Wednesday, December 19, 2012

* Aku, Dia & Tong Sampah*

Habislah aku...Sampai sekarang mata tak boleh lelap lagi..
Tadi cuba untuk tido tak boleh so aku melayanlah cerita Aku,Dia & Tong Sampah lakonan Beto Kusyairi (Nama lebih kurang Angah-> Huzairi) dan Siti Saleha...
Sweet story tapi ingat, tu cerita ye...Dalam alam nyata belum tentu lagi...
Lama dan ramai dah kot orang lain tengok cerita ni tapi bagi aku yang terhegeh-hegeh ni baru pagi ni tertengok sebab mata memang tak boleh lelap...
Tak tahu macam mana aku nak bangun pergi kerja nanti...
Kalau tak tido kompom aku tak boleh kerja..Sekarang tak macam dulu, tak tido selamba badak lagi boleh kerja macam biasa...Adakah ini tanda-tanda penuaan? Hahaha....mengaku sajalah faktor usia...
Back to the story.Aku sekarang minat gila denan Beto...
Pasal apa? Pasal watak yang dia bawa sekarang semakin sweet...Hehehe...Muka biasa-biasa saja dan mungkin boleh dikatakan ganas kot tapi dalam hati ada taman....
He got his own karismalah...
Beto sekarang banyak watak suka nasihat orang, bawa ke arah yang positif dalam nada bersahaja...
I like this type of guy..Hehehe....


Don't think it as membebel but nasihatttttttt....
Dulu masa Beto berlakon cerita apa entah yang ada Johan Ashaari jadi Botak tu dulu aku tak follow pun cerita tu...Cerita Juvana ke? Correct me if I'm wrong sebab kerja macam aku tak sesuai kot follow series movie dulu...
Sekarang follow sebab dah boleh tengok online so anytime aku boleh buka semula....
About watak Beto, dalam Istanbul Aku Datang pun aku suka...
Ada one sentence dia bagi pada Lisa Surihani tapi aku tak dapat ingat secara tepat yang bermakna kalau dah semadi jadi darah daging memang susah ke apa macam tu...
Sangat mendalam maksud....Maaf aku memag tak ada effort nak ingat dialog ni semua....
Dalam cerita Aku Mahu Terbang, pun banyak dialog yang rasa macam hummmmmm...hehehe

*Banyak lagi kot cerita mamat ni yang aku tengok dan terlepas tapi memang dia karisma dia tersendiri*
Ni update pun sebab tengah melting lagi tengok Beto ni...
Yes, Beto after Aaron Aziz as Adam Mukhriz...

#MasyaAllah, nak jadi apalah aku ni....Kerja malas, baca novel, bloging dan online movie semakin rajin dan tadi hampir terjebak dengan dengan online shopping...Any suitable job for a person with the hobbies like me? huhuhu

Tuesday, December 18, 2012

*School Opening Preparation*

Nawaitu buka lappy ni seawal jam 8 lebih tadi kononnya nak buat kerja sebab hari ni balik awal so adalah bawa balik kerja tapi nan hado dibuatnya dengan Cik Min ni.
Need to avoid myself from on the tv during doing my work.
Hasilnya rancangan di tv lagi menarik dari buat kerja. Lepas tu pula khayal-khayal dah nak mula pula series yang aku follow - Adam Hawa....Alamat memang bye2 my work!
Dan sekarang dah tersidai atas katil survey benda sikit continue with bloging.
Hari ni pecah rekod balik awal but till this minute aku duk rumah sesorang. No sign showing my housemate dah balik....Huhuhu...Bosan, mulut gatal nak bercakap but talking with who?
Nak membebel sesorang karang macam orang sewel pula...
Tadi call Puan Puteri, gosip, chit chat than tweet2 dengan orang kampung, lepas tu messaging dengan mak...
Habis-habis lepas tu senyap semua, aku blurrrrrrrr....
Ah sudah! meroyan sesorang tak tahu nak buat apa....This entry adalah entry merepek...Hahaha...

Weekend ada orang yang berbaik hati nak ajak pergi cuti-cuti Malaysia (tq to Pn.Aishah due to pelawaku) tapi aku tak dapat join kot sebab diarang bertolak hari Jumaat.
I'm still working on this Friday dan tak berani nak EL lagi sebab nanti terbeliak mata kakak tiri...Huhuhu
May be after work aku akan gerak balik ke kampung. Got something nak diusahakan dan mak dah dok remind banyak kali sebab lama dah kot benda ni dibiarkan dan mak takut akan melarat dan akhirnya impact will come back to me.
InsyaAllah tak ada apa-apa. All is gonnabe ok.
Balik kampung kali ni bolehla aku menyambil buat tudung sekolah adik dan beli beg sekolah dia.
Persiapan yang lain settle dah...Kain baju dia aku dah belikan awal-awal masa Jakel buat sales hari tu so mak pun dah hantar pergi tailor.
Bukan tak mahu beli ready made tapi disebabkan saiz dia yang menonjang dan keding, susah nak cari baju yang rasa selesa untuk dia.
Kisah beli kasut sekolah yang aku rasa paling sadis sebab kaki dia ni lagi panjang dari kaki aku.
Kasut dia, selipar dia semua lagi besar dari aku punya.

* See, 1st design kasut yang dipegangnya masuk-masuk area kasut adalah spesis kasut tak ada tali!*
So that masa cari kasut, dia ni spesis tak suka pakai kasut bertali, jenis pemalas jadinya carilah kasut yang nak sarung je tapi semua tak ada saiz besar.
Jadi bahan sekejap budak seorang ni msa cari kasut. Bukan setakat tak ada saiz, kasut atau stokin yang dia pakai selalu cepat jahanam.



* Semua tak muat! Nak saiz besar sikit lagi!..Dush! Kak Long ko rasa dik...Kaki panjang betul...*
 Just bought her a new shoes untuk pergi jejalan in last few month, balik baru-baru ni aku tengok dah terkopak dan dia dah sarung kasut aku yang aku tinggalkan kat kampung dannnnnn kasut tu pun dah regang dan meretas even fabrik kasut tu jenis memeri...
Aku bagitahu pada mak, we should by her a safety shoes je. Lagi best biar besi berat setambung...Hahaha

Bila dah kerja macam sekarang dan adik yang bersekolah ada seorang je, aku rasa macam aku pula balik bersekolah sebabnya masa beli barang aku yang kena remind her this and that.
Masa aku dulu, pergi cari sendiri kecuali kasut dan baju.
Tapi tak apalah, aku pun tak kisah...Bila lagi masa aku nak senangkan mak.Akan datang tak tahu lagi.
Selain tu, masa keluar cari barang adik, budak-budak lain mak bapak yang dok sibuk jerit kat anak-anak diarang suruh try baju kasut semua, adik aku pula Kak Long dia yang dok jerit-jerit bebel...
Mak? Cool je sebab dia tahu adik aku akan follow aku cakap..Mak aku cakap nanti dia banyak songeh.
Ni baru adik seorang, aku terfikir orang lain yang ramai adik beradik tu macam manalah, tak pun parents yang ramai anak..huhuhu
Mahu terkeluar anak tekak dan kering poket (kalau gaya cari barang macam aku buat)...hehehe
Tapi tak apalah, adik pun kan nak bertukar angin dah dari sekolah rendah ke sekolah menengah.

* Cari stationary ni aku tak boleh tahan...Call membe tanya "kita nanti pakai pen ke pensil?"  Ko dik, Kak Long ko ni tiba dekat dengan ko dengar ayat tu rasa macam nak tergolek terus...Alahai, tahulah kakaknya dah lama tinggal sekolah tapi tak agak-agak*

Bab yuran selalunya Angah tolong clearkan. Bagi-bagi sama-sama. Dulu masa kitarang sekolah kitarang tak ada abang or kakak. Now is different.
Mak selalu pesan pada adik, untung dia semua orang dah sponsor tak payah penng-pening, kalau belajar tak betul-betul, tak ingat orang tua, tak tahulah mak kata...huhuhu
Jawapan dia? Buat muka slumber atau "IYELAHHHHH"


* candid picture by Adik walaupun blur tapi aku suka sebab aku rasa happy masa ni siap dapat minum chatime sesorang walaupun hati tu sebenarnya rasa berdebar since Jumaat tak tahu disebabkan apa...*

#Till here bebel...Aku rasa nak tidur even baju kerja minggu ni langsung tak ada yang bergosok sebab dah berapa minggu tak ada di sini....Nasiblah esok..LAZY MOOD already ON ni payah...

Monday, December 17, 2012

*Gundah Gulana*

Dalam bulan terakhir tahun 2012 ni aku rasa banyak gundah gulana yang aku rasa daripada rasa gembira dan bahagia.
Aku kena palun dengan kakak tiri masa hari external audit (tapi alhamdulillah non conformance dan observation audit result tak ada pun yang kena mengena dengan dokumen aku) , aku punya kerja jadi huru hara, due date semua tak dapat kejar.
Hari ni aku kena mengadap lagi kakak tiri sebab ada lagi benda yang dia tak puas hati. Pagi-pagi tadi aku datang pun dia dah membebel pada teammate aku.
Kesian budak tu muncung panjang boleh sangkut burung merpati sepuluh ekor dah aku tengok. Dia siap send email mengadu pada aku.
Aku tak boleh nak kata apa kecuali suruh sabar jelah sebab aku pun dalam situasi yang sama.
Sejak Jumaat lepas hati aku tak berhenti-henti rasa berdebar, aku pun tak tahu kenapa.
Jumaat juga aku emergency leave sebab ada hal kat kampung (plus aku senggugut tahap gaban tak boleh bangun dan aku tahu kompom aku tak larat nak menghadap kerja)
Aku gerak balik kampung dah pukul 10am sebab perut cramp.
Itupun aku dah menonggeng-nonggeng siap panaskan iron buat tuam perut.

Dugaan kerja sangatlah membebankan aku sekarang ni. Tidur malam pun tak lena sebab terbawa-bawa.
Untuk menyelesaikan masalah ini, aku dah tekad.
Berjaya atau tidak aku tak tahu.
Keberhasilan benda yang aku buat ni harapnya menjadi. Sampai bila nak tertekan macam sekarang.
Aku tahu bukan aku seorang yang tertekan tapi aku perlu cari jalan keluar sebab kakak tiri memang suka aim aku.
Aku kan kuat melawan dia cakap, tak kuasa kot nak jadi lembu cucuk hidung.
Orang kata A, kita buat A, orang kata B, kita ikut buat B tapi bukan semua betul.
Dan bila melawan macam nilah jadinya.
Aku bukannya seorang yang perfect dan suka nak teliti banyak barang, letih wei nak cek dan halusi semua benda.
Aku kan kasar orangnya bak kata orang-orang tu.

Dugaan diri sendiri dan keluarga aku rasa boleh settle sendiri dah.
Tak nak serabut-serabut. Mana aku rasa elok dan terbaik aku cuba jadi anak dan kakak sulong sedaya upaya bantu.
Mungkin bila ada yang baca entry ni macam meluat ke apa aku tak kisah sebab ni sajalah cara aku nak luah rasa.
Tulis dekat FB nanti karang tak pasal-pasal aku kena mengadap orang yag tak sepatutnya sebab kita maksud lain, orang lain baca lain.
Yes, I've stalker ok. Korang ada? Siapa yang ada mesti paham kan.
Biasalah manusia kan status pemahaman berbeza-beza. Almaklumlah, ada yang spesis tak tahu ayat sarkastik, ada yang tak paham ayat sinis dan tak kurang juga ayat lelucu.
Pernah aku tulis ayat lelucu dan berbual kosong melawak dengan teammate tapi ada yang dengar terus sound tepat pada kitarang.
Tercengang kami.
Arghhh! sudah, luahan hati dah jadi mengumpat di sini yek.

Jumaat lepas masa aku balik ke kampung halaman ada aku suarakan rasa hati aku ni pada mak. Selalu balik kerja memanglah aku sentiasa bercerita tapi tak adalah secara detail.
Mak aku punya jawapan sangat simple, "Sabar, dugaan tu. Mesti ada hikmah dan kebaikkan sebaliknya tu"
Bila kakak tiri bebel pun mak pesan "Diam je, jadi tak tambah dia bunya complaint bila tak puas hati dengan jawapan Along. Agak-agak yang tak betul baru cakap"
Ok, aku ambil nasihat mak secara positif cuma di sini aku dah tak ada semangat lagi sewaktu kerja.
Bab suruh senyap bila kena bebel tu je yang aku rasa macam hmmm...boleh ke aku?

Sekarang ni tengah meroyan tunggu masa nak balik je less than 1 hour tapi tak tahulah dapat balik awal ke tidak sebab macam ada je nak kena follow up bebudak ni.

#Anyway, anyhow, aku tahu aku power minmin girl! Chaiyok! (malas nak tepek gambo dalam entry!)

Thursday, December 6, 2012

* Banyak Nak Cerita *

Sebenarnya banyak benda aku nak cerita dekat sini.
Macam-macam benda dah jadi dan aku kena tempuh laletly.
Yang pasti hari-hari aku kena tempuh jammed dan juga muka kakak tiri yang makin lama makin menyakitkan hati dengan perangai busuk hati dia tu.
Tapi syukurlah aku masih boleh bersabar dan bertabah.
Bodohlah aku kalau aku quit hanya disebabkan dia.
Sebenarnya aku suka kerja aku tapi disebabkan makhluk-makhluk yang tidak menyenangkan makanya semangat kerja tu jadi terbang melayang.
Tak apalah, rezeki aku masih ada di situ.
InsyaAllah satu hari nanti tuhan tunjukkan aku apa kebaikkan dari semua yang dah berlaku.
Dalam diamtak diam dah sebulan juga aku tak balik kampung selepas pulangnya aku ke kampung dalam masa yang pendek bulan lepas.
Balik tu pun sebab ada majlis pertunangan teman rapatku aka housemateku.
Alhamdulillah, dah jadi tunangan orang dah dia.
Dulu dia pernah kata pada aku, aku akan kahwin dulu dan dia tak tahu dia kahwin atau tidak tapi sekarang dia ON dulu...
Hehehe..Semoga perancangan untuk dia dan Encik tunang berjalan lancar dan kekal bahagia till jannah. (ececeh, tiru ayat trend terkini)
Lepas kisah teman bertuintunang, kisah adik dapat flying colours pula dalam UPSR, alhamdulillah syukur.
Orang yang paling seronok sudah pastilah mak kami.
My lil' sis siap bagitahu lagi pada aku "Ada orang tu Long, kita bagi dah hadiah harijadi dia macam yang kita dah janji"
Mak pernah cakap yang birthday mak tahun ni mak tak nak hadiah atau kad apa-apa dari adik sebab mak nak slip keputusan UPSR adik dengan keputusan 5As as hadiah.
Walaubagaimanapun, aku masih mengingatkan mak, UPSR jhanyalah satu titik permulaan dan perjalanan adik masih jauh lagi.
Anything can happen.
Pada adik sendiri aku berpesan, perjalanan baru bermula, dia perlu belajar bukan untuk lulus periksa tetapi untuk menuntut ilmu agar boleh digunakan sebaiknya.
Bila aku pesan pada adik aku macam tu dan adalah masa hari raya haji hari tu aku slow talk dengan adik bujang tunggalku, aku rasa memang aku dah tua la wei.
Untuk Adik Ngah aku, aku berpesan sewaktu senang ni semua orang nak rapat dengan dia, semua orang nak dekat dengan dia.
Semua tengok "senang", aku cakap sebab aku tak nak adik aku didampingi orang hanya disebabkan kesenangan yang dia ada tapi aku nak orang tu ikhlas.
Dan lagi aku berpesan, andai seseorang tu nakkan dia, biarlah orang tu jenis yang tahu nak hormat dia, kami as family dan tak perlu spesis yang berpura-pura dan pandai berlakon.
Orang pandai berlakon takkan sampai ke mana lakonan dan kebahagiaan dia nanti.
Kak Long cakap dengan adik-adik nasihat baik punya tapi bila tengok diri sendiri pun still senget...huhuhu..
Sebenarnya aku ni nak tidur, mata ngantuk, badan letih dan kepala sakit dek tersangkut dalam jammed yang boleh dikatakan lama dan bodoh masa balik kerja tadi.
Balik awal tapi sampai rumah lewat.
Last-last sendiri drive, sendiri mabuk dalam kereta...

#Oklah, nak tidur...Ada nasa nanti nak update semua yang happen satu persatu..Chiaoww!!Good night!

Saturday, December 1, 2012

* Mengeja *

Lately aku perasan ejaan aku baik dalam BM mahupun BI banyak salah.
Sebutan pun sama.
Apakah yang telah terjadi pada aku?
Macam pagi tadi aku upload gambar ke FB, aku eja "breakfast" jadi "breakfirst".
Apakah masalah ni ?
Dari semalam menyebut perkataan sasul jadi lain.
Nak sebut lain jadi lain, dah jadi bahan lawak.
Ada orang kata aku mamai tak pun lalok sendiri sebab depa nampak mata aku pun macam orang berjaga malam pergi curi ayam so siang berjalan sambil tidur-tidur ayam.
Sebenarnya aku adalah spesis yang tak suka ada salah ejaan atau sebutan ataupun spesis suka buat singkatan melampau-lampau sebab bukan aku cerewet tapi untuk memperbaiki diri sendiri.
Kalau kita dah terbiasa guna perkataan singkatan, dalam urusan rasmi takut terbuat benda yang sama.
Jadinya kenalah kita elakkan.Bukan ke practice make perfect.
Ni aku tengah berfikir, apa kaitan kurang tidur dengan tersasul dan salah ejaan.
Tak sesuai kot, mengeja benda simple jadi melalut benda lain. (itu yang aku rasa sekarang dalam keadaan yang separa waras sambi menaip)

#Nak cabut balik kejap lagi...Yerrr, hari ini aku kerja....Minggu depan aku balik kampung...Dan sekarang juga aku rasa kebulur tahap gaban sebab makanan waktu lunch tadi habis dah aku termuntahkan sebab aku sakit kepala...sekian...

Wednesday, November 28, 2012

* Audit*



Macam dah lama pula tak menconteng-conteng dan meroyan-royan dekat blog sendiri.
Super duper sibuk akhir-akhir ni.
Pergi kerja sesudah subuh dan balik hampir tengah malam.
Ini menulis pun sebab kepala aku dah tepu, mata dah layu walaupun baru beberapa jam di tempat kerja.
Aku sekarang sedang dilanda mabuk audit.
6 external audit akan datang menyerang dalam masa dua bulan ni.
Dari HQ saja ada dua, ISO dua, Halal dua..tak jadi enam macam tu.
Internal audit dah pun clear. Tinggal follow up saja.
Alhamdulillah dua dah lepas, 4 more audit to go.
Namun yang dah lepas ni pun result dia macam mana tak tahulah lagi.Pending for panel to discussion.
Awal tahun pergi audit orang, hujung tahun kena audit pula.
Pertengahan tahun saja dapatlah berjalan-jalan.
Baru teringat juga, by next week kena clearkan my own audit report.
Hati ni nak melalak je dah.
Hari-hari meroyan dekat tempat kerja.
Kerja layan je, pakai buat je orang kata.
Masa yang berlalu pun tak sedar.
Bertabah sungguh rupanya aku ni....Perasan!
Orang nak kata aku workaholic pun aku aku tak kisah.
Kerja memang tak pernah habis tapi kalau tak dibuat makin bertimbun tambah-tambah lagi bila kena fulfill jiwa orang perfectionist.
Apapun, bila kerja kita kerja, bila memain kita memain betul-betul.
Life must go on!
Kerja cari rezeki itu perlu!
Sabar dan bertabah sajalah sampai jumpa punca rezeki lain...
Chaiyok!

#Mood merepek dalam minit-minit terakhir depan komputer opis sebab nak balik makan tunggu cik kak sorang ni tengah buat apa lagi entah....I'm starving beb!huhu..

Saturday, November 3, 2012

*Numbers*


I'm kind of person yang tak suka dengan nombor kecuali nombor di atas matawang yang diakui sah untuk dibelanjakan....hahaha..
Dulu semasa zaman sekolah rendah aku hanya minat matematik disebabkan cikgunya yang sangat sporting dan lucu.Selain tu dia suka bagi tips senang nak menjawab soalan.
Sampai di sekolah menengah, jangan tanya siapa cikgu matematik aku dari form 1-3 sebab aku sendiri seram nak sebut nama dia.
Seorang yang sangat tegas dan bila mengajar sangat detail tapi aku rasa aku tak boleh masuk juga dan seingat aku cikgu ni jugalah cikgu yang paling daring sebab dia boleh selamba koyak buku korang, campak keluar kelas lepas tu suruh kau keluar kelas dengan suara beliau yang sangat nyaring.
Tambah lagi kelas korang depan pejabat pengetua.
Sedap hati tak korang nak buat perangai? Hehehe...
Kalau tengok orangnya, memang kecil comel je tapi disebalik kekecilan serta kecomelan itu, usah korang nak cari penyakit.
Kalau ada yang cakap tak siap homework dia punya marah steady lagi setakat bising-bising je tapi kalau korang cakap tak bawa buku, harap maklum sila anjak sikit dari meja untuk dikorek laci anda dan silalah keluarkan segala isi perut beg.
Jangan sampai menipu dia, tiba-tiba buku tu muncul depan mata, akibatnya buat buku barulah korang keesokkan harinya.

Bila aku masuk ke form 4-5, cikgu matematik baru aku kena hadap setiap hari,seorang cikgu matematik yang wajahnya sangat keibuan, kakak sulong kepada 11 orang adik beradik dan juga aku suka tengok cara pemakaian dia..hahaha
Maaflah nak cakap kat sini, aku memang suka tengok apa yang cikgu atau pensyarah aku pakai...(sebenarnya tak kira siapa, suka je aku tengok)..
I'll not give any comment but that is me.
Suka memerhati (and no wonder now I'm one of  the "auditor"..hehe)
Cikgu ni sanagt memberi inspirasi buat kami.
Kalau mengajar sentiasa bersemangat dan senantiasa tersenyum dan terima kasih cikgu, saya dapat A subjek matematik semasa SPM.(Nampak sangat beng_ _ dengan nombor kan, UPSR dan PMR matematik B)
Bila sebut pasal matematik ni juga, jangan tanya aku pasal subjek matematik tambahan.
Memanjang semasa ujian bulanan aku asyik dapat markah telur itik...
Homework memanglah copy paste...
Tq to Dr. Ain for your kind helped by let us borrow your books that time..
"Us" ok, not only me...Dan salah seorang daripada "us" tu aku tahu kau baca entry ni...Hahaha...
Dan ada seorang senior aku sampai sekarang kutuk aku sebab subjek matematik tambahan aku ni.
Dia kata, "Itulah, mengutuk Cikgu _ _ _ _ lagi, dah subjek dia 2 tahun ni ko asyik sangkut je dik..."
Macam manalah aku tak ngutuk kalau dah dia......hehehe

Lepas SPM aku sambung form 6 tapi aku tak ingat, ada matematik ke? Yang pasti ada kimia..hahaha....
Cikgu dia macam biskut, kejap ada kejap tak ada.Tapi aku paling ingat cikgu biologi aku sebab dia bawa Satria biasa convert to GTI dan ekzos dia selalu macam nak jatuh depan pagar sekolah...
Nakal kan aku? Suruh pergi sekolah untuk belajar tapi kerja perhati orang je,sekarang padan muka...hahaha
Aku ni pula dah kenapa bercerita pasal nombor-nombor ni semua ye?
Bukan pasal beli nombor, harammmmm...
Sebenarnya akhir-akhir ni aku asyik kena buat kerja berkaitan dengan data dan nombor yang banyak...
Aku pening, aku rasa mata aku ni dah macam ada nombor bergerak laju-laju..
Kalau nombor gerak laju-laju tu money note aku suka tapi ni nombor gerak laju macam computer code tu (betul ke terms ni?)
Buat validation menggunakan nombor dan kena buat kesimpulan adalah kelemahan aku.
Tapi alhamdulillah, bakat mencongak kiraan nombor aku tak failed...
Bak kata opismate aku, "Ini orang selalu pergi pasar, boleh kira. Orang jarang pergi pasar, dia punya congak mesti hancur"..Hahahaha
Ada bukti sahih menyokong kenyataan dia...

#Mari kita mula buat baca data balik....ngeh3...

Sunday, October 28, 2012

* Polka Dot Steambot & Grill *

Bersteambot di kampung halaman...
Kami iaitu aku, senior dan junior zaman sekolah (Kak Anim, Kak Jai dan Ila) dok meraban pergi ke Kura Pencana (bak kata Kak Jai) sebab nak makan di Polka Dot.
Sepanjang perjalanan nak pergi sana tu sempat jugalah dengar pasal cikgu kitarang dulu-dulu siap ada yang dah mengajar sama-sama tak kurang juga yang dah tak ingat muka cikgu...
Akulah tergolong daripada makhluk yang tak ingat muka cikgu tu...
Apa tidaknya, cikgu tu tak mengajar aku...Hehehe..
Sepanjang jalan juga aku nak pecah perut dek lawak cikgu-cikgu ni semua..
Tapi jangan main-main, antara mereka ni ada cikgu disiplin ok...
Tak sangka aku, tapi bila dengar kisah budak-budak sekarang memang lain dari zaman kitarang dulu...

Sampai je di kedai tu, aku kompius jap, nama Polka Dot tapi tak nampak pun dot dot di kedai tu...
Musykil sekejap tapi disebabkan nampak setiap table dah ada dapur untuk steambot dan grill, tak kisahlah..
Yang penting hajat yang dirancang nak makan-makan sama menjadi.
Depa ni semua memang ahli makan selama ni....
Aku je baru terjebak balik kampung join sekali sebab almaklumlah, balik kampung selalu kena jadi drebar je tak pun dah tak larat nak ke hulu hilir...
Ni disebabkan cuti agak lama kot sempena Aidil Adha, aku pun ada kat rumah, alhamdulillah dapat gak join sama.
Kami berjanji keluar lepas asar lebih kurang jam 5.15pm.
Aku sempat lagi bantai tidur debab sakit kepala + flu tapi gigih bangun sebab ingat perut lapar dan dah berjanji dengan orang.
Masing-masing sengaja tak makan ataupun makan awal sebab nak melibas dekat buffet steambot.
Tapi ada orang tu sempat gak keluar dating libas Kenny Rogers dulu katanya..
Hehehe, siapalah gerangannya tu kan...

Pilihan makanan dia kira ok dengan harga dewasa satu kepala RM20. kanak-kanak RM8 da warga emas aku tak ingat yang pasti RM 15 atau lebih rendah...
Desser ada aiskrim dan buah-buahan...
Seafood pada aku still ok boleh makan dengan jayanya...
Pilihan daging dan isi-isi perut ayam dan lembu juga ada..
Manisan dan bubur juga turut disediakan disamping ada junkfood untuk dikunyah-kunyah...
Kedai steambot & grill kampung boleh ada macam ni semua pada aku kira ok...
Tanpa membuang masa, moh layan je gambar yang ada....
Aku tak dan snap gambar, tak layan pun nak pegang tipon atau kamera sebab dah kebulur...
Gambar adalah ehsan dari instagram dan selepas makan..
Setiap gambar, ada ceritanya...
Maka marilah melihat gambar sambil baca nota kakinya:

* OTW bersama 3 org cikgu ROX!*


* Gambar ehsan dari instagram Cikgu Jai...Ketika ini, masing-masing masih sopan walaupun hakikatnya semua nak dicedok sebab dah kebuloq...Tak caya ce tengok gambar ke4...tanduk dah keluar tuuuu*

* Gambar ni ada kisah dia yang tersendiri...*
Korang mesti selalu dengar strawberry celup coklat kan?
Hari ni aku dan 2 orang lagi ni, merasa ayam grill celup coklat!
Kalah R&D KFC tau....Menangis kalau diarang rasa...
Nak tahu siapa buat? Tu...orang yang tengah menyuap ayam coklat kat atas tu...
Aku orang pertama test, aku kunyah telan....
Boleh je diterima dek tekak aku nih...
Lepas tu aksi kejar mengejar dan pujuk memujuk 2 orang lagi insan pun bermula..

* Aksi nak menyuap ayam celup coklat!*
Sanggup bangun dan mengejar mangsa yang ingin mengambil air..
Tempat ambil air adalah beberapa meter dari meja kami...Hahaha

* Aksi kreatif berikutnya....sempoi! *
Gambar agak blur sebab aku tak tahan nak gelak dah...
Dia memang selamba tahap sempoi...
Belum habis sampai di sini, ada lagiiiii..
Lepas makan, pergi solat kat atas restoran ni, ada kisahnya juga tapi tak payah diceritakan di sni...Hehehe..

Lepas makan-makan, gelak-gelak kami pun konon nak mengembalikan diri masing-masing ke rumah tapi apakan daya, kononnya ada konsert ala Big Bang anjuran Astro di Batu Pahat Mall menarik-narik jiwa kami untuk singgah..
Bukan untuk tengok konsert tapi sekadar untuk mendapatkan cendemata free dan bergambar dengan artis...
Makanya Cikgu Anim selaku pemandu kehormat malam ni, membelokkan Cik Vios hitam beliau ke Batu Pahat Mall...
Sampai-sampai parking dengan semangat keterujaan terus mengintai-intai stage namun kami rasa hampa sebab yang menyanyi tu menyanyi lagu cong ceng2...
Sambil jalan-jalan mata tengok cong ceng2 tu sempat juga kami gelak besar dekat tengah-tengah parking sebab ada orang hantar bbm sayang kat aku..
Terkujat aku, tengok nama sambil toleh pada orang yang hantar...
Bukan sekali baca tapi dua kali sebelum share berjemaah...
Hahahaha....
Gelak sambil jalan masuk ke mall dek hampa tak ada apa-apa di mini konsert Astro...
Jalan-jalan tanpa arah sambil survey baju dinner dan juga beramah mesra bersama rakan seperjuangan mereka sewaktu ke Bali sambil diselitkan aksi membongak (perkataan baru yerr)
Masuk mall, dah nak keluar, tiba-tiba teringat Chatime..
Dah naik, turun, naik balik...
Mujur ada escalator dan lif...
Kalau suruh naik tangga memang fikir banyak kali la gamaknya...
Sanggup tekak haus pun tak apa...

* Yang dibelakang sekali adalah pemilik Garfield, dia low profile maka menyembunyikan diri beliau sedikit dari lensa cik BB saya yang xberapa nak canggih*
Sambil di Chatime ni sempat lagi duk usha orang lalu lalang..
Gelakkan mana yang dan tapi satu je peringatan aku kalau keluar dengan cikgu-cikgu yang mengajar di sekitar kawasan kita keluar " Jangan simply cakap apa-apa pasal budak-budak yang pelik-pelik lalu lalang depan kita"
Sebabnya, aku tercakap something, kejap lagi dia mai arah kami yang tengah duduk melepak sedut air masing-masing.
Cuak gak aku sampai nak tersembur air dibuatnya...
Rupa-rupanya nak salam cikgu dia yang duduk sebelah aku...
Hahahaha...
Selain kami hangout di alam nyata duduk sebelah menyebelah, sempat juga kami berhubung di alam maya...
Marah benor cikgu yang seorang tu pada kami...
Tak caya? Tengokk gambar seterusnya yang dan lagi di snap oleh Cikgu Jai...

* Waktu ni memang ada orang tu dengan semangat jayanya mengeluarkan Note 10.1 dia bersarung hijau untuk ambil gambar candid kami dengan concernnya beliau menyentuh tentang teknologi kini yang mengurangkan ukhwah antara semua..LOL*
Walau apapun, terima kasih pada cikgu-cikgu rox bertiga ni sebab buat stress dan tension aku hilang...
Ada rezeki kita lepak sama lagi yek cikgu-cikgu semua...

#Seorang guru bukan sahaja mendidik tapi juga mensihat...Dalam garang mereka sebenarnya da lucunya...Tak percaya? contoh hari ni, tergolek-golek rasa tergelak disebabkan oleh seorang cikgu disiplin okkk...Thanks Kak Jai,Kak Nim n Ila...

Friday, October 19, 2012

* I Wish!*

Wahhhh, kalau nak ikutkan my wish alamat banyak tempat aku nak pergi.
Walau bagaimanapun as a muslim sudah pasti dua tempat wajib yang memang aku teringin nak pergi ialah dua tempat di bawah ni:


*Mekah- MasyaAllah, MasjidilHaram*

*Madinah - Ini Masjid Nabi*
Lately, aku rajin follow cerita Adam dan Hawa yang disiarkan di Astro Channel HD 134.
Siap balik rumah dari tempat kerja sanggup terus duduk depan tv tak mahu mandi dulu...
Hahaha, buruk perangai! Nak tengok tru online almaklumlah rumah yang aku duduk sekarang ni phone coverage pun malu-malu  kucing, kejap ada kejap tak ada.Tunggu Unifi tak sure bila boleh dapatnya even dah daftar lama dah.
Setiap kali menonton cerita ni jugalah aku dan housemate bergilir-gilir cakap "cantiknya!" setiap kali scene di Mekah dipaparkan tambah-tambah lagi bila Adam berdiri di satu tingkat berlatar belakangkang Kaabah.
Bilalah aku dapat pergi ke sana?InsyaAllah, one day I will bila masanya aku dah dijemput ke rumah Allah.

Baiklah, selain daripada dua tempat ni, ku teringin sangat nak ke Istanbul Turki tak kisahlah di sebelah Asia ataupun Eropah.
Kalau boleh, dua-dua bahagian nak aku jejaki.
Not like other people yang teringin nak ke Korealah, Parislah dan bagai-bagai semua.
Yang pastinya selepas Turki aku teringin sangat nak ke AlHambra (Istana MErah) yang terletak di Andalus.
Tak usah pelik memikir kenapa aku teringin nak ke tempat ni, aku cerita sat lagi...Hehehe
AlHambra ni aku teringin sangat nak pergi, tengok dan sentuh sebab terpengaruh dengan satu novel.
Boleh tak macam tu?
Sampai sekarang aku terbayang cara penulisan penulis tu membayangkan bagaimana watak-watak utama dalam novel tu bertemu semula di AlHambra dalam keindahan bangunan tu.
Tapi kalau ditanya tajuk novel tu dan siapa nama penulisnya, aku jamin aku memang dah tak ingat sebab novel tu aku baca dalam 8-9 tahun lepas..
Kenapa aku pasti sebab waktu tu aku rajin baca novel karya penulis seangkatan dengan Aisya Sofea, Sharifah Abu Salem dan Khadijah Hashim hanya masa waktu student di mana kulit novel pun masih edisi pertama lagi.Lepas tu sekarang barulah mula melimpah ruah bagai cendawan tumbuh penulis-penulis muda yang hansil penulisan mereka seakan-akan serupa.
Bahasa yang digunakan mungkin agak moden menepati bahasa rojak budak zaman sekarang tapi "Umph" dia tak berapa sangatlah.
Diceritakan dalam novel tu betapa besar, indah hasil seni yang ada dalam AlHambra.
AlHambra sebenarnya ianya juga sebuah tempat pemerintahan raja-raja sewaktu pemerintahan Islam dan sebelum penaklukan kristian di Sepanyol di mana bermulanya kehilangan banyak khazanah islam yang hilang . (Betul ke ni? lama tak baca buku sejarah)
Nak tahu kisah panjang lagi pasal jatuhnya istana ni kepada pihak Kristian, sila baca buku sejarah form 4-5 yang warna coklat tu.
Jenuh karang nak fikir tarikh dan apa yang berlaku satu persatu sebab aku kan ada masalah ingatan. Nanti dah fikir, nak continue fikir lagi.

Kenapa Turki pula?
Orang kata kalau nak tengok ukiran, bangunan cantik bagi penganut kristian, pergilah ke Rome.
Untuk kita, silalah pergi ke Turki. Jangan tanya kenapa aku suka tengok benda tu semua sebab aku pun tak pasti.
Aku mudah kagum dengan tinggalan lama so jangan hairan kalau aku tak kisah di ajak ke muzium.
Aku rela lagi pergi tempat bersejarah dari pergi ke konsert.
Macam tak cool je bunyinya kan? Tapi aku tak kisah.
Terbayang gambar Masjid Biru,Grand Bazar dan gambar-gambar lain yang aku hanya dapat pandang je..Hehehe


Kenapa aku meroyan cerita benda ni sebab aku terbaca tentang sepasang suami isteri yang duduk di Jeddah dan bercuti ke sana.
MasyaAllah, sudahlah setiap tahun buat umrah dan dapat menunaikan haji sewaktu muda (sebelum usia mencecah 30) kemudian dapat ke Turki.
Rezeki mereka dan sebelum pulang ke Malaysia makanya mereka menggunakan peluang yang ada sebaiknya.

#Ini entry meroyan sebab stressssssssss....Teringin nak pergi tempat yang orangnya langsung tak kenal.

Tuesday, October 16, 2012

* Cerita Tunang & Kahwin *

Semalam masa dinner dengan housemate, kami dok cerita pasal kisah pertunangan dan perkahwinan.
Hari ni di tempat kerja tunang orang yang seorang ni pun dok cerita pasal hal persiapann perkahwinan.
Si housemate sedang sibuk menguruskan hal persiapan pertunangan dan bertanya serba sedikit persediaan untuk perkahwinan kepada kakak-kakak isteri orang di rumah kami tu.
Bercerita kisah depa ke kursus perkahwinan.
Macam-macam nak kena prepare, nak kena standby tapi kalau seorang saja yang buat pasti letih.
Aku tak adalah tahu jadinya tak banyak komen sangat sebab memang belum tiba masanya kot jadi semalam dok bercerita pasal hantar borang kahwin pun, aku yang tengah minum nak tersembur dah sebab nama abah dipetik sekali.
Hahaha, bukan petik pasal apa, tapi depa cakap kalau nak hantar borang kahwin, wali dan saksi mesti ada sekali.
Maknanya kalau sebagai contoh, abah aku kenalah hantar.
Aku dok terfikir, kes susah tu, almaklumlah abah aku tu "busynya" kalah menteri.
Hehehe...
Bab nak cari masa abah lepas tu kena pergi sekali dengan abah tu memang payah untuk aku.
Sebab tulah masa housemate petik siap nama penuh Pakcik Md. Hulifah masa aku minum, hampir dah nak tersembur.
Tersedak!
Lepas tu cerita kelakar satu persatu pun keluar.Kisah abang iaitu si wali tak nak pergi sekali dengan adik yang nak diwalikan pun keluar. Lucu tapi comel pula.

* Bakal tunangan orang*
Masa cousin aku dulu, abang sulong dia rock kapak sikit tapi arwah pakcik tak ada dah jadinya dialah yang jadi wali dan pakai baju melayu segala masa adik dia kahwin.
Yang menjadi lucu apabila si wali abang sulong kepada 7orang adik beradik ni sendiri pun belum kahwin-kahwin lagi sampai sekarang dan adik dia yang kedua bongsu yang diwalikan tu pun sekarang dah ada dua orang anak besar-besar dah.
Dan masa wedding cousin yang seorang ni jugalah pertama dan terakhir kalinya aku jadi pengapit pengantin lepas tu sumpah bagi upah pun tak mahu.
Masa wedding makcik seorang ni aku kena pedajal dengan pengapit lelaki.
Mongoks betul. Nasihat untuk bakal pengapit pengantin, janganlah korang dok mamai atau berangan sendiri masa jadi pengapit kalau tak jadi macam aku..
Segan gila kot masa tu.
Ada video siap masa tu.Sumpah kalau jumpa cd tu aku nak buang..hahaha
Rasa mengong-mengong je masa tu. Dari masa teman dia khatam Quran sampailah masa dia makan berdamai.

Eh, mari berbalik kepada cerita asal.
Pasal opismate aku ni pula, nak kahwin bulan Januari tahun depan tapi hari ni call tempat nak buat HIV test semua dah banyak yang penuh. Ni buat kerja dah jadi menjangkit penyakit M besar dari aku..
Terus tak ada mood dah dia ni.
Macam-macam dugaan orang nak kahwin ni.
Hari tu nak pergi kursus kahwin si bakal suami punya dompet tersisal hilang, tinggal satu jam nak gerak dari Ampang ke Shah Alam baru perasan.
Dah la mai lambat ke kelas dan datang tanpa lesen, duit, atau kad pengenalan.
Kalau kena tahan polis masa tu, free je masuk dalam.
Jenuhlah si tunang tu pula karang nak gi menjamin...Hahaha
Padahal bila balik jumpa dompet jatuh celah rak je.

* Bakal bini orang*
Aku ni dah tak ada perasaan nak buat kerja akhir-akhir ni, so melalutlah di blog sekejap sambil ambil mood.
Now nak continue buat kerja.
Chaiyok Along!

#Weekend ni ingat tak mahu balik kampung sebab next week dah cuti beberapa hari sempena raya haji tapi disebabkan aku tak kena standby, hehehe...Akan berkira-kira untuk cabut balik kampung juga...

Sunday, October 14, 2012

* Mahu Bertukar Jadi Hulk!*

Hari ni hari Ahad, dah lama tak kena kerja hari Ahad tiba-tiba minggu ni turn aku.
Sangatlah malas sampai tak dapat dibayangkan.
Sangat mengantuk, sehingga after subuh tadi sem[at lagi ligan seround tidur.
Malas tahap gaban sangatlah tu.
Sebenarnya aku nak cerita pasal Halal Fest di PWTC tapi aku tak ada mood.
Kerja tengah lambai-lambai aku ni sambil aku pun rasa macam katil kat rumah tu tengah lambai sama sambil bagi flying kiss pada aku.
Datang kerja hari Ahad, haruslah cek semalam punya orang datang apa yang diarang dah settlekan tapi macam hek!
Assistants pula bagi kerja macam hek juga. Aku yang hari ni pakai serba hijau memang sesuai dah jadi Hulk.
Dah tu Joker2 ni pun pagi-pagi cari pasal dengan aku siapa suruh?
Kan sedap kena cuci clorox dah.

#Bebel dah...nanti hupdate lagi...

Wednesday, October 10, 2012

*Blogging Ketika Jammed!*

*Bukti aku tengah tension dalam jammed!aku tak boleh stucked dalam jammed sebab nanti aku sakit kepala nak muntah*

Tak pernah dibuat dek orang...Ni jem memang spesis tak bergerak langsung dekat setengah jam...
Lokasi, flyover Batu Tiga...aku nak terkucillah, migrainlah...semua ada...
Traffic light rosak je punca dia...
Waktu ni hujan pula...
Abang polis tak nak jaga hujan-hujan la ni...
Habis dah impian aku nak tengok ulangan kisah En.Adam dan Pn.Hawa semalam sebab semalam elok je cerita mula,aku tidur...
Habis cerita kakak tuan rumah suruh tidur dalam bilik sebab dia pun nak tidur dah,nak off lampu kipas semua...
Ni abang polis baru mai...tolonglahhhhh cepat settlekan kereta,lori,bas yang berselirat dekat depan tu bang...
Saya nak terkucil ni...hahaha...
Balik rumah nanti dah sah-sah lepas tol nak masuk taman ada roadblock...
Dah 2minggu abang dan pakcik polis tu semua budget rajin...
Mungkin ada kes kot...
Yang kereta belakang ni aku tak tahulah ada pakai otak ke tidak, dok hon-hon aku...
Aku tau depan aku ni ada gap tapi kalau aku ke depan pun,bukan boleh jalan pun...
Takut orang nak selit masuk? Tak adanya sebab kanan kiri kereta semua rapat dah...
Ko tengok aku perempuan,kereta comel, ingat suka suki ke aku nak bagi orang buli...
Hamboi!
Nahhhh, siap membebel panjang pun kereta tak jalan-jalan lagi...gila lama!
Dekat 45minit ni dow!
Nak pusing ambil jalan lain jauh dah,tol dekat depan ni je...
Abang polis ni datang pun tak guna,dia bagi lepas arah lain je dari tadi...UNFAIR! Jadi tiang lampu je lagi bagus!


#bertabahlah hati dan pundi kencing! Hahaha, tak senonoh!
Sent from my BlackBerry® Smartphone

*Bangla Jalan Pegang Tangan*

*Apek ni tak tahu aku snap gambar dia,sibuk menghayati lagu sambil baca paper kononnya...lai2! Masih single lagi ni...Mulut celupar tapi hati banyak baik...tapi suka cari gaduh dengan geng tong nasi!*


Sementara tunggu order untuk dinner datang dan tunggu seorang lagi makcik tong nasi nak sampai,mari kita blogging sebab pakcik apek seorang ni bawa keluar Sin Chew Daily dia dari kereta...
Masing-masing tak ada mood nak melawak sebab masing-masing sakit tekak...
Tadi masa nak datang ke restoran tempat kitarang selalu lepak ni aka Restoran Putra Ayu Padang Jawa ada satu traffic light.
Masa tu aku nak susur ke kiri dan2 ada dua orang Bangla lintas berpegangan tangan!
Mahu aku nak sakit jantung, tak sakit jantung terkejut, aku sakit jantung sebab tengok bagaikan kekasih sedang hangat bercenta korang dia lintas...
Aku nak gelak pun ada,terkejut pun ada...
Mujurlah aku ni pemandu cekap...ececeh...
Aku rasa ni bukan kali pertama aku nampak bangla jalan pegang tangan maksud aku masa bukan lintas jalan...
Masa jalan-jalan keluar beli barang aku pernah ternampak...
Apakah motif mereka?
Budaya mereka ke?
Kalau Myanmar or Vietnamese selalu aku nampak jugalah pegang tangan tapi dengan awek diarang...hahaha
Ko kan Long, nak tunggu makanan pun sempat lagi mengupas kisah macam ni...hahaha
Dekat kilang aku kerja ni ada juga foreigner termasuk bangla tapi tak adalah yang tebiat buat macam tu..
Yang aku respect bangla kat kilang aku ni waktu solat depa jaga...
Kalau aku nampak diarang pegang-pegang tangan macam yang aku saksikan tadi, comfirm dan sah-sah mesti depa kena kutuk depan-depab je dengan aku...
Hahahaha...

#Pssssttt...boleh dikatakan setiap hari kami lepak kat restoran ni, apek cakap kita ada syer besar sini, nanti kita tak datang habislah sale depa jatuh...bulan puasa pun siap lepak buka sini, call order tak yah bagi deposit macam orang lain...hahaha...
Sent from my BlackBerry® Smartphone

* Buat Kerja Gila!*

Hari ni mood aku tak adalah swing macam semalam cuma macam sewel sikit..Hahaha
Pagi tadi aku rasa macam aku dah bosan dengan kerja yang aku buat selama ni tambah-tambah lagi tadi aku buat online sistem untuk satu badan luar negara.
Rasa macam vangang sikit buat kerja dengan sistem tu sebab sistem dia suka hang, ditambah pula tutorial yang disediakan memang lain dengan apa yang appear dekat screen PC aku ni.
Aku fikir aku yang sengal tak tahu guna rupa-rupanya bila aku suruh membe sorang ni buat ikut semua tutorial tu (padahal kerja aku), dia pun cakap sistem tu yang vangang, aku tak...Hahaha
Pagi tadi aku tengok satu iklan jadinya aku ni tak pernah lagi buat kerja gila lepas tengok iklan ala-ala macam yang aku tengok tu than teringin nak join.
Tapi apapun pagi tadi juga aku pergi hantar application...Hehehe
Bukan application untuk tukar kerja tau kawan-kawan (macam seorang mamat kat opis ni fikir).
Be positive, ini kerja gila yang positif punya. Bukan negatif.
Tak baik tau sangka buruk, tahulah aku ni terjal tapi sampai hati kata aku macam tu tambah-tambah lagi bila aku update di FB " * Buat kerja gila!*"
Tak semestinya negatif...
Aku tak nak reveal aku apply untuk apa, nanti kalau berjaya aku cerita tapi kalau tak berjaya aku cerita gak..
Result dia by this week juga.
Tapi kalau aku cerita nanti mesti ada yang gelak sakan kot...
Biarlah, aku tak kisah sebab tadi ada gak seorang yang dah gelak gila vavi bila tahu, sebab aku bengang dengan mamat sorang tu aku tercakap pula pada dia.
Total 4orang saja yang tahu.
Apapun doakanlah aku berjaya nanti so dapatlah duit extra boleh aku berjimba-jimba, eh! silap, duit untuk tampung keperluan sendiri..
Hahahaha...

* inilah rupa budak buat kerja gila pagi tadi...gambar lama nih masa di Hard Rock Cafe Penang..haha*
 
# dengan mak pun aku tak berani cerita ni....hahaha..mesti mak kutuk juga nanti bila mula dengar..huhu

Tuesday, October 9, 2012

* Swing Lah Wei *

Tajuk dah macam nama chinese pula aku rasa hari ni.
Ayat sebenarnya ialah MOOD AKU SANGAT SWING LAH!
Yerrr, itulah ayat yang betul.
Kerja ada tapi tak apa, pending sat update blog dan kak tiri tak masuk opis dua hari ni sebab dia ke UKM.
Ni apa masalah nak swing-swing bagai?
Aku pun tak tahulah...(ececeh)
Tadi sebelum lunch dah moody pun, bantai makan coklat dekat satu bar.(bukan bar kecik tapi coklat black forest yang besar punya)
Tambah tunggu makcik seorang ni ada problem dekat floor.
Tapi itu tadi sebelum lunch, sekarang ni dah lepas lunch siap dah bantai membuta je dalam kereta sebab ada seorang pakcik apek ni sibuk suruh teman dia pergi pos opis beli setem hari pertama dia.
Tengoklah nanti masa birthday ko, aku belikan buku setem perli sikit sebab asyik suruh aku temankan dia selalu.
Hati rasa gundah gulana tak tahu apa sebenarnya aku rasa sekarang ni.
Sekarang ni aku rasa nak sangat makan coklat lagi.
Macam sedap je.
Rasa malas berkati-kati tapi aku tak mengantuk lepas lunch seperti hari-hari biasa.
Awal pagi tadi, masa nak pergi kerja ambillah tipon dari tempat charging, aku senyum dah.
Seawal 6.30 pagi sengih-sengih sendiri macam kerang busuk tapi sekarang dah muka serupa tauhu busuk.
Janganlah anak buah buat perangai, mahu kena smash karang dengan aku.

Wei, aku blogging stop beberapa kali.
Ni mood nak cerita sudah mari.
Aku sedang terfikir kalau aku ada rumah sendiri aku nak semua barang yang aku beli dan ada dalam rumah aku tu benda yang senang nak dibersihkan.
Bukan setakat barang malahan design dia pun menyenangkan aku nak mengemas rumah.
Sebagai contoh aku tak nak katakanlah ye, kerusi- jangan harap aku nak cari kerusi yang ada ukir-ukir sebabnya sekarang ni aku tahu dah azab nak membersihkan kerusi yang ada ukir-ukir.
Dekat mana? Dekat rumah mak akulah kat kampung.
Setiap kali raya dari dulu sampai sekarang aku kan jadi cleaner cucian besar-besaran kat rumah tu.
Apa yang berbeza sikit sekarang ni aku dah ada assistant kecik yang boleh dijerit-jerit untuk tolong...Hehehe...adik aku la tu.
Ok sampai sini entry orang tak ada mood.
Nanti-nanti sambung balik sebab aku rasa sekarang ni aku macam dah mula rajin balik bloging...ngeh3

*Susun Ikut Saiz!*

*Nilah dia pencetus modal membebel malam ni....huhu*

Hahaha, mula-mula dah gelak dulu...
Sudah siap sedia nak melenakan mata sebab malam semalam tidur agak lewat setelah tiba dari kampung halaman....
Tapi sayang mata ni degil tak nak lena, suka sangat jadi mata Panda Malaysia...
Terpandangkan rak buku, teringat pula rak di lab siang tadi...
Aku tak suka kalau barang berlainan saiz disusun bercampur aduk dan tak ikut group dia...
Di lab tadi laju saja tangan ni menyusun bikar dari yang besar diikuti yang kecil...
Saat ini, terlihat pula rak buku, serupa! Besar diikuti yang kecil...
Tabiat!
Tapi tak apa kan? Tabiat yang baik kan...
Tapi siang tadi ada mata yang terpandang apa yang aku buat dan cepat-cepat dia cabut sebab tak nak dengar ceramah free dari aku....
Suka sangat buat sepah tu siapa suruh...
Bila aku fikirkan balik, bila aku sidai kain pun sanggup aku terpacak kat panas atau tetengah malam duduk menahun di bilik basuh hanya untuk susun cucian mengikut saiz....
Hahaha...teringat pula apa yang mak cakap masa cuti panjang waktu raya hari tu....
Mak kata "Esok-esok,kalaulah,kalau ye, kalau Along ni ada bibik kat rumah dia, bibik dia kena pergi training kelas habis-habisan dulu lepas tu baru lulus nak jadi bibik Along...."
Dialog tu keluar gara-gara aku bising ada budak tu angkat basuhan dari panas-panas teruk henyak masuk bakul baju...
Habislah, susah nak iron nanti kannnn....
Baju kalau angkat dari penyidai lipat lebih kurang letak dalam bakul akan buatkan baju tu tak renyuk sangat sebab masa kita sidai, baju tu sendiri akan jadi cekang...
Tapi tak tahulahkan kalau ada orang menyidai tak cekangkan baju dulu, main bantai asal sangkut...huhuhu
Aku rasa tabiat ni aku tak dapat dari both of mak dan abah...
Sebabnya diarang bab-bab susun selalunya fail...
Hehe,ampun mak,abah....
Tabiat ni bila difikir-fikirkan balik aku dapat sejak aku duduk di sekolah berasrama penuh masa form 1...
Cukup 3bulan je duduk sana sebelum cabut balik sekolah di kampung tapi kesannya sampai sekarang....
Satu lagi perangai aku,pantang kalau cadar katil lepas bangun pagi atau lepas landing tak ditegangkan dan tak kemas katil...
Nak tahu siapa yang selalu kena marah bab ni? Si kecik adik aku sorang tu..
Lebih-lebih lagi sekarang aku share bilik dengan dia,susah hati aku bila balik kampung...
Bilik makin semak!
Tak makan saman, sama macam abang dia...tapi abang dia lelaki wei..
Budak lelaki ni payah sikit, share bilik air pun muka kakaknya jugalah jadi cleaner...
Bilik dia pun dijenguk waktu dia balik sekali sekala, serupa sarang lelabah dan cicak...hahaha....
Aku masuk mesti aku sesak nafas...
Aku ni, jenis pantang nampak habuk...
Habis semua aku nak gosok,lap....
Habislah....Tapi ada masa kalau aku letih terutamanya bila waktu kerja,aku redha je...
Tak larat....

#oh mata, kau tak boleh tidur, tuan mata pula dah melalut...dah lah jiwa kacau nih...huhu
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, October 6, 2012

* Aku Keje Ni*

Tajuk tak boleh belah kan?
Memang aku tengah kerja sekarang ni tapi aku stress sebab mesin ada yang down.
Memanglah bukan aku yang nak kena godeh tapi kalau ada mesin down maknanya kitrang yang back up team pun kena tunggulah.
Tak paham aku dengan budak-budak engineering ni, mesin tu korang tak habis study lagi ke apa dah sibuk nak jalan.
Ni menyiksa aku yang nak balik kampung kononnya half day rini.
Semalam sebelum aku balik kerja dah ada makcik tu merempan-rempan sebab mesin rosak.
Masa makan pun dia sambung.Hari turn aku standby aku pulak merempan-rempan sebab nak gerak balik kampung awal terbantut.
Aiyoyo...Pening kepala...Badan ada sini, hati sudah sampai kampung siap terbayang-bayang keropok leko aku minta mak masukkan freezer.
Tapi niat utama aku yang memang niat suci murni nak jenguk mak tak sihatlah.
Tak kisahla balik kejap je pun.
Aku yang penat bukan aku suruh orang lain drive hantar aku..
Ni ada kerja ni nak buat tapi duk lari masuk floor masuk opis balik jenguk lab.
Kerja sendiri tak terbuat.
Penyakit stress keluar buka blog pula membebel...
Minggu depan lagilah aku kerja Ahad pula...

* Ni muka orang yang kononnya pagi tadi ceria nak balik kerja nak balik kampung tapi hekkkk! Minggu ni meroyan nak pakai warna biru. Minggu lepas hijau kung sampai jiran sebelah orang Kedah kata macam bendera negeri dia..huhu..Psttt..belakang tu tempat kakak tiri..mahu hari-hari telinga aku tak panas..*

#Membebel je ko kan...Kerja tu buat Long! Eik, hari ni dah cukup 26 hari since ...........

Friday, October 5, 2012

* Mak *

*Ehsan google*

Mak,ibu, mama, bonda atau apa sekalipun yang membawa bermaksud mak atau orang yang melahirkan kita, mengandungkan kita mengusung kita selama 9bulan 9hari ke sana ke mari perlulah dihargai.
Tak kisah bagaimana cara untuk menghargai mereka.
Tak lama lagi adalah hari lahir mak kami jadinya aku dah mula berfikir apalah benda atau perkara aku nak buat sewaktu hari lahir mak nanti walaupun aku tahu aku akan menyambutnya dengan mak lewat seminggu sebab kekangan kerja.
Tapi tak apalah yang penting doa dan birthday wish dari aku pasti sampai on time untuk mak.
Hari ini aku agak sentap dengan mulut manusia yang memang tak bertapis.
Kalau tak bertapis tuju pada aku saja aku tak kisah tapi tolong jangan babitkan mak.
Ini berlaku bila aku nak beli hadiah untuk mak. Dengan tak sengaja ada seorang abang ni pula baru saja balik dari Kelantan dan offer aku kain untuk baju batik siap dengan batu dengan harga yang aku rasa memang tak dapat menandingi harga di Johor jauh sekali di Klang Valley ni.
Sebelum ni mak ada juga tengok tapi harga cekik darah.Walaupun warna pilihan utama mak tak ada namun aku libaslah satu untuk hadiah hari lahir mak.
Apa yang aku sedih dan sentap ni bila ada orang kata kita beli barang untuk mak sebab kita anak mak.
Memanglah kita anak mak tapi maksud sebenar adalah anak kesayangan mak.
Aku tak kisah betul atau tidak tapi bagi aku, tak kira kita anak kesayangan atau tidak, kita perlu hargai orang tua kita selagi mereka masih ada.
Sementara kita masih boleh bercakap, berborak, memberi yang termampu,kita buatlah  untuk hati dia gembira.
Nanti bila meraka dah tak ada jangan pula kita termangu-mangu tengok orang lain berborak dengan orang tua masing-masing dan janganlah pula masa tu rasa cemburu.
Allah bagi masa pada kita, waktu ada masa ni gunakan sebaiknya.
Tak payah nak cakap bukan-bukan.
Aku rasa ramai saja dekat luar sana buat benda yang sama macam aku buat malahan ada yang rezeki lebih tu siap hantar parents mereka makan angin lagi.
Aku tak mampu lagi nak buat macam tu.
InsyaAllah malam esok aku sampai di kampung nak pass hadiah dekat mak lagipun mak tak sihat lepas tu aku tambah risau bila aku dengar  batallion pakcik aku nak datang weekend ni.
Mak dah lah tak sihat, ada pula yang nak datang..Haish.
Bukan tak suka tapi tulah, mak tak sihat mesti tak terlayan dia orang ni nanti.

#till here...update masa kerja (silap hujung waktu kerja) tak boleh tulis panjang-panjang...

Wednesday, October 3, 2012

*Blogging*

Bila aku blogging masa kerja ni maksudnya kepala aku dah masuk angin..
Bukan naik angin tapi dah tepu tak pun aku tengah bosan buat kerja yang aku tak suka atau aku tengah mengantuk..
Sekarang ni aku blogging disebabkan gabungan dua perkara iaitu aku bosan buat kerja dan sedang mengantuk...
Bersyukur ada budak intern seorang ni, banyak juga dia tolong kerja kami.
Macam hari ni, whole day aku booking dia untuk cover projek kesian juga tapi nasiblah.
Dia pun sambil belajar tapi yang tak best aku ni nak kena tapis balik apa yang dia buat.
Ada orang tu pula nak demand macam-macam..Alalalala...
Aku tak laratlah nak buka mata dan fikir banyak hari ni...Mengantuk tahap gaban dah ni...
Niat hati hari ni nak balik awal tapi ada pula amoi dulu kerja sekali ajak jumpa dan makan-makan sebab dia nak kahwin tak lama lagi.
Hari tu janji nak jumpa cancel, ni hari ni kalau tak jadi mahu dia membebel.

Seriously mengantuk dah ni...Tadi masa sujud waktu solat macam melekat kat sejadah tu pun ye juga.
Nasib baik ingat lagi..Huhu
Mata panda tak usahlah lagi nak pertikai, dah sah-sah jelas...
Macam mata budak kena penumbuk pun ada juga.
Macam nak ambil cellophane tape bubuh dekat kelopak mata biar terbuka je ni.
Bertabah je mata ni...
Padan muka, malam Selasa tu mata tak nak tidur sebab siang dah bantai tidur lepas makan ubat...Budak MC lah katakan..
Semalam balik kerja layankan bapak budak dengan bakal tunang orang pergi karaoke..
Padahal aku bukan menyanyi pun hanya seronok dengar diarang nyanyi dan tengok telatah mereka.
Sekarang tak macam dulu boleh lepak sesuka hati, masing-masing dah ada komitmen sendiri.
Hakikatnya aku rindu zaman belajar dulu dan aku rasa macam tak nak kerja dan nak sambung belajar pula..

Sangat mengarut bebelan aku petang ni.
47minit lagi sebelum 5.30pm tapi macamlah boleh balik ngam-ngam 5.30pm pun.
Walaupun tak balik ngam-ngam 5.30pm tapi aura waktu kerja tu dah tak ada sebab bos-bos besar semua dah berangkat balik termasuk bos aku.
Kakak tiri tu lain cerita, sebab aku rasa kalau dia balik dulu dari kami, itu ajaib namanya.

#wokeh , cukup bebelan aku...Mood buat kerja sudah mari semula..

Tuesday, October 2, 2012

*Wanita*

*Inilah wanita paling cekal pernah aku temui & aku kenal sejak aku di dalam rahimnya lagi...Semoga dia sentiasa sihat,gembira & dirahmati....*

Sejak azali lagi jiwa mereka sangat lembut dan halus namun harus diingat selembut-lembut jiwa mereka usah dipandang remeh...
Dalam kelembutan dan kehalusan itu jiwa ada tegasnya, ada jitunya...
Bagaikan uncang teh yang direndam di air panas...
Selagi kita tak cuba rendam, kita tak tahu seteguh mana, sepekat mana dan sekuat mana ianya bertahan...
Usah memandang jauh mencari contoh, cukup sudah andai memandang dalam keluarga sendiri...
Tak ramai pasti ada seorang yang nyata menjadi contoh terdekat....

Usah dilupa bahawa tangan yang menghayun buaian itu bisa menggegar dunia...
Paling tidak bisa menggegar jiwa...
Wanita itu racun dunia tapi wanita itu juga penawarnya...
Walaubagaimanapun, seteguh dan sekental mana jiwa seorang wanita, mereka masih sedar mereka tetap mengharapkan pelindung,pembimbing dan mereka takkan lupa ditelan dek ego..
Pelindung dan pembimbing yang bisa menjaga dan melindungi serta menjadi penasihat...
Secekal dan berjayanya Khadijah dan sebijaknya Aishah, Muhammad juga tetap menjadi rujukan...
Wanita itu bukan untuk disanjung tinggi atau dipijak namun sudah cukup andai dihormati...
Ingatan bersama, setiap insan yang berjaya pasti ada dibelakangnya seorang wanita yang menjadi tiang penongkat semangat namun itu terserah buat tembok yang diampungnya untuk terus menghargai ataupun terus hanyut dan lali...

#mood apakah aku malam ni?Independent gul talking about something serious....
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, September 27, 2012

* Perkahwinan *

Wahhhh, tajuk panas!
Bagi orang yang belum kahwin dan dah lama kena tanya bila nak kahwin memang panaslah telinga, punggung dan letih nak bagi jawapan.
Sebenarnya pada aku soalan yang sepatutnya, bila nak nikah?
Betul tak?
Dulu aku pernah tulis tentang hal ni (aku rasalah) dan sebenarnya sebelum aku tertengok satu video di wall seseorang, aku dah terdetik dalam hati untuk menulis tentang perkara ni.
Perkahwinan tu bukan benda yang boleh  main taram saja.
Perkahwinan tu satu perjudian dalam hidup, satu pertarungan serta cabaran pada diri sendiri dan pasangan.
Perkahwinan itu nasib, pelbagai corak, pelbagai warna.
Andai kita tersalah langkah, tersilap pasangan, bersedialah menerima hasilnya.
Aku menulis bukan atas dasar suka-suka hati aku saja, aku menulis berdasarkan apa yang aku lihat, aku dengar dan aku rasa tempiasnya.

Bagi adik-adik hingusan, baru nak naik baru nak kenal dunia, pasti sibuk dalam hati nak cari boyfriend la, girlfriend la  merenyam nak kahwin tapi apa pun tak tahu.
Tapi aku tahu bukan 100% macam tu.
Itu bukan sekadar omongan kosong, aku dulu juga pernah jadi remaja yang baru nak meningkat (eh, sekarang ni bukan remaja lagi ke? Istilah remaja= pemuda,pemudi dimana usia di bawah 40tahun..haha)
Bila dah besar panjang bak kata opismate aku, jalan keretapi bawah tepi mata pun dah mula keluar ni, PERKAHWINAN ITU BUKAN MUDAH dan BUKAN UNTUK TESTING2!
Tak perlu bercerita bila dah kahwin, sebelum kahwin kena fikir, di mana hati kita sekarang? Bukan sekadar pada pasangan, pada tuhan pun sama.
Kalau diri sendiri tak terbimbing, macam mana nak bimbing orang lain.
Kalau si bakal isteri pula, dah betul ke standby nak jadi isteri orang, nak ada dua parents yang nak di jaga hatinya.
Bagaimana kedudukan sekarang?
Terurus ke nanti si suami atau isteri. Kewangan dah stabil ataupun belum. Macam materialistik bunyinya namun itulah hakikatnya. Kalau kewangan tak kukuh dan nak mengharapkan sebelah pihak saja, tak kejap atau lama pasti akan jadi isu.
Wahhhh! Macam-macam tapi itulah yang perlu difikir panjang. Bila dah kahwin, TANGGUNGJAWAB tu yang penting.
Kalau awal-awal tak mahu berTANGGUNGJAWAB, tak usah berangan nak kahwin.Nanti menyeksa anak, bini/suami saja.

TANGGUNGJAWAB bukanlah perkara remeh yang boleh dipandang sambil lewa, TANGGUNG JAWAB tu AMANAH.
Apapun kerja ke segala benda kita kena tahu TANGGUNGJAWAB kita.
Bagi si lelaki, isteri tu AMANAH yang diberikan untuk dibimbing, dipimpin .
Dijadikan seorang wanita dari rusuk kiri lelaki bukan untuk diletak dibawah untuk dipijak mahupun ditindas dan juga bukan diletak diatas untuk dijulang tetapi sepatutnya diletakkan  disisi untuk dijadikan sahabat dan teman terbaik.
Bagi si wanita, suami itu adalah imam tapi kalau imam pun dah tak betul macam mana dengan makmumnya.
Aku sendiri sangat berharap, biarlah aku temui imam yang betul dan dapat bimbing aku, mendidik bakal zuriat aku serta menjadi teman yang menunjukkan arah yang betul,penyayang yet tak kedekut....Hahaha..boleh macam tu?
Aku ni sememangnya cetek ilmu, terjal tak usah kata.
Tapi sekarang dah kurang sikit kot keterjalan tu...Hahaha

Hari ni aku membebel perkara yang aku sendiri belum lalui kan.
Terpulanglah betul ke tidak, sebab aku sendiri tak tahu.
Macam yang aku katakan, ini hanya sekadar dari apa yang aku lihat, dengar dan perhati.
Adakalanya perkataan perkahwinan tu sendiri dah buat aku fobia tapi aku masih percaya  ketentuan tuhan..Ajal maut jodoh semua tu dah ditentukan dari Luh Mahfuz lagi..
So redha...Lambat cepat saja kita tak tahu...

* Ehsan Mr Google*


#Rasa macam entah apa-apa bila menulis hari ni. Buat teman-teman rapat yang aku tahu follow blog ni, aku sendiri tak terfikir aku tertulis juga akhirnya benda ni. Kalau korang nak bahan macam isu Jawa tu, aku redha..Choi Betul!

Monday, September 24, 2012

*My Baby Sis*

Agak kelakar pula bila aku memikirkan apa yang aku nak tulis ni.
Ini kisah my baby sis yang ikut aktiviti sekolah dia untuk budak-budak yang dah habis exam.
Adik bongsu kami ni nampak saja macam selamba dan rock tapi hakikatnya dia sangatlah manja, agak cranky dan juga cuai sikit.
Kalau diikutkan hati mak, memang mak tak nak lepaskan dia join aktiviti 2hari 2 malam di mana ada lawatan ke Putrajaya (aku pula rasa macam tak ada tempat lain ke tapi untuk budak sekolah kenal tempat tampuk pemerintahan Malaysia katanya), Kidzania (aku pun tak pernah tahu benda  ni wujud till this year lepas Eryn highlighted it to me) dan few places di Melaka including ke Wonderland tak silap (kakaknya tak tengok itinery, just heard from her dan mak)..
Bayaran sebenarnya tak jadi masalah sebab pada aku berpatutan dengan siap tempat tidur dan makan budak-budak ni tapi itulah, memandangkan hal perangai adik kesayangan kami ni,kami rasa agak gusar.
Tapi aku dengan confident meyakinkan mak all going to be ok sebab cikgu pengiring dia orang yang selalu bawa budak-budak pergi lawatan dan kami kenal.
Sebelum ni adalah juga dia join aktiviti ke pameran semua but pergi pagi balik in the same day.

Semenjak minggu peperiksaan lagi kami dah ingatkan, if periksa ingat jalan je, this is the 1st time n last time she can join.
Selain itu, dia kena ingat segala advices dan segala pantang mak nenek kalau pergi without us,.
Semalam bas yang bawa dia bergerak pukul 1 pagi dan kak Long dia tak boleh tidur keep mesej dia dan mak sambil iron baju kerja untuk stok 3minggu plus baju berjalan dekat 8helai include seluar dan tudung...
Punya risau, sampai tak boleh lelap.
Sounds funny kot sebab ni baru adik bukan anak. Kalau anak aku sendiri nanti macam manalah.
Adik aku ni bukan apa, dia spesis cuai, semua nak kena orang ingatkan...
Dia berbeza dengan kami si kakak dan si abang, sebab kami seawal 9tahun dah dibantai berkhemah,pacak khemah sendiri.
Di umur 10 tahun dah pergi wakil sekolah pergi Jamboree bagai, training memanglah duduk kat sekolah je semedang.
Tapi kalau kami tak lepaskan dia, tak percaya pada dia, sampai bila dia nak berdikari.

This morning seawal jam 5pagi aku dapat mesej dari my baby sis, katanya dia dah tiba di masjid Putrajaya untuk bersihkan diri dan solat subuh dan keep updating me dan mak setiap kali nak bergerak.
Sebenarnya she'll be ok InsyaAllah. Ada teman yang cakap, jangan to protective.
Hei!She's my sister and the only one, of course la kami jadi sangat protective.
Dialah buah hati kami.
Aku hanya ada seorang adik  lelaki dan seorang adik perempuan je kot.
Tapi sayang lebih sikitlah kat my baby sis sebab dia kan kecil lagi.(this statement la yang buat ada orang tu merajuk dengan kau masa dari malam raya till raya seminggu, LOL)
Now keep waiting for her to update me.
Let her enjoy herself di Kidzania sebab dia memang super dupper excited nak pergi sana (sebab kantoi di status FB dia masa minggu exam).
Abang dia pun dah standby kan kamera untuk dia guna. (tapi charger tak tahu simpan mana, nasib la ko dik oit kalau kamera tak ada bateri sebab abang kau charging guna USB kete dia je).
And now just got a message from her.
Sudah di Kidzania dan sedang dipasang alat pengesan pada dia katanya. Baguslah sebab ramai budak kan dekat sini lepas tu dilepaskan suka hati korang nak pergi section mana satu.

*Dia ni pencinta haiwan terutamanya kucing*

#Till here dulu kisah kerisauan Kak Long..hehe

Sunday, September 23, 2012

*Untuk Tiga Hari*

A must watch Malay movie!
Baru saja menonton cerita ni malam tadi dengan housemate dan bini orang sebelah rumah...
Ajak orang lain tengok cerita Melayu kat panggung katanya tak berbaloi...
Tapi bagi aku bila satu-satu cerita yang kita boleh agak tahap mana kualitinya, tak kisahlah cerita Melayu ke cerita luar ke, aku tak ada hal punya...
Untuk Tiga Hari ni pula pelakon dan pengarah dia memang aku minat dan setiap filem dia memang aku rasa ada mesej,lain dari hasil orang lain...
Afdlin Shauki! Yerrrr, pelakon,pelawak dan pengarah yang sihat tapi idea dia pun "sesihat" orangnya...
Antara barisan pelakonnya pula ialah Afdlin Shauki sendiri, Vanidah Imran, Rashidi Ishak dan Ayu Raudhah...
Ada mesej dia tersendiri,kalau filem kisah cinta by Afdlin Shauki memang mendalam,sweet jer even ada sournya...
Dalam kisah Untuk Tiga Hari ni, ianya mengajar kita tentang ketentuan dan jodoh yang tuhan nak tunjuk nak buktikan pada kita...
Rancang bagai nak rak,berpuluh tahun pun kalau tuhan kata tidak,tidaklah jadinya...
Dalam masa tiga hari,seorang kekasih yang menjadi isteri orang lain,disedarkan oleh sang suami apa maksud sebenar tentang kejujuran,keikhlasan,tanggungjawab dan kepercayaan sedangkan yang bertahun pun tak dapat nak buat penilaian...
Still mengharapkan orang lain untuk mencaturkan hidup sendiri walaupun hakikatnya dia perlu ada pendirian...
Aku tak nak cerita panjang, yang pasti cerita ni memang lawak (sebab aku gelak kuat gila sampai sesak nafas),romantik dan juga menunjukkan betapa orang kita patuh kepada yang lebih tua...
To those yang belum tengok cerita ni,pergilah tengok, bawa laki atau bini masing-masing is better...
Yang bercouple tu,ambil iktibar...hahaha

#ada satu scene di awal cerita menunjukkan seorang mamat ni di kursus kahwin tak nak dengar betul2 ustaz cakap apa, so at the end of the story,dia menyesal...org suruh pergi kursus, dia mentang2 konon pandai tak nak dengar kannnn, hamikkkk... cerita ni mungkin byk flashback dan bergerak agak perlahan so that kepada sesiapa yang spesis tak suka menunggu mungkin depa blah je tetapi buat sesiapa yang suka berfikir dan teliti, you got the message...
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, September 22, 2012

*Update Lagi!*

Hehehe...meroyan betul hari ni....
Actually di kedai service kereta, tak bawa buku,paper ada dalam kereta lupa nak bawa keluar...
Cik Lisa pula dah tergantung tinggi...
Meroyan la aku update blog lagi...
Mood happy dah start mai dah ni...
Dapat berita perkhabaran yang best dan harap-harap betullah...
Hehehe...Aminnnn...
Hari ni bebudak tempat kerja tengok aku semacam je kot sebab aku rasa aku sendiri pun dah macam kuih lapis...Hahaha...baju dan tudung macam dalam gambar tu (abaikan mata mengantuk sebab semalam bantai layan dvd sebab lepas shopping dvd katanya)...
Dah la baju tudung warna macam tu,kasut aku pula warna dark green...
Pedoli hape, kan colour block katanya...
Tapi warna hijau? Jawa betullah...tapi tak pe,jawa-jawa aku pun jawa kacuk...JPC katanya...
Kacuk-kacuk pun tahu cakap jawa fluence wokeh..
Tapi aku cakap melayu tak adalah pula slang jawa...
Kompius aku....Berbeda dengan adik Ngah aku,cakap jawa macam bunyi tongkang pecah tapi cakap melayu bunyi slang jawa....alalalala...apa macam da...
Adik Eryn aku? Adalah juga sesekali perkataan jawa keluar dari mulut dia,cakap jawa tak tau tapi pahamlah kalau orang mengutuk dia...LOL...
Tapi sayang kami semua tak tahu cakap cina...
Tak macam one of my cousin yang anak-anak dia semua speaking cina fluence....
Bukan setakat cakap cina,melayu english pun ok...
Tapi tak boleh cakap jawalah...hahaha
Aku ada je beli buku belajar bahasa mandarin,tapi baru buka dah kroh2...
Orang cakap aku pahamlah sikit-sikit,mahunya tak paham dah hari-hari tadah telinga orang keliling semua bercakap bahasa cina kan...
Bahasa kasar,halus, rojak, layannnnn...
Aku harap sangat adik Eryn aku tu boleh kuasai bahasa lain selain Malay,Jawa dan English...
Antara kami 3beradik dia lain sikit,dia cerdik lagilah dari kitarang sebenarnya...hahahaha...(Ko jangan kembang pulak dik kalau baca nih...)

#oklah,abis dah mood meroyan, ni adik Ngah pula call either aku balik ke tak...suruh join makan2 dia...alalala...mesti dia ingat aku terpacak kat kampung every week ni macam bulan puasa ari tu...tak dapek la adikku...
Sent from my BlackBerry® Smartphone

* 22.09.2012*

It's just a date.
Nothing special, only me yang semakin rajin balik nak update blog eventhough tak ada cerita menarik yang boleh ditulis.
I'm working today plus my asst. ada yang tak datang so aku kena turun padang hari ni.
No working in front of PC atau kemaskini dokumenlah nampaknya even niat  dan nawaitu minggu ni datang weekend nak buat semua tu.Redha sajalah nak buat macam mana, budak tu sakit bukan merayap pergi berjoli.
Its ok, aku tak ada hal buat lab work.
Pejam mata pun boleh..Hehehe...Practice make perfect...So that budak-budak ni pun selalu tak dapat nak kelentong bila result loncat-loncat, kita paham tak payah pergi cari diarang sampai lubang cacing.
Kadang-kadang kita kena paham keadaan diarang dan juga mesin yang diarang handle.
Not all machine can function straightly for a week.
Kita sendiri pun mahu nak pengsan kalau non stop kerja...
Tapi ada juga manusia yang kadang-kadang tak paham tahu nak mempertikai saja walaupun hakikatnya dia sendiri dah tak ingat atau mungkin dah tak tahu nak running semua benda tu.
Komen memang senang kot.
Apapun lantaklah sama dia.Bukan semua benda kita boleh puaskan hati semua orang kan.
Apapun hari ni marilah aku bertapa sehari suntuk di tempat kerja ni...
Tak ada aku balik half day hari ni...
Mak pula call malam ni Angah ada buat jamuan untuk staff Angah dan orang-orang TNB....My cousins pun ada join sama dengan geng kontraktor lain.
Manalah aku sempat nak balik join.
Esok ada majlis juga.
So sorry sebab tak boleh join.
I'm too tired to drive back plus mungkin tak sempat.

#Eryn, I know u read Along's blog kan..Esok gerak jangan naughty2 sangat.Ingat pesan Mama n Along....

Friday, September 21, 2012

* Jumaat Ini*

Hari ini memang hari Jumaat, tak salah lagi tapi hati aku tak happy macam biasa pun.
Sebab utama ialah aku kena kerja weekend ni.
Tak dapat balik kampung.
Orang lain tak dapat balik kampung siap plan pergi dating.Aku dating dengan apa?
Dating dengan tiang lampu depan rumah, tempat selalu aku parking kereta?
Esok kerja dan Ahad nak kena menghadirkan diri ke majlis tunang membe opis.
Close, kalau tak pergi tak sedap pula.
Kalau kebiasaannya setakat orang tunang jangan harap aku nak pergi sedangkan wedding pun sekarang ni berapa kerat je yang rajin aku nak tunjuk muka.
Lemas ok dengan soalan cepu emas tapi tak adalah tak pergi langsung.
Sekarang dalam satu kelas aku masa sekolah tinggal aku dan Dr.Aina je yang masih merewang-rewang solo.
Last pergi attend wedding classmate kitarang, siap cakap " Between two of us ni, kita tengok siapa last pergi wedding siapa"..
Coi betul Dr.Aina punya ayat.
Rasa looser wei even masing-masing relaks-relaks je.
Memang single is just a word to describes a person who is strong enough to live and enjoy life without depending on others tapi bukan selama-lamanya.
I just hold this word "Allah dah tentukan setiap insan ada pasangannya, ada perkiraan khas, ada bahagian masing-masing".
So to those yang suka buka mulut sesuka hati, ingatlah, Allah tu Maha Mengetahui.
Tak perlu cakap macam-macam.
Aku ni redha je dengan apa yang datang.
Layankan saja.Tak kuasa aku nak sentap lebih-lebih.
Mulut manusia bukan mulut tempayan, ambil dulang terus terkatup.
Karang aku ambil dulang katup mulut orang lain jadinya pula.
Tambah besar mulut-mulut orang yang bercakap tu.
(Now I'm imagine how their face kalau ada dulang melekat kat mulut depa..hahaha)

*rasa sayu hati macam nak menangis sebenarnya ni*

 MEroyan dah aku ni, hati rasa bercampur baur pun ye juga.
Datang kerja pun separuh jiwa dah ni.
Aku tak ada mood.
Mana pergi semangat dan mood aku ni...

#Ada sesuatu yang buat aku serba tak kena tapi aku tak tahu apa puncanya...feel bad!

Thursday, September 20, 2012

*Feel Haish!*

Angin kus-kus aku dah datang.
Angin malas gila-gila gaban nak buat kerja.
Tambah lagi kakak besar dan kakak tiri hari ni tak ada sepetang sebab pergi meeting bulanan.
Angin kus-kus ini ditambah pula dengan angin bulanan, memang mantap tahap kemalasan dan kelesuan yang terserlah.
Kerja ada tapi liatnya nak buat macam hape.
Ada kerja yang dah dekat dateline tapi aku buat tak paham saja.
Mana pergi semangat nak buat pun tak tahu.
Hati ni rasa nak cuti saja tambah-tambah lagi start minggu ni untill raya haji nanti barulah free on weekend.
Kalau nak balik kampung mengadap famili pun sempat balik satu hari saja.
Penat tu.
Aku tak dapat bayangkan orang yang kerjanya travel ke sana kemari..
Dan sekarang baru aku perasan dan bersyukur kenapa aku say babai dengan kerja lama aku dulu.
Aku kan spesis setia duduk satu tempat je...
Aku malas nak pindah-pindah.
Penat kot nak pindah-pindah.Letih mengemas dan nak menyelesakan diri.
Bukan kata tak boleh nak adapt new environment tapi kalau baru nak duduk selesa dah kena tercampak-campak, sorry to saylah,
Dan mungkin disebabkan itu aku masih ada di tempat kerja sekarang selama 5tahun lamanya.
Orang tempat kerja lama siap panggil balik nak rekomen sebab ada kerja kosong, best memang best tapi travel lagi merata dan kena drive.
Dah la kena drive lepas tu pergi ke ceruk mana bagai.
Bukan tak berani, kalau tak berani tak adanya aku balik kampung balik kerja sorang-sorang drive tengah malam atau 1/3malam tapi mungkin lebih fikir pasal kesihatan diri sendiri.
Aku dah merapu bagai dah ni.
Aku tengah bengang dengan satu oversea organization ni pun ye juga, dari awal sampai la ni asyik menyusahkan orang je.
Ok yang ni memang aku malas nak layan tapi berkait rapat dengan aku punya dateline.
Macam siutlah tak boleh nak buat apa.
Stress! Yup, akhirnya terkeluar perkataan yang sesuai untuk keadaan aku sekarang ni.
Nampak je aku duk saja ngadap komputer ni tapi hakikatnya kepala ligat macam mana aku nak kejar depa tu.
Haish! Ni satu lagi ada satu government body kat Malaysia yang sedang aku deal, segala maklumat yang aku bagi aku dah send via online boleh hilang.
Dia kata dia ada copy yang aku bagi but tak ada masa nak key in kan.
Depa kasi hilang lepas tu kejar kita suruh kita buat balik.
My answer is saya cuba secepat mungkin untuk update semula.
Aku tahu itu kami punya keperluan tapi dia tak ada recovering atau back up system ke?
Rasa-rasanya masa mula-mula hari tu jadi lambat sebab perkara macam ni jugalah kot.
Pending and drag too long wei.
Aku memang mood membebel je ni walaupun muka duduk depan komputer ni berkerut-kerut tahan sakit.

Lambatnya nak pukul 5.30.Yup! Aku nak cabut awal nak balik rumah dan menidurkan diri.
Aku rasa tak best sangat-sangat.
Sebelum terlupa kat sini aku nak wish TQ in advance pada seorang bini orang yang cun sebab sanggup tolong aku buat delivery ke kampung weekend ni.
Delivery benda bukan calang-calang..Hahahaha...
To Puan Zuria Zihanee aka Oya terima kasih banyak Yang oit and I'm happy to met you that night.
Lain kali kita jumpa lagi, banyak benda nak update and feel good kalau the 3 stooges dapat jumpa semula.
I know you read my blog sebab tu saja je mention your name here..Hahaha...

* Kalaulah mood aku seceria waktu dan warna colour pakaian aku dalam gambar ni....*
#Till here bebelan aku...1 hr 20mins to go back!