Tuesday, September 13, 2011

*Tak Tahu*

*I don't know! Is it true wild heart can't be broken?If yes, need to train my heart lorrr*

Sebenarnya aku sendiri tak tahu apa yang dah jadi pada diri sendiri hari ni dan juga sejak akhir-akhir ni...
Pagi tadi tak pergi kerja disebabkan suhu badan tiba-tiba naik...
Bangun pagi mesej seniorku cakap mahu ke klinik...
Lepas hantar mesej berkerubung semula bawah selimut yang dah lama aku hanya gunakan sebagai alas kepala disebabkan cuaca di rumah ni xberapa nak sejuk..
Dan aku dapat MC, ke klinik pun dah pukul9 disebabkan tak larat...
Lepas makan dan makan ubat,aku hanya terlena buat seketika..
Aku tak boleh tidur semula dan mujur ada dvd Korea dari Puan Puteri...
Tapi aku tak bolehlah tengok cerita Korea ni, macam kisah novel...
Macam aku pernah bagitahu, kisah novel ke filem ke, sedih bagai nak rak macam mana sekalipun ending mesti punya happy lah eventhough si hero atau heroin tu dah nak mati boleh hidup semulalah...
Macam fairytale...tapi tengok cerita Korea ni sengal sikit sebab memang boleh buat aku menangis tau tak...
Macam lawak tapi mendalam ok..
Wahhhh! Buat aku berfikir banyak ye tuan puan...
Membuatkan aku terfikir muka-muka makhluk yang pernah mencairkan hati, menyakitkan hati, menghancurkan hati, menggembirakan hati, mencuit dan mencuri hati pun ada...
Hummm, kadang-kadang aku fikir tak salah rasanyakan kalau kita jatuh hati pada seseorang samaada dia tahu atau tidak tepuk sebelah tangan atau tepuk amai-amai sekalipun yang penting kita tahu dalam hati kita ni ada sapa..
Macam kata-kata kat bawah ni:

He's funny. He's adorable. He's sweet. He's loving. He's awesome. He's perfect. I didn't say a name, but he popped into your head didn't he?

Tak perlu nak bagitahu orang lain sebab setiap orang ada hati masing-masing...
Yang pasti ketentuan Allah kita tak tahu,Dia Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui..

#Aku rasa yang sebenarnya aku terlalu susah hati dan banyak berfikir yang macam-macam serta rasa terlalu kerdil...Aku dah tak sekuat aku yang dulu...=(
Sent from my BlackBerry® Smartphone

0 comments: