Saturday, October 1, 2011

* We Should Realised *

*seperti dua gelas air ni,dua-dua nampak sedap tapi kita perlu sedari bahawa hakikatnya mungkin ianya indah khabar dari rupa*

Kita perlu sedar, tak semua yang kita ingini akan kita dapat...
Kadang-kadang seperti nasi walaupun dah kemas kita nak suap ke mulut, tersangkut sikit jari di bibir pun dah buat beberapa butir nasi terjatuh...
Malahan adakalanya terus berterabur...
Adakalanya juga, dari awal kita dah lihat, sentuh dan pegang tapi kita tak mampu nak dapatkan...
Serupa seperti pakaian, ataupun sutera yang kita inginkan...
Sekali lagi kita datang, kita dah terlepas peluang sebabnya pakaian atau sutera tu dah dibeli orang...
Itulah lumrah alam...
Kita hanya merancang tapi segala ketentuan kita takkan tahu...
Adakalanya dah kita pegang teguh dan genggam kemas tapi bila kat atas tu kata ianya hanya pinjaman, benda tu akan terlerai jua...
Macam perasaan...
Kita simpan kita diamkan, kebenarannya kita tak ketahui dan tiba-tiba kita tak tahu rupanya kita tersilap...
Bagaikan burung yang terbang tinggi dalam kumpulan, kita sangkakan mereka kuat bila terbang sekawan tapi rupa-rupanya mereka tak mampu terbang sendiri sebab mereka perlu bergantung diantara satu sama lain...
Bila kita lihat pula burung terbang rendah dan hanya seekor tanpa kawan, kita sangka ia burung yang lemah tapi kita silap, sebenarnya ia burung yang punya sayap yang teguh dan mampu terbang sendiri tanpa perlu ditemani dan tak gentar diserang lawan...
Bagai kita melihat bunga mawar, merah, mekar dan cantik dipandangan mata...
Bila kita petik, kita lupa mawar itu berduri...kalau tak bijak, lukalah jari...
Si pemangsa bertaring pula suka membaham, menggerunkan namun tanpa ia sedari ada pemburu lain memerhati..
Hanya menunggu bedilan menyasar pemangsa menjadi mangsa meraka...
Hummmm...dunia ini sentiasa berputar...
Bagaikan roda, bagaikan roller coaster...
Berani hadapinya,laluinya dengan mata terbuka atau tertutup...
Mulut terkunci atau menjerit...
Adakalnya kita diatas dan tiba waktu terjunam ke bawah...

#hummmm....banyaknya yang aku coretkan seawal pagi ni...biarlah aku seorang yang mengetahui maksud sebenar...pada sesiapa yang memahami...just give me a sweet sincere smile coz to understand me...=)
Sent from my BlackBerry® Smartphone

0 comments: