Tuesday, September 27, 2011

*I Need To Write This*

*alangkah bagusnya andai hati aku setenang gambar ini...hijau,sejuk dan rimbun...*

Aku rasa aku nak luahkan juga...
Aku tak tahu dimana perlu aku luahkan dan lepaskan...
Aku bukan sesiapa dan aku hanya orang biasa yang mempunyai latarbelakang yang ala kadar tak kira famili, kerjaya mahupun pendidikan...
Aku takkan mudah lupa siapa diri aku yang sebenar..Aku bukan sesiapa yang istimewa...
Dan oleh sebab itu setiap kali aku teringatkan seseorang aku akan mengingatkan diri aku sendiri...
Aku kena sedar diri, manakan boleh pipit dengan enggang terbang bersama...
Aku hanya mampu memerhati dari jauh namun dalam hati aku rasa bagaikan dekat saja...
Sekali pernah terkena sampai bila-bila aku akan ingat..
Kerana sekali terkena juga aku bagaikan dah tak percaya sehinggalah munculnya seseorang namun aku takkan berkata apa-apa sebab aku tak nak jadi aku yang dulu...
Mengharap, menunggu dan akhirnya kecewa...
Dicuba pelbagai penawar tapi makin teruk jadinya...
Makin jadi racun, bisa sampai sekarang dan mungkin akan kekal sampai bila-bila dalam kotak ingatan...
Mungkin selalu sangat ada saja yang terdetik perkara yang serupa dilakukan,dituliskan oleh kami walaupun jauh dan tak mungkin berhubung tapi aku sentiasa berkata dalam hati itu semua adalah kebetulan...
Dan selalunya aku simpan diam-diam...
Mana mungkin ianya boleh berlaku..
Kebetulan saat 8tahun dulu membuatkan aku menidakkan semuanya...
Kebetulan itu mungkin hanya rekaan sebagai topeng masa untuk menipu kita...
Hummm...Kita hanya manusia biasa yang boleh dianggap sebagai pelakon di pentas dunia...
Tak semua pelakon itu hebat..
Mungkin aku sendiri tenggelam diatas pentas duniaku sendiri...
Malam ini, kebetulan berulang-ulang tapi aku malas nak melihatnya...
Abaikan...aku bukan sesiapa...
Mana mungkin aku orangnya yang perlu mentafsirkan...
Tak usah dipersoalkan kerana ini semua hanyalah bagaikan khayalan...
Mimpi indah dikala malam hari dan akan hilang ketika fajar menjelma kala mata terbuka...

#aku tak tahu kenapa aku perlu luahkan ini,mungkin saraf jariku tak mampu lagi dikawal oleh kepalaku dengan lagi dipaksa oleh hati yang kian menjerit mengatakan agar aku keluarkan dan luahkan...
Sent from my BlackBerry® Smartphone

0 comments: