nak menaip.

Sedang buat kerja di pagi hari tiba-tiba ada satu suara "huwargggghhh" di belakang aku.
Makhluk yang duduk kubikal ketiga belakang aku buat bunyi-bunyian yang memang dah lali dek telinga kami.
Makhluk seorang ni hanya akan bahagia apabila tiba hari terakhir dia bekerja dalam satu-satu minggu.
Kami sebagai opismate memberi galakkan kepada makhluk ni dengan buat countdown pada hari terakhir tu.
Rasa macam lucu tapi itulah hakikatnya, kebiasaannya setiap hari dia akan pulang paling awal.
Dia mempunyai kelulusan berbeda dengan kerja yang dia buat sekarang dan senang cakap lari tajuk, dia ada buat part time job di mana itu adalah minat dia > profesional dancer dan selalu saja kumpulan dia dapat jemputan untuk buat persembahan di Genting dan KLCC convec.
That's her passion.
Aku?
Tak tahu apa yang aku nak buat dah ni.Aku dah bosan dengan kerja sekarang tapi tak dapat kerja lain yang aku rasa sesuai.
Ada, tapi pulangan tak berbaloi.
Minat?
Ikutkan minat di hati ni nanti siapa yang nak tanggung makan minum hutang aku pula.

Minat aku, aku nak duduk baca buku kegemaran aku tanpa gangguan.
Boleh tak kerja sebagai pengulas buku?
Layak ke? HAhahaha.....
Selain tu aku nak bercuti sesuka hati aku macam tajuk aku tu tadi, cuti.
Cuti dari tugas kebiasaan aku.
Mungkin satu hari nanti aku nekad dan buat betul-betul.
Buat masa sekarang ni, aku dengan seorang lagi opismate sedang mengira hari bekerja kami untuk bulan hadapan.
Yerrrrr, keputusannya bulan hadapan aku akan hanya muncul di tempat kerja selama setengah bulan.
Setengah bulan lagi aku bercuti sempena hari lahir sendiri, cuti ke Ho Chi Minh dan aku pergi training.
Bahagia je aku rasa kalau setiap bulan macam tu.
Opismate aku pula dia akan bercuti seminggu sebab berjalan-jalan di kampung halaman nenek moyang dia di China.

Sekarang ni aku baru sedar, dah hampir separuh hari rupanya aku di tempat kerja.
Petang ni cuba untuk cabut awal lagi macam semalam, itupun kalau kakak tiri tak buat tahanan..LOL
Next week dia tak ada seminggu lebih kemudian dia balik aku tak jumpa dia pula sebab pergi training...
Kerja dua hari lepas tu pergi Vietnam...
Bahagia sungguh aku rasa kalau tak payah menghadap dia, makin naik pangkat makin macam-macam.
Position dia sekarang kosong, so mari berdoa...Ngeh3...
Walaubagaimanapun, even dia tak ada, bos aku ada selepas 2minggu dia outstation di HQ.
Tapi dengan bos aku, aku tak kisah sangat sebab dia ni tak banyak songeh.

* Macam nak pergi sini. Dah lama tak ke Pantai Timur ikut Jalan Muadzam..=) *
#Tunggu adik cuti sekolah dan sesuai dengan masa cuti aku. Macam worth je pergi sebab boleh ke Terengganu terus dan jalan-jalan.Adik pun boleh main air puas-puas.

3 comments:

norinaomar said...

g lah gambang tu or melaka waterpark yang baru tu..

vietnam????kirim kain boleh tak min?

Min Min said...

kat melaka kat mana kak?
kat melaka wonderland ke kak? tapi masa dia limited sgt.
ha'ah vietnam tapi xtau g mana sebab follow je, 1st time g

norinaomar said...

haah..melaka wonderland tu le.