Sunday, September 4, 2011

*Beraya*

*Psstt...pagi tadi baru perasan warna baju raya HP sama dgn warna baju raya yang kupakai hari ini...LOL*

Alhamdulillah bermula dari petang hari raya ke-4 aku dan famili dah mula dapat keluar berhari raya mengunjungi kaum keluarga sanak saudara namun sempat juga sepupu-sepupu mak call bertanya ke mana perginya kami disebabkan rumah kosong...
Berhari raya tahun ini terpaksa keluar dengan dua kereta disebabkan Wak Long ku suami isteri ingin beraya bersama kami...
Akulah jadi driver kereta kedua...Letihnya..
Jarak rumah semua jauh-jauh keluar tol masuk tol..huhuhu...
Tapi tiba jugalah aku ke rumah pakcik makcik sepupu sepapat, hanya hari ini saja aku sedikit mengelat kerana aku tak memandu..
Maaflah, jangan bagi aku pegang stereng kereta bila masuk kawasan JB sebab dah serupa bagi stereng kereta pada orang buta...
Menjajau aku cari jalan...
Bangun seawal 6am menyiapkan sarapan pagi untuk keluarga dan bergerak ke JB tepat jam 8am..
Dari rumah pertama sepupuku lagi sudah disediakan makanan berat paling best udang galah ke rimau aku tak taula termasuk masakan negeri 9..
Selepas tu kerumah kedua bertemu pula dengan Yong Tau Fu made in Pontian punya air tangan..
Rumah ke-3 nugget semangkuk pula...
Rumah ke-4 pula air tangan orang pantai timur pula, KB..
Terjumpa pula dengan jeruk bawang putih, memanglah...menjadi-jadi aku makan disebabkan aku je yang tahu makan benda alah tu...hahaha
Menjangkit ke rumah ke-5 jumpa nasi berlauk kerang bakar..
Rumah ke-6 mi hailam pula..
Sepupu-sepupuku memang dari pelbagai negeri dan bangsa so semua makanan pula aku tak memilih, memang selamat!
Mak aku siap cakap;
"Along bab makan memang! Semua dia telan! Tak tolak.."
Hahahaha...
Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari...Iye dak?
Now on the way ke Kluang dari area JB untuk ke rumah pakcik-pakcikku rumah ke 7-9..

#aku tiba-tiba terbayangkan ayam bakar sepupuku si tauke lempeng Mak Besah Batu Pahat pula...LOL
Sent from my BlackBerry® Smartphone

1 comments:

Norazo Aslan said...

indahnya hari raya anda ^________^