Tuesday, February 21, 2012

* Being A "Teacher" *


Teacher atau Guru atau Pendidik atau selalu kita panggil sebagai Cikgu bukanlah suatu perkataan yang asing dalam kehidupan seharian kita.
Istilah guru bukanlah hanya guru yang tersenarai dibawah Kementerian Pelajaran mahupun Kementerian Pengajian Tinggi mahupun di bawah Jabatan Agama Negeri sahaja malahan seorang ibu yang mendidik seorang anak juga boleh kita panggil guru malahan bila dilihat dan ditimbang semula, merekalah guru terbaik yang pernah kita ada.
Seorang trainer juga boleh dipanggil guru.
Dulu pernah terfikir tugas seorang guru adalah perkara paling simple, pergi sekolah mengajar, loceng bunyi keluar kelas ke kelas berikutnya, loceng panjang berbunyi kita dah boleh balik...
Cuti sekolah boleh rehat panjang...
Tapi ianya aku rasa tak semudah yang aku sangkakan..
Mungkin rakan-rakan yang menjadi pendidik sekarang akuinya..
Dulu pernah terdetik dan meluahkan rasa hati pada mak nak jadi pendidik tapi tahu tak apa mak aku kata?

"Huh, Along jadi cikgu? Alamat habis anak-anak murid semua 'dimakan' nanti"

Bukan apa, aku kalau mengajar adik aku pun bukanlah jenis yang suka orang main-main..
Pantang kita ajar lepas tu dia duk sibuk main-main mata melirik ke lain..
Lepas tu tak paham kena ulang-ulang lagi..Haish, tak hangin gitu?

Kini, aku bukanlah seorang guru namun aku adalah seorang trainer.
Adakalanya setiap orang yang kita trained pada setiap masa adalah berbeza dari segi  latar belakang pendidikan malahan keluarga di mana ianya semua boleh mempengaruhi apa yang mereka  akan absorb dari semua yang kita ingin sampaikan.
Adakalanya mungkin kita boleh lihat ada seorang peserta atau trainee kelihatan seperti seorang yang "terang hati" namun hakikatnya "gelap hati" begitulah juga sebaliknya.
Setiap orang juga mempunyai tahap kefahaman yang berbeda dan kita tak boleh assume semua orang sama.
Mungkin kalau di sekolah kita boleh nilai setiap pelajar secara rawak dengan melihat mereka dari kelas mana namun bila tiada pembahagian begini kita perlu ada inisiati sendiri untuk mencungkil trainee atau peserta kita dari golongan mana.
Kadang-kadang tak payah cungkil dah tertonjol sendiri...Hahaha...
Kenapa boleh tertonjol?
Apa taknya kalau ada yang mulut serupa murai tak berhenti-henti, tahulah macam mana trainee tu kan.
Dari kemuraian dia kita juga boleh tahu output yang dia bagi tu ada isi atau tak ada isi.
Adakalanya kalau yang diam-diam tu lebih berisi..
Mula-mula senyap tapi bila minta dia  keluarkan, sebiji-sebiji main points semua boleh dihuraikan.

Hari ni aku membebel karenah trainee pulak kan, bukan apa pun sebab aku baru dapat intern student lagi makanya banyaklah training kena buat.
Orang baru dalam team kami pun aku tak sudahkan lagi semua proposed training.
Semakin hari kena semakin bijak mengatur aktiviti harian dan mengawal emosi sebab bila longgokan kerja bertambah disamping kerja wajib sendiri makanya "jiwa kena kental".
Kental-kental pun jiwa ni bagai dah disental-sental rasanya dengan berus dawai, menanah je kekadang tapi tulah, masuk telinga kanan keluar telinga kiri sudah.
Tak payah simpan-simpan benda yang tak perlu.
Semakin banyak benda nak cover makanya semakin pening so bila pening pembebelan atau senang kata keluhan makin panjang kat sini.
Tapi ke mana pun kita pergi kita takkan lari daripada tanggungjawab samaada "belajar" atau "mengajar"

#Guru yang paling meninggalkan kesan adalah pengalaman dan perkara yang sudah berlalu

Tuesday, February 14, 2012

*Product's Packaging Design*

Office aku dah kosong, tinggal aku dengan sorang lagi budak Melayu yang baru join company kitarang ni...
Orang lain dah burrrrr balik cepat-cepat nak sambut Valentime kononnya...Tak apalah, bukan Muslim..
Tak usah nak pertikai dan persoalkan mereka...
Dulu pernah ada seorang mulut celupar ni cakap, kalau waktu Valentime tak pergi sambut, sesorang je, maksudnya orang tu looser...
Oh, silap! Aku rasa orang tu yang looser sebab dia tak boleh menghargai orang yang dia sayang setiap hari...
Nak hargai orang yang dia sayang nak kena ikut tarikh, apalah...

Aku ni kalau ikutkan hati nak burrrr balik juga, badan rasa tak best lagi tapi teringatkan ada benda aku hutang pada bos so aku stay back dulu...
Tadi kakak tiri pun sebelum balik dah tinggalkan "amanat"...
Mula-mula aku pelik bin ajaib jugalah tengok dia pack barang dia siap-siap, rupa-rupanya tahu juga dia balik awal tapi balik awal pun aku masih tak aman juga...
Company aku ada buat pertandingan ala-ala rekacipta, tak kira produk, packaging atau servis baru...
Untuk department aku,bos aku dengan segala hormat tak tanya apa semua dah submit nama aku pada HR untuk forward ke HQ...
Company kami ada 5 plant seluruh dunia dan company kami di Malaysia merupakan plant paling kecil sekali...
Masa aku tahu tu aku rasa diri ni dah macam kuman...Nasib baik department lain pun ada hantar juga penyertaan...
Aku memang tak mengharap pun dengan penyertaan aku sebab sangat simple...
Idea untuk design packaging...
Makanya buatlah sikit-sikit godeh di Mr.Google, buat survey dan yang refresh balik apa yang aku belajar dulu...
Dulu masa classmate sibuk ambil subjek nutrisi la, sensory la, aku malas nak cara...
Leceh kot sebab banyak repot berkebuk-kebuk nak kena buat...
Dengan segala hormat aku ambil subjek Packaging...
Dua semester layan benda tu sampai final project pun Packaging juga...
Tak banyak repot tapi banyak buat market survey yang betul-betul pergi supermarket...
Dan akhirnya sekarang aku juga banyak terjebak dengan benda-benda tu semua selain banyak layan benda-benda berkaitan produk Halal.
Membebel kan aku?
Aku ni blur dekat opis...
Hari ni baru masuk kerja ada benda yang buat aku rasa macam nak balik rumah, so banyak la membebel kat sini...
Lagipun dah lama tak membebel kat sini pun.....

#Doakan aku menang, boleh dapat iPhone 4S free..hehehe

* =x *

Aku rasa buat sesiapa yang dah lama mengenali aku adalah sangat tak munasabah kalau aku boleh senyap dalam masa sehari suntuk tanpa berkata apa-apa kecuali aku sakit tekak, tak ada suara ataupun merajuk..
Tapi kalau perkara-perkara kat atas tu berlaku pun, mulut aku tetap juga gatal bercakap....
Namun kini anggaplah ianya munasabah sebab aku boleh senyap tak berbunyi duduk kat tempat aku depan PC ataupun di lab tanpa ada bunyi pun kecuali aku batuk atau pun tarik nafas dalam keadaan hidung tersumbat...
Orang yang nak membebel dengan aku pun tak ada feel dah nak bok bek bok bek kat aku...
Apa tidaknya, aku akan hanya pandang muka dia lalu aku hanya akan mengangguk atau menggeleng dan hanya menjawab apa yang aku tergeran nak jawab...
Aman hidup aku bila dengan kaedah ini manusia-manusia ni jadi malas nak banyak songeh dah...
Aku buat, aku rasa ok, aku submit...
Untuk asisstant aku pula, aku malas nak buang air liur banyak kali cakap tak ikut, aku tulis nota kat post it pad kat semua form diaorang hantar, sampai dia orang amend semua yang silap.
Tak pun aku compile semua aku bubuh dekat A4 satu stack...
Suka sangat kumpul banyak-banyak silap tak nak betulkan, itu je caranya...
Pepatah "sikit-sikit jadi bukit" tak boleh diaplikasikan pada kerja, nanti membukit kerja tu sendiri jadi tak syok...
Aku sekarang ni dalam keadaan tak ada perasaan nak bercakap dengan sesiapa...
Lebih selesa duduk senyap buat kerja, di rumah pun aku prefer untuk tengok tv, layan baca buku atau tidur..
Malas nak hirau sekeliling...
Cakap dan dengar apa yang perlu saja, set terus dalam kepala filter siap-siap di telinga...
Ada satu hari tu siap ada orang tanya aku sakit ke sebab sunyi sepi tapi hakikatnya aku dah mulakan amalan senyap sampai terbawa-bawa kat blog...
Blog pun senyap kan..Hehe...
Hari ni pun lebih banyak mode MUTE sebab tak berapa sihat...
Semalam MC selepas dah berbulan tak MC...
Sakit lama datang menyerang...Environment tak sihat....

#senyap tak bermakna mengiyakan kadang-kadang sengaja menguji kesabaran, kadang-kadang memujuk hati untuk lebih cekal, kadang-kadang sekadar untuk malas melayan...

Thursday, February 2, 2012

*Musim*

Musim apa?
Musim demam...

* Fever Area! *

Musim paling tak seronok tapi musim klinik penuh dan musim doktor-doktor jadi sibuk dan income pun mari...
Aku?
Dari CNY sampai sekarang suhu badan, tekak membengkak dan hidung meleleh asyik silih berganti...
Masa CNY sebiji limau tak berani nak sentuh sebab kompom lagi pasti tekak akan makin membengkak...
Diri digigih dan digagahkan untuk bangkit pergi kerja...
Tapi hari ni aku dah sunyi sepi tak buka mulut di opis ni...
Sakit tekak yang amat, mata dah memanas semula...
Ni semua gara-gara pembawa virus yang semakin ramai di opis ni...
Mudah sangat menjangkit pada aku...
Hari ni aku cakap yang perlu saja...
Ada yang buat suhu badan makin naik tapi malas aku nak layan...
Biarlah bunyi-bunyian tu semua berlalu mengikut angin...
Senang je aku sekarang, benda aku nak dengar aku dengar, benda aku tak nak dengar, tak nak ambil tahu, abaikan...
Biaq pi...Tak kuasa nak ambil pusing, buat sesak kepala saja...
Sekarang yang aku semangat ialah nak tunggu esok tengahari ada lion dance aka menambah lagi kuantiti isi sampul merah dan petangnya nak balik kampung bercuti rehatkan minda serta balas dendam nak tengok drama Gemersik Kalbu dan Bicara Hati online...
Biarlah novel dia dah aku baca khatam beberapa kali namun jalan cerita antara dalam novel dan drama adalah berbeda....
Dan kalau jadi weekend pergi holiday terus dengan family...
Hari-hari balik lewat dah tak sempat nak buat apa..
Terus tidur je kan...
Now, aku nak sambung buat kerja even aku tak ada semangat dah sebenarnya...

#Ada orang ajak aku pergi audition ON AIR dengan alasan aku kuat bercakap...Apa kes?