Tuesday, January 10, 2012

* Perokok & Rokok *

* Merokok Membahayakan Kesihatan *

Mesti setiap seorang dari kita biasa nampak gambar kat atas ni...
Aku rasa siap ada yang tak sanggup nak tengok kan?
Betul tak?
Itulah gambar atau imej yang diletakkan pada belakang kotak rokok yang dipasarkan di Malaysia..
Nampak mengerikan tapi makhluk bernama perokok takkan mengendahkan semua tu..
Aku pun tak paham kenapa...
Mungkin pada perokok-perokok ni merokok itu dapat lepaskan stress, ada yang merokok sebab nak nampak stylo (boleh blah!), ada yang merokok sebab kata nikmat (nanti dah sakit baru ko tau nikmat sihat)....
Macam-macam alasan yang boleh didengar bila disuruh berhenti merokok...
Aku tak pernah tahu apa rasa rokok tu dan yang pasti aku tak pernah ada keinginan nak rasa tapi aku memang tak boleh tahan dengan asap rokok dan juga bau perokok...
Pada aku bau asap dan perokok tu busuk...
Sorry to say...
DAlam family aku, ayah dan adik lelaki aku juga alhamdulillah tak merokok hanya pakcik dan sepupu dan juga anak sepupu yang ada merokok....

Kenapa aku nak cerita pasal perokok hari ini?
Semua ni disebabkan pagi ni aku tengok staf aku yang makan terkocoh-kocoh waktu minum pagi...
Setiap operator level diberi masa rehat satu jam sama dengan management tetapi masa rehat mereka dibahagikan kepada 3 kali...
15minit pagi dan petang untuk waktu minum dan 30minit untuk makan tengahari...
Masa minum atau rehat lain akan diberikan apabila mereka bekerja lebih masa...
Berbalik pada kisah asal, aku hanya memerhatikan mereka sewaktu aku di cafe..
Makan terkocoh-kocoh lepas tu berdesup ke tempat khas yang disediakan untuk merokok di satu kawasan...
Kalau masa bulan puasa bila kena kerjka lebih masa lagi best gelagat dia orang ni...
Petang waktu diberi pelepasan untuk beli makanan berbuka, dia orang adalah beli tak pun makanan ada disediakan oleh pihak management (kalau memang kerja lebih masa yang agak lewat ke malam) tapi makan masa bila aku pun kadang-kadang hairan sebab bila waktu buka boleh sambar air dengan rokok dulu...

Pasal bab sambar air dengan rokok ni bukan setakat staff tempat aku ni kerja je aku pernah nampak malahan dulu-dulu masa berkawan dengan orang yang merokok dan bila keluar kena waktu buka tak sempat sampai makanan yang dipesan, memang rokok depa bantai dulu...
Air tak ada pun tak apa...
Tak paham aku...
Bila batuk, sakit tekak semua alasan cuaca panas tambah-tambah bulan puasa kurang minum air...
Ni contoh terdekat dengan aku sekarang, staff aku yang dok terbatuk-batuk tapi aku perhati rokok setiap hari memang wajib letak kat bibir...
Dah sakit pun tak ingat-ingat lagi....
Lepas tu nanti sakit lain pun jadi bagai-bagai...
MC lah, nak cuti jumpa specialistlah...
Macam-macam!

Ada juga satu perkara yang aku rasa semua orang pun pertikai sama...
Kempen rokok membahayakan kesihatan bertepek-tepek, iklan tu bukan mahal ye kawan-kawan...
Makan banyak duit, bajet untuk setiap iklan adalah sangat tinggi tak kira dengan cara ap media pun kecuali media cetak bernama surat khabar hitam putih buat bungkus nasi lemak tu (tu pun ada kos juga)..
Imej belakang kotak rokok tu, peringatan dari pihak berwajib, tapi masih juga jual rokok ni..
Aku rasa kalau rokok diharamkan, tak ada orang mati tak merokok..
Malahan peratusan orang mati sebab hisap rokok lagi ramai..
Atau mungkin bila diharamkan takut ada orang mati gaduh pasal rokok? Sigh...
Tapi kesimpulan yang aku boleh buat kenapa rokok tak diharamkan ialah kilang rokok bayar cukai antara yang tertinggi sama seperti kilang arak dan pusat perjudian...
Jeng, jeng, jeng...

#Membebel pula aku kan pasal rokok hari ni....Ni semua pasal budak-budak ni lah..Tiba-tiba juga aku teringat roomate aku masa belajar dulu yek, deria bau aku sangat tajam so dia pula merokok, tak nak kantoi dia spray air freshener satu bilik kita orang..LOL

2 comments:

Che Kasih said...

cis sempat mengumpat.. patut la macam terpanggil nak baca blog budak ni..

Min Min said...

Dear che kasih,
1 simple Q:
Are u smoker?