Thursday, February 2, 2012

*Musim*

Musim apa?
Musim demam...

* Fever Area! *

Musim paling tak seronok tapi musim klinik penuh dan musim doktor-doktor jadi sibuk dan income pun mari...
Aku?
Dari CNY sampai sekarang suhu badan, tekak membengkak dan hidung meleleh asyik silih berganti...
Masa CNY sebiji limau tak berani nak sentuh sebab kompom lagi pasti tekak akan makin membengkak...
Diri digigih dan digagahkan untuk bangkit pergi kerja...
Tapi hari ni aku dah sunyi sepi tak buka mulut di opis ni...
Sakit tekak yang amat, mata dah memanas semula...
Ni semua gara-gara pembawa virus yang semakin ramai di opis ni...
Mudah sangat menjangkit pada aku...
Hari ni aku cakap yang perlu saja...
Ada yang buat suhu badan makin naik tapi malas aku nak layan...
Biarlah bunyi-bunyian tu semua berlalu mengikut angin...
Senang je aku sekarang, benda aku nak dengar aku dengar, benda aku tak nak dengar, tak nak ambil tahu, abaikan...
Biaq pi...Tak kuasa nak ambil pusing, buat sesak kepala saja...
Sekarang yang aku semangat ialah nak tunggu esok tengahari ada lion dance aka menambah lagi kuantiti isi sampul merah dan petangnya nak balik kampung bercuti rehatkan minda serta balas dendam nak tengok drama Gemersik Kalbu dan Bicara Hati online...
Biarlah novel dia dah aku baca khatam beberapa kali namun jalan cerita antara dalam novel dan drama adalah berbeda....
Dan kalau jadi weekend pergi holiday terus dengan family...
Hari-hari balik lewat dah tak sempat nak buat apa..
Terus tidur je kan...
Now, aku nak sambung buat kerja even aku tak ada semangat dah sebenarnya...

#Ada orang ajak aku pergi audition ON AIR dengan alasan aku kuat bercakap...Apa kes?

0 comments: