Monday, September 26, 2011

* Menulis *

Hari Isnin, sangat tak asing pada aku dengan  Monday Mood ataupun gejala Manic Monday....
Semalam bangun seawal pagi dan memerap di rumah sambil mengemas apa yang patut termasuk mengemas baju kurung yang tak seberapa ku bawa di rumah sewa dan tanpa ku sedar banyak rupanya baju aku berwarna hijau dan pink....
Selepas Zohor keluar ke Subang dan Sunway dengan opismate....
Niat dihati nak menonton Johnny English Reborn di Summit dan gerak ke Sunway kemudian untuk beli barang namun hampa sebab tiket di Summit sold out...
So semalam shopping DVD lagi di Summit dan window shopping di Sunway sebelum menonton...
Dapatlah grab kasut bertutup baru untuk aku sebab kasut yang lama dah terkopak...
Lepas menonton terus makan dan balik rumah lalu terlelap sambil DVD tengok aku bukan aku tengok DVD...
Terjaga malam dan terlepas untuk menonton rancangan FYI di Bernama TV...
Melepas aku nak tengok kakak dan my handsome BF, Lope di tv...

Aku bila dah terjaga memang alamat susah nak tidur semula, aku buka lappy yang dah lama aku tak sentuh dan aku mula menaip sesuatu...
Dalam masa yang singkat aku dapat menaip dalm 4 muka surat penuh....
Terdetik di dalam hati ni macam mana agaknya kalau aku rajin mengeluarkan idea menulis ku setiap hari....
Adakah akan terhasil sebuah cerita yang boleh dijadikan novel?
Wahhhhh....perasan nak menulis tu...Tapi tak salah kan?
Kadangkala aku suka bermain dengan perkataan dan melayan jiwa kadang boleh buat sakit jiwa pun ye juga...
Tapi kalau aku menulis ada ke orang nak baca?
Aku ni menulis suka-suka dalam blog ni bolehla dan dengan erti kata yang lebih tepat luahan lepaskan geram didalam blog...
Kalau aku menulis mesti aku jadi lebih emo kot, huhuhu..Lagilah aku tambah berkhayal...
Mesti kisah dalam cerita aku tulis dipengaruhi dengan watak-watak sekeliling aku...
Hahahaha..Berangan ok..
Sekarang aku menulis untuk melepas tekanan..Baru habis meeting dengan BOS dan senior aku..
Semua berkisar pasal task dan existing task..
Pembahagian task baru sebab akan ketiadaan dua orang sekaligus dalam team kami...
Ohhhh..aku sangat tak happy sebenarnya...
Mesti lepas ni  muka aku tambah jerawat dan makin kuat makan sebab stress...
Aku bila stres kuat makan, sebagai bukti masa bercuti raya balik kampung hari tu aku makan rileks-rileks je...
Baju raya, tshirt dan seluar kerja terutamanya jadi longgar walhal masa puasa sendiri takpun macam tu...
Lepas ni juga mesti aku punya tahap mengigau dan tersentak-sentak masa tidur lagi bertambah...
Perlukah aku ambil ubat seperti yang dicadangkan oleh si Sotong?

* Sekarang orang mengarang guna lappy tak pun PC tak macam dulu guna tangan...Kalau guna tangan kompom rasa macam nak patah tangan aku...tulis jawapan karangan periksa dulu pun dah azab kan*

#Mode: melalut pelbagai perkara.....

0 comments: