Thursday, March 8, 2012

*Kembali Seketika*

Lama sangat aku tak menulis, sibuk dengan kerja dan bila ada masa terluang aku lebih mengutamakan masa untuk tidur dan beristirehat.
Pergi pagi sebelum matahari belum keluar balik bila orang lain dah layu mata.
Cukup untuk menyatakan masa pulang aku sampai ke rumah.
Tak ada masa nak layan benda remeh temeh.
Hobi membaca masa sebelum tidur pun tak ada dah sekarang.
Letak kepala pengsan terus, kadang-kadang balik rumah tak sempat mandi dah lena di kaki katil.
Tidur duduk pun jadi aku ni, kalau balik kampung dah lewat malam, mak dah tidur kunci tak bawa, tidur dalam kereta sampai mentari tercanak atas kepala pun aku lanyak.
Cerita harian aku tak ada yang menarik pun, rotation yang sama, kerja, balik kampung, berjalan-jalan dan keadaan kesihatan yang naik turun.
Soal jodoh lain cerita, aku malas nak layan soalan-soalan yang makin ramai pula utarakan termasuk mak aku.
Rimas!
Sekarang ni mood layan je life harian, let it follow the flow.
Oh ye, akhir-akhir ni banyak aktiviti-aktiviti dan kejadian yang menarik dan menyakitkan hati aku dah terjadi.
Macam-macam hallah.Yang penting jiwa kena kental...Wohooo!

# Till here, aku tak ada modal tapi gatal nak menaip!

0 comments: