Wednesday, January 25, 2012

*.....*

Dah lama aku tak menulis,
Pagi ni aku gatal nak menaip sesuatu,tak tahu datang dari mana semangat ni walaupun hakikatnya jam dah menunjukkan pukul 2 pagi...Selepas Isyak nanti aku akan pulang ke SP...
Ikutkan hati memang nak sambung cuti hingga ke hujung minggu menghabiskan masa dengan famili tapi lagi lama aku duduk di kampung makin banyak yang aku menungkan...
Sekurang-kurangnya bila aku kerja aku takkan ingat apa yang membuatkan aku termenung...
Hidup mati ajal maut jodoh pertemuan semua ditangan Tuhan...
Selalu dengar ayat tu, aku sentiasa sematkan dalam kepala ni...
Tapi semua tu adakalanya buat aku tertanya-tanya...
Terkenang-kenag, teringatkan benda yang dah lepas dan apa akan terjadi...
Hahaha, bunyi macam serius sangat pula...
Ni semua penangan layan drama dengan filem adaptasi novel la ni...
Aku seorang peminat novel dari zaman persekolahan lagi, malah sampai ke hari ini namun mungkin masa saja yang membezakan peluang aku membaca...
Dulu boleh saja bila-bila masa nak baca asalkan homework atau assignment atau study dah settle...
Sekarang bukan macam dulu,balik kerja dah letih baca sikit terus tertidur...
Masa-masa cuti panjang rehat di kampung yang tenang sajalah aku dapat peluang buat hobi aku tu...
Kembali pada kisah drama dan filem,tak perlu aku sebutkan pasti semua boleh mengagak apa cerita yang aku perkatakan...
Cerita-cerita ni aku tonton, aku layan dan aku nilai...
Semuanya terjadi dalam kehidupan kita samaada kita tahu, sedar ataupun tidak...
Walaupun kisah adaptasi ni kadangkala tidak sebulat sebiji dari dalam novel...
Itu aku tak kisah sebab ada sebab semua tu...
Semua bagi pengajaran, malahan kalau kisah-kisah novel ni tak dijadikan drama atau filem aku masih boleh ingat setiap kisahnya...
Mungkin aku pernah kata, hidup bukan macam kisah novel..
Semuanya happy ending tapi tanpa kehidupan seharian ni takkan timbul kisah-kisah novel ni semua...

Aku sangat melalut,semua ni penangan cerita ni semua...
Apapun dikesempatan ini, aku just nak mendoakan insan-insan yang aku kenali berbahagia hingga akhir hayat...

(Tiba-tiba...aku tak tahu kenapa tapi aku lega...=P )
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Friday, January 20, 2012

* Kahwin *

Apa aku jumpa hari ni:

"Janganlah kamu yang sudah berkahwin mempersendakan pada mereka yang belum berkahwin...
Janganlah kamu berbangga sudah berkahwin kepada mereka yang belum berkahwin...
Kerana mereka yang belum berkahwin itu Allah telah mengaturkan jodohnya yang baik-baik...
Dan mereka yang belum berkahwin itu, Allah telah mencintainya dan bukan sebarangan orang yang boleh menyentuh hatinya...."

Cukup ringkas dan padat, kalau yang tak paham maksud tu masih nak continue lagi, silakanlah...
Malas nak layan...
Mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang ni susah nak kata, takkan nak tampal cellophane tape...
Apa yang penting kita sendiri happy dan tak menyusahkan orang...
Tak oayah nak hirau...

* Sempena hari pernikahan mereka (Ally Iskandar & Farah Lee ) hari ini, so ku saja attachkan gambar mereka ehsan dari GOOGLE.. =) *

#Mood balik ke kampung lebih tinggi berbanding mood kerja...Tak sabar nak bercuti since dah kerja straight dari new year...Honestly aku dah tak berapa ingat hari apa bertukar setiap hari...Now badan di opis tapi jiwa tak tahu ke mana dah..Haha

Tuesday, January 10, 2012

* Perokok & Rokok *

* Merokok Membahayakan Kesihatan *

Mesti setiap seorang dari kita biasa nampak gambar kat atas ni...
Aku rasa siap ada yang tak sanggup nak tengok kan?
Betul tak?
Itulah gambar atau imej yang diletakkan pada belakang kotak rokok yang dipasarkan di Malaysia..
Nampak mengerikan tapi makhluk bernama perokok takkan mengendahkan semua tu..
Aku pun tak paham kenapa...
Mungkin pada perokok-perokok ni merokok itu dapat lepaskan stress, ada yang merokok sebab nak nampak stylo (boleh blah!), ada yang merokok sebab kata nikmat (nanti dah sakit baru ko tau nikmat sihat)....
Macam-macam alasan yang boleh didengar bila disuruh berhenti merokok...
Aku tak pernah tahu apa rasa rokok tu dan yang pasti aku tak pernah ada keinginan nak rasa tapi aku memang tak boleh tahan dengan asap rokok dan juga bau perokok...
Pada aku bau asap dan perokok tu busuk...
Sorry to say...
DAlam family aku, ayah dan adik lelaki aku juga alhamdulillah tak merokok hanya pakcik dan sepupu dan juga anak sepupu yang ada merokok....

Kenapa aku nak cerita pasal perokok hari ini?
Semua ni disebabkan pagi ni aku tengok staf aku yang makan terkocoh-kocoh waktu minum pagi...
Setiap operator level diberi masa rehat satu jam sama dengan management tetapi masa rehat mereka dibahagikan kepada 3 kali...
15minit pagi dan petang untuk waktu minum dan 30minit untuk makan tengahari...
Masa minum atau rehat lain akan diberikan apabila mereka bekerja lebih masa...
Berbalik pada kisah asal, aku hanya memerhatikan mereka sewaktu aku di cafe..
Makan terkocoh-kocoh lepas tu berdesup ke tempat khas yang disediakan untuk merokok di satu kawasan...
Kalau masa bulan puasa bila kena kerjka lebih masa lagi best gelagat dia orang ni...
Petang waktu diberi pelepasan untuk beli makanan berbuka, dia orang adalah beli tak pun makanan ada disediakan oleh pihak management (kalau memang kerja lebih masa yang agak lewat ke malam) tapi makan masa bila aku pun kadang-kadang hairan sebab bila waktu buka boleh sambar air dengan rokok dulu...

Pasal bab sambar air dengan rokok ni bukan setakat staff tempat aku ni kerja je aku pernah nampak malahan dulu-dulu masa berkawan dengan orang yang merokok dan bila keluar kena waktu buka tak sempat sampai makanan yang dipesan, memang rokok depa bantai dulu...
Air tak ada pun tak apa...
Tak paham aku...
Bila batuk, sakit tekak semua alasan cuaca panas tambah-tambah bulan puasa kurang minum air...
Ni contoh terdekat dengan aku sekarang, staff aku yang dok terbatuk-batuk tapi aku perhati rokok setiap hari memang wajib letak kat bibir...
Dah sakit pun tak ingat-ingat lagi....
Lepas tu nanti sakit lain pun jadi bagai-bagai...
MC lah, nak cuti jumpa specialistlah...
Macam-macam!

Ada juga satu perkara yang aku rasa semua orang pun pertikai sama...
Kempen rokok membahayakan kesihatan bertepek-tepek, iklan tu bukan mahal ye kawan-kawan...
Makan banyak duit, bajet untuk setiap iklan adalah sangat tinggi tak kira dengan cara ap media pun kecuali media cetak bernama surat khabar hitam putih buat bungkus nasi lemak tu (tu pun ada kos juga)..
Imej belakang kotak rokok tu, peringatan dari pihak berwajib, tapi masih juga jual rokok ni..
Aku rasa kalau rokok diharamkan, tak ada orang mati tak merokok..
Malahan peratusan orang mati sebab hisap rokok lagi ramai..
Atau mungkin bila diharamkan takut ada orang mati gaduh pasal rokok? Sigh...
Tapi kesimpulan yang aku boleh buat kenapa rokok tak diharamkan ialah kilang rokok bayar cukai antara yang tertinggi sama seperti kilang arak dan pusat perjudian...
Jeng, jeng, jeng...

#Membebel pula aku kan pasal rokok hari ni....Ni semua pasal budak-budak ni lah..Tiba-tiba juga aku teringat roomate aku masa belajar dulu yek, deria bau aku sangat tajam so dia pula merokok, tak nak kantoi dia spray air freshener satu bilik kita orang..LOL

Sunday, January 8, 2012

* Auto Answer *

Aku paling bengang spesis manusia yang malas angkat gagang telefon...
Manusia macam ni boleh kita kesan semasa dalam opis, telefon diarang siap-siap dah tekan auto answer dan juga intercom....
Entah apa-apa ok...
Lagi sengal ada yang nampak nombor atau nama yang naik dan diarang tak nak angkat panggilan tu, dia boleh biar telefon tu menjerit-jerit buat satu opis bingit...
Ada pula yang tau telefon partner atau team depa bising, tak reti-reti tolong jawabkan...
Nak juga orang lain dari function lain yang tak tahu apa-apa pasal kerja depa angkatkan...

Tapi ni nak cerita pasal kes pertama tu la paling tak boleh blah,kalau weekend aku duduk opis sorang-sorang tiba-tiba dengar suara berbunyi kat belakang aku...
Macam mongok betul...
Terkejut aku, nasib baik tak ada sakit jantung....
Apa taknya dalam opis sorang-sorang tiba-tiba ada orang bercakap, mahunya tak tersirap kejap, bertukar muka jadi kelabu kau...
Ini kejadian sebenar yang berlaku baru saja beberapa minit yang lepas...
Aku dahla kena sakit perut saja dua tiga hari ni, tapi hari ni perut aku paling meragam....
Dalam tahan sakit perut lagi, tahan kecut perut terkejut lagi...
Hampagas betullah....
* Telefon di opisku tidaklah seantik ini yang boleh membuatkan orang rasa tambah-tambah horror..=P*
#Aku nak siapkan kerja tapi perutku meragam...inilah masa take 5..=P

* Angry Bird *

Semalam aku lunch dengan opismate, perkara biasa bila kena kerja pada hujung minggu...
Bila keluar dengan opismate yang seorang ni, dia gila white coffee makanya semalam kami menjengah ke Pak Li sebab ada barang sekali nak dicari di kedai berdekatan...
Apa yang tak boleh kami tahan sewaktu duduk sahaja di satu meja ialah apabila si cashier dan juga merangkap shift manager dia greet kami berdua...
Dia angkat muka dan tersenyum saja kami berdua pandang muka sesama sendiri...
Terus tunduk melihat menu didepan kami...

Bila kami kerling ke arah ruangan cashier, shift manager yang greet kami dah tak ada...
Makanya satu ayat yang serupa terhambur dari mulut kami :

"Angry Bird on duty! "

Inilah hobi kami berdua jika keluar ke mana-mana...
Mulut diam tapi mata memerhati sekeliling kami sambil online....
Bukan disengajakan tapi dah memang terang dan nyata...
Aku namakan shift manager tu sebagai SM...
SM ni pakai eye shadow dan eye liner sebiji warna angry bird...
Dia pakai tudung hitam dan tepi dilipat bulat mengikut bentuk wajahnya yang agak bulat...
Eye shadow merah menyala dan eyeliner hitam tebal....
Sampai ke opis kami asyik terbawa-bawa bercerita pasal Angry Bird jelmaan tu...
Opismate aku  siap cakap:

" Kalau staff dia buat dia marah mesti serupa macam Angry Bird kan?"

Hahaha, what an imagination!
Bukan nak mengumpat tapi ternampak kenyataan yang nyata ...huhu

* Ehsan dari GOOGLE...Bukan SM sebenar...Haha *


#Aku ni tau je mana satu gambar Angry Bird tapi sumpah tak pernah tengok atau main pun game ni even anak sepupu aku yang baru berapa tahun tu pun reti main dok cerita pada aku..

Saturday, January 7, 2012

*Opening of 2012*

Tahun baru 2012 tak ku sambut beriya pun...
Duduk dekat rumah parents dan melepak dengan adik-adik tu pun mujur adik Ngah ada dekat rumah sebab dia balik outstation dan lepas kena buat kerja breakdown..
Kalau tak jangan harap dapat kumpul dengan dia "bergaduh" sekali...
Masuk kerja pun lambat sehari dari orang lain...
Tapi lambat-lambat masuk kerja sehari, ni dia aku sekarang duk terpacak dekat opis...
Start kerja tahun 2012 on 4th January tapi aku akan hanya akan dapat bercuti semula pada 21th January....
Kena kerja 7hari seminggu sampailah Chinese New Year...
Kau hado?
Kalau beberapa bulan yang dah lepas even balik jejak rumah dekat pukul 11pm, weekend adalah rehat, tapi bukan January....

Ada bercerita dengan mak kena kerja non stop without weekend , mak nasihat:

"Rezeki tu, orang lain tak dapat...Orang dah bagi kepercayaan jadinya amanah tu kita kena jaga"

Think positive ye kawan-kawan...
Penat memang penat tapi nanti dapat payment claim sendiri juga boleh hungga-hungga...=P
Bukan nak menulis sangat sekarang ni tapi mataku sudah mengantuk disebabkan opisku sangatlah sunyi sepi macam malaikat lalu (ayat masa sekolah rendah dulu)...
Aku nak tunggu pukul 3 jenuhlah....
Terpaksa balik lewat sebab aku kena datang lewat sikit untuk cover hold day running batches...
Pagi ada mamat sotong datang sekejap tolong tengok-tengokkan...
Orang baru mai dok langut je buat masa ni, tak tau apa lagi...
Kena explain dok mengajar sebutir-sebutir dulu.....
Nanti bila dia dah khatam semua, rehatlah sikit...

#Sampai di sini saja, next time ada masa ku menulis lagi....

Wednesday, January 4, 2012

*Azam 2012*

Selamat Tahun Baru 2012!
Dah hari ke empat baru nak buat entry...Hahaha...
Selalunya tahun baru akan diiringi azam baru tapi bukan untuk aku...
Setiap hari kena ada goals kan...
Tapi disebabkan New Year kali ni aku dah tersadai beberapa hari sebelum dan selepas di kampung halaman disamping berjalan-jalan bersama family,makanya adalah soalan yang asyik diulang-ulang olah adik bongsuku.

"Apa azam Along untuk tahun baru 2012?"

Soalan ni diulang banyak kali ye selagi aku tak jawab..
Almaklumlah budak-budak sekolah lagi-lagi budak sekolah rendah yang guru-gurunya memupuk semangat tanam azam tahun baru.

Aku dah naik bosan makanya dengan segala hormat aku bagi jawapan cantik ni:

"Along punya azam tahun, nak cari abang ipar untuk adik dengan Ngangah"

Terus tersengih dan diam sampai semalam masa aku nak balik soalan tu tak diulang lagi dari mulut dia...
Mujur mak tak dengar apa aku jawab kalau tak mesti mak buat nasi tambah lagi..Huhu..
Bukan apa sebab mak dah makin kerap berbunyi cakap pasal kawan-kawan aku semua dah kahwin...
Aku tak tahu nak jawab apa, buat muka selenga je la..
Calon tu tak ada mak...
Nak buat macam mana....
Bukan tak usaha, usaha dah...Allah nak bagi chance pada aku menyumbang pada family dulu lah tu...
Think positive...
Nanti kalau dah kahwin mana boleh dah nak balik sesuka hati,balik kampung pun kena bergilir-gilir dah..
Kalau dapat sekampung pun, rumah bukan sekali kan...
Kalau dah kahwin, nak huhahuha pun kena ada limit...
Sekarang sesuka hati aku nak berbelanja untuk family...
Fikir-fikirkan....

* The latest ME*
# Life kita kena sentiasa ada goals, tak ada goals sia-sia...