Sunday, August 7, 2011

* Sekejap *

Masih ingat lagi masa sahur dan berbuka puasa tahun 2000, waktu adik baru umur berapa bulan je...
Mak masukkan dalam walker dan bisinglah satu rumah dengan bunyi walker dia bergerak ke sana ke mari...

Ada masanya mak tak sedar bangun sahur untuk kejut kami, adiklah yang buat bising pagi-pagi buta..Melalak..
Satu perangai adik bila duduk dalam walker ialah suka sangat masuk bawah meja makan lepas tu kejar kucing sampai terhantuk meja...
Kesudahannya walker kena ikat kat tiang...
Masa tu rumah dapur masih bertiang sebab rumah kayu dan sebab tu juga kalau berjalan kena "sopan" sikit kalau tak dah serupa gergasi jalan mak kata...

Pagi ni bila bersahur dengan famili, menyakat adik bongsu aku, aku macam baru tersedar...
Dah besar rupanya adik aku, tinggi dah...
Dik Ngah pun dah jarang balik rumah sebab kena outstation kerap sangat...
Balik kali ni tak leh sama-sama bahan adik...
Sekejap je rasanya masa berlalu sampai adakalanya kita tak perasan...
Aku? Berdoa dapat buat yang terbaik untuk diri sendiri dan famili...

#seronoknya kalau selalu dapat ada dengan famili...pejan celik dah Ramadhan ke 7...=)


Sent from my BlackBerry® Smartphone

2 comments:

norinaomar said...

sementara ada kesempatan boleh balik sebulan sekali atau 2 kali ni,gunakanlah..kita ni,3 bulan sekali baru dapat balik..harap tahun ni last kat sini,
ko doakan kaknoi dapat transfer Johor tau min.

Anonymous said...

Tula kak, pantang cuti mesti ati ni ditarik2 blk kg...
InsyaAllah, akak dapat transfer...
Aminn...