Sunday, July 3, 2011

* Hantar Mak Ke Sekolah *

Bukan sekolah apa, akademi memandu...
Dah lama mak daftar tapi dok tak cukup2 hours sebelum ambil ujian JPJ..
Mak boleh dah drive tapi selama ni tak berani keluar kawasan rumah, takut-takut..
Orang yang patut ajar pula macam tutttt...
Since aku pun dah ada kat rumah makanya aku hantar je mak dan kawan dia pagi ni...Seperti pengatahuan ramai, aku memang liat bangun pagi terutamanya dihari bercuti..
Tapi pagi tadi mak berjaya mencungkil aku keluar dari atas katil masuk bilik air dengan jayanya tanpa delay...
Sebenarnya aku dah lambat, patut pukul 7am dah gerak tapi tadi alarm dua2 tipon bunyi kul 6 aku tutup sampaila kul 6.30 baru aku terbeliak biji mata dengar mak dah ketuk pintu bilik...

Malam tadi layan lagi tengok tv sampai ke pagi siap adik Ngah aku balik mogok2 bagai dengan aku sebab tak dapat tengok channel favourite dia...
Hahaha, aku kan kakak...
Ni aku dok tunggu mak dengan adik, sangatlah blurrrr, tak ada port sesuai untuk melepakkan diri..
Mak, bayang tak nampak ke mana lepas pergi toilet..
At last aku melepakkan diri kat kerusi yang berderet depan kaunter pembayaran, pendaftaran bagai ni..
Mula-mula kosong, lengang macam boleh tolak kerusi buat gelanggang futsal tapi sat g tak sampai bape minit aku labuhkan punggung, hamikkkkk...
Bergerombolan cikgu-cikgu memandu bawa orang nak belajar..

Masing-masing dok pandang kat aku lak, addoiiiii...
Ye2, saya pakai sandal je tak macam kamu semua pakai full cover shoes..
Tapi saya tak datang untuk belajar la u allssss...
Aku tengok macam-macam gaya gelagat dah ni..
Dengar yang dok borak macam-macam...Budak-budak baru naik, biasalah...
Bila macam ni aku teringat balik masa aku ambil lesen dulu lebih kurang 10 tahun lepas...
Masa tu lepas ambil SPM...Masa sebelum 1st time pergi belajar bawa kereta actually aku dah pernah curi-curi bawa kereta abah keluar rumah...
Aku ingat lagi masa tu hari raya korban tahun 2001 tak silap...
Abah pergi tolong orang sembelih lembu dekat surau depan rumah..
Surau tu lebih ke darat sikit jadi aku pula, bawa kete ke baroh (ke arah laut, tapi kawasan rumah saya tak ada laut ye) ...
Mak pula lepas aku tolong kat dapur memang tak ambil port aku nak buat apa...

Dah dinamakan bawa kete 1st time keluar kawasan rumah, makanya rasa berdebar tu kompomlah ada ditambah lagi curi-curi bawa kete abah keluar kan...
Aku ingat lagi masa dah jauh dari kawasan rumah, memang jalan clear, tiba-tiba ada kereta dari arah bertentangan, menggelabah itik aku dibuatnya...
Almaklumlah, rumah aku kan dalam kawasan kampung lepas tu jalan memang kecil cukup-cukup untuk sebiji lori dan motor berselisih..
Kalau kereta berelisih kereta makanya salah satu kena beralah ke tepi..
Dijadikan cerita aku punya baik nak bagi pakcik tu lalu, aku bukan setakat ke tepi siap terbabas masuk kebun orang..
Bwahahaha, tula budak nakal..
Pakcik tu pula rupa-rupanya nak masuk simpang sebelum berselisih dengan aku..
Buang masa je..Dahlah pakcik tu kenalan famili tapi nasib baik tak bagitahu parents aku...
Dan nasib baik lagi kete tak pape..
Balik-balik rumah parking elok je kete kat bawah rumah (dulu rumah kami tinggi siap boleh park kete dan bermain kat bawah rumah)..
Tapi lepas berapa hari, aku tak sedap hati, aku bagitahu juga kat mak pasal perkara sebenar tapi mak aku selamba jawab:

"Mak tahu Along bawa keluar kereta"..

Masa tu rasa, erkkkkk..
Itu kisah dulu, tapi aku pergi ujian bertulis dan ujian jalanraya dengan JPJ sekali je..
Hehehe, siap buat pekak lagi masa pakcik JPJ membebel masa ujian jalanraya..
Mesti dia ingat aku betul-betul pekak tapi lulus..
Hahahahahaha...

#lama lagi ke ni? Budak-budak baru nak naik ni semua cerita hingar bingar macam sengaja nak orang lain semua dengar...addoiiiii...
Sent from my BlackBerry® Smartphone

0 comments: