Saturday, October 22, 2011

* Hallo Janda Baik *

Sebenarnya ini adalah cerita lapuk tapi disebabkan aku gatal nak cerita, aku tulis juga....
Hahahahaha...
Ini adalah kisah awal bulan tapi disebabkan aku tak ada masa dan dok serabut dengan kerja makanya hari ini baru ku sempat nak update blogku...
Kenapa sebab aku alang-alang dah sangkut di opis hari Sabtu dah nak balik teringat pula nak update...
Lagipun di opis tak ada orang dan dah dekat pukul 5pm...Orang claim 5jam aku lepak sampai 5pm..sigh

Aku dan housemateku ke Janda Baik di awal pagi dan perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang satu jam saja dari Shah Alam..
Namun yang menjadikan keadaan lewat adalah nak cari port yang sesuai untuk berkelah kerana kebanyakkan tempat adalah kawasan persendirian ataupun kawasan team building...
Cari punya cari makanya sampailah ke port yang kami rasa sesuai untuk berBBQ dan berendam...

Makanan yang di bawa simple saja tapi sedap ok...
Malam sebelum tu kami makan-makan di Bagan Lalang makanya balik dari sana kami rush ke Tesco mencari ayam bagai untuk di perap oleh Puan Chef kami...
Selain ayam bakar, kami ada sosej bakar, coleslaw homemade yang yummi!
Tak lupa juga nasi lemak yang memang lemak berkrim beli dari Jayathi Restoran...
Ada juga otak-otak yang ditapau dari Bagan Lalang pada malam sebelum tu...

Masa mandi aku cukuplah satu round sebab aku ni memang tak boleh berendam air sungai atau air terjun lama-lama..
Kompom demam lepas tu...Pergi ke Janda baik ni pun, sampai rumah badan panas membahang makan ubat dan tisur terus sampai ke petang...
Tak nak cakap banyak dah, enjoy the photos taken by me on that day:

* Here is the place *

* Tempat kami berkubang *

* Misi menyediakan bara pas tu aku take over mengipas pula*

* Amacam bara kami? Banyak gila kan?Haha, selagi xde api selagi tu xpuas ati *

* Ayam bakar dan sosej bakar yang yummi! Otak-otak lupa nak snap*

* SOSSSSS! Pilih saja cili atau black pepper *

* Hommade coleslaw yang sangat banyak mayonis dituang sesuka hati *

* Kita orang Asia, nasi tetap ada...LOL *

* Second round bakar-bakar...Muka budak lepas berkubang...*

* Kemas-kemas nak balik, aku pula dok feeling-feeling tangkap gambar dari dalam sungai sambil mencuci *
#Esok housemate ku nak pergi lagi tapi kali ni still tak cukup korum juga sebab aku pula tak join..aku kena pergi event company di Putrajaya > Dragon Boat competition...

0 comments: