Saturday, July 9, 2011

* Himpun *

Aku hanya ingin berkata-kata dari pandangan seorang aku yang aku akui sangat cetek tentang isu dan hal-hal politik dikeliling ku...
Aku hanya ingin berkata sebagai seorang yang kecewa...
Hanya kerana satu perkataan, habis semua jadi serabut, jadi semak...
Semak di jalan-jalan raya, semak di lebuh raya....
Membawa gundah gulana di setiap hati ibu dan bapa anak-anak perantau....
Segala program tergendala, terhenti dan terbatal...
Harapan menunaikan janji, menunaikan hasrat semua juga terbantut....
Bila begini, gajah-gajah berasak sesama sendiri menolak-nolak, semut-semut kecil terpijak-pijak tersepit....
Kekeliruan juga menjadi semakin menjadi-jadi...
Si provokasi seronok menjaja cerita, bagai pisang goreng panas...
Apalah nak jadi, kita tunggu dan lihat...
Lihat apa keputusan...
Tak perlu mudah melatah dan membuat kesimpulan terlebih dahulu....
Jaga diri dahulu dan fikir secara waras...

#Atas pertimbangan nasihat dan kata-kata dari insan-insan yang tersayang, terpaksa ku batalkan segalanya....

0 comments: