Wednesday, January 25, 2012

*.....*

Dah lama aku tak menulis,
Pagi ni aku gatal nak menaip sesuatu,tak tahu datang dari mana semangat ni walaupun hakikatnya jam dah menunjukkan pukul 2 pagi...Selepas Isyak nanti aku akan pulang ke SP...
Ikutkan hati memang nak sambung cuti hingga ke hujung minggu menghabiskan masa dengan famili tapi lagi lama aku duduk di kampung makin banyak yang aku menungkan...
Sekurang-kurangnya bila aku kerja aku takkan ingat apa yang membuatkan aku termenung...
Hidup mati ajal maut jodoh pertemuan semua ditangan Tuhan...
Selalu dengar ayat tu, aku sentiasa sematkan dalam kepala ni...
Tapi semua tu adakalanya buat aku tertanya-tanya...
Terkenang-kenag, teringatkan benda yang dah lepas dan apa akan terjadi...
Hahaha, bunyi macam serius sangat pula...
Ni semua penangan layan drama dengan filem adaptasi novel la ni...
Aku seorang peminat novel dari zaman persekolahan lagi, malah sampai ke hari ini namun mungkin masa saja yang membezakan peluang aku membaca...
Dulu boleh saja bila-bila masa nak baca asalkan homework atau assignment atau study dah settle...
Sekarang bukan macam dulu,balik kerja dah letih baca sikit terus tertidur...
Masa-masa cuti panjang rehat di kampung yang tenang sajalah aku dapat peluang buat hobi aku tu...
Kembali pada kisah drama dan filem,tak perlu aku sebutkan pasti semua boleh mengagak apa cerita yang aku perkatakan...
Cerita-cerita ni aku tonton, aku layan dan aku nilai...
Semuanya terjadi dalam kehidupan kita samaada kita tahu, sedar ataupun tidak...
Walaupun kisah adaptasi ni kadangkala tidak sebulat sebiji dari dalam novel...
Itu aku tak kisah sebab ada sebab semua tu...
Semua bagi pengajaran, malahan kalau kisah-kisah novel ni tak dijadikan drama atau filem aku masih boleh ingat setiap kisahnya...
Mungkin aku pernah kata, hidup bukan macam kisah novel..
Semuanya happy ending tapi tanpa kehidupan seharian ni takkan timbul kisah-kisah novel ni semua...

Aku sangat melalut,semua ni penangan cerita ni semua...
Apapun dikesempatan ini, aku just nak mendoakan insan-insan yang aku kenali berbahagia hingga akhir hayat...

(Tiba-tiba...aku tak tahu kenapa tapi aku lega...=P )
Sent from my BlackBerry® Smartphone

0 comments: