Tuesday, September 27, 2011

*I Need To Write This*

*alangkah bagusnya andai hati aku setenang gambar ini...hijau,sejuk dan rimbun...*

Aku rasa aku nak luahkan juga...
Aku tak tahu dimana perlu aku luahkan dan lepaskan...
Aku bukan sesiapa dan aku hanya orang biasa yang mempunyai latarbelakang yang ala kadar tak kira famili, kerjaya mahupun pendidikan...
Aku takkan mudah lupa siapa diri aku yang sebenar..Aku bukan sesiapa yang istimewa...
Dan oleh sebab itu setiap kali aku teringatkan seseorang aku akan mengingatkan diri aku sendiri...
Aku kena sedar diri, manakan boleh pipit dengan enggang terbang bersama...
Aku hanya mampu memerhati dari jauh namun dalam hati aku rasa bagaikan dekat saja...
Sekali pernah terkena sampai bila-bila aku akan ingat..
Kerana sekali terkena juga aku bagaikan dah tak percaya sehinggalah munculnya seseorang namun aku takkan berkata apa-apa sebab aku tak nak jadi aku yang dulu...
Mengharap, menunggu dan akhirnya kecewa...
Dicuba pelbagai penawar tapi makin teruk jadinya...
Makin jadi racun, bisa sampai sekarang dan mungkin akan kekal sampai bila-bila dalam kotak ingatan...
Mungkin selalu sangat ada saja yang terdetik perkara yang serupa dilakukan,dituliskan oleh kami walaupun jauh dan tak mungkin berhubung tapi aku sentiasa berkata dalam hati itu semua adalah kebetulan...
Dan selalunya aku simpan diam-diam...
Mana mungkin ianya boleh berlaku..
Kebetulan saat 8tahun dulu membuatkan aku menidakkan semuanya...
Kebetulan itu mungkin hanya rekaan sebagai topeng masa untuk menipu kita...
Hummm...Kita hanya manusia biasa yang boleh dianggap sebagai pelakon di pentas dunia...
Tak semua pelakon itu hebat..
Mungkin aku sendiri tenggelam diatas pentas duniaku sendiri...
Malam ini, kebetulan berulang-ulang tapi aku malas nak melihatnya...
Abaikan...aku bukan sesiapa...
Mana mungkin aku orangnya yang perlu mentafsirkan...
Tak usah dipersoalkan kerana ini semua hanyalah bagaikan khayalan...
Mimpi indah dikala malam hari dan akan hilang ketika fajar menjelma kala mata terbuka...

#aku tak tahu kenapa aku perlu luahkan ini,mungkin saraf jariku tak mampu lagi dikawal oleh kepalaku dengan lagi dipaksa oleh hati yang kian menjerit mengatakan agar aku keluarkan dan luahkan...
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Monday, September 26, 2011

* Menulis *

Hari Isnin, sangat tak asing pada aku dengan  Monday Mood ataupun gejala Manic Monday....
Semalam bangun seawal pagi dan memerap di rumah sambil mengemas apa yang patut termasuk mengemas baju kurung yang tak seberapa ku bawa di rumah sewa dan tanpa ku sedar banyak rupanya baju aku berwarna hijau dan pink....
Selepas Zohor keluar ke Subang dan Sunway dengan opismate....
Niat dihati nak menonton Johnny English Reborn di Summit dan gerak ke Sunway kemudian untuk beli barang namun hampa sebab tiket di Summit sold out...
So semalam shopping DVD lagi di Summit dan window shopping di Sunway sebelum menonton...
Dapatlah grab kasut bertutup baru untuk aku sebab kasut yang lama dah terkopak...
Lepas menonton terus makan dan balik rumah lalu terlelap sambil DVD tengok aku bukan aku tengok DVD...
Terjaga malam dan terlepas untuk menonton rancangan FYI di Bernama TV...
Melepas aku nak tengok kakak dan my handsome BF, Lope di tv...

Aku bila dah terjaga memang alamat susah nak tidur semula, aku buka lappy yang dah lama aku tak sentuh dan aku mula menaip sesuatu...
Dalam masa yang singkat aku dapat menaip dalm 4 muka surat penuh....
Terdetik di dalam hati ni macam mana agaknya kalau aku rajin mengeluarkan idea menulis ku setiap hari....
Adakah akan terhasil sebuah cerita yang boleh dijadikan novel?
Wahhhhh....perasan nak menulis tu...Tapi tak salah kan?
Kadangkala aku suka bermain dengan perkataan dan melayan jiwa kadang boleh buat sakit jiwa pun ye juga...
Tapi kalau aku menulis ada ke orang nak baca?
Aku ni menulis suka-suka dalam blog ni bolehla dan dengan erti kata yang lebih tepat luahan lepaskan geram didalam blog...
Kalau aku menulis mesti aku jadi lebih emo kot, huhuhu..Lagilah aku tambah berkhayal...
Mesti kisah dalam cerita aku tulis dipengaruhi dengan watak-watak sekeliling aku...
Hahahaha..Berangan ok..
Sekarang aku menulis untuk melepas tekanan..Baru habis meeting dengan BOS dan senior aku..
Semua berkisar pasal task dan existing task..
Pembahagian task baru sebab akan ketiadaan dua orang sekaligus dalam team kami...
Ohhhh..aku sangat tak happy sebenarnya...
Mesti lepas ni  muka aku tambah jerawat dan makin kuat makan sebab stress...
Aku bila stres kuat makan, sebagai bukti masa bercuti raya balik kampung hari tu aku makan rileks-rileks je...
Baju raya, tshirt dan seluar kerja terutamanya jadi longgar walhal masa puasa sendiri takpun macam tu...
Lepas ni juga mesti aku punya tahap mengigau dan tersentak-sentak masa tidur lagi bertambah...
Perlukah aku ambil ubat seperti yang dicadangkan oleh si Sotong?

* Sekarang orang mengarang guna lappy tak pun PC tak macam dulu guna tangan...Kalau guna tangan kompom rasa macam nak patah tangan aku...tulis jawapan karangan periksa dulu pun dah azab kan*

#Mode: melalut pelbagai perkara.....

Saturday, September 24, 2011

* Apa Pun Tak Boleh *

Apa pun tak boleh..
Itu yang aku rasa sekarang ni...
Niat tahun ni nak sambung belajar secara part time pun tak jadi...
Apa pun tak boleh...
Kerja melonggok pun tak dan nak cover sekarang ni sebab tak cukup manpower + ada yang resign...
Apa pun tak boleh...
Kena cancel pergi bercuti sebab manpower tak cukup...
Apa pun tak boleh..
Betul-betul "sangkut" untuk kali kedua tapi dengan hati ais...
Apa pun tak boleh...
Nak tukar kereta besar sikit tapi fikir sayang pula kereta sekarang ni hutang tinggal sikit..
Apa pun tak boleh...
Nak beli rumah sebab malas nak pindah rumah sewa jauh dari tempat kerja tapi fikir banyak risiko...
Apa pun tak boleh...
Nak duduk dekat rumah malas pergi kerja...(LU MIMPILAH! bak kata Si Sotong)

#Mood sangat ke laut, malas nak buat kerja ni tapi kena siapkan...Duduk sesorang di opis pada hari Sabtu...LOOSERRRRR je rasa...Damn!

Thursday, September 22, 2011

* Back To School *

Orang lain balik daripada cuti raya ada jamuan hari raya di tempat kerja masing-masing..
Macam aku nan hado sebab company aku memang founder semua dari China...
Tapi majlis berbuka puasa adalah,...Hehehe...
Ucapan Selamat Hari Raya dari kekawan Cina dan India pun bertubi-tubi masuk melalui SMS dan MMS...
Cukup seminggu lepas cuti raya, company aku ada buat Employee Communication Session...
Masa ni lah, semua repot jualan dari sekecil-kecil kuman sampai sebesar gajah dibentangkan pada semua staff include operator dan istimewanya full in Bahasa Melayu even manager-manager dan director setiap negara yang incharge tu pelat...
Memang ada setiap tahun tapi tahun ni ada tema tak macam tahun-tahun yang lepas...
Macam hampagas jugalah...
Tema Back To School! Teruk mamat yang bagi idea untuk tema ni kena balun...
Tapi yang sebenarnya dia cadangkan tema ni untuk dinner...
Budak-budak club saja je bagi peluang dia kena balun..
Hahahaha...
Aku?
Balik beraya kat kampung lupa pula ambil baju sekolah...
Disebabkan lupa, pada awalnya nak pinjam baju anak saudara Puan Puteri tapi apakan daya malam sebelum hari kejadian aku kena stayback kat opis..
Macam hampagas...
Balik dari opis lari pergi ke Plaza Alam Sentral ngam-ngan kedai baju Canggih (yang bakal direpair dan disedekahkan pada adik aku) nak tutup...
Beli baju putih, kain biru sekolah rendah...
Aiseyman! Tudung pula tak ada...
Pergi kedai tudung sebelah beli tudung biru pengawas...
Ada budak sekolah pakai tudung ala Ariani?
Hehehehe...
Balik tampal lencana sekolah yang di print dari website sekolah lama...
Nametag pula, ambil nametag masa aku kerja lama dulu..
Kasut sekolah pakai snickers Adidas company sponsored....
Settle!
Siap ada orang pinjamkan cermin mata cool lagi...
Pergi ke Garden Palm Hotel IOI aku drive, tak nak ikut bas sebab terus nak balik kampung..
Ambik kau, masa drive kena hon...
Sebab? Budak sekolah rendah mana ada lesen lagi...HAhahahahaha...
Macam-macam aktiviti ada dan yang pasti seronok...

* Kanak-kanak terawal tiba *
#Ceria sekejap hari tu tambah-tambah lagi sebab nak balik kampung kan..Hahahaha...

Tuesday, September 13, 2011

*Tak Tahu*

*I don't know! Is it true wild heart can't be broken?If yes, need to train my heart lorrr*

Sebenarnya aku sendiri tak tahu apa yang dah jadi pada diri sendiri hari ni dan juga sejak akhir-akhir ni...
Pagi tadi tak pergi kerja disebabkan suhu badan tiba-tiba naik...
Bangun pagi mesej seniorku cakap mahu ke klinik...
Lepas hantar mesej berkerubung semula bawah selimut yang dah lama aku hanya gunakan sebagai alas kepala disebabkan cuaca di rumah ni xberapa nak sejuk..
Dan aku dapat MC, ke klinik pun dah pukul9 disebabkan tak larat...
Lepas makan dan makan ubat,aku hanya terlena buat seketika..
Aku tak boleh tidur semula dan mujur ada dvd Korea dari Puan Puteri...
Tapi aku tak bolehlah tengok cerita Korea ni, macam kisah novel...
Macam aku pernah bagitahu, kisah novel ke filem ke, sedih bagai nak rak macam mana sekalipun ending mesti punya happy lah eventhough si hero atau heroin tu dah nak mati boleh hidup semulalah...
Macam fairytale...tapi tengok cerita Korea ni sengal sikit sebab memang boleh buat aku menangis tau tak...
Macam lawak tapi mendalam ok..
Wahhhh! Buat aku berfikir banyak ye tuan puan...
Membuatkan aku terfikir muka-muka makhluk yang pernah mencairkan hati, menyakitkan hati, menghancurkan hati, menggembirakan hati, mencuit dan mencuri hati pun ada...
Hummm, kadang-kadang aku fikir tak salah rasanyakan kalau kita jatuh hati pada seseorang samaada dia tahu atau tidak tepuk sebelah tangan atau tepuk amai-amai sekalipun yang penting kita tahu dalam hati kita ni ada sapa..
Macam kata-kata kat bawah ni:

He's funny. He's adorable. He's sweet. He's loving. He's awesome. He's perfect. I didn't say a name, but he popped into your head didn't he?

Tak perlu nak bagitahu orang lain sebab setiap orang ada hati masing-masing...
Yang pasti ketentuan Allah kita tak tahu,Dia Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui..

#Aku rasa yang sebenarnya aku terlalu susah hati dan banyak berfikir yang macam-macam serta rasa terlalu kerdil...Aku dah tak sekuat aku yang dulu...=(
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, September 10, 2011

* Saja...Cari Pasal *

Semalam mood aku ke laut tak pun naik bukit pakai gear 5..
Rasa macam nak mengundur turun sajalah...
Banyak benda baru berlaku di opis dan banyak benda yang drag serta muncul kembali selepas cuti raya ini...
Balik dari 11hari bercuti pada hari Rabu, pagi-pagi lagi dah ada benda buat aku sayu hati...
Nak menangis, macam rasa lumpuh terus semangat aku...Burst macam tu je...
Aku punya semangat melayang jauh...
Jiwa aku kosong bagaikan tin yang kosong yang bila diketuk terdengar bunyi nyaring yang berdesing...
Aku pening bagai kepala diputar...
Kisah kerja, kisah pindah rumah dan kisah hati...LOL
Sesungguhnya semangat aku dah hilang...

Akan tetapi semalam pagi sempat juga aku buat kerja sengal...
Bagi soalan cari pasal pada orang berhati ais...
Dan resultnya, aku dah kata hati ais kan, takkan berjawab punya...
Sama juga macam hari sebelum tu, aku tolong bagitahu satu info tapi haram ucapan terima kasih sikit pun aku tak dapat....
Entahlah, aku tengah down gila akhir-akhir ni tapi semakin aku down makin rajin pula aku fokus perhatikan makhluk hati ais ni....
Saja buat sejukkan hati tengok muka orang hati ais tu...
Semalam pagi dalam pukul 9am...Nampak status pasal rugby lagi almaklumlah sekarang kan tengah Rugby World Cup mode ----> tahu dari cousin aku bukan si hati ais..
Dan aku hanya mengetahui rugby merupakan salah satu sukan yang  lasak..
Pasal apa?
Sebab cousin ku dulu terpaksa ambil gambar kahwin semua dalam keadaan duduk dan berarak dengan dipimpin oleh pengantin perempuan dan pengapit lelaki gara-gara main rugby untuk ATM beberapa hari sebelum tarikh nikah..
Kaki injured,kening putus sebelah dan hospitalised...
Orang lain hado?
Tak hado jadi macam tu kan...
So aku tengok makhluk hati ais ni gila sangat dengan team rugby dari Australia dan dia sendiri adalah salah seorang player rugby ---> scrum half (kalau tak silap)...
Aku tak tahu pula Australia punya team kuat ke apa yang pasti aku hanya kenal team New Zealands ----> All Blacks...
Ku tanya soalan kenapa Wallabies dan bukan All Blacks?
Senyapppp...
Aku pun tak ada kerja, sengal sangat pergi tanya...
Tapi aku ada satu tabiat, sebelum bertanya atau sebelum pergi suatu tempat atau nak buat something aku suka search dulu...
HAhahaha...Macam semalam sebelum aku tanya pasal dua team ni aku baca dulu dalam Wikipedia...
Sengalllll tak?
Dan ternyata sangkaan ku benar belaka....All Blacks is the no 1 among others dan team pertama yang terkenal dan team pertama yang bergerak secara aktif dalam sukan ni...

Pagi tadi pula aku bangun awal sebab minggu ni aku kena kerja, senior aku pada mulanya salah tengok planning ingat this week bukan turn aku dan aku perlu bekerja next week dimana salah satu penyebab aku tarik muncung sepuluh depa sebelum ni..
Apa taknya, cuti 3hari tapi kena kerja di hari kedua dan tak dapat balik kampung...
Tapi semalam sebelum balik dia kata dia tersilap pandang...
Wink* minggu depan boleh balik....
Pagi tadi juga ku perasan status dia need wekap call 9am sebab dalam pukul 705am dia masih update status.....
Siap ada nombor tipon tapi kalau tak ada nombor tu pun aku ada dah nombor makhluk hati ais ni...LOL
Aku fikir benda ni, aku buat wekap call tu aci juga...
Hehehehe...and I did it sharp 9am but using my office phone...
Its take few minutes sebelum dia say "Hallo" dengan suara bangun tidur..
Lepas dengar dia jawab call aku letak gagang 9aku guna interkom)..hehehe
Lepas ~15minit status bertukar kepada status bekpes dan dia perlu pergi kerja...
Hehehehe...
Sengal aku...Dah buat macam tu boleh pula terfikir kalau orang return call dah sah-sah machine operator tu akan cakap "Welcome to....nama company aku"
Adeh, bongok betul aku pagi ni...
I dont want he know that I'm the one yang call..
Huhuhu...
Apapun aku tak tahulah apa yang aku buat semua ni...
Sengal namanya...Cari pasal...



Dan pagi tadi aku datang kerja ada sorang budak ni cari pasal dengan aku...
Aku pakai baju ada tulisan L.U.C.K besar...
L & U sebelah atas C & K..
Bila aku pakai tudung hanya nampak C&K dan sebahagian L&U...
Boleh pula budak bengong sorang ni baca F.U.C.K...
Tolol! Aku bukan beli baju ni dekat bundle...
Aku beli kat Esprit la ngek....

#Sekian sudah entry merepek aku di hari ini...TQVM pada abang aku yang hantar gambar hati ais...Tak sangka sampai sekarang Hati Ais masih pakai spec. ----> GORGEOUS!.

Monday, September 5, 2011

* Tak Paham *

Hari ni baru 7Syawal, baru ye..Hehe...
Masih mode raya aku ni...
Tak apalah, Syawal kan sebulan..
Sekarang ni aku di sekolah agama adik aku..
Memang aku tak paham,tengahari tadi hujan lebat tapi pintu pagar ditutup...
Nak juga suruh pelajar berjalan masuk ke dalam..
Adik aku siap tergelincir sebab kelam kabut..hummmm..
Nanti demam kata budak MC pula..
Haishhh! Tak paham aku...
Memang diakui, lorong masuk sekolah ni kecil tapi perkarangan sekolah tu luas, takkan ada kereta penjaga yang akan langgar pelajarlah...
Rasanya lagi mudah daripada penjaga parking di lorong yang sempit nak masuk kawasan sekolah dan blocked lorong ataupun ada penjaga yang hantar sekaligus beberapa orang pelajar, mana cukup satu payung..
Kalau mereka parking di kawasan tabika berhampiran sekalipun, takkan mereka nak berulang alik...
Kadangkala aku tak paham, kenapalah benda remeh temeh pun adakalanya menjadi benda besar..
Aku tak paham...
Ni pun aku tak paham dengan mulut manusia, pasangan pendidik yang aku kira aku masih ada rasa hormat...
Tapi mungkin rasa hormat aku akan terhakis selepas ini...
Sebagai pendidik tak bermaksud mulut boleh bacul walaupun ianya dirasakan seperti melawak...
Tak jaga air muka orang...

#emo kejap...tapi bukan semua pendidik begitu andai dibilang mungkin berapa kerat saja...
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, September 4, 2011

*Beraya*

*Psstt...pagi tadi baru perasan warna baju raya HP sama dgn warna baju raya yang kupakai hari ini...LOL*

Alhamdulillah bermula dari petang hari raya ke-4 aku dan famili dah mula dapat keluar berhari raya mengunjungi kaum keluarga sanak saudara namun sempat juga sepupu-sepupu mak call bertanya ke mana perginya kami disebabkan rumah kosong...
Berhari raya tahun ini terpaksa keluar dengan dua kereta disebabkan Wak Long ku suami isteri ingin beraya bersama kami...
Akulah jadi driver kereta kedua...Letihnya..
Jarak rumah semua jauh-jauh keluar tol masuk tol..huhuhu...
Tapi tiba jugalah aku ke rumah pakcik makcik sepupu sepapat, hanya hari ini saja aku sedikit mengelat kerana aku tak memandu..
Maaflah, jangan bagi aku pegang stereng kereta bila masuk kawasan JB sebab dah serupa bagi stereng kereta pada orang buta...
Menjajau aku cari jalan...
Bangun seawal 6am menyiapkan sarapan pagi untuk keluarga dan bergerak ke JB tepat jam 8am..
Dari rumah pertama sepupuku lagi sudah disediakan makanan berat paling best udang galah ke rimau aku tak taula termasuk masakan negeri 9..
Selepas tu kerumah kedua bertemu pula dengan Yong Tau Fu made in Pontian punya air tangan..
Rumah ke-3 nugget semangkuk pula...
Rumah ke-4 pula air tangan orang pantai timur pula, KB..
Terjumpa pula dengan jeruk bawang putih, memanglah...menjadi-jadi aku makan disebabkan aku je yang tahu makan benda alah tu...hahaha
Menjangkit ke rumah ke-5 jumpa nasi berlauk kerang bakar..
Rumah ke-6 mi hailam pula..
Sepupu-sepupuku memang dari pelbagai negeri dan bangsa so semua makanan pula aku tak memilih, memang selamat!
Mak aku siap cakap;
"Along bab makan memang! Semua dia telan! Tak tolak.."
Hahahaha...
Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari...Iye dak?
Now on the way ke Kluang dari area JB untuk ke rumah pakcik-pakcikku rumah ke 7-9..

#aku tiba-tiba terbayangkan ayam bakar sepupuku si tauke lempeng Mak Besah Batu Pahat pula...LOL
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, September 1, 2011

* Syawal 1432H*

Selamat menyambut lebaran 1432H buat semua..
Rasanya di hari raya ketiga mengucapkannya belumlah terlewatkan...Haha..
Lebaran kali ini disambut dengan lebih tenang kerana persiapan lebih awal telah dilakukan namun nama je raya tapi beraya belum lagi..
Hahaha...
Pagi Syawal je sempat ke rumah nenda dan rumah Pak Long di Pagoh..
Tak sempat tiba rumah, pakcik makcik sepupu sepapat dah menanti di anjung rumah siap dah landing tidur..
Huhuhu, soryla yer...
Hasilnya sampai hari ni baju raya ku tak pakai lagi...
Duduk ceruk dapur masak non stop...
Tapi aku happy sebab masing-masing masih balik ke rumah pusaka walaupun nenek dah 19tahun tak ada...
Syukur masih berkumpul beramai-ramai..
Meriah je..Tak sia-sia aku letih...
Rumah dipenuhi gelak ketawa, gurau senda sesama sendiri...
Diselangi dengan sesi pengenalan cucu cicit terbaru, tak lupa anak cucu menantu terbaru...
Hahahaha...
Mak aku kan mak usu aka tok usu aka yang usu dari 9orang adik beradik...
So ramailah kerabat dan berkembang dengan jayanya...
Alhamdulillah...
Belah abah aku paling tua so masih tak berkembang..

Tahun ni juga seperti tahun-tahun lepas, soalan cepumas tetap dilemparkan...
Tapi sepupu sepapat aku malas nak layan dah dengan jawapan aku akhirnya senyap malas nak menyakat...
Ditambah lagi pakcik makcik semua back up...
Hahahaha..

Apapun Selamat Menyambut Hari Raya 1432H ye!


Sent from my BlackBerry® Smartphone