Tuesday, February 14, 2012

* =x *

Aku rasa buat sesiapa yang dah lama mengenali aku adalah sangat tak munasabah kalau aku boleh senyap dalam masa sehari suntuk tanpa berkata apa-apa kecuali aku sakit tekak, tak ada suara ataupun merajuk..
Tapi kalau perkara-perkara kat atas tu berlaku pun, mulut aku tetap juga gatal bercakap....
Namun kini anggaplah ianya munasabah sebab aku boleh senyap tak berbunyi duduk kat tempat aku depan PC ataupun di lab tanpa ada bunyi pun kecuali aku batuk atau pun tarik nafas dalam keadaan hidung tersumbat...
Orang yang nak membebel dengan aku pun tak ada feel dah nak bok bek bok bek kat aku...
Apa tidaknya, aku akan hanya pandang muka dia lalu aku hanya akan mengangguk atau menggeleng dan hanya menjawab apa yang aku tergeran nak jawab...
Aman hidup aku bila dengan kaedah ini manusia-manusia ni jadi malas nak banyak songeh dah...
Aku buat, aku rasa ok, aku submit...
Untuk asisstant aku pula, aku malas nak buang air liur banyak kali cakap tak ikut, aku tulis nota kat post it pad kat semua form diaorang hantar, sampai dia orang amend semua yang silap.
Tak pun aku compile semua aku bubuh dekat A4 satu stack...
Suka sangat kumpul banyak-banyak silap tak nak betulkan, itu je caranya...
Pepatah "sikit-sikit jadi bukit" tak boleh diaplikasikan pada kerja, nanti membukit kerja tu sendiri jadi tak syok...
Aku sekarang ni dalam keadaan tak ada perasaan nak bercakap dengan sesiapa...
Lebih selesa duduk senyap buat kerja, di rumah pun aku prefer untuk tengok tv, layan baca buku atau tidur..
Malas nak hirau sekeliling...
Cakap dan dengar apa yang perlu saja, set terus dalam kepala filter siap-siap di telinga...
Ada satu hari tu siap ada orang tanya aku sakit ke sebab sunyi sepi tapi hakikatnya aku dah mulakan amalan senyap sampai terbawa-bawa kat blog...
Blog pun senyap kan..Hehe...
Hari ni pun lebih banyak mode MUTE sebab tak berapa sihat...
Semalam MC selepas dah berbulan tak MC...
Sakit lama datang menyerang...Environment tak sihat....

#senyap tak bermakna mengiyakan kadang-kadang sengaja menguji kesabaran, kadang-kadang memujuk hati untuk lebih cekal, kadang-kadang sekadar untuk malas melayan...

0 comments: