Saturday, October 8, 2011

* Aku,Mereka & Cerita Cina *

Aku ialah akulah kan...
Mereka?
Siapa mereka?
Mereka adalah seperti di bawah:

* Kak Put akak Kak Puteri Nuur *


* Arip aka Budak Panjang *

Dia orang nilah partner in crime aku bila nak tengok cerita cina....
Aku ni memang suka cerita cina dari masa duduk dengan parents lagi sampaikan mak aku kata aku ni macam dah kena sampuk cerita cina...
Apa tidaknya sebab kalau ada cerita bersiri pun aku follow dah tu cerita bersiri pula dari satu sambung satu lagi...
Berangin la kan mak aku bila aku dah dapat tv tak nak bagi orang lain tengok....
Dulu masa tengok cite cina dengan depa semua ni, mesti kami je yang berbangsa melayu selebihnya bangsa cina..
Bila bab lawak je, orang lain gelak kami tak gelak tapi bila orang lain tak gelak kami pula yang gelak...
Hahahahaha....
Semalam aku tiba-tiba teringin pula nak tengok cite cina ni macam dulu-dulu tapi mungkin sekarang dah advance sikit kot, boleh pahamlah sikit-sikit apa dialog yang dicakapkan sebab hari-hari dok dengar kat tempat kerja...
Tapi sekarang tak macam dulu, sekarang masing-masing dah ada tanggungjawab dan komitmen masing-masing...
Kak Put dah ada famili dan anak-anak yang comel untuk diberi perhatian...
Kak Anim, busy dengan event ke sana ke mari, selalu berhubung d alam maya atau telefon je..
Arip lagilah sekejap timbul sekejap tenggelam...Almaklumlah dah ada Mem lepas tu kerja pula asyik outstation je yek..hehehe
Tapi walau apapun aku tetap ingat cerita yang pernah ditonton dengan dia orang, antaranya seperti di bawah:

* Women From Mars*
* Turn Left, Turn Right *

* Twins Effect *

* Twins Effect II *
Inilah antara cerita yang paling melekat dalam kepala aku...Setiap satu ada kenangan masing-masing dan yang pasti semua cerita ni kelakar boleh buat aku gelak gila terutamanya cerita Twin Effect...Sebenarnya banyak lagi yang ditonton tapi karang banyak sangatlah pula..

#Aku rindu nak tengok cerita cina la....Huhuhuhuhu

6 comments:

Puteri Nuur At-Terawis said...

bwahahahah. citer first tu yang layan, melekat! apsal ko tak carik yg kita pi tgk international screen tu? :P

Min Min said...

kakakku, yang international scren org dah ada tulis spesel sebut nama u noks...
entry on Monday, March 21,2011 *Aku Masih Boleh Tersenyum*

Norazo Aslan said...

dulu i pong mcm u nok. tgk ceta cina melulu. memang dok begaduh ngan my parents and adik2. punyalah terpengaruh ngan ceta hong kong smpi skg i panggil en. aslan Lo Tau nok instead bapa aigooooo

Min Min said...

Nok! u dahsyat sampai panggil Lo Tau..hahaha..
I think sampai skrg my mak still cop muka I kaki tgk cite cina+cite omputih...
My mak kata I just layan cite melayu yang funny je wei...erk...

Baby Tiger said...

huhuh rindu sangat

Min Min said...

RINDU AKAK JUGAK!