Saturday, March 31, 2012

*Ajal Maut Nasib Takdir*

Dah lama aku tak menulis dekat sini, hari ni disebabkan audit terdekat jauh lagi jarak masanya maka aku datang kerja agak ber "lalalalala~" sikit.
Meja dah clear, kerja nak follow up pun dah tak banyak, jarang aku ada masa macam ni ketika kerja.
Kakak tiri pun tak nampak batang hidung pula hujung minggu ni, kebiasaannya dia akan datang buat paperwork dia .

Baiklah, mari bercerita tentang kisah tajuk aku hari ni.
Ajal Maut Nasib Takdir.
Semua manusia tak lari dari semua tu kan?
Sama juga untuk diri aku sendiri.
Baru-baru ni adalah seorang makhluk Tuhan ni, aku tak tahu mana lebihnya aku, yang aku tahu aku memang banyak kekurangan.
Bermula hanya kerana SETEM HARI PERTAMA.
Ye semua, SETEM!
Dari kisah setem meleret pasal mak bapak aku, adik beradik aku.
Apa ke puaka mulut kan.

*Tanpa mereka aku tak ada di dunia ni dan tanpa si Kecik sorang tu, tak huru haralah hidup aku sebagai seorang Kak Long..Hahaha*

* My Adik Ngah yang lebih tinggi even ku pakai heel dan susah bergamba dgn mamat laser ni.Nampak macam abg aku kan?Hahaha..*
Tapi tak apa, orang yang hanya tahu tengok luaran kan.
Kalau orang pandang kita senang, dia tak tahu betapa susah kita nak dapatkan senang.
Kerja balik hari-hari lewat, bukan macam "sesetengah orang" masuk terhegeh-hegeh balik belum sampai masa dah tunggu depan punch card machine.
Ya, sekarang memang aku adakalanya masuk kerja melewati jam 8 tapi bersebab dan rumah aku bukan macam dulu setakat 10-15minit dah sampai dan sila tengok hari sebelumnya aku punch out pukul berapa, aku berani cakap sekarang purata masa aku berada di rumah adalah 30% saja.
Selebihnya terpacak di opis, masuk lab, masuk kilang dan pergi kerja luar.
Sampaikan housemate aku siap tanya sekarang ni aku merayap ke mana sebab balik terus tidur.

Manusia macam ni memang bermasalah sebenarnya,waktu kerja orang lain sibuk buat kerja, dia sibuk surf internet tengok website handbag murah, jual barang lelong, baca novel, tengok DVD, main facebook dengan BF.
Bila bos suruh buat kerja lebih sikit, tarik muka, kalau senyum pun dekat belakang menyenget mulut.
Aku tak tahu orang lain nampak atau tidak tapi pada aku, lantak kau lah asalkan kau tak kacau hidup aku.
Duit gaji kau bekerja dengan cara tu itu hak kau tapi tak usahlah cakap orang lain senang sebab ada mak bapak tanggung. Kepala Hotak Kau namanya tu.
Aku ingat-ingatkan balik, dah bertahun jugalah aku makan,hidup tanggung sendiri.
Masa belajar dulu pun banyak pakai duit PTPTIPU.
Mak bagi duit masa balik cuti semester je kot.
Habis belajar terus kerja sampai sekarang.
Urusan harian, urusan lesen roadtax insuran semua pun dipetik, hallo!I'm doing it by myself!
Memang aku selalu balik kampung, lepak dan jejalan dengan famili aku tapi itu tak bermaksud setiap kali aku balik tu  aku nak keruk duit mak bapak adik aku.
Aku balik kampung sebab nak rehatkan diri sendiri, nak rehatkan otak yang letih bekerja dan aku nak apa yang aku makan, aku enjoy dikongsi bersama keluarga aku.

Aku pakai barang ada jenama ke apa, itu hak aku sebagai hadiah untuk diri sendiri dan aku juga tahu nak ukur baju di badan sendiri bukan beli ikut nafsu membabi buta dan yang penting aku tak minta duit orang suruh belikan.
Aku nak makan dekat mana, itu suka hati aku.
Aku boleh je makan dekat kedai mamak bawah pokok, kedai yang boleh terima kad je yang kononnya ada orang cakap, tapi macam aku cakap, ukur baju dibadan sendiri!
Kalau aku rasa benda tak perlu, bukan tahap aku, jangan gatal nak buat, nak pergi.
Ikut rasa binasa, ikut nafsu lagi bahana.
Nak kata aku tak matured hanya disebabkan malas nak layan orang yang kononya dah dewasa sangat?
Its up to you to say anyhthings, sebab sekarang aku memang tak ambil port pasal orang dah.
Kerja aku, keperluan yang perlu aku buat aku buatlah, aku perlu dengar aku dengar, yang aku perlu join, aku join.
Kalau sesuatu perkara tu aku rasa tak perlu ambil tahu, tak perlu dengar, buat apa aku nak sibuk jadi kepochi.

Kalau kedua-dua orang tua dah tak ada, tak usahlah pertikaikan orang lain yang masih ada kedua orang tua, Allah tu Maha Mengetahui.
Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Tak usah hasad dengki, busuk hati cemburu bagai.
Kalau aku pernah minta tolong mak aku, itu urusan aku dan mak aku.
Aku tahu hanya mak aku saja yang boleh settlekan. Tapi aku rasa benda macam tu tak usah dipertikaikan hanya disebabkan kau terdengar angin-angin urusan aku dan mak aku tu sedangkan perihal akar umbinya, dasarnya kau tak tahu.

* Dialah sumber kekuatan aku*
Mungkin aku masih ada kedua mak abah aku mungkin  sebab Allah tahu aku belum betul-betul tabur jasa pada diaorang dan banyak kesilapan yang aku belum betulkan.
Itu semua ketentuan Yang Maha Esa.
Aku ada kedua mak abah tapi aku tak ada orang lain yang istimewa macam si cabul mulut.
Sepatutnya dia bersyukur, dia masih ada adik yang selalu saja ada dengan dia,kakak yang selalu muncul dengan anak saudara yang comel, teman isitimewa dia dan bos yang memang sangat-sangat take care pasal dia.
Kalau dia seorang yang betul-betul matured dan tak suka ambil tahu pasal orang lain, tak adalah setiap jam update di facebook perkara tak puas hati, mengutuk orang lain.
Setiap orang ada kelemahan jadi lebih baik perbaiki diri sendiri daripada sibuk nak kritik orang setiap masa.
Bak kata seseorang ni bila tahu perihal aku geram tentang makhluk ni, dia cakap:

"Orang kurang kasih sayang, tak payah kau nak hiraukan.Mungkin masa orang tua dia masih ada, dia anak manja, tak payah nak tengokkan adik dia, tak payah nak susahkan diri sendiri. Mungkin dia ada adik beradik abang kakak tapi semua dah kahwin. Jadi dia rasa macam dia soranglah tanggung semuanya. Bila jadi macam ni dia rasa dia cukup tough dan pandang semua orang tak sehebat dia."

Aku rasa ada betulnya teman aku cakap.Biarlah, lagipun tak ke mana sangat pun orang macam tu lebih-lebih burukkan orang,cakap besar dan mengaibkan orang, silap-silap haribulan dia yang kena balik.
Mak aku kata biar Tuhan balas, tak payah hiraukan mulut orang macam tu. Buang masa, masa kita kat dunia ni bukannya lama, sekejap je.
Its true! Dan sepatutnya kita enjoy dan bersyukur dengan apa yang ada dan kalau rasa tak cukup dengan apa yang ada, USAHA!

#Luahan perasaan di kala pagi Sabtu yang sejuk lagi nyaman dek rentetan hujan dari malam semalam lagi.

0 comments: