Wednesday, July 6, 2011

* Monolog Ku *

Hari demi hari usia kita bukan makin berkurang malahan ianya semakin bertambah....
Jangan gah berfikir kita akan sentiasa begini, muda dan belia sentiasa menongkat langit...
Bertambahnya umur, seharusnya seiring dengan kematangan yang sepatutnya ada dalam diri...
Sekian kalinya, semua yang diberi pada kita di pentas dunia ini hanyalah sementara..
Dunia ini sentiasa berputar dan berputar selaras dengan masa yang sebenarnya jika semua sedari semakin laju ianya berlalu melintasi kita...
Di manakah kita?
Samaada masih ditampuk lama atau sudah maju ke depan walaupun setapak?
Harap-harapnya semakin pantas menuju ke depan...
Tak ada beda?
Ah! Menipu! Pastinya ada perubahan yang diinginkan dalam diri kita masing-masing...
Pastinya setiap kita semua sentiasa mengejar peluang..
Peluang yang pelbagai...
Samaada peluang itu ada ataupun tidak...
Andainya dikejar tapi tak ada peluang ataupun bukan ditakdirkan kita dapat, biarlah...
Tak usah mengejar...Biarkan ia berlalu...
Pasti ada yang di depan yang sudah letih mengejar yang lain akan berhenti dan kita akan bertemu di hentian itu...
Ataupun mungkin yang dibelakang semakin laju berlari kehadapan akan sampai di mana kita berhenti setelah keletihan....
Ini hanya sekadar monolog seorang aku....
Aku yang merasakan berada di tempat yang tak sepatutnya aku berada...
Betul ke?
Itu hanya andaian seorang aku...
Usah ditafsir apa yang ingin aku katakan kerana monolog seorang aku yang kadangkala dalam keadaan separa sedar tika menuliskan kata-kata ini adakalanya wujud logika dan kadangkala hanyalah omong kosong yang perlu ditepis ketepi daripada masuk keterus ke cuping telinga dan jiwa...


#Monolog ku adalah apa yang aku rasa ingin ku tulisakan..Tak usah dipertikai atau diulaskan...

4 comments:

norinaomar said...

aku yang menanti kehidupan baru..
menanti rezeki untukku
kerana aku sudah bosan di bumi ini
bosan naik belon dan bot
waaa nak balik!
psiko je kan?haha

Min Min said...

Kak Noi, bila nak tabur bakti kat Semenanjung pulak? hahaha
Saje jek bako..

Norazo Aslan said...

wah tinggi betul ayat2 u nok! tak tercapai dek akalku ini hehehe

Min Min said...

Noks, i tengah ting tong masa ni..hahaha