Sunday, January 8, 2012

* Auto Answer *

Aku paling bengang spesis manusia yang malas angkat gagang telefon...
Manusia macam ni boleh kita kesan semasa dalam opis, telefon diarang siap-siap dah tekan auto answer dan juga intercom....
Entah apa-apa ok...
Lagi sengal ada yang nampak nombor atau nama yang naik dan diarang tak nak angkat panggilan tu, dia boleh biar telefon tu menjerit-jerit buat satu opis bingit...
Ada pula yang tau telefon partner atau team depa bising, tak reti-reti tolong jawabkan...
Nak juga orang lain dari function lain yang tak tahu apa-apa pasal kerja depa angkatkan...

Tapi ni nak cerita pasal kes pertama tu la paling tak boleh blah,kalau weekend aku duduk opis sorang-sorang tiba-tiba dengar suara berbunyi kat belakang aku...
Macam mongok betul...
Terkejut aku, nasib baik tak ada sakit jantung....
Apa taknya dalam opis sorang-sorang tiba-tiba ada orang bercakap, mahunya tak tersirap kejap, bertukar muka jadi kelabu kau...
Ini kejadian sebenar yang berlaku baru saja beberapa minit yang lepas...
Aku dahla kena sakit perut saja dua tiga hari ni, tapi hari ni perut aku paling meragam....
Dalam tahan sakit perut lagi, tahan kecut perut terkejut lagi...
Hampagas betullah....
* Telefon di opisku tidaklah seantik ini yang boleh membuatkan orang rasa tambah-tambah horror..=P*
#Aku nak siapkan kerja tapi perutku meragam...inilah masa take 5..=P

0 comments: