Thursday, July 14, 2011

* I've No Luck With HP *

* Daniel Radcliffe aka My Harry Potter..=) *
HP is referring to hand phone ye kawan-kawan, bukannya Harry Potter...
Aku sentiasa ada luck dengan Harry Potter sebab tiket untuk Harry Potter Deathly Hallow-2 dah kompom dapat...Ngeh3..
Ni aku sedang geram dengan Cik BB aku nih....
Mula sakit since hari Ahad hari tu...Mula sakit kejap lepas tu hari Isnin sihat...
Tup-tup Selasa, Rabu kiok balik...
Hang memanjang...Malam aku bogelkan segala bagai, pagi pasang ok, masuk opis kiok al kojol semula...
Haishhhh...Malam tadi aku bogelkan lagi, pagi tadi sihat walafiat lepas aku pergi klinik balik rumah sebab MC setengah hari (yang disebabkan datang kerja digagahkan pagi tadi kerana urgent dokumen), aku off dan on balik, al kojol semula...
Takkan nak kena tukar I-Phone pula yang oittttt...
Mak aku dah sound,

"Along ni tak ada tuah lah kalau pakai HP..."

Adeh, gedebuk jatuh buah kelapa atas kepala....
Nak kata aku hardcore gila gaban beranak lapan pakai benda alah nama tipon ni tak adalah sebab masa kerja aku jarang pegang kecuali masa lunch hour....
Aku dah biasa dok online tak buka lappy jadi rasa macam janggal rasa macam sengap gila...
Dulu masa pakai tipon biasa pun boleh online sekarang tak boleh pula...
Bukan ke janggal namanya tu...
Aku dah garu kepala nak pergi hantar Cik BB aku ni pergi klinik dia sebab within warranty lagi...
Nak pergi menghantar satu hal, nak cari tempat satu hal....
Sengal laaaaaaa....
Ni ke gamaknya hadiah cukup 4tahun aku kerja kat tempat kerja aku sekarang?
Ngam-ngam Cik BB buat gila exactly the same date dengan tarikh aku join company aku sekarang ni...,
Is it a sign for me to move on?
Bwahahahaha...Don't let me think about it...
Next week aku ada test lagi 3hari di Putrajaya...
Wish me luck this time...
Sebab hasil test ni sangat berbaloi-baloi buat aku...(psssttt, bukan test keje gomen ye...hehehe)
Hope no repeat even ianya adalah test berkuota...
Dan kali ni saingan aku lagi gila gaban sebab yang hadir hampir 30orang dan 2orang daripada yang hadir ialah bekas pensyarah ku sendiri dan juga dikelilingi lagi oleh beberapa orang ahli akademik...
Layakkah aku?
Tension lagi aku hadoooooo...
Bahan untuk presentation tak lagi aku buat...
Macam sengalllll berasap gila dah kepala ni aku rasa....
Tajuk sudah lari banyak...
Honestly kali ni memang entry berbaur bagai macam rojak....
Kerja yang melonggok dengan tekanan dari The Little Hitler lady lagi...
Sampai ada sorang budak opis aku kata,

" Aku salute dengan ko lah....4 tahun telinga ko boleh kebal dengan mulut dia > refering to The Little Hitler.....Aku yang baru buat kerja dengan dia dah rasa hari-hari bunyi buzzzinggg lalat dekat telinga ni..."

Aku juga rasa macam nak muntah dengan mulut dia tapi malas nak layan, buat kerja aku sendiri sudah...
Bukan dia pun bos aku even repot aku melalui dia dulu sebelum sampai ke tangan bos....

Selain tu, aku rasa macam aku kena sentiasa ada dekat dengan famili aku...
Aku asyik nak balik kampung memanjang....
Is it a sign for me also to have my own family?
Without disturbing others family...
Oh please! Tak nak fikir dulu untill I found someone....
Bulan puasa hampir menjengah kurang dari 3minggu...
MasyaAllah, cepatnya masa berlalu...
Pejam celik, pejam celik dah dekat setahun...
Oooooohhhh, aku dah melalut...
What I'm thinking about right now?
Nothing or to many things?
Dan selain semua-semua itu, aku rasa aku perlukan cermin mata...
Dulu aku pakai sebab rabun, sekaran ni sebab silau...
Become worse when I'm driving....
What bad, tanda-tanda penuaan...
Uishhhh, tak lah...Ada je budak umur 3-4tahun pakai cermin mata...
Ayat cover tak mengaku tua...Haha..
Fine, dua tiga hari ni terimalah entry-entry melalut aku yang tanpa pengisian ni walaupun sebenarnya banyak yang nak ditulis...
lagipun aku tak ada masa nak buka blog di opis, sampai rumah dah lewat dah akhir-akhir ni aku tak sedap badan, makan ubat dan selamatlah tidur awal sampai ke pagi....
Ini adalah hasil mode ke laut aku...
Thanks to Cik BB again sebab menjadi salah satu penyebab mode ke laut ni terhasil....

#Sekian sudah hasil repekan aku....Sedang mendengar lagu Haven't Met You Yet by Michael Buble sekarang ni...dan menghayatinya untuk ke berapa kali aku pun tak tahu...dok ulang2 sampai rasa macam nak muntah..

0 comments: