Wednesday, August 24, 2011

* Pejam Celik *

Pejam celik dah hampir ke hujung bulan Ramadhan...
MasyaAllah, sekejapnya masa berlalu..
Tahun hadapan entahkan jumpa entahkan tidak lagi Ramadhan..
Ramadhan kali ini aku merasa lebih tenang walaupun adakalanya tercuit juga sedikit sebanyak rasa yang tidak menyenangkan yang pastinya datang dari tempat kerja..
Tawaran kerja di tempat lain ada tapi kutolak secara baik setelah berkira-kira dan mencongak-congak..

Alhamdulillah jua, salah satu doaku di bulan Ramadhan ni telah Yang Esa makbulkan walaupun bukan untuk diriku...
Doa untuk diriku, moga-moga termakbul jua...
Bulan Ramadhan kali ini juga banyak yang terjadi, gembira, duka lara dan ceria...
Hummmm...biarlah kusimpan sendiri atau ku kongsikan dengan insan-insan tertentu..
Dikala bulan Ramadhan ini juga kuharapkan insan-insan yang kusayangi dan kasihi sentiasa berbahagia..
Moga-moga harapan dan impian mereka termakbul...
Aminnnn Ya Allah...

Banyak sangat yang difikirkan didalam kotak fikiran aku tapi ada beberapa perkara yang pasti takkan boleh dikikis keluar iaitu, keluargaku, kerjayaku, masa depanku (termasuk Mr.HP kot) hahahaha...
Ini tak termasuk dalam senarai rasmi lagi..
Aku hanya memandang dari kejauhan..
Cukup yang dulu pernah tersilap, jadikan kesilapan lampau sebagai pengajaran dan membuatkan kita berfikir dan bertindak dengan lebih bijak...

#dah lama tak berceloteh, malam ini rasa ringan sahaja tanganku ini walaupun ada kerja yang ku bawa pulang sebab tinggal 2hari saja lagi sebelum cuti panjang..semua kena kasi clear..=)
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, August 18, 2011

* Ramadhan 18 1432H *

Seawal pagi aku dikejutkan dengan berita pemergian seorang yang kukenali...
Seorang yang kukenali dalam masa yang singkat...
Kuharapkan segala salah dan silap ku dulu telah dimaafkan..
Begitu jua segalanya tentang dirimu aku dah maafkan dan kenangan akan aku simpan sampai bila-bila..
Al-Fatihah buat beliau dan semoga rohnya dicucuri rahmat di sana..

Selepas menyampaikan perkhabaran yang kuterima kepada rakan2ku,aku terus bersahur..
Kemudian selepas usai menunaikan kewajiban kepada Yang Esa dan sebuah surah, ku bergegas menghantar adik bongsuku Eryn ke sekolah...
Selalunya aku hanya mengambil si kecik ni dari sekolah makanya aku tak merasai perasaan yang aku rasa sekarang..
Perasaan rindukan alam persekolahan..
Sewaktu melihat adik-adik sekolah rendah yang membonceng motorsikal dibelakang mak ayah atau kakak abang mereka dengan beg yang besar, teringat aku dulu ke sekolah dengan lori...
Pergi sekali dengan abah yang ingin menuju ke tempat kerja..
Mak pula akan menjemput kami pulang dengan motorsikal dan dihantar pula ke sekolah agama di waktu petang...
Kalau abah outstation makanya maklah yang akan hantar berulang alik pagi dan petang...

Setiap saat tu masih terpahat kuat dalm ingatan, kenangan-kenangan tertonggeng, terjatuh, gelak tawa dan tangisan semasa di sekolah rendah..
Aku dulu student favourite la juga..hehe..
Sekarang adik pula ke sekolah yang sama aku, Angah dan mak sendiri belajar...

Dalam perjalanan balik selepas menghantar adik, aku berselisih dengan adik-adik yang ingin ke sekolah menengah di Pekan..
Yup,sekolah di mana aku menduduki PMR ddan SPM, selepas aku cabut daripada sekolah berasrama penuh SMKA Maahad..
Mana mungkin seorang terjal macam aku betah di sana..Huhuhu..
Dalam masa 2bulan lebih pun sudah terpisat-pisat setiap kali disuruh pulang ke asrama...
Sungguh banyak kenangan alam persekolahan yang tak dapat aku lupakan..

Kenangan nakal, sedih, meningkat remaja dengan rakan-rakan yang pelbagai ragam...
Rasa sesal belajar main-main pun masih terasa sampai kini walaupun dulu aku tersenarai diantara murid kelas pertama..
Tapi kalau dah malas dan main-main memang tak ke manalah kan..sigh*
Tak kurang kenangan aku kemalangan sebelum SPM..
Kesan kemalangan tu sampai sekarang masih dirasai..

Hummmm...sesungguhnya aku rindu zaman persekolahan ku dulu..
Diam tak diam sudah hampir 10tahun aku tinggalkan alam persekolahan..
Adik-adik yang dulunya hingusan kini kulihat sudah meningkat dewasa malah ada yang sudah berjaya..

#MasyaAllah, cepatnya masa berlalu...pejam celik banyak benda yang telah berlaku...semoga perjalanan hidupku, insan-insan yang aku kasihi serta orang-orang dikelilingku dipermudahkan...Aminnnn..
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, August 16, 2011

* TQ Boss *



Thank you yang aku berikan pada Bos bukan sebab dapat bonus raya ataupun duit raya tau kawan-kawan...
Aku say tq sebab dia dah selamatkan aku daripada sambut raya di Hong Kong...
Sangatlah berterima kasih,sebab aku tak nak meraung sesorang dekat bilik hotel masa dengar takbir hari raya...
Silap-silap haribulan takbir raya pun aku tak dapat dengar...
Cukuplah pengalaman berpuasa sendiri, berbuka dan bersahur sorang-sorang di tempat orang beberapa tahun yang lepas....
Tapi yang tak seronoknya walaupun aku tak payah pergi, aku masih kena buat semua paperwork dan slaid untuk Big Bos aku bentangkan masa di sana...
Due yang Bos bagi pula buat aku rasa macam nak tercekik...
By next week mesti dah siap...
Alahai Bos, cutiku yang bermula esok sehingga Ahad di kampung memang tak tenanglah nampaknya...
Kena usung balik segala kerja ...Diluah mati mak, ditelan mati bapak....
Akan ku usahakan jua walaupun dalam hati ni sebenarnya dah berbunga-bunga nak layan tidur puas-puas masa di kampung...
Siang tolong mak clearkan rumah,masak-masak, petang berbuka dengan famili, malam pula buat apa yang patut dan tidur dengan tenang....
Hummm....tinggal angan-angan ye kawan-kawan....

#Kerja itu sumber periuk nasi aku, jika terlalu menjaga periuk nasi jangan biar keluarga pun entah ke mana...Tapi bila dengan keluarga, periuk nasi juga jangan dicampak ketepi...Keseimbangan perlu diwujudkan tapi last-last aku yang kelam kelibut...Huhuhu...Yin Yang konsep nihhhh...

Sunday, August 14, 2011

* Alam Maya *

Alam maya,
Adakalanya ada yang menggembirakan buat kita tersenyum sendirian...
Adakalanya ada yang buat kita menangisi nasib diri sendiri..
Adakalanya ada yang mengingatkan kita bahawa kita masih bernasib baik..
Adakalanya ada yang menjadikan kita insan yang lebih kuat dan tak kurang juga meluluhkan semangat....

Turun naik hidup, kita hanya merancang tapi hakikatnya kita hanya bagaikan anak panah yang dilepaskan dengan satu sasaran...
Anak panah pun boleh melencong lagikan kita manusia yang sememangnya diiringi keinginan dan kemahuan...
Aku adalah salah seorang daripadanya..
Banyak yang aku angankan tapi mungkin bukan semuanya boleh aku dapat...
Ini bukan satu keanehan tetapi kenyataan dan aku percaya dialami semua orang....
Alahai, aku dah mula merepek lagi...
Alam maya yang adakalanya buat kita terpedaya bukan?
Alam maya juga yang buat aku tergerak untuk menulis hari ini..
Ini bukan entry emo ye..Hahahaha...
Ini hanya entry mengantuk dan kepala berfikir yang macam-macam...

Yang ditunggu dan diharap tak kunjung hadir, yang tak disangka pula muncul....
Lumrah alam ke macam tu?
Tapi tak apa, sabar....
Perkara lepas mengingatkan aku untuk sabar itu lebih baik...
Kalau aku cakap lebih terperinci pasti ada yang gelak...
Hummm....
Tapi tak apalah....
Sekadar cukup untukku tersenyum sendiri dahulu....
Pull stop.....

* Ku masih boleh tersenyum walaupun hakikatnya aku masih berada dalam teka teki yang aku sendiri belum ketemu jawapannya *
# Aku nak senyummmm selagi boleh walau hanya dari kejauhan... =)

Saturday, August 13, 2011

* Aku Fed Up ! *

Aku tahu di bulan puasa yang mulia ni aku tak sepatutnya mengamuk tapi aku dah tak tahan...
Aku tak paham kenapa bulan puasa dijadikan alasan setipa kali kesilapan dilakukan...
Aku juga tak boleh terima bila masa buat silap alasan lupa dan mengantuk akibat bangun awal dijadikan pelindung diri...
Aku juga muslim walaupun aku tahu aku bukanlah muslim yang baik yang betul-betul tepat mengikut setiap ajarannya sebab aku bukan perfect..
Tetapi aku tak mahu kita sebagai muslim dipandang lekeh disebabkan semua itu....
Aku tak paham kenapa ada juga makhluk dekat dunia ni yang suka bagi alasan macam tu....
Aku ni hari-hari bagi ingatan, hari-hari cakap tapi buat juga...
Tolonglah bagi aku idea macam mana nak ubah makhluk bodoh sombong lagi gampang ni....
Hari-hari inbox aku bersusun dengan komen-komen yang buat aku hangin....
Aku cakap sudah, aku nasihat sudah....
Takkan nak tunggu aku bertukar jadi hijau sekali lagi...
Bila masa tu baru nak berubah?
Tapi sekejap sajalah...
Bila aku terlepas pandang ada pula yang busy body jadi tukang highlight BAMMMM! aku kena...
Aku manusia biasa, adakalana aku dah tengok aku dah pusing buat pemeriksaan tapi kalau nama benda hidup ni bergerak ada movement, aku balik mestilah ada benda yang berjalan makanya pasti ada yang aku dah tengok pasti bertukar...
Yang tukang komen ni pun bodoh ke ? AKu rasa tidak sebab aku tahu belajar tinggi tapi bodoh piang sepuluh tingkat lebih baik aku tolak dia dari tingkat 10 tu....
Semalam aku dengar kereta dah kena calar, bumper kena ketuk...
Itulah kalau mulut macam longkang...
Tau nak complaint je kerja kau...
Padan muka...
Aku dah letih dengan semua benda bodoh ni...
Kerusi senget sikit sikit pun nak komen, tapi sedar tak kau buang air pun tak cuci...
Aku dah tak tahan sangat-sangat hari ni....
Aku bengang dengan dua pihak...
Yang bangang memang terang-terang bangang tapi yang kononnya pandai tu pula apasal kalau kau hebat sangat, kenapa bukan kau saja yang buat...
Tak payah suruh orang lain....Buat semua benda sendiri...
Sendiri letak spec tinggi tapi semua tak boleh capai....
Jadi baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah...

* I Have To *

I have to accept that I can't eat a lot of spicy and heavy food in one time anymore...
Kalau tidak hasilnya seperti pagi ini...
Terjaga lebih awal dari orang yang bangun bersahur hanya disebabkan pedih ulu hati..
Sekarang makin kerap pulak terjadi dan aku takut akan menyebabkan GERD...

Makan ubat charcoal untuk mengurangkan angin tapi hasilnya aku termuntah air pahit juga...
Pedih ulu hati lepas tu kena serangan back pain pula yang diakibatkan oleh badan yang menyusut secara mendadak, memang sengsara rasa...
Meleleh air mata dibuatnya..
Sekarang dalam keadaan untuk menenangkan diri...
Cuba untuk tidur semula tapi tak boleh...
Serba tak kena...

Dugaan bulan puasa...
Famili jauh, sekarang kerap sakit...
Syahdu tau...
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Friday, August 12, 2011

* Terkenang-kenang *

Yup!
Terkenang-kenang pula 7years guy...
Menyesal pula aku tertengok program 2dunia kat astro 104 ni tadi...
Terpampang muka Que Haidar tapi dia belum kahwin kot masa program ni dirakamkan sebab keding...
Aku tak ada hal nak tengok tapi bila tengok si Q tu bercakap dan ketawa, sebiji mamat tu...
Itu yang buat aku terkenang-kenang balik...

Subhanallah...itulah kuasa Allah, dalam dunia ni dikatakan ada 7orang wajah seiras dalam satu masa kan..
Terbukti,walaupun mamat tu sebenarnya berisi, tough dan juga putih merah sikit dan hidung lain sikit dari Q ...
Sekarang aku rasa bukan tough tapi gemuk kot...
Kenangan lama sepatutnya aku tak usah fikirkan lagi tapi nak buat macam mana kalau dah ada pencetus kenangan pasti akan terimbas juga..
Dari situlah mulanya segala-gala terjadi...

Tak apa, Allah Maha Adil..Allah Maha Mengetahui..Allah Maha Berkuasa..
Kalau semua tu tak terjadi, aku takkan setabah sekarang, dan mungkin belum berubah jadi aku yang sekarang...
Syukur, semua yang terjadi ada hikmah dan setiap kejadian tu Allah dah bahagi-bahagikan hak masing-masing...
Lambat atau cepat kita nantikan saja...

# Ada rasa sendu sikit dekat lubuk hati aku bila terkenang macam ni..
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, August 11, 2011

* Minggu EMO*

Tak tahu ke mana hilangnya semangat aku...
Bangun pagi nak pergi kerja sangatlah liat rasanya untuk menyiapkan diri..
Angin tak sedap badan pun dan mengunjungi aku lagi...Asyik sakit kepala..
Dekat opis mulut kakak tiri asyik nak tukar itu dan ini..
Menyusahkan! Lepas tu sorang lagi pula cakap nak itu dan ini..Aku malas nak layan...Aku tarik muka suruh diarang bincang baru bagitahu aku...
Ini menyusahkan orang, dahlah semua nak tukar...Kalau assistant2 tu jenis kita tekan remote control boleh tukar tak apa...
Lemau...Aku pula bila bulan puasa memang lagi malas nak cakap banyak...
Ni bos tak ada lagilah macam-macam pending...
Aku sekarang tersepit dengan syarikat dan Jabatan Perdana Menteri...
Cakap salah, tak cakap salah...
Susah....Dahlah dua minggu ni kena kerja 6hari...
Aku memang tak ada mood...
Assistant ada tapi tak pernah cukup semua dalam satu hari...Macam-macam hal!
Menjahanamkan equipment aku saja adalah...Ingat benda tu murah ke apa...
Aku ni nak menjawab tiap-tiap kali bos review...
Barang tak ada baru nak bagitahu...Ingat aku Tiong Nam ke?
Komputer satu hal, aku dah request unit baru tak dapat-dapat...
Buat kerja type satu huruf hang dia dekat bape minit...
IT engineer memang cari pasal dengan aku minggu ni...
Aku tahu ni bulan puasa tapi minggu ni banyak sangat dugaan aku..
Tak apa, esok Jumaat dan lusa dah Sabtu...Balik kerja Sabtu tu aku nak pergi servs kereta sebab dah lambat aku tak perasan...
Minggu depan kerja dua hari dan cuti 5hari...
Aku nak tutup tipon....
Puas hati aku...

#Ini entry emo masa bulan puasa....

Monday, August 8, 2011

* Roadblock Di Bulan Puasa *

Ini cerita atau kisah benar!
Dialami oleh aku setiap kali ada roadblock...Tak kira roadblock polis baju biru ka, putih ka ataupu JPJ...
Baru je tak sampai berapa jam aku kena tahan dengan polis yang buat roadblock di dua tempat yang berbeza....
Aku tak buat salah pun, jadi tak payah takut...
Macam biasa minta IC, lesen, tengok roadtax tapi tadi roadblock yang pertama advance sikit siap tanya ada saman tertangguh ke tidak...
Aku saman tertangguh tak ada, tolong bayar saman orang adalah...
Siap cek online tu kau tau tak...
Pakai ala-ala macam tipon HTC duk klik-klik apa entah...
Sambil klik-klik sibuk tanya aku nak pergi mana, rushing ke tidak...
Aku jawab, YE! SAYA DAH LAMBAT NAK PERGI MEETING....
Sodap yo dia jawab, SEKEJAP YE, SIKIT JE LAGI NI sambil tengok benda alah cek saman dia yang poyo-poyo macam canggih tu...
Macam canggih tapi lambat juga aku tunggu...
Kereta aku Cik Lisa tu kereta standard je abang polis oi!
Tinted pun dah kelam...


* Roadblock & Money sinonim ke? Hehehe...*

Lepas satu roadblock, aku jumpa satu lagi roadblock dekat jalan belakang ke Kelana Jaya bersebelahan dengan kilang Western Digital...
Yang ni lagi sodap...
Polis baju putih, kena ke tepi juga....
Minta lesen dengan IC je...
Tapi sekejap je...
Kenapakah aku selalu ditahan setiap kali roadblock?
Tak kira aku drive kereta apa pun...Muka aku ni ada cap muka POLIS/ JPJ sila tahan ke?
Dah la bulan puasa, lambat sampai PKD, tak larat pula...
Sabar ye Mimin...
Malam ni jumpa buah hati cilik..=)

#Bila balik kampung pun serupa kena tahan juga walaupun dekat pekan kampung sendiri....NAsib badan...

Sunday, August 7, 2011

* Sekejap *

Masih ingat lagi masa sahur dan berbuka puasa tahun 2000, waktu adik baru umur berapa bulan je...
Mak masukkan dalam walker dan bisinglah satu rumah dengan bunyi walker dia bergerak ke sana ke mari...

Ada masanya mak tak sedar bangun sahur untuk kejut kami, adiklah yang buat bising pagi-pagi buta..Melalak..
Satu perangai adik bila duduk dalam walker ialah suka sangat masuk bawah meja makan lepas tu kejar kucing sampai terhantuk meja...
Kesudahannya walker kena ikat kat tiang...
Masa tu rumah dapur masih bertiang sebab rumah kayu dan sebab tu juga kalau berjalan kena "sopan" sikit kalau tak dah serupa gergasi jalan mak kata...

Pagi ni bila bersahur dengan famili, menyakat adik bongsu aku, aku macam baru tersedar...
Dah besar rupanya adik aku, tinggi dah...
Dik Ngah pun dah jarang balik rumah sebab kena outstation kerap sangat...
Balik kali ni tak leh sama-sama bahan adik...
Sekejap je rasanya masa berlalu sampai adakalanya kita tak perasan...
Aku? Berdoa dapat buat yang terbaik untuk diri sendiri dan famili...

#seronoknya kalau selalu dapat ada dengan famili...pejan celik dah Ramadhan ke 7...=)


Sent from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, August 6, 2011

* Kenangan Dulu-dulu *

Bila kita berpuasa dan berada sesorang di tempat orang makanya kita akan teringat kembali kenangan dulu-dulu semasa kita ada di sisi keluarga...
Dulu masa kecik-kecik bila tiba bulan puasa adalah bulan yang penuh menduga kesabaran...
Pagi kena bangun lebih awal dari hari persekolahan biasa walaupun pada hujung minggu sebab nak kena sahur dan selalunya mak akan kejutkan kami adik beradik (waktu tu aku dan Angah je) agak lewat dan terus paksa makan...
Tapi sayang, cara macam tu hanya berkesan pada aku sorang je sebab adik Ngah aku memang seingat akulah sampai umur dia dah 25tahun ni, dia bangun sahur boleh kira guna jari je...
Dia lebih sayang tidur...
Kalau pernah bangun pun hanya minum air teh o panas yang mak dah sediakan dan makan biskut kering atau roti kering...
Kalau aku yang makan roti kering tu alamat meraung-raunglah perut aku...
Tapi itu dululah, sekarang tidak lagi...Kalau tak bangun sahur boleh tahan lagi cuma dah berapa hari ni nasib baik rasa untuk bangun sahur masih ada...Hahaha...
Tunggu hujung-hujung Ramadhan karang, bila dah letih kompom100% tak bangun...
Kalau bersahur dengan famili, untuk sahur pertama kompom mak buat sayur kentang masak air letak tahu kering/fucuk bubuh soon, telur masin atau telur dadar...
Menyegarkan dan mulalah sahur pertama tu makan banyak....

Itu kisah masa aku dah berpuasa...Aku ingat lagi masa aku tadika atau darjah satu, waktu tu puasa ponteng-ponteng lagi..Ada sekali tu pagi-pagi mak buatkan sarapan ok, sarapan roti sambal...
Pergi sekolah tak perasan ada cili kecik kat gigi...Hahaha...Kantoi!
Tapi itu kisah kecik-kecik dulu...Sekarang tak notti dah....
Masa berbuka paling heaven, selalunya mak akan buatkan bubur kegemaran kami adik beradik bergilir-gilir (aku dan Eryn, Angah tak minat)...
Mak akan buatkan bubur pulut hitam dulu untuk aku dan bubur tepung cerandil/candil untuk adik dan kadang-kadar bubur sumsum untuk mak sendiri...

* lebih kurang macam nilah rupa bubur pulat hitam kami tapi yang ni nampak hangit sikit *

* mak kami kalau gentel benda ni kena kecik-kecik kalau tak jadi macam gambar Google ni, kembang semangkuk.*

* tepung beras yang dibancuh dengan air letak garam dan kacau atas api kecik menghasilkan bubur sumsum yang putih melepak..=) *
Aku paling tak suka buat bubur sumsum sebab kena kacau tepung beras tu lama sampai tangan aku lenguh sebab kalau tak kacau karang hangit pula....
Tapi sekarang ni kalau aku request bubur pulut hitam kompom mak suruh buat sendiri...
Dah tua bangka tahu buat sendiri kan...Tapi malas ya ampun sebab aku sorang je makan-makan gila-gila benda tu...
Kalau adik pula sekarang kena tolong gentel tepung...
Juadah utama semasa berbuka pastinya nasi tapi kalau nak tuka selera paling koman pun mihun atau mee...

Oklah, ini kenangan part-1....
Lepas ni aku akan coret-coret lagi kenangan dulu-dulu masa bulan puasa..

#Bila teringat kenangan lama rasa rindu je, teringat masa kecik-kecik rasa macam tak banyak benda kena fikir...=)

Thursday, August 4, 2011

* Mana Hilang? *

Ke manakah hilangnya semangat aku untuk bekerja?
Ada saja kerja yang perlu aku buat tapi masyaAllah....
Semangat tak ada langsung...
Nak menulis dalam blog ni pun tak ada semangat...Nak "tengok" orang dari jauh pun tak semangat...
Semua tak semangat....
Yang aku semangat bila ingat CUTI!
Boleh rehat....Minggu ni aku kena kerja 6hari serupa juga minggu depan...
Aduhai, liatnya rasa....
Bulan puasa padahal balik awal tepat jam 5.30petang aku punch out....
Tapi masih bercinta juga buat kerja...
Nak kata aku letih masa bulan puasa ni tak juga sebab alhamdulillah siang hari aku rasa macam biasa seperti hari-hari di bulan lain...
Sesiapa yang boleh tolong bagi semangat pada aku?
Tolonglah bagi semangat...
Tak larat dah hari ni....
Mood aku pun ke laut je...Aku banyak angguk, geleng dan tulis email dalam komunikasi harian aku akhir-akhir ni...

* Dah tertulis aku jadi begini kot..=P *

#Aku tak ada rasa....

Wednesday, August 3, 2011

* Ramadhan*

Alhamdulillah dah masuk hari ketiga kita berpuasa dan rasanya belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Berpuasa untuk semua...
Rasanya dah dekat dua minggu tak menconteng kat blog ni...Kekangan masa dan kecetekkan idea telah membantutkan semua..

Ramadhan kali ini kusambut penuh dengan debaran pada awalnya..Kenapa?
Jawapan itu biar aku simpan sendiri..Bagi yang dapat meneka, mungkin iya mungkin tidak jawapannya..Seperti tahun-tahun sebelum ini, aku sebagai anak rantau tak dapat balik menyambut puasa pertama dengan famili lagi walaupun tahun ini jatuh pada hari Isnin akan tetapi ada tugas yang memerlukan aku di sini...Kalau tahun-tahun yang sudah mungkin disebabkan puasa pertama jatuh ditengah-tengah minggu...
Bila kusuarakan hal ni pada Bonda terchenta, sangat simple jawapan dari mulut beliau:

"Tak apalah, minggu depan boleh balik"

Malahan siap berjanji akan masak juadah berbuka kegemaran aku...Itulah istimewanya jadi anak rantau...Hahaha...
Adik-adikku mesti tarik muka bila dengar...
Nuzul Quran pun aku akan bercuti selama 5hari kemudian akan kembali bertugas selama seminggu sebelum muncul kembali di kampung selama seminggu lebih menyambut Syawal..
Cuti semua dah settle ku apply...

Walaupun awal Ramadhan ku tanpa famili namun, ada hikmah di sebaliknya...Aku menyambut awal Ramadhan dengan rasa syukur dan disedarkan tentang satu rasa yang tak tahu bagaimana untuk diluahkan walau pada awalnya terdapat debaran..Syukur masih ada yang masih ingin menyedarkan dan mengingatkan aku..Terima kasih..=)
Aku sebenarnya tak tahu apa yang ingin aku coretkan, ini hanya sekadar melepaskan rindu untuk menulis di blog ini...
Ada masa nanti aku menulis lagi sebab tangan aku ni kalau tak mana boleh, mesti rasa gatal...=P

#Syukran Ya Allah...Ku masih diberi kesempatan menyambut Ramadhan tahun ini...
Sent from my BlackBerry® Smartphone