Tuesday, February 21, 2012

* Being A "Teacher" *


Teacher atau Guru atau Pendidik atau selalu kita panggil sebagai Cikgu bukanlah suatu perkataan yang asing dalam kehidupan seharian kita.
Istilah guru bukanlah hanya guru yang tersenarai dibawah Kementerian Pelajaran mahupun Kementerian Pengajian Tinggi mahupun di bawah Jabatan Agama Negeri sahaja malahan seorang ibu yang mendidik seorang anak juga boleh kita panggil guru malahan bila dilihat dan ditimbang semula, merekalah guru terbaik yang pernah kita ada.
Seorang trainer juga boleh dipanggil guru.
Dulu pernah terfikir tugas seorang guru adalah perkara paling simple, pergi sekolah mengajar, loceng bunyi keluar kelas ke kelas berikutnya, loceng panjang berbunyi kita dah boleh balik...
Cuti sekolah boleh rehat panjang...
Tapi ianya aku rasa tak semudah yang aku sangkakan..
Mungkin rakan-rakan yang menjadi pendidik sekarang akuinya..
Dulu pernah terdetik dan meluahkan rasa hati pada mak nak jadi pendidik tapi tahu tak apa mak aku kata?

"Huh, Along jadi cikgu? Alamat habis anak-anak murid semua 'dimakan' nanti"

Bukan apa, aku kalau mengajar adik aku pun bukanlah jenis yang suka orang main-main..
Pantang kita ajar lepas tu dia duk sibuk main-main mata melirik ke lain..
Lepas tu tak paham kena ulang-ulang lagi..Haish, tak hangin gitu?

Kini, aku bukanlah seorang guru namun aku adalah seorang trainer.
Adakalanya setiap orang yang kita trained pada setiap masa adalah berbeza dari segi  latar belakang pendidikan malahan keluarga di mana ianya semua boleh mempengaruhi apa yang mereka  akan absorb dari semua yang kita ingin sampaikan.
Adakalanya mungkin kita boleh lihat ada seorang peserta atau trainee kelihatan seperti seorang yang "terang hati" namun hakikatnya "gelap hati" begitulah juga sebaliknya.
Setiap orang juga mempunyai tahap kefahaman yang berbeda dan kita tak boleh assume semua orang sama.
Mungkin kalau di sekolah kita boleh nilai setiap pelajar secara rawak dengan melihat mereka dari kelas mana namun bila tiada pembahagian begini kita perlu ada inisiati sendiri untuk mencungkil trainee atau peserta kita dari golongan mana.
Kadang-kadang tak payah cungkil dah tertonjol sendiri...Hahaha...
Kenapa boleh tertonjol?
Apa taknya kalau ada yang mulut serupa murai tak berhenti-henti, tahulah macam mana trainee tu kan.
Dari kemuraian dia kita juga boleh tahu output yang dia bagi tu ada isi atau tak ada isi.
Adakalanya kalau yang diam-diam tu lebih berisi..
Mula-mula senyap tapi bila minta dia  keluarkan, sebiji-sebiji main points semua boleh dihuraikan.

Hari ni aku membebel karenah trainee pulak kan, bukan apa pun sebab aku baru dapat intern student lagi makanya banyaklah training kena buat.
Orang baru dalam team kami pun aku tak sudahkan lagi semua proposed training.
Semakin hari kena semakin bijak mengatur aktiviti harian dan mengawal emosi sebab bila longgokan kerja bertambah disamping kerja wajib sendiri makanya "jiwa kena kental".
Kental-kental pun jiwa ni bagai dah disental-sental rasanya dengan berus dawai, menanah je kekadang tapi tulah, masuk telinga kanan keluar telinga kiri sudah.
Tak payah simpan-simpan benda yang tak perlu.
Semakin banyak benda nak cover makanya semakin pening so bila pening pembebelan atau senang kata keluhan makin panjang kat sini.
Tapi ke mana pun kita pergi kita takkan lari daripada tanggungjawab samaada "belajar" atau "mengajar"

#Guru yang paling meninggalkan kesan adalah pengalaman dan perkara yang sudah berlalu

0 comments: